Diy Tisu Basah Untuk Bayi Jimat Tak Perlu Beli Nak Buat Pun Senang


Tisu basah bayi merupakan antara ‘aksesori’ wajib ada bagi kebanyakan ibu bapa yang ada bayi dan anak kecil. Kebiasaannya ia menjadi pilihan apabila berada di luar rumah bagi memudahkan urusan menukar lampin dan membersihkan sisa makanan pada mulut dan wajah bayi.
DIY Tisu Basah Untuk Bayi, Jimat Tak Perlu Beli Tetapi selamatkah penggunaan tisu pada bahagian tubuh seperti muka bayi?

Tisu basah bayi
Tisu bayi adalah tisu lembap yang direka untuk membersihkan kulit bayi dengan berkesan semasa menukar lampin.
Biasanya tisu ini akan menggunakan bahan sensitif untuk mengelakkan kerengsaan pada kulit si manja dan sekurang-kurangnya mengandungi satu bahan pelembap dan menenangkan.
Disebabkan itulah, tisu basah bayi ini sesuai digunakan untuk membersihkan bahagian sulit si kecil terutamanya selepas kencing dan berak.
Bahan dalam tisu basah bayi
Tisu lembap ini biasanya menggabungkan air, minyak, pembersih dan pengawet.
Terdapat juga tisu yang mempunyai formula lebih ringkas, contohnya hanya menggunakan air dan pengawet ringan. Sesetengah tisu basah juga mungkin mempunyai formulasi lebih kompleks yang menggunakan pelbagai jenis minyak, agen pembersih dan pengawet.
Anda akan menggunakan tisu ini beberapa kali sehari, jadi amat penting untuk memberi perhatian terhadap bahan yang digunakan.
Berikut adalah bahan yang paling biasa digunakan dalam tisu bayi:
Air, bahan utama dalam tisu basah bayi
Tidak menghairankan, kebanyakan tisu bayi mengandungi sekurang-kurangnya 95% air – biasanya ditapis, ditulenkan atau disuling.
Minyak dan pelembap
Minyak membantu menanggalkan kotoran pada bahagian sulit si kecil, mengelakkan tisu mudah kering dan memberikan pelembap nipis untuk kulit.
Antara jenis minyak yang sering digunakan adalah minyak zaitun, minyak sayuran, minyak kelapa, minyak kastor atau minyak bijian seperti daripada bunga matahari, tomato atau kranberi.
Bahan pembersih dalam tisu basah bayi
Dalam kebanyakan tisu lembap, bahan ini adalah seperti setitik sabun dan sudah tentu bahan di dalam sabun itu yang harus diperhatikan.
Bahan pengawet
Pengawet digunakan untuk membantu memastikan tisu basah ini sentiasa segar dan menghalang pertumbuhan bakteria atau kulat.
Perhatikan bahan pengawet keras yang harus dielakkan seperti phenoxyethanol, benzyl alcohol, sodium benzoate atau methylchloroisothiazolinone.
Bahan pewangi
Oleh sebab wangian merupakan punca yang boleh menyebabkan iritasi pada kulit bayi yang sensitif, jadi sebaiknya pilihlah tisu basah yang tidak dicampur bahan ini. Kebanyakan tisu bayi sensitif tidak mengandungi sebarang pewangi.
Penggunaan tisu basah bayi, selamat ke?
Penggunaan tisu basah dianggap perkara biasa dan sering menjadi pilihan untuk membersihkan badan si manja daripada kotoran. Bahkan tisu basah juga sering digunakan untuk membersihkan muka bayi, ini kerana ia dianggap selamat untuk kulit bayi.

Tetapi adakah benar tisu basah selamat dan boleh digunakan pada bahagian muka si manja?
Kebenarannya, penggunaan tisu basah untuk muka bayi adalah tidak selamat sepenuhnya – terutama jika digunakan secara intensif.
Tisu lembap ini biasanya hanya disyorkan untuk membersihkan bahagian kemaluan bayi selepas membuang air besar, apabila berada di luar rumah atau dalam keadaan terdesak lain.
Penggunaan kerap tisu basah baby ini tidak disarankan, lebih-lebih lagi jika digunakan untuk mengelap muka bayi anda.
Ia dianggap tidak selamat jika tisu digunakan mengandungi alkohol dan pewangi – bahan yang cenderung menyebabkan kerengsaan pada kulit bayi, ruam merah dan kegatalan. Malah, penggunaan untuk jangka masa lama dan konsisten, berisiko menyebabkan kulit pada bahagian muka bayi rosak.
Cara selamat menggunakan tisu basah bayi
Tetapi bagaimana jika berada dalam keadaan terdesak untuk mengelap muka bayi dan hanya mempunyai tisu basah?
Bertenang, ada cara selamat untuk menggunakan tisu lembap ini pada muka si kecil, iaitu dengan menggosok tisu secara minimum. Idea yang disarankan adalah untuk mengelap tisu pada muka bayi sekali sahaja bagi mengelakkan kerengsaan.
Umumnya, bahagian paling selamat untuk menggunakan tisu basah adalah pada bahagian alat sulit si manja, tangan, kaki dan belakang badan mereka.
Sebaiknya, pilihlah tisu yang mengandungi alkohol dan wangian dalam jumlah yang kecil. Atau lebih baik lagi adalah memilih tisu basah yang langsung tidak menggunakan bahan-bahan tersebut bagi mengelakkan reaksi alahan pada kulit bayi.
Kadangkala, agak sukar untuk mendapatkan tisu basah tanpa penggunaan alkohol, jadi anda boleh membuatnya sendiri di rumah. Ingin tahu bagaimana caranya? Jom!

Nak Buat Pun Senang CARA MEMBUAT TISU BASAH DI RUMAH: 
Berikut adalah bahan-bahan dan cara membuat tisu basah bayi:
2 cawan air panas – supaya tisu tidak berkulat
1 sudu besar minyak bayi
2 sudu besar sabun mandian bayi
1 gulung tisu dapur
Tempat bersih untuk menyimpan tisu
Cara membuat tisu basah bayi:
Potongkan tisu dapur kepada 2 bahagian menggunakan pisau tajam.
Campurkan air panas bersama sabun mandian dan minyak bayi, kacau sebati.
Masukkan tisu yang dipotong tadi ke dalam bekas simpanan. Kemudian tuangkan campuran cecair ke atas tisu. Pastikan tisu basah secara rata.
Tutup bekas dan biarkan seketika.
Buka bekas mengandungi tisu basah dan keluarkan kertas pada bahagian tengah tisu. Kini tisu basah DIY anda sedia untuk digunakan.
Cara penyimpanan tisu basah bayi DIY
Perlu diingatkan penghasilan tisu lembap DIY adalah tidak menggunakan bahan pengawet. Ini bermakna kemungkinan jangka hayat tisu adalah tidak sama seperti yang dibeli di kedai.
Sebelum menggunakan tisu basah DIY, pastikan anda memeriksa tiada kulat pada tisu.
Manakala untuk kaedah penyimpanan tisu buatan sendiri ini, gunakanlah bekas bersih dan kedap udara.
Penggunaan tisu basah bayi
Jika anda mempunyai masa dan keinginan, adalah berbaloi untuk menghasilkan tisu basah sendiri.
Ia bukan sekadar dapat menjimatkan duit untuk tempoh jangka masa panjang, tetapi bagi ibu bapa yang mempunyai bayi dengan kulit sensitif, membuat tisu basah sendiri membolehkan anda mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas bahan yang digunakan.
Secara tidak langsung penggunaan tisu basah DIY akan dapat mencegah iritasi pada kulit si kecil yang lembut. Selamat mencuba!
Kredit: Hello Doktor
 
The post DIY Tisu Basah Untuk Bayi, Jimat Tak Perlu Beli, Nak Buat Pun Senang appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/diy-tisu-basah-untuk-bayi-jimat-tak-perlu-beli-nak-buat-pun-senang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Tips Jimat Bila Beli Online

5 Tips Jimat Bila Beli Online

papar berkaitan - pada 26/11/2023 - jumlah : 321 hits
5 Tips Jimat Bila Beli Online MF memang kaki shopping online Setiap bulan ada aje la barang yang dibeli Sebab utama beli online sebab kawasan MF ni kira kawasan jauh dari bandar Jarak lebih kurang 30km atau 45 minit kalau nak ke bandar Deng...
Senang Dapat Duit Ini Kepercayaan Orang Korea Tentang Hal Jual Beli Mimpi

Senang Dapat Duit Ini Kepercayaan Orang Korea Tentang Hal Jual Beli Mimpi

papar berkaitan - pada 22/11/2023 - jumlah : 284 hits
Di Korea korang boleh dapat duit dengan hanya bermodalkan mimpi ARTIKEL BERKAITAN Jom baca perkongsian KimchiDaily kali ini ialah berkaitan dengan kepercayaan jual mimpi di Korea Budaya Dalam amalan orang Korea membeli dan menjual mimpi ada...
5 Soalan Popular Interview Lepasan Spm Amp Setaraf Serta Contoh Jawapan Untuk Anda Senang Je Nak Jawab

5 Soalan Popular Interview Lepasan Spm Amp Setaraf Serta Contoh Jawapan Untuk Anda Senang Je Nak Jawab

papar berkaitan - pada 8/12/2023 - jumlah : 185 hits
Pencari kerja yang tidak mempunyai sebarang sijil persekolahan dan lepasan SPM pastinya ingin tahu apakah soalan soalan popular yang sering ditanya oleh penemuduga Kalau anda nak tahu soalan yang sering ditanya sebenarnya sangat senang untu...
Semua Barang Lama Nak Simpan Tak Sedar Jadi Toksin Dalam Rumah

Semua Barang Lama Nak Simpan Tak Sedar Jadi Toksin Dalam Rumah

papar berkaitan - pada 28/11/2023 - jumlah : 312 hits
Jangan buang tu mak nak simpan Acapkali kita dengar bila mana sesekali kita membantu proses pembersihan membuang barang lama di rumah Tak pasti untuk apa barang barang lama dan barang tidak dipakai ini disimpan Tanpa sedar inilah toksin yan...
Hiburan Jangan Agungkan Muka Pretty Boys Kalau Kau Maki Melayu Siapa Lagi Nak Sokong Melayu Amir Ahnaf

Hiburan Jangan Agungkan Muka Pretty Boys Kalau Kau Maki Melayu Siapa Lagi Nak Sokong Melayu Amir Ahnaf

papar berkaitan - pada 5/12/2023 - jumlah : 186 hits
Seperti diketahui ramai bakat serta lakonan Amir Ahnaf semakin lama semakin mendapat perhatian penerbit serta pengarah drama tempatan Demi menjiwai watak dalam drama terbarunya Amir telah menurunkan berat badan supaya kelihatan lebih susut ...
Kalau Mak Bapak Ada Buat Salah Jangan Ego Tak Nak Mintak Maaf

Kalau Mak Bapak Ada Buat Salah Jangan Ego Tak Nak Mintak Maaf

papar berkaitan - pada 28/11/2023 - jumlah : 263 hits
Pergi pasar dengan Adra tadi sorang aunty cina tu bagi tips cara ajar anak Anak dia 2 org master Sorang kerja kat China sorang kat Hong Kong Anak kecil lagi macam ni jangan paksa dia tengok buku Telefon jangan bagi lama You kena selalu tany...
Saya Reda Usia Pun Dah Nak Masuk 40 Tahun Dua Kali Gagal Ivf Siti Elizad Reda Soal Zuriat

Saya Reda Usia Pun Dah Nak Masuk 40 Tahun Dua Kali Gagal Ivf Siti Elizad Reda Soal Zuriat

papar berkaitan - pada 28/11/2023 - jumlah : 212 hits
Bukan ujian yang mudah untuk dilalui semua namun bagi pelakon Siti Elizad dia dia reda dan tidak mahu terlalu memikirkan soal zuriat selepas dua kali gagal dalam rawatan kesuburan in vitro fertilisation Bahkan kata Elizad menerusi perkongsi...
Aku Gembira Akhirnya Kakak Aku Dapat Apa Yang Dia Nak Suami Aku Kini Jadi Abang Ipar Aku Sendiri

Aku Gembira Akhirnya Kakak Aku Dapat Apa Yang Dia Nak Suami Aku Kini Jadi Abang Ipar Aku Sendiri

papar berkaitan - pada 29/11/2023 - jumlah : 276 hits
Salam buat semua para pembaca kisah yang ingin aku kongsikan sedikit panjang Ia adalah tentang diri aku sendiri dan suami yang kini sudah menjadi bekas suami Kami bercinta selama 2 tahun sebelum buat keputusan untuk berkahwin Kami tak langs...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco