Diy Ruang Kelengkapan Pejabat Guna Almari Pakaian Jimat Ruang Lagi Kemas Tersusun
Giliran terpaksa bekerja dari rumah sepanjang musim Covid-19 ini membuatkan kita terpaksa menyusun semula rumah menjadikan seperti pejabat untuk kita terus selesa bekerja.
Idea Hani Mynis mewujudkan ruang bekerja selesa malah meletakkan kelengkapan barangan pejabatnya di dalam almari pakaian ini memang terbaik. Jimat ruang. Jom intai perkongsiannya.
DIY home office ✅
Seperti dijanjikan Hani kongsikan Hani DIY “home office” Hani dari almari pakaian sahaja. Awal tahun haritu hani ada cerita yang hani decided nak makeover 3 bilik tidur di rumah hani. Sebelum ini home office hani memang ada bilik khas iaitu bilik paling kecil di rumah hani.
Memandangkan bilik pakaian sebelum ini hani jadikan bilik tidur dan belajar Aqil maka bilik home office hani jadikan sepenuhnya bilik pakaian. Kira ala-ala walk in closet gitu haha.
Seminggu juga perah otak cari idea mana lah nak campak barang-barang dalam home office hani haha dengan fail-fail rumah dengan printer dengan segala stationery dan barang-barang planner haha banyak barang 😅 itupun banyak juga yg dah let go.
Lepas tu dapat idea nak buat home office dalam wardrobe. Space pun tak ambil banyak dalam master bedroom.
Memandangkan bajet memang tak banyak untuk home office ni (bajet dah banyak habis untuk beli katil baru haha) terpaksa lah cari alternatif paling murah iaitu almari pakaian shopee berharga RM155.
Ini je modal yang hani keluar untuk home office baru hani ni hehe. Segala macam penstoran dalam ni semua guna je apa yang ada.
Bagi hani praktikal sangat almari pakaian ni hani jadikan tempat simpanan barang-barang home office hani.
Hani tempatkan juga printer dan mesin laminator dalam almari ni. Ramai yang tanya kalau nak guna printer hani keluarkan ke printer? Tak pun. Print je dalam tu.
Idea asal nak buat pull out shelf. Haha tapi memandangkan macam ni pun elok je berfungsi malas pulak nak continue project hahaha.
Hani ceritakan lebih detail mengenai home office ni dalam gambar ya. Boleh tengok satu-satu gambar. Kat mana hani beli dan harga semua ada di gambar. Jemput menelaah. Mana tahu ada idea nak buat benda yang sama juga.
Semoga bermanfaat ya.
Inilah almari yang hani guna. Untuk yang ada bajet sikit macam hani boleh gunakan yang ni. Kalau ada bajet lebih boleh beli almari pakaian yang lebih tahan atau berkualiti dari Ikea. Sebab hani fikir ini temporary solution sebelum pindah rumah sendiri nanti so RM155 berbaloi lah haha.
Almari pakaian hani jadikan sebagai home office. Dia buat teknik penyamaran kat situ haha so tak nampak serabut sangat master bedroom bila almari dah tutup.
3 box kat atas tu dari Ikea. Hani simpan barang-barang sentimental. Satu box sorang. Alif hani dan Aqil.
Bila dah buka pintu almari. Tudiaaa hahahah penuh barang. Strictly untuk penstoran dan printing je.
Gunakan ruang dinding almari sebaiknya.
Hani tambah lennart drawer dalam ni. Para ikea pun letak je atas laci. Para ikea ni kena potong sikit bagi muat. Hani hantar kilang perabot minta dia tolong potongkan hehe.
Pintu almari pun hani guna sebaiknya. Letak jadual pembersihan hani.
Laci untuk simpan segala jenis kertas.
Harap misteri terjawab. Haha bila nak guna hani pasang je plug kat extension ni. Lagipun printer bukan guna hari hari hehe hani parking laptop kat atas ni. Sambung usb printer. Terus print.
Menarik: Dah Macam Buat Konsert, Dato Siti Kongsi Gelagat Aafiyah Nyanyi, Sedap Ikut Tempo!
Nak bawa anak dekati alam dan jalan hujung minggu, jom ke Farm In The City.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa.
Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post DIY Ruang Kelengkapan Pejabat Guna Almari Pakaian, Jimat Ruang, Lagi Kemas Tersusun! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/diy-ruang-kelengkapan-pejabat-guna-almari-pakaian-jimat-ruang-kemas-tersusun/