Direktori Kpdn Senarai Lokasi Menu Rahmah
Ramai mengeluh mereka sukar mengentahui lokasi restoran yang menawarkan Menu Rahmah di restoran mereka.
Inisiatif MENU RAHMAH merupakan inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup (KPDN) yang digerakkan oleh peniaga (Private Driven Initiative) dan dilakukan secara sukarela.
Menu Rahmah yang telah diperkenalkan beberapa bulan ini telah mendapat pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak dengan rata-rata memuji inisiatif ini.
Walau bagaimanapun, bukanlah lebih baik sekiranya terdapat sebuah direktori atau aplikasi yang menyenaraikan restoran yang menawarkan Menu Rahmah agar rakyat boleh menikmatinya?
Apa itu Menu Rahmah?
Definisi sebenar Menu Rahmah ini adalah makanan tengah hari atau malam yang seimbang merangkumi nasi, satu pilihan protein seperti ayam atau ikan dan sayuran yang ditawarkan pada harga RM5 sepinggan atau kurang.
Hidangan yang disediakan bagi Menu Rahmah tidak terikat dengan ketetapan khusus, dengan hidangan lazim yang dijual termasuk nasi berlauk dan mi, dengan minuman ringkas seperti air kosong.
Menu Rahmah dilancarkan pada 31 Januari 2023 oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) sebagai satu cabang daripada dasar jangka pendek, Payung Rahmah, dalam menanangi kesulitan golongan kurang berkemampuan.
Antara rakan strategik lain yang mengambil bahagian dalam Menu Rahmah adalah pasar raya Mydin, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia, Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia dan Persatuan Pengusaha Tomyam Malaysia.
Satu perkara yang perlu diketahui adalah kerajaan tidak mengeluarkan perbelanjaan untuk pemberian subsidi bagi program ini sebaliknya menu yang ditawarkan oleh penjual adalah atas kekreatifan mereka sendiri.
Baca lagi: Menu Rahmah RM5 : Set Nasi + Ayam / Ikan + Sayur (KPDN)
Direktori Menu Rahmah KPDN
Berbekalkan cadangan daripada orang ramai, sebenarnya pihak KPDN telah pun membantungkan sebuah direktori lokasi Menu Rahmah.
Direktori ini boleh diakses melalui pautan https://menurahmah.kpdn.gov.my/
Melalui direkotori yang dibangunkan oleh KPDN ini, pengguna boleh melakukan carian lokasi mengikut negeri atau carian mengikut jenis (restoran / cafe, restoran perkhidmatan segera, medan selera / gerai).
Selain nama gerai/restoran, turut diletakkan dalam direktori ini adalah alamat gerai/restoran tersebut dan tempoh kempen yang ditawarkan.
Untuk rekod, Burger King merupakan restoran makanan segera pertama yang melancarkan Menu Rahmah kepada pelanggan dengan menawarkan sajian BK Chick’N Crisp (ayam) atau Cheesy Beef (daging) dengan sebotol air mineral.
Pendaftaran untuk peniaga
Antara satu fungsi menarik yang ada pada direktori ini adalah kemudahan bagi peniaga yang menyediakan Menu Rahmah untuk mendaftarkan perniagaan mereka di portal Direktori Menu Rahmah KPDN ini.
Ianya adalah percuma tetapi peniaga perlulah mengikuti syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak KPDN.
Untuk mendaftarkan perniagaan anda yang menawarkan Menu Rahmah, sila ikuti langkah-langkah mudah berikut:
Layari laman web Direktori Menu Rahmah KPDN di alamat https://menurahmah.kpdn.gov.my/
Klik “Daftar” pada bahagian Menu
Lengkapkan segala butiran dalam borang dalam talian seperti:
Nama restoran
Jenis restoran
Alamat
Poskod
Negeri
Daerah
Tempoh Promosi
Jenis Persatuan
Jenis Media Sosial
Nama Media Sosial
Emel Restoran
Nombor telefon Restoran
Klik butang “Hantar”
Pertanyaan dan soalan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan soalan, bolehlah menghubungi pegawai KPDN yang bertugas menyelia direktori Menu Rahmah KPDN di talian berikut:
Nombor telefon: +603 8882 5903
Emel:
[email protected]
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/lokasi-menu-rahmah/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=lokasi-menu-rahmah