Dn S Beauty Solution Terima Asean Food Travel Awards 2022
DN'S BEAUTY SOLUTION TERIMA ASEAN FOOD & TRAVEL AWARDS 2022 | Assalammualaikum semua! Penganugerahan dan pengiktirafan adalah saat manis bagi semua orang. Sama ada bidang berlainan, apabila kita menerima pengiktirafan. Ia akan menjadi anjakan paradigma kepada kehidupan. Kita akan berusaha dengan lebih bersemangat lagi.
Anugerah ini adalah segala-galanya DN'S Beauty Solution. Memiliki pasukan di belakang tabir, pelanggan setia dan mempunyai pelbagai stok produk. Perancangan harus konsisten dan fokus. Agar semua yang berada di dalam syarikat dapat menjana pendapatan dan bersama meningkatkan lagi potensi syarikat ke peringkat global.
PENGIKTIRAFAN DARI ASEAN FOOD & TRAVEL AWARDS 2022
Sebanyak 30 syarikat dari Malaysia telah diiktiraf sebagai pemenang anugerah di ASEAN Food & Travel Awards 2022. DN'S Beauty Solution menerima anugerah bagi kategori Micro Business sebagai Personal Care Products & Health Supplements Provider of The Year.
Dari kiri Encik Syukry B Radzuan; Pengurus & Pentadbiran DN'S Beauty Solution bersama isteri Puan Nur Jauhatul Dinnie Binti Mohammad Johari; Pengurus Jualan & Pemasaran DN'S Beauty Solution
Majlis anugerah tahunan yang julung kali dianjurkan oleh portal kulinari dan pelancongan, ASEAN Food & Travel dengan kerjasama Top 10 Asia dan NiagaTimes dianjurkan untuk meraikan penggiat industri makanan dan pelancongan di rantau Asia Tenggara yang kekal komited dalam menguruskan perniagaan mereka bagi memastikan ekonomi negara kekal berdaya tahan walaupun berhadapan dengan situasi wabak COVID-19
Program penganugerahan seperti ini berperanan sebagai pendorong kepada usahawan tempatan untuk meningkatkan prestasi dan menggalakkan mereka membantu dalam pembangunan ekonomi negara, kata Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri.
PENGIKTIRAFAN DN'S BEAUTY SOLUTION
Seperti perniagaan lain, ada pasang surut perniagaan. 3 tahun pertama amat mencabar, ditambah 2 tahun pada 2020 hingga 2021 pandemik wabak COVID-19. Namun, hasil jualan Vitamin C memuncak dan bermulanya kebangkitan perniagaan DN'S Beauty Solution.
VIT-C terdapat dalam dua kategori iaitu untuk kanak-kanak dan dewasa. Dari bentuk serbuk kepada tablet, ia kekal menjadi pilihan makanan tambahan. Isi kandungan di dalam VIT-C dari formulasi berasaskan makanan sunnah yang terdiri dari Vitamin C, Susu Kambing, Kurma dan Kismis. Lebih RM 1 juta VIT-C terjual dan hasil jualan RM 2.8 juta. Ia adalaj pencapaian yang membanggakan.
Sepanjang bergelar usahawan, sebanyak 3 kali pihak DN'S Beauty Solution menerima pengiktirafan.
1. 100 TOP YOUNG CEO 2021
2. "MADE FOR THE WORLD" EXCELLENCE AWARDS 2021
3. ASEAN FOOD & TRAVEL AWARDS 2022
PRODUK DN’S BEAUTY
Sehingga tahun 2021, DN’S Beauty Solution telah mempunyai 11 produk yang terdiri daripada Vitamin C Dewasa, Vitamin C Kanak-Kanak, Acne Booster, Rice Milk Glow Mask, Syantik Matte Edisi Bungee, Magic Blink Blusher, Haura Whitening Lotion Face & Body, Haura Face & Body Scrub, Sambal Bilis Ketagih dan produk yang terbaharu dilancarkan adalah Vglow Advance Formula Brightening dan Feel Me Foundation Mystery Edition.
Perancangan produk seterusnya adalah melancarkan produk Cutie Liptint. Ia adalah custom-made produk bernilai RM 15 untuk saiz 4ML. Terdapat 3 warna kegemaran ramak. Harga promosi akan dijual pada RM 12.90. Nantikannya
SAMBAL BILIS KETAGIH
Pertama kali mencuba Sambal Bilis Ketagih, Ruby sudah suka sangat-sangat. Sambal yang rangup, ikan bilis besar, tidak berminyak dan tiada biji cili kering. Terdapat dua jenis iaitu Original Crunchy dan Spicy Crunchy. Dijual pada RM 14.50 untuk Semenangjung Malaysia. Manakala di Sabah Sarawak RM 18.50.
MENGGALAKKAN BERNIAGA SECARA DALAM TALIAN
DN'S Beauty amat menggalakkan usahawan menjual mengikut kepakaran masing-masing. Ada yang mahir berniaga secara offline, ada juga yang mahir berniaga secara dalam talian. Jadi, apa sahaja kemahiran anda, DN'S akan bimbing mengikut keselesaan anda.
Jika diperhatikan, kepelbagaian produk yang disediakan oleh DN'S Beauty adalah untuk membantu masyarakat mula berniaga agar dapat menjana pendapatan dan bergelar usahawan jutawan. Setuju
PRODUK BUKAN SYOK SENDIRI
Produk-produk dari DN'S Beauty adalah dari permintaan ramai dan ia mendapat sambutan sehingga sekarang. Ia bukan produk syok sendiri.
JANA PENDAPATAN BERSAMA DN'S BEAUTY SOLUTION
Untuk menyertai DN'S Beauty Solution, anda boleh sertai sebagai Dropship, Mini Agent, Agent, Mini Stokis dan Stokis. Konsep adalah membeli dan simpan stok agar anda berusaha untuk menjual dan menjana pendapatan secara langsung.
Mempunyai 5,000 usahawan jutawan secara keseluruhan. Namun, untuk tahun 2022 DN'S Beauty Solution ingin melahirkan 10,000 usahawan jutawan baru.
SLIP GAJI DAN PERLINDUNGAN INSURAN
Keistimewaan menyertai DN'S Beauty Solution adalah mereka berusaha untuk memberi yang terbaik kepada usahawan jutawan dengan menyedian Slip Gaji bagi memudahkan urusan peribadi. Selain itu Perlindungan Insurans juga disediakan. Kebanyakan stokis memandu keluar ambil stok, hantar pesanan dan melakukan urusan perniagaan DN'S Beauty Solution
GANJARAN TERKUMPUL UNTUK MEREKA YANG BERUSAHA
Di DN'S Beauty Solution, sistem disediakan untuk mengesan aktiviti para usahawan. Bagi mereka yang mencapai target, pelbagai ganjaran disediakan seperti hadiah Emas 916, Trip Percutian, Tajaan Menunaikan Umrah dan macam-macam lagi
MENGENAI DN'S BEAUTY SOLUTION
DN’S Beauty Solution telah ditubuhkan pada December 2017. Bermula dengan modal RM 10,000 tanpa membuat pinjaman dan hanya fokus perniagaan. DN'S Beauty Solution menjadi pilihan terbaik dalam melahirkan generasi usahawan berilmu, beriman, beramal untuk membantu memperkasakan ekonomi ummah dengan penyediaan platform perniagaan yang bersistematik. Menurut pengasas jenama ini, mereka mengeluarkan produk yang berkualiti dan selamat untuk semua lapisan masyarakat
Melalui perniagaan ini, syarikat dapat membina pasukan yang bertoleransi, kasih sayang, menguruskan pasukan dengan kelembutan serta kesefahaman. Di DN'S Beauty Solution giat memberi latihan dan ilmu pengetahuan untuk meningkatkan keyakinan dan jati diri agar lebih berdaya saing membentuk LEADER yang berkebolehan serta mempunyai integriti yang tinggi dalam memimpin pasukan bagi memastikan kejayaan bersama
DN'S Beauty Solution juga menjadi penyalur utama zakat dan memelihara kebajikan bersama ummah.
DN’S Beauty Solution
No. 57 (Bawah), Persiaran PM3/4, 32000 Seri Manjung, Perak.
Waktu Operasi : Isnin – Jumaat : 9.00 pagi – 6.00 petang Sabtu : 9.00 pagi – 1.00 tengah hari Ahad / Cuti Umum : TUTUP
Hubungi HQ : +6011 – 3255 4567 +6011 – 5584 5675
Dapatkan produk-produk DN'S Beauty Solution dari stokis ejen berdaftar atau beli secara dalam talian di lama web rasmi.
DN'S BEAUTY | FACEBOOK | INSTAGRAM | SHOPEE
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ruby.my/2022/04/dns-beauty-solution-terima-asean-food.html