Divoom Ditoo Plus Pembesar Suara Bluetooth Retro Comel Dengan Pixel Art



Divoom pernah mengeluarkan satu pembesar suara dengan ciri yang sama sebelum ini iaitu Divoom Ditoo. Terkini, mereka keluarkan pula versi baru iaitu Ditoo Plus.
Tiada perbezaan ketara antara keduanya melainkan butang atau ‘papan kekunci’ pada Ditoo Plus mempunyai lampu RGB. Itu sahaja.
Seperti biasa, mari kita tonton dahulu video buka kotak untuk Divoom Ditoo Plus ini.

Spesifikasi Divoom Ditoo Plus Dimensi: 90 x 114 x 121mm.
Saiz pembesar suara: 45mm.
Kuasa pengeluaran: 10W.
Nisbah isyarat ke bunyi: ≥80dB.
Kapasiti bateri: 3000mA.
Voltan bateri: 3.7V.
Tempoh pengecasan: 4 jam.
Tempoh main semula: sehingga 8 jam.
Bluetooth: v5.0.
Berat: 505g.
Tindak balas frekuensi: 80-20K Hz.
Jarak tanpa wayar: 10M/33 kaki.

Ciri Divoom Ditoo Plus Ditoo Plus tidak terhad hanya sekadar menjadi pembesar suara bluetooth semata-mata. Divoom tahu apa yang mereka cuba tawarkan dalam pakej kecil ini.
Saya ingin menyebut mengenai kualiti audio pada pembesar suara ini terlebih dahulu. Meskipun hanya 10W, dan bersaiz agak kecil, Ditoo Plus ialah sebuah pembesar suara yang… ‘bersuara’ lantang!
Benar, lantang atau kuatnya audio belum bererti kualitinya bagus. Untuk Ditoo Plus, saya telah mencuba pelbagai jenis lagu, dan pelbagai jenis audio. Cukuplah saya katakan audionya amat memuaskan hati, terutamanya jika anda gemar strim kandungan di internet.
Jurutera audio Divoom sememangnya memahami pelbagai ragam dan kategori pengguna yang mereka cuba puaskan.
Tidak kiralah sama ada anda peminat muzik, atau peminat filem, anda akan menikmati bunyi yang memuaskan hati dari pemacu kecilnya. Kecil-kecil cili padi, bukan sebarang kecil, bunyinya menggegar rumah.

Tetapi hebatnya Ditoo Plus tidak terhad hanya pada kualiti audionya. Ia punya ciri lain yang jarang ada pada produk seperti ini.
Perkara pertama yang saya ingin sentuh ialah ciri Pixel Arts. Ia memberikan ‘rasa’ dan rupa retro, tetapi dalam masa yang sama dimodenkan dengan warna dan animasi.
Anda boleh membuat tetapan Pixel Arts yang anda sukai menggunakan aplikasi Divoom yang boleh dimuat turun di Google Play Store dan Apple App Store. Bahkan anda juga boleh mencipta sendiri Pixel Arts, dan kongsikan dengan komuniti yang tercipta dari rangkaian pengguna Ditoo dan Ditoo Plus.
Selain itu, Ditoo Plus juga boleh digunakan sebagai penggera, pemberitahu notifikasi, radio (menggunakan aplikasi), dan sebagainya lagi. Semua ini anda boleh terokai sendiri dalam aplikasinya.
Ditoo Plus mampu dijadikan sebagai pembantu peribadi dalam urusan kehidupan seharian. Sama ada hendak mainkan lagu, hendak tahu mengenai cuaca, notifikasi aplikasi, pelbagai perkara dapat dijalankan pada Ditoo Plus, asal saja anda bersedia untuk belajar dan sabar meneliti aplikasi Divoom yang penuh dengan pelbagai pilihan.
Reka Bentuk Ditoo Plus Mari kita lihat dan teliti beberapa bahagian pada pembesar suara Ditoo Plus ini. Kita mulakan dari hadapan dahulu.

Pada bahagian hadapan terdapat kayuria yang boleh digunakan untuk memilih pilihan dalam tetapan. Ia juga boleh digunakan untuk merekod nota suara.

Di bahagian atas terletaknya jaring yang mengeluarkan bunyi. Jangan dekatkan telinga anda di sini kalau tidak mahu menjadi pekak serta-merta.

Bahagian bawah hanya terdapat penerangan ringkas spesifikasi. Tiada apa yang menarik.

Di sebelah kayuria pula terdapat beberapa butang berupa papan kekunci kecil. Ia boleh digunakan untuk mengakses menu, menukar kadar kelantangan, kadar kecerahan, menukar paparan skrin, dan menukar pilihan dalam menu.

Di sebelah kanan pembesar suara ini ada slot untuk kad SD mikro, butang penghidup/pemati, dan slot pengecasan USB-C.
Konklusi Divoom Ditoo Plus bukan sekadar pembesar suara bluetooth biasa. Ia juga mampu menjadi penghibur tatkala anda keserabutan, dan juga mampu membantu memperingatkan anda mengenai apa-apa acara yang patut anda ingati.
Dengan kualiti audio yang melangkaui jangkaan, ia memberi lebih nilai pada wang anda.
Buat anda yang berminat, bolehlah terus membuat pembelian melalui pautan:
Divoom Ditoo Plus Art Game Portable Bluetooth Speaker
The post Divoom Ditoo Plus: Pembesar Suara Bluetooth Retro Comel Dengan Pixel Art appeared first on OMG! Hackers?.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/divoom-ditoo-plus-pembesar-suara-bluetooth-retro-comel-dengan-pixel-art/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tuntutan Publik Tak Terbendung Lagi Kpi Akhirnya Hentikan Sementara Sinetron Suara Hati Istri

Tuntutan Publik Tak Terbendung Lagi Kpi Akhirnya Hentikan Sementara Sinetron Suara Hati Istri

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 278 hits
Sinetron ini dihentikan sementara agar pihak produksi bisa menyusun cerita Semoga benar benar jadi solusi yang efektif ya
Tanggapi Polemik Sinetron Suara Hati Istri Zahra Fanny Ghassani Apanya Yang Salah

Tanggapi Polemik Sinetron Suara Hati Istri Zahra Fanny Ghassani Apanya Yang Salah

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 266 hits
Fanny mengaku juga pernah memerankan tokoh istri di usianya yang masih 16 tahun Dan itu tak dipermasalahkan
Suara Dikutuk Ke Laut Suekhaizar Nak Jadi Macam Mira Filzah Pula

Suara Dikutuk Ke Laut Suekhaizar Nak Jadi Macam Mira Filzah Pula

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 1556 hits
Baru baru ini hangat diperkatakan mengenai penyanyi baru dikenali sebagai Suekhaizhar yang juga selebriti TikTok apabila lagu pertamanya berjudul Aku Budak Girl menjadi bualan ramai Lebih mengejutkan lagu nyanyian gadis berusia 17 tahun yan...
Suara Krew Kabin Jadi Sukarelawan Di Pusat Vaksinasi

Suara Krew Kabin Jadi Sukarelawan Di Pusat Vaksinasi

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 441 hits
Suara krew kabin jadi sukarelawan di pusat vaksinasiBukan hanya juruterbang yang terpaksa dikurangkan perkhidmatannya tetapi krew kabin seperti pramugari dan pramugara juga mengalami nasib sama
Terngiang Ngiang Suara Arwah Mahu Makan Durian

Terngiang Ngiang Suara Arwah Mahu Makan Durian

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 585 hits
Sumber Harian Metro Zuhainy Zulkiffliam hmetro com myMOHD Zaid menunjukkan foto anak sulungnya Nur Rania Adelia yang meninggal dunia dalam kebakaran di unit kondominiumnya di Jalan Dr Wu Lien Teh FOTO Zuhainy ZulkiffliGeorgetown Ketika tiba...
Zahid Bawa Suara Akar Umbi Umno Menghadap Agong Esok Kata Puad

Zahid Bawa Suara Akar Umbi Umno Menghadap Agong Esok Kata Puad

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 274 hits
June 10 2021 10 06 PMMohd Puad Zarkashi berkata esok Ahmad Zahid Hamidi akan membawa suara akar umbi Umno dan rakyat dalam menghadap Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah PETALING JAYA Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi akan...
Tular Pemuda Yang Meniru Suara Seperti Ini Di Tiktok Tak Sangka Sebabkan Itu Boleh Dapat Beribu Pengikut

Tular Pemuda Yang Meniru Suara Seperti Ini Di Tiktok Tak Sangka Sebabkan Itu Boleh Dapat Beribu Pengikut

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 194 hits
Suara Kim sering menjadi usikan rakan sejak zaman sekolah lagi sehingga dia sudah lali dan tidak kisah mengenainya Setiap insan yang dilahirkan di dunia ini ada kelebihan dan kekurangan masing masing
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin

Ramadan 2025 Malaysia

For Revenge Feat Wira Nagara Kala Luka Berpesta Chord