Diserang Ektremis Hindu Ini Penjelasan Ustaz Firdaus Wong


Oleh : Ustaz Firdaus Wong
 
Ulasan 'Provokasi' Ekstrimis Hindu Di Pejabat MRM

Berikut adalah ulasan kami tentang provokasi seorang ekstrimis Hindu ke pejabat Multiracial Reverted Muslims - MRM pagi tadi. Ulasan ini agak panjang tetapi sila baca sebelum komen dan fahami betul-betul apa yang ingin disampaikan... Saya mengambil masa hampir 2 jam untuk mengarang ulasan ini semasa dalam perjalanan ke Teluk Intan...




1. Lebih kurang jam 10.35am, 16 Jan 2019, seorang ekstrimis Hindu bernama Arunakiri telah masuk ke premis pejabat kami tanpa kebenaran dan sebarang temujanji.

2. Walaupun beliau datang tanpa temujanji & masuk tanpa kebenaran, kakitangan kami masih membenarkannya duduk di ruang tamu kami dan menawarkan air kepada beliau tetapi beliau menolak sambil beliau terus membuat video live dengan suara yang agak kuat sehingga menganggu pengambaran kami yang menyebabkan terpaksa meminta beliau merendahkan suara dan beliau akur.

3. Pada waktu itu, saya sedang menjalani pengambaran bersama krew dari RTM di bilik saya dan telah tidak tahu akan kehadiran beliau sehingga saya dimaklumkan oleh kakitangan setelah saya selesai wawancara.

4. Kakitangan kami telah memaklumkan kepada beliau bahawa jadual kami agak padat dan sibuk dan perlu tunggu untuk berjumpa dengan saya.

5. Setelah beliau menunggu hampir 20 minit, saya keluar berjumpa dengan beliau dan memaklumkan bahawa saya agak sibuk dengan shooting yang belum selesai. Krew RTM perlu bergegas ke Terengganu manakala saya pula perlu bergegas ke Teluk Intan bagi program masing-masing selepas shooting.

6. Setelah bersalam dengan beliau, beliau terus mengajukan soalan bertalu-talu dan menuntut jawapan, saya memaklumkan bahawa saya akan membiarkan kakitangan kami untuk berurusan dan menjawab beliau kerana saya perlu meneruskan pengambaran di dalam tetapi beliau terus berkeras mahukan jawapan dari saya.

7. Apabila beliau terus mendesak dan menganggu operasi pejabat kami, saya terpaksa meminta beliau untuk keluar dari pejabat kami tetapi beliau enggan meninggalkan pejabat kami dengan alasan pejabat kami bukannya private property tetapi adalah public property dan suka hati beliau kalau beliau mahu duduk di situ.

8. Pihak kami telah membuat panggilan kepada polis kerana beliau enggan meninggalkan premis pejabat kami.

9. Antara sebab kehadiran beliau sebagaimana dalam video live beliau adalah kerana artikel kami menjawab tuduhan Hindu kononnya Cogan Jata Negeri Pahang diambil dari simbol dewa Murugan. Boleh baca di sini > https://bit.ly/2FvtwuW
 
10. Beliau tidak berpuashati kononnya kami mengaitkan syaitan dengan dewa Murugan tetapi mungkin beliau baca tak habis atau penguasaan Bahasa Melayu beliau lemah. Ini perkara nombor 4 yang kami tulis yang beliau tidak puas hati;

"Jika klaim semudah itu digunapakai untuk mendakwa simbol tersebut menciplakkan atau terpengaruh dari dewa Murugan disebakan ada sedikit persamaan bentuk, maka adakah relevan jika orang mengatakan senjata syaitan yang sering diimejkan memiliki lembing bermata tiga (trisula) itu adalah pengaruh dari dewa Siva yang turut memiliki lembing yang sama? Mengapa tidak mendakwa dewa laut Poseidon dan Aquaman di dalam Komik DC itu juga pengaruh dari Siva disebabkan memiliki trisula tersebut? SUDAH TENTU KAMI TIDAK MEMAINKAN KLAIM INI KERANA IA MEMILIKI LATAR YANG BERBEZA. Begitu juga dalam soal Jata negeri Pahang yang dikaitkan dengan Murugan ini."

11. Apakah adil apabila mereka membuat pelbagai tuduhan dan fitnah terhadap Islam, Muslim, Raja & Sultan tetapi bila kami menjawab dengan ilmiah, kami pula yang dituduh sebagai ektrimis dan terrorist? Ini apa yang kami sebutkan semalam juga > https://bit.ly/2TQ8hH9

12. Beliau mendesak kami membawa keluar kitab Vedas yang menjadi rujukan penulisan kami bagi membuktikan kebenaran tulisan kami dan bagi menjawab fitnah beliau, kami membuka meja dan meletakkan kitab-kitab rujukan agama Hindu di luar pejabat kami agar perbincangan tidak akan menganggu operasi pejabat kami dan juga wawancara kami.

13. Apabila beliau bertanya dan meminta kami memberikan jawapan, kami bersedia menjawab tetapi apabila kami mula menjawab beliau mencelah dan meninggikan suara tanpa memberikan sebarang ruang untuk kami bercakap.

14. Apabila dibukakan kitab Vedas kepada beliau, beliau berkata itu adalah terjemahan tetapi beliau tidak mahu melihat teks sanskrit yang juga ada di dalam. Malahan beliau mempersoalan kitab terjemahan ini bukannya kitab rujukan mereka sedangkan terjemahan kitab agama ini kami beli di toko buku agama Hindu di Indonesia dan diterjemahkan oleh sarjana agama Hindu mereka sendiri!

15. Kami tidak menjual kitab agama lain tetapi kami membeli dan memiliki banyak kitab agama lain, falsafah, fahaman malahan agama Islam di perpustakaan kami untuk tujuan rujukan dan kajian kami.

16. Beliau bertanya apakah kami ini Hindu sehingga memilki banyak kitab agama Hindu tetapi persoalan saya kepada Arunakiri apakah menjadi suatu kesalah untuk penganut agama lain memiliki kitab Vedas sedangkan toko buku agama Hindu di Indonesia menjualkan kepada kami dan apakah Arun memiliki kitab Vedas di rumah beliau sebagai rujukan?

17. Jikalau gunakan logik Arun bahawa apakah kami ini Hindu sehingga memiliki banyak kitab Hindu, apakah saya seorang saintis hanya kerana memiliki minat membaca tentang jurnal sains atau hanya saintis yang boleh beli buku berkaitan dengan sains? Jikalau itu logik Arun, beliau perlu ke Indonesia dan menuntut toko buku agama Hindu di situ ditutup agar orang bukan Hindu tidak boleh membeli dan memiliki kitab Hindu.

18. Apabila polis sampai, beliau masih meneruksn tuduhan dan provokasi beliau. Beliau menuduh kami sebagai terrorist, menuduh kami terlibat dan tahu tentang penculikan Pastor Raymond dan ingin mewujudkan rusuhan kaum di Malaysia.

19. Saya mahu menyaman beliau tetapi apakan daya, saya tidak mampu membayar kos guaman untuk saman fitnah sebanyak RM35,000 dan tidak mungkin saya menggunakan wang NGO untuk membayar kos guaman. Saya hanya mampu pendam dan menerima fitnah dari beliau dan geng-geng lain bertalu-talu tanpa mampu membuat tindakan undang-undang terhadap mereka kerana tidak mampu.

20. Ada yang bertanya kenapa tidak berdebat dengan beliau? Jawapan kami mudah, Hindu Sangam yang menjadi NGO Hindu rasmi di Malaysia pun merasakan pegangannya kurang betul, apakah perlu kami berdebat dengan Arun ditambah pula kami telah tulis artikel beserta nota kaki tetapi setakat yang kami tahu, tiada satupun yang mereka balas dengan nota kaki dan rujukan secara 100%. Malahan Arun menuduh Hindu dari Indonesia adalah palsu dan tidak betul! Masih mahu berdebat dengan beliau?

21. Banyak laporan polis telah dibuat tentang ancaman dari beliau dengan bukti telah disertakan tetapi beliau seperti mempunyai hubungan yang baik dengan seorang Menteri dan beberapa ahli dari NGO yang kini telah menjadi parti politik juga agak anti Islam dan terlepas dari sebarang tindakan undang-undang. Apakah semua ini ada kaitan?

22. Bayangkan, Arunakiri hadir keseorangan ke pejabat kami yang di dalamnya ada lebih dari 15 orang Islam sedang bekerja lalu membuat provokasi, tuduhan & fitnah tetapi beliau tidak diapa-apakan, dilayan baik dan keluar tanpa sebarang masalah. Berbeza anggota bomba kita yang mahu memadamkan kebakaran tetapi akhirnya nyawa beliau melayang demi melaksanakan tugas beliau. Jikalau seorang Muslim melakukan provokasi di kuil Hindu sebagaimana yang dilakukan oleh Arunakiri, apakah individu itu akan selamat keluar dan dilayan baik? Mungkin....

Kesimpulan

Saya memohon jasa baik sahabat-sahabat yang mengikuti perkembangan dakwah kami agar tidak melakukan sebarang provokasi terhadap bangsa dan agama lain. Jangan juga menggunakan perkataan mencaci maki dan hinaan terhadap mereka.

Golongan ekstrim ada dalam semua agama termasuklah Hindu tetapi golongan ini adalah amat sedikit. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Yang kita perlu banteras adalah golongan ekstrim seperti ini dan bukannya kesemua bangsa dan agama itu sendiri.

We dont have to drop so low to their level. Jangan mencai maki dan menghina kerana ianya ajaran Islam dan andai kita beremosi dan mencaci maki beliau, Arunakiri dan gengnya akan jadikan modal untuk serang Islam & Muslim.

Kita teruskan dakwah dan banyakkan bersabar dan apabila telah mencapai kemuncak kesabaran, bertindak mengikut ajaran Islam yang rasional dan bukannya emosional. Kita biarkan pihak berkuasa menjalankan tugas mereka dan jangan sesekali mengambil tindakan melampaui batasan undang-undang negara.

Doakan sahabat kita yang Belum Muslim dibukakan hati dan dikurniakan hidayah oleh Allah untuk mengenal Islam dan memeluk Islam nanti. Allahuma Ameen.

*Screenshot hina Arunakiri Nathan terhadap Islam & orang Melayu yang sekaligus menjawab penipuan beliau kononnya beliau sayang orang Islam dan Melayu dan cinta semua agama.

*Boleh tonton video rakaman Pertama > https://bit.ly/2CmEqPu dan video kedua > https://bit.ly/2RSQm5o
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laiyeker.blogspot.com/2019/01/diserang-ektremis-hindu-ini-penjelasan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelampau Hindraf Buat Kacau Secara Biadab Di Pejabat Pendakwah Bebas Firdaus Wong

Pelampau Hindraf Buat Kacau Secara Biadab Di Pejabat Pendakwah Bebas Firdaus Wong

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 502 hits
Pelampau Hindraf buat kecoh di pejabat Firdaus WongSeorang pelampau Hindraf menceroboh ke pejabat pendakwah bebas Firdaus Wong berikutan penjelasan yang dibuat oleh Firdaus berhubung dakwaan cogan jata Sultan Pahang berasal dari Dewa Muruga...
Sahkan Suami Mengaku Bujang Jatuh Talak Ikuti Penjelasan Ustaz Rileks Media

Sahkan Suami Mengaku Bujang Jatuh Talak Ikuti Penjelasan Ustaz Rileks Media

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 329 hits
Mahkamah Sahkan Suami mengaku bujang jatuh talak perkara ini dikongsikan seorang netizen di page KRT salam min saja nk mnta pendapat aku ada dua anak perempuan lagi tu comel sangat min aku baru ce rai dgn ex husbnd ce rai pun di sbb kan ex ...
Ayat Al Quran Untuk Memuntahkan Penyakit Ustaz Sharhan Shafie

Ayat Al Quran Untuk Memuntahkan Penyakit Ustaz Sharhan Shafie

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 450 hits
AL FADHIL USTAZ SHARHAN SHAFIE adalah pengamal perubatan Islam yang telah lama bergiat aktif dalam mengubati pesakit pesakit misteri gangguan jin syaitan Beliau berasal daripada Machang Kelantan Mendapat pendidikan awal di Sek Keb Air Merah...
Doa Penawar Untuk Batuk Berkahak Ustaz Sharhan Shafie

Doa Penawar Untuk Batuk Berkahak Ustaz Sharhan Shafie

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 1095 hits
AL FADHIL USTAZ SHARHAN SHAFIE adalah pengamal perubatan Islam yang telah lama bergiat aktif dalam mengubati pesakit pesakit misteri gangguan jin syaitan Beliau berasal daripada Machang Kelantan Mendapat pendidikan awal di Sek Keb Air Merah...
Kematian Bayi Di Indekos Samarinda Terbongkar Saat Ustaz Mau Memakamkan

Kematian Bayi Di Indekos Samarinda Terbongkar Saat Ustaz Mau Memakamkan

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 171 hits
Kasus itu terungkap berawal seorang ustaz datang menemui Ketua RT 30 kelurahan Gunung Kelua Hamsy Djamhari sekira pukul 08 00 WITA Ustaz itu menanyakan kabar adanya bayi meninggal tidak dikubur dan berencana memakamkannya
Penawar Penyakit Darah Tinggi Kencing Manis Ustaz Sharhan Shafie

Penawar Penyakit Darah Tinggi Kencing Manis Ustaz Sharhan Shafie

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 853 hits
AL FADHIL USTAZ SHARHAN SHAFIE adalah pengamal perubatan Islam yang telah lama bergiat aktif dalam mengubati pesakit pesakit misteri gangguan jin syaitan Beliau berasal daripada Machang Kelantan Mendapat pendidikan awal di Sek Keb Air Merah...
Cara Usir Jin Yang Tinggal Di Rumah Ustaz Sharhan Shafie

Cara Usir Jin Yang Tinggal Di Rumah Ustaz Sharhan Shafie

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 741 hits
AL FADHIL USTAZ SHARHAN SHAFIE adalah pengamal perubatan Islam yang telah lama bergiat aktif dalam mengubati pesakit pesakit misteri gangguan jin syaitan Beliau berasal daripada Machang Kelantan Mendapat pendidikan awal di Sek Keb Air Merah...
Ustaz Ahmad Husam Kuliah Umum

Ustaz Ahmad Husam Kuliah Umum

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 276 hits
Kuliah Ustaz Ahmad Husam Bin Dato Baderuddin berkisar isu semasa semoga manfaat kepada anda semua
Cinta Nabi Jalan Keselamatan Di Akhir Zaman Ustaz Nazrul Nasir

Cinta Nabi Jalan Keselamatan Di Akhir Zaman Ustaz Nazrul Nasir

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 327 hits
Semoga kita menjadi umat nabi Muhammad yang berkhidmat kepada Nabi Muhammad kelak Pesanan Ustaz jangan kurang berselawat kepada Baginda Nabi Muhammad sebanyak 300 kali semoga manfaat kepada anda semua
Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Tiga Lelaki Bakar Anak Kucing Diburu Polis

Pengalaman Menginap Di Grand Court Hotel Teluk Intan Dekat Dengan Menara Condong Teluk Intan

Dap Leader Unsurprised By Mca S Decision To Not Campaign For Its Candidate



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Sempena Mother S Day Enfagrow A Mindpro Menjemput Semua Ibu Ibu Untuk Hasilkan Lagu

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Power Of Storytelling In Marketing

Lirik Lagu Berharap Kau Kembali Fabio Asher

Bisikan Setan

Buah Berangan Snek Sihat Keluarga Manfaat Pada Kesihatan