Akibat Kekerapan Pergi Buang Air Disangkakan Sebab Minum Banyak Air Rupa Rupanya Sebab Kena Kanser Allahu


Ramai yang bertanya pada saya, macam mana mula-mula saya tahu yang saya ada cyst. Apa tanda-tanda cyst, dan apa tindakan saya. Saya rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya untuk rakan-rakan yang bertanya, mana tahu dapat membantu awak, rakan-rakan, atau saudara mara yang senasib seperti saya sebelum terlambat.
– Saya kerap mengalami sakit perut di bahagian bawah. Tidak la setiap hari tetapi agak kerap juga. Kadang kala, perut terasa kejang dan rasa mencucuk. Sakit sangat. Kadang pula, rasa sakitnya seperti senggugut yang berpanjangan.
– Saya kerap membuang air 10-15 kali sehari walaupun saya tidak minum air. Stress ya amat kalau pergi holiday atau berjalan2. Kalau lepas minum air segelas, dalam masa 5 minit confirm akan pergi toilet then 5 minit kemudian akan ke toilet lagi. Bayangkanlah penderitaan ini. Ini kerana cyst semakin membesar dan kedudukan ovari (cyst) berada di sebelah pundi kencing je.
– Kadang-kadang sakit semasa hubungan kelamin. Sakit yang teramat sangat di tempat kedudukan cyst. Ini kerana faktor pengembangan dan pengecutan otot dikawasan rahim dan sistem peranakan sewaktu hubungan kelamin.
– Perut semakin membuncit dari hari ke sehari seperti wanita mengandung (macam 4 bulan). Ia tak sakit kerana dalam perut mengandungi air, doktor kata cyst tu yang keluarkan air tersebut.

– Selepas makan, perut mengeras dan terasa penuh.
– Kadang-kadang pening kepala tapi tak selalu.
– Semasa baring, bila tiba perut kejang, kadang-kadang ketulan cyst tu timbul pada perut. Saya boleh nampak kedudukan cyst tu dgn mata sendiri. Bila disentuh, tekan tempat ketulan cyst tu memang rasa keras, seram pulak tapi tak bagitahu dengan sesiapa sebab takut.
Itu tanda-tanda cyst yang saya alami, period saya regular, untuk orang lain saya tak pasti kerana hormon badan kita berbeza. Doktor cakap dengan saya, setiap wanita memang ada cyst, ia bergantung pada ‘dia’ aktif atau tidak je.
Apa tindakan saya? Sudah tentu takut dan risau lihat perut sendiri membuncit seperti wanita mengandung. Okay, saya tulis ikut turutan beserta kosnya sekali sebab ramai yang bertanya dan nak tahu harga (hospital swasta) ye. Jika hospital kerajaan pastinya murah tapi lambat (ikut pengalaman cerita orang).
1 – 14.2.2018
Saya pergi ke klinik sakit puan. Doktor Indian tu buat ultrasound tengok apa yang ada dalam perut. Doktor cakap tak nampak pun cyst tu. Dia cakap perut saya banyak air then terus dia cakap air dalam perut awak ni mungkin air kanser. Tergamam sebentar dengar kata-kata doktor tu (dapat gambar scan dalam perut, bayaran RM60).

2 – 14.2.2018
Tak puas hati dgn result klinik pertama, call kakak ipar (doktor) then bagitahu masalah saya, dia suruh saya pergi ke klinik dia. Jauh jugak la dengan rumah. Then buat ultrasound lagi, ok kali ni memang nampak biji ketulan tu (mass) kat ovari kiri. Ukuran 6cm. Blur kejap dan mata terkebil-kebil. Then kakak ipar buatkan surat ke Hospital Pantai untuk buat ujian CT Scan (dapat gambar dalam perut. Bayaran sebab kakak ipar).
3 – 15.2.2018
Pergi Hospital Pantai (private) buat CT Scan abdomen dan pelvic. Result dia sangat tepat 100% dan terus dapat result masa tu juga. (bayaran RM1110.45).

4 – 15.2.2018
Pergi semula klinik kakak ipar bawa result CT Scan, kakak ipar explain la dari result tu. Dia kata ukuran cyst saya 11.6cm x 11.2cm x 6.7cm. Pucat terus muka yang tak berapa nak cerah ni. Then kakak ipar cakap, “Hety, ini bukan main-main tau, Kak M*** akan buat surat ke Pakar KPJ Johor dan Hety kena bedah segera sebab ketulan (mass) tu besar. Ia merbahaya. Ia akan membesar dan terus membesar.” Ok seram (bayaran free sebab kakak ipar).

– 5. 20.2.2018
Pergi jumpa doktor Pakar Gynaecology di KPJ Johor Bahru, bawa surat yang kakak ipar tulis tu. Doktor Lim terus buat ultrasound kat perut dan dia sangat terkejut dengn kandungan air yang ada dalam perut. Doktor kata banyaknya air. Doktor Lim kata air dalam perut saya ni ‘cancer’ ok sekali lagi saya dengar perkataan ‘cancer’ tu. Doktor buat pap smear dan buat ujian darah CA 125. (bayaran RM1024.50).
– 6. 21.2.2018
Appoinment lagi dgn doktor Lim di KPJ Johor, ambik result darah CA 125 yang buat semalam. Ok nak bagitau, kalau darah ada cancer, jumlah dia 125ml dan result yang sy dapat jumlah dia 721ml, sangat tinggi okeh. Sekali lagi doktor cakap “adik, jumlah darah awak ni tinggi, ini cancer. Automatik air mata mengalir then buat ujian air dalam perut pula. Doktor cucuk hidup-hidup pada perut saya pakai jarum yang besar dan tebal, sangat sakit. Air dalam perut pun dikeluarkan sikit untuk dibawa ke makmal untuk ujian. Air dalam perut warna merah, sekali lagi doktor kata air warna merah tu air cancer (bayaran RM951.25)

– 7. 26.2.2018
Appoinment lagi, perbincangan dengan doktor. Doktor kata cyst saya ni merbahaya, kena buang kedua-dua ovari kanan kiri dan rahim. Doktor cakap lagi, kesan-kesan selepas buang rahim, saya tak boleh melahirkan anak lagi, saya akan manopous, tulang saya akan cepat reput, saya kena makan ubat hormon seumur hidup saya. Saya sign surat persetujuan bedah buang ovari dan rahim dalam keadaan lemah longlai. Saya akur dan redha demi keselamatan diri. Ya Allah.. berikanlah kekuatan pada diriku. Keluar dari bilik doktor, call family dan kawan terdekat, menangis dan terus menangis. Malamnya tidur di Hospital KPJ Johor (minum air yang rasanya payau masin untuk buang najis) doktor nak perut kita kosong tiada sebarang najis masa bedah esok pagi (tiada bayaran)

– 8. 27.2.2018-1.3.2018
Operation saya ni major operation, 27.2.2018, pukul 8 pagi doktor cucuk kat pergelangan tangan, then saya hirup asap apa entah nama dia, terus tak sedarkan diri. Sedar-sedar, dengar suara jururawat sambil tepuk-tepuk badan “adik, pembedahan dah siap ye”. Lepas sedar je terus rasa sakit ya amat. Malam pertama tu 4 kali juga jururawat cucuk tahan sakit. 1.3.2018 discharge. (bayaran RM17,864)


Ini adalah pengalaman saya sendiri. Proses jumpa doktor pada 14.2.2018 sehingga hari pembedahan 27.2.2018 adalah satu jangka masa yang sangat cepat. Saya bersyukur dan yakin, Allah telah mempermudahkan urusan saya. Pembedahan pun dah selamat dijalankan.
Sekarang ni saya dalam berpantang dan proses pemulihan seperti wanita yg lepas bersalin ceasor.. batuk dan bersin? Sakit.


Sesungguhnya saya memang tidak menjangka perkara ini akan berlaku pada diri saya. Ovarian Cyst adalah kejadian yang kerap berlaku dikalangan wanita, tidak kira umur dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya kerana ia jarang memberikan simptom.
Saya harap, dengan perkongsian saya ini, dapat memberi kesedaran kepada kaum wanita untuk segera berjumpa doktor jika ada simptom seperti saya. Apa-apa hal, pergi jumpa doktor dahulu, jangan pandai-pandai makan supplement tanpa nasihat doktor. Bukan apa, dikhuatiri anda penghidap kanser. Tup-tup, kanser tahap 3-4, kan seram tu. Jika tiada kanser, syukurlah. Ke Hospital kerajaan atau hospital swasta terpulang anda, yang penting jangan takut berjumpa doktor.
Sumber : Hety Ezleen via ohmedia.cc
Kredit : suaramedia.org
The post Akibat Kekerapan Pergi Buang Air Disangkakan Sebab Minum Banyak Air, Rupa-rupanya Sebab Kena Kanser. Allahu appeared first on dePalmaSP.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://depalmasp.com/akibat-kekerapan-pergi-buang-air-disangkakan-sebab-minum-banyak-air-rupa-rupanya-sebab-kena-kanser-allahu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isteri Pernah Gugur Akibat Minum Air Bergas Lelaki Ini Wajibkan 5 Makanan Untuk Isteri Sepanjang Hamil

Isteri Pernah Gugur Akibat Minum Air Bergas Lelaki Ini Wajibkan 5 Makanan Untuk Isteri Sepanjang Hamil

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 602 hits
Ketika kehamilan terutama pada awal kehamilan penjagaan pemakanan perlu dititikberatkan oleh ibu hamil serta suami Ini kerana pemakanan akan mempengaruhi kandungan tersebut Seorang pengguna Facebook telah berkongsi 5 makanan tambahan yang w...
Rupa Rupanya Ini Punca Kedai Burger Yang Selalu Disangkakan Tutup Bila Owner Jumpa Sesuatu Di Jalan Masuk

Rupa Rupanya Ini Punca Kedai Burger Yang Selalu Disangkakan Tutup Bila Owner Jumpa Sesuatu Di Jalan Masuk

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 545 hits
Dalam perniagaan pastinya ada pasang surut untung rugi Sudah menjadi norma dalam perniagaan tidak kira dalam apa bidang berniaga sekali pun Tapi kalau rugi dan pelanggan kurang mestilah peniaga mahu cari sebabnya bukan Untuk mengkaji semula...
Ini Penyebab Perut Jadi Bergejolak Untuk Buang Air Setelah Minum Kopi

Ini Penyebab Perut Jadi Bergejolak Untuk Buang Air Setelah Minum Kopi

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 305 hits
Hal ini terjadi karena kopi membantu pelepasan gastrin hormon yang diproduksi di perut dan berguna untuk meningkatkan aktivitas di usus besar Area usus besar ini dekat dengan wilayah rektum sehingga meminum kopi dapat menyebabkan kondisi in...
Buang Air Kecil Pemain Reog Di Pamulang Temukan Jenazah Banyak Luka

Buang Air Kecil Pemain Reog Di Pamulang Temukan Jenazah Banyak Luka

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 232 hits
Warga Pondok Cabe Udik kecamatan Pamulang Kota Tangerang Selatan digegerkan dengan penemuan mayat laki laki korban pembunuhan Rabu Jenazah yang belum diketahui identitasnya tersebut diduga kuat merupakan korban pembunuhan
Kadang Kita Tengok Orang Tuu Sihat Jer Rupa Rupanya Orang Kelainan Upaya Allahu Akbar 9036

Kadang Kita Tengok Orang Tuu Sihat Jer Rupa Rupanya Orang Kelainan Upaya Allahu Akbar 9036

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 321 hits
TERUSAN SEGENTING KRA SEKADAR TINJAUAN SAMBIL LALU MAY 18 2015 BY NOTA PENULIS SORRY LAMA TAK UPDATE KALI INI SAYA PAPARKAN KOMENTAR DARI SAHABAT SHAHPASKAL ORANG YANG PERNAH TERLIBAT DALAM ISU PANAS YANG SEKARANG MENJADI VIRAL DI INTERNET1...
Ibu Tak Sanggup Tengok Aryan Menangis Kena Jolok Dengan Lilin Setiap Kali Buang Air Besar

Ibu Tak Sanggup Tengok Aryan Menangis Kena Jolok Dengan Lilin Setiap Kali Buang Air Besar

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 617 hits
Dilahirkan dengan usus tiada saraf dan alat sulit bengkok penderitaan adik Muhammad Arif Aryan Mohd Kamal Arif empat bulan sungguh berat Menurut bapanya Mohd Kamal masa lahir Aryan hanya disahkan mengalami CHORDOE PENIS AND HYPOSPADIAS namu...
5 Kali Buang Air Kecil Semalaman Betty Rahmad Buat Lawak Nak Tidur Dalam Bilik Air

5 Kali Buang Air Kecil Semalaman Betty Rahmad Buat Lawak Nak Tidur Dalam Bilik Air

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 622 hits
5 kali buang air kecil semalaman Betty Rahmad yang kini sedang hamil kandungan 38 minggu buat lawak nak tidur dalam bilik air Luculah Betty Memang tidak dinafikan menginjak ke minggu minggu akhir kehamilan ibu akan lebih kerap membuang air ...
Hendak Buang Air Kecil Samsi Temukan Mayat Wanita Di Kebun Karet

Hendak Buang Air Kecil Samsi Temukan Mayat Wanita Di Kebun Karet

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 261 hits
Kapolsek Cipendey Kompol Sirat mengatakan jasad itu pertama kali ditemukan oleh warga yang hendak buang air kecil Samsi sekitar pukul 08 00 WIB
5 Jenis Makanan Yang Elok Diamalkan Kalau Susah Buang Air Besar

5 Jenis Makanan Yang Elok Diamalkan Kalau Susah Buang Air Besar

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 714 hits
MASALAH SUSAH BUANG AIR BESAR ATAU SEMBELIT NIE BOLEH DIALAMI OLEH SESIAPA SAHAJA TAK KIRA ORANG DEWASA KANAK KANAK MAHUPUN IBU MENGANDUNG Time mengandung kalau kena masalah nie memang seksa Memang kena jaga pemakanan Kalau salah makan atau...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Resipi Cheese Tart

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu