Dj Dave Beli Alfa Romeo Cengkeram Rm50


“SAYA tahu saya tak mampu tetapi saya peminat kereta sejak dari dulu, lebih-lebih lagi kereta sport. Pada masa itu, kereta Alfa Romeo dianggap mahal dan harganya kalau tak silap saya RM25,000 sebuah,” cerita Datuk Irwan Shah Abdullah atau lebih dikenali sebagai DJ Dave ketika menceritakan tentang kereta Alfa Romeo GTV2000 yang dibelinya sewaktu mula menjadi artis.
“Jadi saya selalu fikir cara untuk dapatkan Alfa Romeo yang menjadi kegilaan ramai peminat kereta,” katanya menceritakan bagaimana beliau mendapatkan kereta idamannya itu pada tahun 1974.
DJ Dave memberitahu Sinar Ahad, agak sukar baginya untuk memiliki kereta impiannya apatah lagi beliau datang daripada keluarga miskin di Tanjung Malim, Perak.
Katanya, ketika itu beliau masih bekerja di Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur dengan gaji bersih RM180 sebulan dan baru dua tahun berjinak-jinak menjadi penyanyi.
“Suatu hari rakan sekerja beritahu saya yang dia terdengar jirannya mahu menjual kereta Alfa Romeo gara-gara kedua-dua isterinya bergaduh disebabkan kereta tersebut,” kata ketika ditemui di pejabat Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) di Jalan Kampung Attap, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Teruja dengan berita itu, beliau mengajak rakannya ke rumah pemilik kereta berkenaan di Jalan Imbi, Kuala Lumpur selepas tamat waktu bekerja syif pagi.
Tetapi sebaik tiba di situ, DJ Dave terpaksa naik ke tingkat tiga rumah itu seorang diri.
“Kawan saya tak naik sebab dia kata lelaki tersebut garang. Saya jadi takut tapi kuatkan semangat demi kereta idaman.
Kereta Alfa Romeo GTV2000 yang masih disimpan DJ Dave sehingga hari ini.
“Sebaik pintu dibuka, seorang lelaki keturunan Tionghoa keluar dan bertanya hajat saya ke rumahnya. Saya berterus terang dan bertanya tentang kereta Alfa Romeonya. Dia tanya dari mana saya tahu perkara itu.
“Saya cuma cakap saya ada dengar-dengar uncle nak jual kereta tu. Dia tanya saya, awak ada duit ke? Saya kata ada dan dia suruh saya tunggu di bawah,” kata DJ Dave yang pada masa itu hanya mempunyai wang RM50 di dalam poket seluarnya.
Sebaik turun dan menuju ke kereta tersebut, beliau meminta kebenaran untuk memandu uji tetapi ditegah lelaki Cina tadi.
Beliau hanya dibenarkan duduk di sebelah pemandu. Bukan itu sahaja, beliau juga dilarang menyentuh apa-apa yang ada di dalam kereta tersebut termasuk ketika cuba memasang radio.
“Uncle itu memang menjaga keretanya dengan baik. Bunyi kereta Alfa Romeo itu ketika enjin dihidupkan memang membuatkan saya semakin teruja untuk memilikinya.
“Semasa di dalam kereta, saya sudah membayangkan memandunya. Saya tanya uncle, berapa harga kereta ini nak dijual, dia kata harga special RM18,000.
“Dalam hati saya, macam mana nak cari RM18,000 ni? Kemudian saya mula tawar-menawar dengan dia, dua jam tawar-menawar akhirnya dia setuju jual pada harga RM13,500,” ceritanya.
Begitupun, DJ Dave berkata, pemiliknya hanya mahu menjualkan kereta tersebut dengan bayaran tunai.
“Kalau betul-betul berminat, saya perlu bawa wang itu bertemunya pada hari Isnin iaitu dua hari selepas itu di Bank Negara.
“Mungkin dia ingat saya anak orang kaya, tetapi kerana terlalu teruja nak dapatkan kereta itu, saya berani keluarkan duit RM50 dari poket dan berikan sebagai cengkeram untuk kereta yang berharga RM13,500,” katanya sambil ketawa besar mengimbau peristiwa itu.
DJ Dave berkata, setibanya di rumah beliau mula menghubungi ahli keluarga dan rakan-rakanya untuk meminjam duit membeli kereta.
Beliau juga ada mengeluarkan sedikit wang simpanannya ketika menjadi penyanyi dan akhirnya berjaya mengumpulkan wang berjumlah RM13,450.
“Hari yang dinanti akhirnya tiba dan saya berjumpa dengan uncle tersebut pada jam 2.30 petang sebagaimana yang dijanjikan di Bank Negara pada hari Isnin itu. Tepat jam 2.30 petang, uncle itu datang dan bertanya saya berkali-kali adakah saya membawa wang itu.
“Mungkin dia ingat saya main-main untuk beli kereta itu. Katanya, saya amat bertuah kerana sehari sebelum itu ada orang lain yang mahu membeli kereta tersebut pada harga RM17,000 tunai.
“Tetapi disebabkan cengkeram RM50 saya itu, dia masih menyimpan kereta tersebut untuk saya,” katanya yang mengakui sentiasa berfikiran positif dan yakin dalam membuat sesuatu perkara.
DJ Dave ketika menceritakan tentang kereta Alfa Romeo GTV2000 yang dibelinya sewaktu mula menjadi artis.
Menurut DJ Dave, beliau masih mengekalkan warna asal keemasan kereta Alfa Romeo GTV2000 itu sehingga hari ini dengan bumbung hitam seperti yang dipesan pemilik asal.
Katanya, penyelengaraan kereta itu amat mahal dan banyak mengunakan minyak.
Bagi mengatasi masalah itu, beliau menawarkan khidmat ‘kongsi kereta’ kepada rakan-rakannya dengan bayaran RM30 seorang setiap bulan.
“Jadi setiap bulan saya bawa empat penumpang berulang-alik dari Petaling Jaya ke tempat kerja, dapatlah kutip RM120 sebulan,” katanya sambil tersenyum.
Kereta Alfa Romeo GTV2000 itu juga telah dibawa menaiki pentas di Istana Budaya ketika DJ Dave membuat persembahan sempena 40 tahun penglibatannya dalam industri muzik tanah air pada 2012.
Malah kereta itu juga berjasa membawanya ke seluruh negara ketika membuat persembahan dari tahun 1974 hingga 2011.
SH
The post DJ Dave beli Alfa Romeo cengkeram RM50 appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/07/12/dj-dave-beli-alfa-romeo-cengkeram-rm50/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Beli Ikut Kemampuan

Jangan Beli Ikut Kemampuan

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 445 hits
Belilah ikut keperluan dan bukannya ikut kemampuan walaupun kita sememangnya berkemampuan Satu pesanan yang kadang kadang saya sendiri pun susah nak ikut terutamanya kalau termasuk dalam kedai pancing
Umur 12 Tahun Dah Beli Toyota Vellfire Bukan Menunjuk Tapi Nak Jadi Inspirasi

Umur 12 Tahun Dah Beli Toyota Vellfire Bukan Menunjuk Tapi Nak Jadi Inspirasi

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 656 hits
Artis cilik ini tidak mensia siakan bakat yang ada padanya Setiap peluang yang ada untuk menunjukkan bakatnya akan direbut untuk membina nama dalam industri seni di Malaysia Aryanna Alyssa Dezek lebih dikenali di Youtube kerana banyak membu...
Beli Samsung Tab S5e Untuk Tengok Youtube Dan Movie Je

Beli Samsung Tab S5e Untuk Tengok Youtube Dan Movie Je

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 498 hits
Ramai lagi ke yang masih guna tab zaman sekrang ni Tab ni orang pandang sipi2x je sebab smartphone skrang pun dah makin besar gedabak Tab ni pun biasanya yang pakai tgk pun budak budak la kan nak belajar sambil tengok youtube Sebenarnya dal...
Hiburan Baru 12 Tahun Mampu Beli Vellfire Alyssa Dezek Tiada Niat Menunjuk

Hiburan Baru 12 Tahun Mampu Beli Vellfire Alyssa Dezek Tiada Niat Menunjuk

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 1012 hits
Meskipun baru berusia 12 tahun pelakon dan penyanyi cilik Alyssa Dezek kini merupakan selebriti pertama yang menduduki carta 10 teratas pang banyak dilanggan di YouTube Malaysia yang kini difahamkan mencecah lebih tiga juta langganan Menuru...
Beli Baju Blouse Dekat Herbaju Boutique

Beli Baju Blouse Dekat Herbaju Boutique

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 1096 hits
Beli Baju Blouse Dekat Herbaju Boutique Perempuan dah fashion memang tak dapat dipisahkan Macam zaza la gila dalam membeli pakaian Tiap bulan tu ada je pakaian yang hendak dibeli Sekarang ni zaza lebih gemar membeli secara atas talian saja ...
Asal Beli Je Cepat Sangat Masak Ini Rahsia Cara Simpan Buah Pisang Agar Tahan Lama

Asal Beli Je Cepat Sangat Masak Ini Rahsia Cara Simpan Buah Pisang Agar Tahan Lama

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 396 hits
Kalau anda beli pisang biasanya berapa hari pisang tu bertahan untuk kekal segar Mungkin ada yang kreatif kalau sampai masa pisang tu dah terlalu masak dan mula melembik mereka akan memasak pisang tersebut menjadi cekodok pisang Tidak kuran...
Gusi Anak Bengkak Bernanah Rupanya Tertelan Dawai Stapler Bila Beli Makanan Mak Ayah Tolonglah Periksa

Gusi Anak Bengkak Bernanah Rupanya Tertelan Dawai Stapler Bila Beli Makanan Mak Ayah Tolonglah Periksa

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 481 hits
Setiap kali membeli makanan di kedai pernah tak anda memeriksa dawai stapler yang dijadikan salah satu bahan untuk membungkus makanan dengan rapi Mungkin kita tak perasan bahawa dawai tersebut juga boleh mendatangkan kecederaan bukan sahaja...
Baru Umur 12 Tahun Alyssa Dah Dapat Beli Toyota Vellfire

Baru Umur 12 Tahun Alyssa Dah Dapat Beli Toyota Vellfire

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 489 hits
Provided by Harian Metronajiy jefri hmetro com myPENYANYI dan pelakon cilik terkenal Aryanna Alyssa Dezek yang memuat naik video lagu cover di YouTube sejak berusia empat tahun berjaya membeli kereta idamannya Toyota Vellfire Alyssa ketika ...
Tak Payah Beli Anak Nak Makan Kaya Ball Buat Sendiri Je Senang Sangat

Tak Payah Beli Anak Nak Makan Kaya Ball Buat Sendiri Je Senang Sangat

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 376 hits
Sesekali ubah selera anak ketika minum petang pastinya buat anak makin bertambah selera Kali ini pikat selera anak dengan menu kedai pula Kaya Ball yang biasanya kita beli mama boleh cuba sendiri di rumah Rupanya cara hendak membuatnya cuku...
Panduan Lengkap Tentang Brand Perlindungan Pendaftaran Dan Penegakan

Zaid Urges Cabinet Transparency On Najib House Arrest Bid

Polis Cari Waris Lelaki Maut Kemalangan

Celebrating Mother S Day With Legumes Dining With The Queens

Ceo Badan Berkanun Ditahan Sprm Disyaki Seleweng Dana Projek Rm1 2 Bilion

Lirik Lagu Dari Jauh Alyph

Kerajaan Lulus Pemanjangan Landasan Ltsip

Langkawi Welcomes The World Residences At Sea And Celebrates Tourism Resurgence



Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia


Unlock Level 99 Chinese Mastery Gamifying Hanzi With On Screen Adventures

Resepi Sambal Ikan

Sambal Bilis Tempoyak Travel Pack

Kelebihan Menggunakan Paperbag Berbanding Plastik Pilihan Lebih Mesra Alam

Bufet Buka Puasa Kat Hotel Excelsior Ipoh

Hasil Tanaman Dalam Pasu