Dipercayai Tangan Tercucuk Kulit Udang Ada Kuman Berbahaya Lelaki Temui Ajal Kena Jangkitan


Xiaoshan, China – Seorang lelaki warga emas maut akibat jangkitan bakteria yang dipercayai berpunca daripada luka akibat tercucuk udang yang dibelinya tiga hari sebelum dimasukkan ke hospital.
Wang, 60 telah mengalami demam, bengkak kaki dan lebam berwarna ungu kehitaman sebelum dibawa ke hospital setelah tidak sedarkan diri.
Berikutan keadaannya yang tidak stabil serta mengalami kegagalan organ, dia dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan diberi tiga jenis antibiotik untuk melawan jangkitan bakteria berkenaan namun gagal.
Bakteria karnivor Hasil pemeriksaan mendapati Wang telah dijangkiti Vibrio Vulnificus, sejenis bakteria karnivor yang mudah tersebar melalui produk laut seperti udang, ketam dan kerang.
Pesakit yang dijangkiti bakteria ini akan mengalami beberapa simptom antaranya demam secara tiba-tiba, cirit birit, rasa sejuk dan kulit melepuh. Kadar kematian disebabkan jangkitan ini boleh melebihi 50 peratus.
Akibat infeksi tersebut, Wang mengalami kesan melepuh pada kaki kanan serta kulit menjadi hitam disebabkan tisu kakinya yang mati atau dikenali sebagai necrotizing fasciitis.
Keadaan kaki apabila tisu dimakan bakteria / ‘necrotizing fasciitis’. (Kredit: Wikipedia) Menurut Prof Huang Man, mangsa turut mengalami hypersplenism sebelum itu yang menyebabkan sel darah putih dan platelet lebih rendah berbanding individu normal yang lain serta membuatkan mangsa tidak mampu melawan serangan berkenaan.
Beliau menasihatkan agar orang ramai terus membersihkan luka jika terkena produk laut kerana produk tersebut mudah menyebarkan kuman terutamanya melalui luka. Selain itu, beliau turut mengingatkan individu yang mengalami simptom demam dan kemerah-merahan setelah terluka ketika mengendalikan produk makanan laut agar terus ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
Jangkitan bakteria karnivor seperti Vibrio Vulnificus ini menyebabkan berlakunya necrotizing fasciitis, suatu penyakit di mana tisu mangsa mereput akibat toksin yang dirembeskan bakteria. Akibatnya, tisu terlibat akan melepuh, luka dan berbau.
Disebabkan bakteria ini boleh ‘memakan’ tisu dan organ dalam masa yang singkat, ia mampu menyebabkan kegagalan pelbagai organ yang bukan sahaja mengakibatkan sebahagian anggota pesakit dipotong, bahkan boleh membunuh satu daripada tiga mangsa jangkitan.
Bahkan, penyakit ini diklasifikasikan sebagai antara 10 penyakit paling teruk disebabkan kadar sembuh yang amat rendah serta kadar kematian yang tinggi dalam tempoh 24 jam jangkitan, termasuk di negara maju seperti Eropah dan Amerika Syarikat.
Sumber: QQ


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/11/12/dipercayai-tangan-tercucuk-kulit-udang-ada-kuman-berbahaya-lelaki-temui-ajal-kena-jangkitan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gadis Temui Ajal Ketika Tidur Dalam Kereta Semasa Tunggu Ibu Bapa Balik Dari Masjid

Gadis Temui Ajal Ketika Tidur Dalam Kereta Semasa Tunggu Ibu Bapa Balik Dari Masjid

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 790 hits
Seorang gadis Nadiah Sapaian ditemui meninggal dunia dalam sebuah kereta di kawasan parkir di Pantai Morib awal pagi semalam Dalam kejadian tersebut mangsa yang berusia 24 tahun ditemui orang ramai dalam kereta jenis Hyundai Matrix Difahamk...
Suami Terkejut Temui Isteri Masih Bertelekung Solat Mati Dipercayai Dibunuh

Suami Terkejut Temui Isteri Masih Bertelekung Solat Mati Dipercayai Dibunuh

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 459 hits
Seorang lelaki terkejut apabila melihat isterinya tidak sedarkan diri selepas pulang dari mengambil anak di sekolah Isterinya yang merupakan seorang guru ditemui mati dipercayai dibunuh di rumahnya dekat Kampung Banggol Jeneri Sik Kedah Ket...
Tunggu Ibu Bapa Balik Dari Masjid Gadis Temui Ajal Rehat Dalam Kereta

Tunggu Ibu Bapa Balik Dari Masjid Gadis Temui Ajal Rehat Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 839 hits
Seorang gadis Nadiah Sapaian ditemui meninggal dunia dalam sebuah kereta di kawasan parkir di Pantai Morib Banting awal pagi semalam Tunggu ibu bapa balik dari masjid gadis temui ajal rehat dalam kereta
10 Cara Untuk Dapatkan Kulit Dan Rambut Cantik Dengan Susu

10 Cara Untuk Dapatkan Kulit Dan Rambut Cantik Dengan Susu

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 332 hits
Susu punya manfaat yang luar biasa untuk kulit Anda Berikut ini resepnya
Lisa Surihani Dedah Cara Penjagaan Kulit Untuk Tampil Natural Dengan Solekan Yang Ringan

Lisa Surihani Dedah Cara Penjagaan Kulit Untuk Tampil Natural Dengan Solekan Yang Ringan

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 364 hits
Sebut sahaja mengenai selebriti bersahaja Lisa Surihani pasti ramai yang berbicara soal solekan yang dikenakannya setiap hari Jarang sekali untuk melihat Lisa The post appeared first on
7 Alasan Masker Yogurt Baik Untuk Kulit Wajah

7 Alasan Masker Yogurt Baik Untuk Kulit Wajah

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 299 hits
Di dalam yogurt terkandung zinc kalsium vitamin B dan lactic acid
Atasi Berbagai Masalah Kulit Dengan Sandalwood

Atasi Berbagai Masalah Kulit Dengan Sandalwood

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 334 hits
Mengatasi berbagai masalah kulit dengan sandalwood atau cendana Ini adalah bahan alami yang banyak digunakan di pengobatan Ayurveda
Id Az Fit Mask Menegangkan Melambabkan Dan Mencerahkan Kulit Wajah

Id Az Fit Mask Menegangkan Melambabkan Dan Mencerahkan Kulit Wajah

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 372 hits
ID AZ Fit Mask Menegangkan melambabkan dan mencerahkan kulit wajah Penggunaan mask khaty lebih suka menetapkan ianya pada waktu malam kerana pada masa itu adalah waktu yang paling tenang Kurang 2 jam dari waktu tidur memang sangat sesuai Kh...
Rahsia Untuk Kulit Cantik Tanpa Make Up

Rahsia Untuk Kulit Cantik Tanpa Make Up

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 572 hits
Hai semua Nak tahu rahsia untuk kulit cantik Nak dapat Kulit yang cantik berseri tanpa make up Teruskan membaca ya Biasa dengar ESP shaklee Biasa dengar ESP Soy Protein Isolate Powder shaklee Ahaa Dua dua benda ni adalah benda yang sama The...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Skuad Harimau Malaya B 23 Tiba Di Suvarnabhumi Misi Mengharumkan Nama Negara

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pulut Kuning Dan Bab Rezeki Tidak Disangka Sangka

Emily Ratajkowski S Legs And Feet In Tights 7

Openai Releases Gpt 5 2 Codex The Most Advanced And Secure Ai For Coding

Kes Tylenol Beracun Chicago 7 Maut Pembunuh Masih Misteri

Tenang Melihat Mekar Bunga Kertas Di Laman

Cuti Sekolah Dah Nak Mula Hati Ibu Pun Mula Berfikir