Disunatkan Membaca Surah Al Kahfi Pada Hari Jumaat
Luar biasa surah Al-Kahfi ini. Sebab itu kita disunatkan membaca surah ini pada hari Jumaat. Kalau kita baca dengan kefahaman ia akan rewire our brain.
Kredit Foto : Google
Surah Al Kahfi (سورة الكهف) adalah surat ke-18 dalam al-Quran. Surah ini mempunyai 110 ayat dan termasuk dalam golongan surah Makkiyyah. Dinamakan Al-Kahfi (bahasa Arab:Gua) dan Ashhabul Kahfi yang membawa maksud Penghuni-Penghuni Gua. Selain itu, nama ini diambil daripada cerita yang terdapat dalam surah ini pada ayat 9 hingga 26 mengenai beberapa orang pemuda yang tidur dalam gua bertahun-tahun lamanya. Selain daripada cerita tersebut, terdapat pula beberapa buah cerita dalam surah ini mengandungi pengajaran yang amat berguna bagi kehidupan manusia.
Ada 4 kisah hebat dalam surah ini. Kisah dua pekebun. Yang seorang itu bangga dengan dengan kebunnya. Dia jangkakan dengan teknologi, kepandaian, kesuburan tanah, kebunnya akan kekal hebat. Dia lupa pada Pencipta. Dia lupa teknologi, kepandaian, kesuburan semuanya dari dari pemilik yang sama – Allah Rabbul Jalil.
Kisah kedua ini adalah kisah kita semua. Bila berjaya sikit kita mula lupa. “Sebab aku pandailah semua ini aku dapat.” Atau “Sebab aku mengaji tinggi” Atau sebab mak bapa aku kaya”.
Saya sangat tertarik dengan cara penceritaan yang Allah gunakan dalam surah ini. Dengan naratif dan dialognya, kisah ini membawa minda kita menerobos ke awangan. Bersama bayangkan suasana kebun yang diceritakan. Mungkin movie mind kita berbeza. Tapi hasilnya sama.
Kisah pertama pula ramai orang sedar. Ia kisah Ashabul Kahfi. Kisah sekumpulan pemuda selamatkan akidah mereka. Bukan larikan diri. Mereka selamatkan akidah mereka. Allah suruh mereka keluar dari tempat tinggal. Pergi ke pergunungan.
Kisah Ashabul Kahfi ini sedang dan akan berulang lagi pada zaman ini. Pesan nabi dari Said Al Khudri dalam Sahih Bukhari “akan tiba masanya harta yang paling baik dimiliki oleh seorang muslim ialah kambing biri biri yang di bawa ke bukit bukit, di tempat hujan turun seperti lembah lemabh gunung melarikandiri membawa agamanya dari fitnah.”
Mungkin ada di antara kita menonton rancangan di BBC yang melaporkan nanti matawang Euro tidak akan bernilai lagi. Mungkin juga terbaca di Russia sekarang menggunakan cashless. Begitu juga di China.
Apa berlaku sekiranya deretan meteor yang menghala ke bumi seperti laporan NASA sebabkan gelombang electro magnetic? Masih berfungsikah komputer?
Kisah ketiga kisah yang luarbiasa. Kenapa? Sebab cara berfikir Nabi Khidir dan ilmunya di luar ruang lingkup faham manusia. Hatta Nabi Musa tidak terjangkau. Apa yang menarik ialah kemampuan berfikir kehadapan mampu dimiliki manusia.
Agak menarik ulasan dua penulis Filem Minority Report semasa di temuduga. Kedua mereka Jon Cohen dan Scott Frank menyebut Minority Report adalah inspirasi dari Holy Sciptures. Di belakang mereka pada waktu itu ada Quran terjemahan.
Kisah ZulQornain pula adalah masa itu untuk masa depan. Kisah ini bukan sekadar naratif akhir zaman kita. Kisah ini juga adalah bukti kaum terdahulu punyai teknologi lebih tinggi dari manusia hari ini. Banyak kisah dan ayat akan hal umat terdahulu dirakamkan di dalam Quran.
Saya sebutkan tentang rewire of the brain. Seminggu sekali kita akan semak semula check list ibrah ini. Kuatkan semula neural path yang terbina 52 kali setahun. Membaca surah ini dengan kefahaman akan lakukan beberapa perkara kepada kita.
1. Kuatkan pergantungan pada Allah. Walaupun kita ‘memiliki’ segalanya.
2. Periksa suhu iman. Selamatkan iman. Plan ahead untuk selamatkan iman.
3. Ilmu ini luas. Banyak yang kita tidak tahu. The moment kita rasa kita lebih mengetahui,, percayalah ada lebih faham dan tahu.
4. Pergantungan pada rezeki dari Allah itu luarbiasa. Allah berikan apa yang tidak terjangkau oleh fikiran manusia.
Dengan masa berbaki ini jom sama sama baca Surah Al-Kahfi dengan kefahaman. Tadabbur dan tafakkur. You’ll feel the different!
Kredit : DrRizal Abu Bakar
SUMBER
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.sekejung.com/2022/01/disunatkan-membaca-surah-al-kahfi-pada.html