Disangkakan Pokok Petai Itu Betul Betul Menangis Rupa Rupanya Ia Berpunca Dari Serangga Ini
KOTA BHARU: Penduduk Kampung Petani, Sering, di sini kebingungan apabila sepohon pokok petai mengeluarkan air jernih dari daunnya setiap malam sejak hampir dua minggu lalu.
Walaupun cuaca baik dan tidak hujan, namun pokok petai berkenaan mengeluarkan air seperti air hujan pada sebelah malam bermula selepas Maghrib hingga Subuh.
Fenomena ganjil ini menyebabkan penduduk kampung termasuk penduduk dari kampung berdekatan datang dan membawa baldi bagi manadah air berkenaan.
Menurut salah seorang penduduk kampung, Khaidin Razali, air yang dikeluarkan dari dedaunan petai ini bersifat jernih dan berbau buah petai.
“Pokok berkenaan terletak di hadapan sebuah rumah penduduk dengan ketinggian melepasi tiang elektrik dan tidak pernah berbuah, namun sejak hampir dua minggu daun pokok petai ini mengeluarkan air seperti air hujan,” katanya di sini.
Sejak beberapa hari ini ramai pengunjung yang datang menadah air dari dedaun petai ini bahkan kawasan kampung ini seolah-olah seperti pesta hampir setiap malam.
“Ada pengunjung yang menadah dan mengambil air dari dedaun pokok petai ini untuk dibuat ubat,” katanya.
Ramai pengunjung yang datang menadah air dari dedaun petai.
Sementara itu salah seorang pengunjung, Yusri Ibrahim, beliau mengetahui cerita mengenai pokok petai ini sejak beberapa hari lalu dari rakannya.
“Saya datang dari Kota Bharu dan sampai di sini dan apabila melihat dedaun mengeluarkan air seperti air hujan ini, saya pelik memikirkan bagaimana ianya berlaku sedangkan cuaca di sekeliling baik da tidak hujan” katanya.
Beliau mengakui sukar mempercayai fenomena ini kerana tidak pernah berlaku daun petai mengeluarkan air jernih seperti air hujan pada sebelah malam.
Namun beliau tidak pasti sama ada air dari daun petai ini mempunyai nilai perubatan atau mampu menyembuhkan penyakit kerana kejadian ganjil ini baru pertama kali disaksikannya.
VIDEO:
Rupa-rupanya ada dua pokok petai ‘menangis’
KOTA BHARU – Bukan satu, tapi dua kejadian pokok petai ‘menangis’ berlaku di Kampung Petani, Sering, di sini, semalam.
Kejadian pokok kedua yang mengeluarkan titisan air seperti hujan renyai-renyai itu disedari pada jam 10 malam.
Pohon petai kedua terbabit terletak di tepi jalan hadapan sebuah rumah penduduk dan berada dalam jarak kira-kira 700 meter dari pokok pertama yang disedari mengalami fenomena sama sehingga tular.
Seorang penduduk, Mohd Amierin Mohd Rashid, 25, berkata, dia sebelum itu dimaklumkan oleh beberapa penduduk yang mendakwa kejadian aneh itu mula berlaku pada Jumaat lalu.
“Seorang jiran memaklumkan pokok itu turut mengeluarkan air seperti hujan renyai-renyai seperti kejadian sebatang pokok yang tular sebelum ini.
“Sejak disedari berlaku, pokok petai di hadapan rumah saya ini pula menjadi tumpuan orang ramai. Pokok petai ini sudah berada di situ sejak lebih 25 tahun lalu,” katanya ketika ditemui, di sini lokasi itu, semalam.
Dalam pada itu, tinjauan Sinar Harian malam tadi mendapati pokok kedua tersebut menitiskan lebih banyak air berbanding pokok pertama yang semakin kurang titisan air berbanding sebelum ini.
Punca Sebenar dari serangga:
Hasil tinjauan admin, melalui perkongsian di media sosial, dapat dilihat punca air tersebut adalah dari air kencing serangga di atas pokok.
Serangga yang menyerupai belalang ini, mengeluarkan sejenis cecair. Di sebabkan bilangan mereka terlampau banyak, maka kelihatan seolah-olah pokok tersebut mengeluarkan ‘air hujan’.
Di harapkan tiada yang mempercayai amalan-amalan karut dan meminum air tersebut. Sila perhatikan dua video dibawah, bagaimana seranga-seranga ini mengeluarkan cecair mereka
VIDEO 1:
misteri pokok petai menangis terjawab
ado ko yg minum air pokok petai ni.cubo share ko dio sedak ko x minum.
Posted by Bujang Lapok on Sunday, January 27, 2019
VIDEO 2:
Fenomena ganjil pokok petai ‘menangis’ seperti air hujan terbongkar
Fenomena ganjil pokok petai ‘menangis’ seperti air hujan terbongkar
Posted by Media2020.net on Sunday, January 27, 2019
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://depalmasp.com/disangkakan-pokok-petai-itu-betul-betul-menangis-rupa-rupanya-ia-berpunca-dari-serangga-ini/