Disiplin Secara Pemulihan


 Disiplin secara pemulihan (restorative discipline) merupakan satu kaedah pendidikan yang lebih menekankan kepada aspek pengurusan pendidikan yang membina, tidak terus menghukum atau melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan rasa aib dan kekecauan jiwa kepada pelaku kesalahan.   

Contohnya, jika ada situasi seorang murid memang melakukan sesuatu yang salah, maka dia tidak terus dipersalahkan, apa lagi diherdik dan diperlakukan sebagai orang yang bersalah di hadapan pelajar lain atau orang ramai.
 

Sebaliknya, sebaik-baik tindakan daripada pihak guru ialah pelajar itu dipanggil atau dibawa ke tempat tertutup, dalam suasana tenang seperti di dalam bilik. Tindakan itu dapat mengelak murid mendapat malu, yang boleh menyebabkan trauma emosi.
 

Tindakan itu bukan memberi muka dan membenarkan sesuatu yang salah dilakukan, tetapi satu proses pembelajaran berguna kepada murid tersebut.
 

Guru perlu bijak mengawal emosi dalam mendepani sebarang isu berkaitan disiplin pelajar. Guru perlu bertindak sebagai orang dewasa dan mempunyai tahap kematangan emosi yang lebih setabil dan bertindak profesional terhadap sebarang keredah murid-murid.
 

Melakukan kesalahan itu perkara normal kepada kanak-kanak. Sikap nakal dan tidak matang masih menguasai diri. Jadi, orang dewasalah harus berperanan untuk mendidik kenak-kanak menjadi matang melalui pelakuan matang orang dewasa sendiri.
 

Negara maju meletakkan kanak-kanak sehingga 16 tahun (ada yang 18 tahun) di bawah tanggungjawab kerajaan dengan akta perlindungan. Mereka tidak boleh dihukum secara fizikal dan perlu dijamin persekitaran selamat dan sejahtera emosi.
 

Melalui akta yang dikuatkuasakan, adalah satu kesalahan jika kanak-kanak ini dicederakan emosi mereka, malah boleh dipindahkan hak milik jagaan sementara jika terbukti ia berlaku dengan serius.
 

Menunjukkan kekuasaan kepada kenak-kanak yang lemah secara umumnya adalah satu elemen buli, sedangkan budaya Melayu mengutamakan kasih sayang dan budi. Hormat orang tua, dan sayangi anak-anak adalah akar budaya Melayu..
 

Kesalahan anak-anak yang belum matang berfikir perlu difahami dari sudut perkembangan kognitif, emosi, dan tanggungjawab moral. Dalam pendidikan dan psikologi perkembangan, tidak semua kesalahan yang dilakukan oleh kanak-kanak boleh dianggap sebagai “dosa sedar”, kerana mereka masih belum matang dari segi akal, pertimbangan dan empati.
 

Ibu bapa dan guru adalah golongan paling rapat dengan kanak-kanak perlu menjadi contoh dan tauladan dalam mengawal emosi. Jika orang dewasa tidak dapat mengawal emosi, maka keadaan itu juga akan ditanam dan diikuti oleh kanak-kanak. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://biroteguhnegara.blogspot.com/2025/05/bgv.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tanggung Cedera Paling Teruk Sepanjang Bermain Bola Habibi Akur Rawatan Fisio Di Physiogo

Property Investment Tips Malaysia 2025 Pelaburan Hartanah Untung Tinggi

Pemuda Bandung Tolak Wacana Pengakuan Akan Israel

Rafizi Nik Nazmi Letak Jawatan Pm Anwar Belum Rancang Rombakan Mereka Masih Bercuti

Memberdayakan Pasar Tradisional Melalui Inovasi Digital

Mee Segera Buat Otak Jadi Lembab Betul Ke

Jalur Gemilang Burned Stomped Women Harassed In Escalating Malaysian Sri Lankan Tiktok War

Hiburan Kongsi Tips Pertahanan Diri Untuk Wanita Netizen Spekulasi Neelofa Hamil Anak Ketiga Baby Bump Comel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


A Constitutional Blunder Or A Fictional Blunder

Rahsia Untuk Bebas Dari Hutang

Dabai Specialty Fruit Of Sarawak Malaysia

Cuti Sekolah Kita Berinai Aktiviti Sunnah Yang Seronok

Petua Penjagaan Kereta Berkala

Gm Invests Almost 1 Billion Dollars In A New V8 Engine