Dji Osmo Pocket Advanced Birthday Present
DJI Osmo Pocket - Advanced Birthday Present! | Dari tahun lepas Fadzi duk tengok review dekat Youtube pasal kamera. Dalam hati ni terfikir nak beli Canon M50 tapi dalam masa yang sama tertengok jugak review pasal Osmo Pocket.
Zul pulak dari awal Januari lagi ada cakap nak bagi hadiah awal sempena dengan birthday Fadzi bulan Mac nanti. Tengok tengok minggu lepas hadiah birthday tu dah sampai! Fadzi dapat DJI Osmo Pocket!
DJI Osmo Pocket - Advanced Birthday Present!Siapa tak seronok kan dapat hadiah untuk hari lahir. Walaupun awal 2 minggu dan langsung tak surprise. Hahahaha. Sebenarnya Fadzi nak beli sendiri je tapi Zul dah offer diri nak beli kan, Fadzi okay je. Hahahha.
Now, now, kena fikir nak belikan hadiah apa untuk Zul birthday dia nanti. Susah betul tau nak fikir beli hadiah apa untuk orang lelaki ni.
Okay berbalik kepada Osmo Pocket ni. Asalnya Fadzi macam berbelah bahagi sama ada nak Osmo Pocket atau Canon M50. Sebab dua dua ada pros dan cons dia. Tapi sebab dah dapat Osmo Pocket, Fadzi on jek.
Disebabkan minggu lepas Fadzi hidung tersumbat, Zul sakit tekak dan batuk batuk, Aneeq pun batuk, Anas je yang power sihat. Jadi kiteorang tak keluar ke mana-mana tempat yang menarik untuk test out Osmo Pocket ni.
Yang Fadzi sempat buat cuma video unboxing, testing dalam rumah dan beberapa video dari dalam kereta je. Nanti Fadzi upload video unboxing tu dekat Youtube untuk korang semua tengok.
Next time pulak mungkin Fadzi nak buat video macam mana nak guna Osmo Pocket, apa function yang ada dalam Osmo Pocket ni, kelebihan dan kekurangan dan mungkin juga tips dan tricks yang Fadzi dapat sepanjang Fadzi tengok review dan test sendiri.
DJI Osmo Pocket UnboxingBagi yang masih tak tahu, Osmo Pocket ni adalah handheld gimbal camera. Maksudnya dialah kamera dan dialah gimbal. Gimbal ni digunakan untuk stabilkan video yang korang rekod.
Dengan Osmo Pocket ni, korang boleh ambik gambar 12MP dan boleh ambil video yang stabil hingga 4K 60fps. Kira kalau korang nak zoom video atau nak buat slow mo, memang cantik lah video korang lepas edit nanti.
Okay dalam kotak Osmo Pocket ni korang akan dapat:
Osmo PocketCoverSmartphone Adapter (USB-C) - untuk AndroidSmartphone Adapter (Lightning) - Untuk iPhonePower Cable - untuk charge
Korang boleh pilih sama ada nak operate Osmo Pocket dengan screen dekat belakang dia atau nak gunakan smartphone korang. Kalau guna smartphone kena guna DJI Mimo Apps.
DJI Mimo Apps tu korang boleh download dekat:
AppStore - untuk iOSGooglePlay - untuk Android
Untuk pengetahuan korang, sebelum boleh ambil gambar atau ambil video, korang kena activatekan Osmo Pocket menggunakan apps dekat atas ni.
Lepas activate Osmo Pocket, korang boleh masukkan MicroSD Card dan mula shoot. Tapi microSD card tu tak termasuk dalam package Osmo Pocket ni tau. Kena beli asing-asing. Lain lah kalau seller ada buat offer microsd card tu sekali.
Tak sabar nak start shoot pakai Osmo Pocket ni. Minggu ni Fadzi nak cuba shoot dalam rumah je dulu. Sambil sambil tu nak explore lagi function yang boleh guna dalam Osmo Pocket ni.
Weekend nanti insyaAllah bila semua orang dah sihat, planning nya nak keluar ke tempat-tempat menarik sikit untuk test semua benda.
Anyway, Fadzi terpaksa ucapkan good bye pada salah satu wishlist Fadzi - Canon M50 sebab bila dah ada Osmo Pocket ni rasanya M50 tu macam dah tak penting pulak.
Apa-apa pun thank you thank you Zul sebab bagi hadiah birthday DJI Osmo Pocket ni. Korang ada idea nak beli hadiah apa untuk lelaki tak? Nak prepare duit untuk beli hadiah untuk Zul pulak hehehe.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.fadzirazak.com/2019/02/dji-osmo-pocket-advanced-birthday.html