Dipisahkan Kerana Dosa


 Persahabatan adalah nikmat dalam kehidupan. Nikmat itu Allah SWT limpahkan kepada hati yang ikhlas membina hubungan semata-mata kerana Allah SWT. 

Kesan daripada itu, maka timbullah perasaan kasih sayang, hormat-menghormati dan saling percaya mempercayai antara satu sama lain.
 

Namun, ada yang sebelum bersama-sama menempuh suka duka bersama dalam persahabatan, tetapi kemudian bertukar menjadi bergaduh dan bertengkar. Malah, saling bermusuh dan saling membongkar keaiban.
 

Mengapakah perkara itu berlaku? Setiap perkara yang berlaku pasti ada sebabnya.
 

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Tiada dua orang berkasih sayang, kemudian dipisahkan antara kedua-duanya melainkan kerana dosa yang dilakukan oleh salah seorang daripada keduanya." - (Hadis riwayat Ahmad)
 

Al-Muzani berkata: "Jika engkau mendapati sikap kasar daripada saudara-saudaramu, maka bertaubatlah. Ini kerana sesungguhnya engkau telah melakukan dosa. Jika engkau mendapati tambahan kasih yang daripada mereka, maka itu adalah kerana ketaatan yang telah engkau lakukan. Maka, bersyukurlah kepada Allah ta'ala." (Al-Faidh)
 

Jelas, Islam telah memberi peringatan tentang perkara ini dan memberi panduan bagaimana hendak menyelesaikannya.  
 

Semoga Allah tunjukkanlah kebenaran itu sebagai kebenaran, dan rezekikanlah kepada kami untuk mengikutinya. Dan tunjukkanlah kepada kami kebatilan itu sebagai kebatilan dan rezekikanlah kepada kami untuk menjauhinya.
 

Firman Allah SWT: "Dan Dia (Allah) yang menyatupadukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Walaupun engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatupadukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (Surah al-Anfal, ayat 63)
 

Syeikh Muhammad Mutawalli Syarawi dalam tafsirnya menyebut, bantuan Allah seperti kekuasaan kepada orang mukmin melalui tiga faktor iaitu bantuan kepada tercapainya kemenangan, Allah membantu dengan pembabitan orang mukmin dan mempertautkan hati mereka.
 

Justeru, perkara penting yang perlu diperhatikan ialah bagaimana mempertautkan hati masyarakat Islam supaya mereka membina persahabatan, persaudaraan dan perpaduan berdasarkan teras sebenar yang dituntut al-Quran.
 

Sesungguhnya dasar dan teras kepada persahabatan ialah keimanan kepada Allah SWT yang akan melahirkan sesuatu yang indah dalam perhubungan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://lokmanismail.blogspot.com/2025/05/fdr.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tanggung Cedera Paling Teruk Sepanjang Bermain Bola Habibi Akur Rawatan Fisio Di Physiogo

Property Investment Tips Malaysia 2025 Pelaburan Hartanah Untung Tinggi

Pemuda Bandung Tolak Wacana Pengakuan Akan Israel

Rafizi Nik Nazmi Letak Jawatan Pm Anwar Belum Rancang Rombakan Mereka Masih Bercuti

Memberdayakan Pasar Tradisional Melalui Inovasi Digital

Mee Segera Buat Otak Jadi Lembab Betul Ke

Jalur Gemilang Burned Stomped Women Harassed In Escalating Malaysian Sri Lankan Tiktok War

Hiburan Kongsi Tips Pertahanan Diri Untuk Wanita Netizen Spekulasi Neelofa Hamil Anak Ketiga Baby Bump Comel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


A Constitutional Blunder Or A Fictional Blunder

Rahsia Untuk Bebas Dari Hutang

Dabai Specialty Fruit Of Sarawak Malaysia

Cuti Sekolah Kita Berinai Aktiviti Sunnah Yang Seronok

Petua Penjagaan Kereta Berkala

Gm Invests Almost 1 Billion Dollars In A New V8 Engine