Diy Hilangkan Calar Dashboard Kereta
Pertanyaan yang diajukan..ewan said mntak tolong, dasboard kete aku trcalar skit. wlau kcik tp sakit mate tngok. de tip nk hilangkn tk bro
Jawapan kami..Thanks ewan bertanya... Kalau berlaku calar pada atas dashboard atau kat mana mana bahagian plastik cover dalam interior kereta ni memang tak sedap mata nak pandang... walau pun calar tersebut kecil dan halus... kadang kala secara tak sengaja atau kita sendiri tak sedar bila masa tercalar pada dashboard tu... Apa pun saya cuba bantu beri pandangan sikit..
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Diy Hilangkan Kesan Calar Halus Di permukaan Dashboard▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
1) Cara Layur Guna Api Lighter-Kalau dashboard ada kesan calar kecil pada permukaan ( tapi tak makan dalam) masih boleh di hilangkan kesan calar tersebut..
-Kesan calar tersebut tersebut memang jelas nampak pada permukaan dashboard..Cuba layurkan dengan api lighter pada tempat calar tersebut.. Tapi jangan pulak cucuh api lighter lama-lama dan jarak dekat sangat ... nanti cair pulak plastik dashboard tu... ala kadar agak-agak suam-suam kuku..
-Pastu ambil kain lapik kat jari... cuba tekan tekap supaya bekas calar tu rata balik..
-Cuba tengok kan dah hilang kesan calar tu..
-Yang ni calar kecil pada cover plastik pintu kereta.. Sama gak caranya boleh layurkan dengan api lighter pada bekas calar tu..
-Pastu tekan-tekan dengan kain.."Perlu di ingatkan.. " Jangan guna hujung jari korang tanpa lapik kain nanti akan ada bekas cap jari pulak ..
-Ok dah hilang jugak dah bekas calar tu ...
-Yang ni kat cover penutup speaker kereta.. selalu sangat terlanggar dengan kasut pasal terletak kat hujung bawah kat panel pintu menyebabkan selalu sangat calar balar..
-Gunakan cara yang sama layurkan dengan api lighter.. pastu tekap dengan kain untuk tutup kembali kesan calar tersebut..
-Insya Allah berhasil juga hilangkan calar tersebut..
_______________________________
2) Cara Gunakan Wax Pengilap Dashboard-Kesan calar kecil pada dashboard kereta boleh kita tutup kesan calar dengan menggunakan wax dashboard.. Tapi cara ni hanya sementara ajer... Kesan calar tu akan nampak semula apa bila wax tu kering.
-Ni beberapa contoh Wax pengilap dashboard tersebut... Antaranya boleh guna Meguiars Ultimate, turtle atau waxco punya brand.
-Nak kena rajin wax lah dashboard tu ..Jadi tak nampak lah sangat kesan calar tu…malah dashboard akan nampak shining lagi.. _______________________________
3) Cara Spray Cat Semula Dashboard dan Cover Part. -Kalau dah nampak dashboard tu teruk sangat calarnya ( Kesan calar agak dalam) agak payah sikit nak kasi hilangkan kesan calar tersebut.. Terpaksa Sembur spray cat untuk tutup calar balar Dashboard dan Cover Part.
-Dapatkan thinner satu botol dah cukup dah .. Paper tape .. kertas pasir 1000 (yang halus) , spray tin Plastik primer ( kasi lekat cat) , Spray tin clear code, dan spray tin warna yang dikehendaki...Ok kat sini saya gunakan spray tin jenis Aikka (Spray cat Spacial untuk dashboard cari kat kedai bancuh cat keretaa da jual) kalau payah sangat pakai Samurai brand atau DPI atau Angkor pun boleh..
-Buka dan tanggalkan cover plastik dalam kereta yang mana korang nak cat tu.. basuh dengan sabun bersih bersih kalau ada bekas wax atau getah sticker atau kekotoran degil. boleh bersihkan dengan thinner.. pastu jemur hingga kering -Pastu gosok kertas pasir halus kat sini aku pakai 1000 punya.. gosok ala kadar ajer.. jangan tonyok kuat-kuat sangat.. pastu spray selapis nipis Plastik Primer.. Tunggu kering.. pastu spray pula undercode warna gray atau putih.. jemur kering ... -Bila dah kering spray pula warna yang di inginkan kalau kat sini aku bagi contoh warna hitam (senang sikit kalau hitam ni) spray dengan berhati-hati tak terlalu tebal agar tak meleleh..tunggu kering sebentar.. balas balik cat tu selapis lagi hingga rata.. pastu jemur balik sampai kering.. -Biarkan kering sebentar kemudian barulah spray selapis clearcode plak untuk kasi kilat sikit.. -Jemur lagi sampai benar-benar kering barulah pasang part tersebut pada tempat asalnya..
-Kalau kita nak spray cat kat bahagian calar dashboard kereta... Terlebih dulu kena tutup surat khabar lama kat bahagian cermin dan tape ngan papertape kat celah celah cermin dan bahagian yang tak nak kena spray..baru boleh lakukan-kerja-kerja spray.. jadi tak payah lah bersusah payah nak cabut keluar dashborad tu.. Tak payah nak tanggal dashboard, kat situ jugak dah boleh spray.
-Yang ni bekas double tape pada dashboard ( terkopek & calar ).. So memang nampak sangat hodoh ada bekas gam double tape dah melekat kekal tak boleh hilang... Jadi terpaksalah kita cat balik dashboard tu Insya Allah dah tak berapa nampak bekas calar dan kesan double tape tu bila dah sembur cat kat permukaan dashboard tu…Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://firestartingautomobil.blogspot.com/2012/03/diy-hilangkan-calar-dashboard-kereta.html