Diuji Seteleh Berdoa Tanda Salah Doa


Diuji bertubi-tubi setelah berdoa untuk dipermudahkan urusan, adakah tanda salah berdoa? 



[Photo by Renato]


Baru-baru ini saya terbaca tulisan di Thread tentang keadaan saudara kita yang diuji bertubi-tubi setelah berdoa kepada Allah.


Kemudian diberi komentar oleh saudara yang lain dengan “mungkin salah berdoa, bahasa tak betul”. 


Jadi isu ada 2 di sini. 


Sama-sama kita bincang insya Allah. 


1- Pertama, isu ujian setelah berdoa. Perlu kita fahami dahulu bahawa dunia memang tempat ujian. Silap jika kita menganggap kita akan aman tanpa ujian. 


Al-Quran menyatakan beberapa dalil terhadap perkara ini: 


ٱلَّذِي خَلَقَ ٱلۡمَوۡتَ وَٱلۡحَيَوٰةَ لِيَبۡلُوَكُمۡ أَيُّكُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلٗاۚ


“Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya” [al-Mulk: 2]


وَلَنَبۡلُوَنَّكُم بِشَيۡءٖ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ وَنَقۡصٖ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَٰلِ وَٱلۡأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٰتِۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّٰبِرِينَ ١٥٥


“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar” [al-Baqarah: 155]


أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ


“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?” [al-Ankabut: 2] 


Semua dalil ini menunjukkan kepada ujian sememangnya sinonim dengan kehidupan kita di dunia. 


2- Ujian itu antara tanda Allah kasih kepada hambaNya, maka jangan kita bersangka buruk kepada Allah bahawa diuji itu tanda Allah ingin menyukarkan kita semata-mata. Tidak begitu. Nabi ‎ﷺ bersabda: 


إِذَا أَحَبَّ اللَّهُ قَوْمًا ابْتَلَاهُمْ


“Jika Allah menyukai suatu kaum, nescaya Allah akan menguji mereka” [HR Tirmizi]


3- Justeru, ujian bukan bererti keburukan secara mutlak. Bahkan sebenarnya kebaikan boleh hadir setelah itu. Hanya sahaja, kita perlu sentiasa kuat untuk bersabar, berusaha untuk bersangka baik terhadap ujian tersebut. Hikmahnya bakal terpancar jua. 


Allah berfirman: 


فَإِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرًا ٥ إِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرٗا ٦


“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” [al-Sharh: 5 - 6]


Jika kita perhatikan, kalimah kesukaran (العسر) itu dalam bentuk kata nama khas iaitu Ism Ma’rifah. Kalimah kemudahan (يسر) pula dalam bentuk kata nama am iaitu Ism Nakirah. 


Kata nama khas biasanya membawa erti sedikit, sebab semakin khusus, semakin sikit. Jika am, maka ertinya banyak. 


Sebagai contoh, hospital. Kalimah umum, banyak. Boleh jadi hospital mana-mana pun di dunia ini. 


Adapun, kalau kita khususkan, terus jadi sedikit. Contohnya, Hospital Kuala Lumpur. Ada satu sahaja. 


Ertinya, kata nama khas membawa kepada erti sedikit, kata nama am pula membawa erti banyak. Ini kaedah secara umum. 


Maka, kesukaran yang ada itu sedikit, kemudahan yang Allah sediakan itu lebih banyak. 


Saya ada huraikan lagi tentang ayat ini dengan lebih panjang dalam buku saya, jemput baca di gambar di bawah. 


4- Apabila kita berdoa, lalu diuji oleh Allah, maka ini mungkin tanda bahawa Allah ingin menjawab doa kita dengan cara memberikan ujian. 


Kerana doa tidak semestinya dijawab dengan 100% cara yang kita kehendaki. Tetapi dijawab dengan cara yang paling baik buat kita. Allah Maha Mengetahui, sementara kita pula serba tidak tahu. 


Nabi ‎ﷺ bersabda: 


‎مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَدْعُو بِدَعْوَةٍ لَيْسَ فِيهَا إِثْمٌ، وَلَا قَطِيعَةُ رَحِمٍ، إِلَّا أَعْطَاهُ اللهُ بِهَا إِحْدَى ثَلَاثٍ: إِمَّا أَنْ تُعَجَّلَ لَهُ دَعْوَتُهُ، وَإِمَّا أَنْ يَدَّخِرَهَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ، وَإِمَّا أَنْ يَصْرِفَ عَنْهُ مِنَ السُّوءِ مِثْلَهَا


‏Tidaklah seorang Muslim berdoa yang tidak mengandung dosa dan tidak bertujuan memutus silaturahmi, melainkan Allah SWT akan mengabulkannya dengan tiga cara: Allah akan mengabulkan doanya sesegera mungkin, Allah akan menyimpan (menjadikannya pahala) baginya di akhirat kelak, dan Allah akan menjauhkan darinya Kekurangan.” [HR Ahmad]


Maka, jika kita diuji setelah meminta dari Allah, mungkin itulah cara Allah menjawab doa kita. 


“kalau macam tu taknak lah berdoa, takut diuji” 


Berbalik semua kepada konsep ujian pada noktah 1 di atas. Kita tidak akan mampu lari dari ujian. Bahkan mungkin kita tidak tersedar bahawa kenikmatan juga boleh jadi ujian buat kita tanpa kita sedari. 


Jangan disangka bahawa ujian itu kesusahan sahaja, tetapi juga kesenangan. Al-Quran menyatakan sedemikian juga.


5- Berkenaan isu kedua pula iaitu “mungkin salah berdoa, bahasa tak betul”, ini perlu diluruskan. Kerana tiada istilah salah bahasa dalam berdoa. Gunalah bahasa apa sahaja, asalkan doa itu doa yang baik, insya Allah, akan dikabulkan oleh Allah. 


Kurang tepat kita katakan “jangan berdoa murahkan rezeki, tetapi doa dengan lapangkan rezeki”. Tidak ada larangan untuk menggunakan kalimah apa sekali pun, selagi membawa makna yang baik, silakan.
Jika kita ingin melarang, maka perlu dibawakan dalil dan kalam ulama’. Setakat yang kita temui, yang melarang dengan alasan unsur positif begini adalah dari ajaran New Age Movement yang telah disebutkan sebagai menyimpang dari ajaran agama Islam. 


Maka, teruskan berdoa dengan doa yang baik, tidak kisahlah kalimah mana jua. Insya Allah akan dikabulkan oleh Allah dengan cara yang terbaik dari Allah.


6- Sahabat-sahabat yang ingin mengeluarkan pandangan terhadap isu-isu, sama-sama kita menahan diri dan berwaspada jika kita tidak mempunyai sandaran dari sumber agama dan kefahaman ulama’ muktabar. 


Moga bermanfaat. 
Wallahu a’lam. 


#FawaidJawab








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://arnamee.blogspot.com/2025/07/diuji-seteleh-berdoa-tanda-salah-doa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Salah Tu Amir Nak Tunjuk Kental Biar Kena Tempatnya

Salah Tu Amir Nak Tunjuk Kental Biar Kena Tempatnya

papar berkaitan - pada 2/7/2025 - jumlah : 125 hits
Arif JamilNak tunjuk kental biar kena pada tempat Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman ni dimulakan zaman Najib dulu Dan ia dimansuhkan harini dibawah pentadbiran Anwar Ibrahim Ini salah satu bukti bahawa kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim tidak me...
Isteri Meninggal Dunia Selepas Lahirkan Anak Kedua Netizen Menangis Dengar Doa Suami Di Sisi Jenazah

Isteri Meninggal Dunia Selepas Lahirkan Anak Kedua Netizen Menangis Dengar Doa Suami Di Sisi Jenazah

papar berkaitan - pada 18/7/2025 - jumlah : 146 hits
Hantaran terbaru dikongsikan akaun yang melakukan kebajikan membantu menguruskan jenazah orang awam Mr Wan Cai Official telah meruntun hati ramai Video yang dikongsikan di Instagram itu memaparkan seorang suami di sisi jenazah isterinya yan...
Anak Tak Meragam Ibu Anak Lima Kongsi Amalan Doa Zikir Lepas Subuh

Anak Tak Meragam Ibu Anak Lima Kongsi Amalan Doa Zikir Lepas Subuh

papar berkaitan - pada 17/7/2025 - jumlah : 114 hits
Perkongsian seorang ibu yang mempunyai anak lima Iman Zulta berkongsi beberapa amalan yang dilakukan setiap hari selepas solat Subuh bagi memastikan si kecil menjadi anak yang bijak dan paling penting tidak meragam Antara amalan mudahnya ad...
Maksud Barakallahu Fiik Doa Pendek Nilainya Besar

Maksud Barakallahu Fiik Doa Pendek Nilainya Besar

papar berkaitan - pada 17/7/2025 - jumlah : 112 hits
Original Content Dalam kehidupan seharian umat Islam terdapat pelbagai ungkapan dalam Bahasa Arab yang digunakan sebagai tanda hormat kasih sayang dan penghargaan Salah satu frasa yang indah dan penuh makna ialah Barakallahu Fiik Walaupun p...
Rezeki Tak Salah Alamat

Rezeki Tak Salah Alamat

papar berkaitan - pada 3/7/2025 - jumlah : 140 hits
Assalamualaikum Ni cerita last week Khamis rasanya masa tu x bawak bekal So pagi SA cari la sarapan kat Brickfield tu ramai aje yang meniaga SA suka nasi lemak yang ada sorang mamat ni jual kat area Pejabat Pos Brickfield tu dah beberapa ha...
Ronaldo Tersilap Dail Tertelefon Penyampai Tv Arab Ini Salah Dail Terbaik Dunia

Ronaldo Tersilap Dail Tertelefon Penyampai Tv Arab Ini Salah Dail Terbaik Dunia

papar berkaitan - pada 4/7/2025 - jumlah : 155 hits
Cristiano Ronaldo mencetuskan kejutan apabila tersalah mendail nombor telefon dan secara tidak sengaja menghubungi penyampai TV popular Kuwait Halima Bouland yang kebetulan menginap di hotel sama di Arab Saudi Sorotan utama Insiden berlaku ...
Bekerja Dengan Bos Yang Tak Pernah Salah

Bekerja Dengan Bos Yang Tak Pernah Salah

papar berkaitan - pada 14/7/2025 - jumlah : 151 hits
14 Julai 2025 Isnin Hari hari yang dilalui di tempat kerja buat aku belajar satu perkara Kadang kita bukan penat sebab kerja tapi penat sebab kena bertahan dengan perangai orang tertentu Ya Bos Yang rasa dia sentiasa betul Yang tak boleh di...
Saat Aku Serba Salah Siapa Aku Sebenarnya

Saat Aku Serba Salah Siapa Aku Sebenarnya

papar berkaitan - pada 12/7/2025 - jumlah : 142 hits
MONOLOG JIWA KHASSaat Aku Serba Salah Siapa Aku Sebenarnya Kadang aku rasa aku baik Tapi mengapa aku juga rasa letih Kadang aku rasa aku ikhlas Tapi kenapa jiwa aku terasa sepi Aku bukan orang yang banyak bercakap Aku cuma berbual bila perl...
Influencer Cantik Mati Dikelar

Mengapa Nutrisi Amat Penting Bagi Anda

Breaking News Renault Group Acquires A Former Nissan Manufacturing Facility In India

Exploring The Essential Marine Supplies For Smooth Sailing

Menantu Siti Nurhaliza Diserang Caprice

Should Dap Now Apologise To Zahid For Accusing Him Of Graft Ala Its Apology To Beng Hock S Family

Malam Yang Tak Bisa Membawa Tidur

Hiburan Saya Tak Layan Suami Orang Syira Atiqah Akhirnya Respon Isu Penyondol Rumah Tangga Fattah Amin Fazura


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


100 Kubur Di Kampung Pengkalan Maras Berisiko Hanyut Dipindahkan Mulai Hari Ini

Mdec X Bsn Team Up To Power Malaysia S Next Gen Digital Leaders

Mcdonald S Spicy Duo Concert Lit Up Putrajaya

Pelarasan Tarif Air Johor Tak Jejas Majoriti Pengguna Domestik Kelompok E Kasih

Bring Back The Rotan Lapaq App Founder Calls For Return Of Caning In Schools

Cambodia Plans To Nominate Trump For Nobel Peace Prize But Netizens Ask Why Not Anwar