Dividen Koperasi Tentera Tarikh Pembayaran Cara Semakan


Dividen Koperasi Tentera : Tarikh Pembayaran & Cara Semakan
Koperasi Tentera adalah sebuah koperasi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
Koperasi ini ditubuhkan dengan tujuan untuk mengambil kira kebajikan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan misi utama untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi ahli.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Koperasi Tentera, dan cara membuat pendaftaran, semakan secara online dan terbaru dividen koperasi tentera 2023.
Apakah Koperasi Tentera (KT)? Koperasi Angkatan Tentera Malaysia (KT) ditubuhkan pada tahun 1960 sebagai koperasi jimat cermat dan pinjam meminjam (thrift & loan).
Sesuai dengan konsep penubuhan, koperasi ini menyediakan kemudahan menabung yang terjamin kepada anggota dengan pulangan dan ganjaran menarik.
Kaedah ini menggalakkan ahli koperasi menguruskan kewangan dengan lebih berhemah menerusi sikap menabung.
Selaras dengan objektif ini, Koperasi Tentera memperkenalkan Polisi Pinjaman pada tahun 1966. Polisi ini bertujuan untuk mendidik anggota dan mengurangkan tabiat kerap meminjam yang sering berlaku.
Pada tahun 1976 pula KT memperkenalkan produk insurans berkelompok untuk perlindungan ahli disusuli dengan pelancaran Skim Pendidikan Tinggi pada tahun 1983.
Dekad 90-an menyaksikan perkembangan KT dengan penerimaan anugerah seperti Anugerah Kecemerlangan daripada Pertubuhan Koperasi Kebangsaan Malaysia.
Pada dekad berikutnya (2000-an) koperasi ini terus menerima anugerah kecemerlangan. Pada dekad ini juga Koperasi Tentera dianugerahkan Sijil Piawaian MS ISO.
Dengan objektif utama untuk menjaga kebajikan anggota ATM, KT tidak hanya menawarkan keahlian kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia, tetapi juga kepada kakitangan awam yang berkhidmat di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia dan pesara ATM.
Sesuai dengan visi, misi dan objektif untuk meningkatkan taraf hidup ahli, KT menawarkan produk dan perkhidmatan berkaitan kewangan.
Pembiayaan / Pinjaman Koperasi Tentera & Produk-produk Lain Antara produk yang ditawarkan oleh KT ialah pembiayaan peribadi, perlindungan Takaful, pajak gadai Islam Ar-Rahnu, pembiayaan SME dan kemudahan pelaburan kepada anggota.
Pinjaman koperasi tentera yang ditawarkan adalah dalam bentuk pembiayaan peribadi berpenjamin dan tanpa penjamin, pembiayaan ekspres, pembiayaan yuran KT, dan pembiayaan takaful dan cukai jalan.
Semua pelan pinjaman ini adalah pembiayaan Islamik yang patuh Syariah.
Skim takaful koperasi tentera pula menawarkan Skim Takaful Berkelompok ATM, Skim Medic KT, perlindungan takaful kenderaan dan takaful am.
Pelan perlindungan takaful yang ditawarkan ini adalah hasil daripada kerjasama antara KT dengan syarikat-syarikat takaful di Malaysia.
Selain daripada pembiayaan peribadi, KT juga menawarkan pembiayaan berjangka kepada usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) atau SME.
Pelan ini menawarkan jumlah pembiayaan sehingga RM1 juta dengan tempoh 10 tahun.
Antara perkhidmatan KT yang popular adalah Pajak Gadai Ar-Rahnu (AR-RahnuKT). Perkhidmatan ini dibahagikan kepada dua produk utama iaitu Ar-Rahnu Prihatin dan Ar-Rahnu Prima.
Ar-Rahnu Prihatin membenarkan pinjaman sehingga RM5,000 manakala Prima pula membenarkan pinjaman sehingga RM100,000. Produk ini ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.
Baca juga: SSPN Online: Cara Buka Akaun SSPN-i & SSPN-i Plus Untuk Anak
Pembayaran Dividen 2023 – TERKINI Untuk makluman, pembayaran dividen koperasi tentera kepada anggota akan bermula pada 16 Julai 2024 (Selasa).
Sehubungan itu, anggota boleh membuat semakan dividen koperasi tentera melalui sistem pesanan ringkas (SMS) bermula 11 Julai 2024 (Khamis).
Semakan Dividen 2023
Anggota boleh membuat semakan melalui SMS:
Taip KT DIV NO.MyTentera/MyKad & hantar ke 33310
*Anggota KT boleh mengakses akaun simpanan KT dan membuat pengeluaran aplikasi KT Online (Anggota dinasihatkan untuk membuat pilihan DuitNow bagi pengeluaran yang lebih cepat).
*Sila pastikan akaun KT Online anda aktif dan kemas kini nombor telefon bagi memastikan proses pembayaran dividen berjalan lancar.
*Anggota juga boleh membuat permohonan pengeluaran di kaunter cawangan KT mulai 16 Julai 2024 sekiranya belum mendaftar KT Online.
*Untuk maklumat lanjut Pusat Perkhidmatan KT di talian 03-2303 0000.
Notis Kemaskini KT Online Anggota Koperasi Tentera yang dihormati,
Susulan daripada pengumuman Koperasi Tentera (KT) mengenai pembayaran dividen bagi tahun kewangan berakhir 2023, anggota KT hendaklah memastikan akaun aplikasi KT Online aktif bagi memudahkan proses pengeluaran dividen yang akan dikreditkan bermula pada 16 Julai 2024.
Sekiranya anggota tidak mempunyai aplikasi KT Online atau lupa kata laluan, anggota disarankan untuk membuat pendaftaran kali pertama atau pengaktifan semula KT Online bagi mengelakkan kesulitan semasa pengeluaran dividen. Pendaftaran dan pengaktifan semula boleh dilakukan di cawangan KT berdekatan atau hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan di talian 03-2303 0000.
Dapatkan maklumat lanjut yang tepat dan terkini berkaitan KT hanya di laman Facebook rasmi KT di https://www.facebook.com/koperasitentera atau di laman sesawang KT di www.katmb.com.my. Sebarang pertanyaa lanjut, anggota boleh hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan di talian 03-2303 0000.
Sekian, harap maklum.
PENGURUSAN KOPERASI TENTERA
Apakah KT Online? Sistem koperasi tentera online iaitu KT Online dibangunkan untuk memudahkan ahli membuat transaksi kewangan di atas talian.
Sistem ini bukan sahaja boleh diakses melalui pelayar web, tetapi juga boleh digunakan melalui aplikasi KT Online untuk telefon pintar, Android dan juga iOS.
Melalui aplikasi ini ahli boleh menyemak baki akaun, melalukan transaksi pindahan wang, dan juga pembayaran atas talian untuk akaun pembiayaan dan takaful.
Pendaftaran KT Online Sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli KT, anda boleh daftar koperasi tentera secara online dengan muatturun borang permohonan menjadi anggota di laman web rasmi KT iaitu di pautan https://www.ktonline.com.my
Cara Login Kali Pertama
Berikut merupakan cara untuk anda login kali pertama LOGIN KOPERASI TENTERA(KT).
Anda perlu ke portal Koperasi tentera klik pautan berikut untuk pendaftaran kali pertama : https://www.ktonline.com.my/ktib/app/?lang=ms#!/firstTimeLogin Pilih jenis pengenalan berikut: Tentera ID No kad pengenalan No passport Klik setuju terma dan syarat dan klik butang teruskan Klik hantar OTP OTP akan dihantar melalui sistem pesanan ringkas ( SMS) Masukan ID pengguna Cipta dan tetapkan kata laluan Masukan semula kata laluan Pilih imej dan frasa keselamatan Jawab soalan keselamatan Pendaftaran anda telah Berjaya Anda juga boleh mendaftar dengan menggunakan aplikasi di telefon pintar : https://play.google.com/store/apps/details?id=my.com.ktonline.mb&hl=en&gl=US
Login Koperasi Tentera (KT Online)
Setelah mendaftar, anda boleh login koperasi tentera anda dengan langkah berikut:
Klik pautan https://www.ktonline.com.my/ktib/app/?lang=ms#!/login Masukan id pengguna Tekan teruskan Sahkan id pengguna melalui imej dan masukkan kata laluan Tekan masuk @ login Paparan akan menunjukkan akaun koperasi anda Foto: Angkatan Tentera Malaysia Baca juga: JHEV: Semakan Penyata Pencen Pesara Tentera / Veteran ATM
Semakan Dividen Anda boleh semak dividen caruman anda di koperasi dengan cara online sahaja. Caranya adalah seperti berikut.
Klik pautan https://www.ktonline.com.my/ Masukan ID pengguna Tekan teruskan Sahkan ID pengguna melalui imej dan masukkan kata laluan Tekan masuk @ login Paparan akan menunjukkan akaun koperasi anda Klik pada menu nombor akaun anda Anda akan dapat melihat transaksi dan baki terkini akaun anda Jika dividen telah disalurkan, ianya akan dicatat pada bahagian transaksi Maklumat Lanjut No 1, Jalan 2/65C, Off Jalan Pahang Barat, 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
Untuk makluman Pusat Perkhidmatan Pelanggan KT telah bertukar kepada nombor baharu. Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 03-2303 0000


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/dividen-koperasi-tentera/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=dividen-koperasi-tentera

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Istiwa Adzam 15 Julai 2024 Cara Semakan Arah Kiblat Malaysia

Istiwa Adzam 15 Julai 2024 Cara Semakan Arah Kiblat Malaysia

papar berkaitan - pada 12/7/2024 - jumlah : 326 hits
FENOMENA ISTIWA ADZAM DAN SEMAKAN ARAH KIBLAT DI MALAYSIA Pada 15 Julai 2024 Isnin bersamaan 9 Muharram 1446H 5 27 PM akan berlakunya fenomena Istiwa Adzam Istiwa A dzam ialah kedudukan Matahari tepat berada di atas Kaabah Fenomena ini berl...
Check Socso Cara Semakan No Perkeso

Check Socso Cara Semakan No Perkeso

papar berkaitan - pada 10/7/2024 - jumlah : 288 hits
Check SOCSO Cara Semakan No PERKESO Bagaimaakah cara check SOCSO No PERKESO yang betul Tahukah anda PERKESO SOCSO memberikan pelbagai kemudahan kepada pekerja terutamanya bantuan seperti kehilangan pekerjaan perlindungan pampasan akibat jan...
Lewat Cara Ini Kementan Genjot Indeks Pertanaman Sawah Di Lahan Rawa

Lewat Cara Ini Kementan Genjot Indeks Pertanaman Sawah Di Lahan Rawa

papar berkaitan - pada 6/7/2024 - jumlah : 140 hits
Mentan optimis program ini bisa memacu aktivitas tanam di musim kedua tahun ini
Pinggan Sihat Malaysia Cara Merancang Diet Contoh Hidangan

Pinggan Sihat Malaysia Cara Merancang Diet Contoh Hidangan

papar berkaitan - pada 7/7/2024 - jumlah : 338 hits
Pernahkah anda mendengar tentang Pinggan Sihat Malaysia Piramid Makanan Malaysia telah dijadikan rujukan dalam penyedian hidangan sihat dan menekankan jumlah makanan bagi setiap kumpulan makanan Pinggan Sihat Malaysia merupakan alat visual ...
Cara Hilangkan Karat Pada Pisau

Cara Hilangkan Karat Pada Pisau

papar berkaitan - pada 7/7/2024 - jumlah : 202 hits
nbsp CARA HILANGKAN KARAT PADA PISAU Sebagai orang dapur mesti korang akan ada tabiat dimana korang akan suka pada satu pisau je yang ada kat dapur Mungkin lagi selesa bila guna pisau tu dari pisau yang lain walaupun ada banyak lagi pilihan...
Cara Bawa Kereta Sendiri Ke Thailand Pastikan Dokumen Anda Cukup

Cara Bawa Kereta Sendiri Ke Thailand Pastikan Dokumen Anda Cukup

papar berkaitan - pada 6/7/2024 - jumlah : 213 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraNegara Thailand dilaporkan menerima jumlah kedatangan pelancong sebanyak 28 juta pada tahun 2023 dan jumlah pelancong terbesarnya datang dari negara Malaysia Perlu diakui bahawa rakyat Malaysia sememangnya...
Megawati Kritisi Besarnya Utang Pemerintah Cara Bayarnya Gimana Saya Khawatir Krisis Ekonomi

Megawati Kritisi Besarnya Utang Pemerintah Cara Bayarnya Gimana Saya Khawatir Krisis Ekonomi

papar berkaitan - pada 5/7/2024 - jumlah : 149 hits
Megawati berharap pemerintah punya rencana serius untuk mengurangi utang bernilai fantastis itu
6 Cara Import Barang Dari China Bagi Pemula Melalui Jasa Import

6 Cara Import Barang Dari China Bagi Pemula Melalui Jasa Import

papar berkaitan - pada 4/7/2024 - jumlah : 235 hits
BloggerBorneo com China dengan cepat menjadi negara industri raksasa mereka memproduksi sebagian besar produk konsumen di dunia Mengimpor dari China telah terbukti menjadi taktik sumber daya global yang sukses bagi banyak bisnis Ini menghad...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash