Dinner Perkep Selangor Know Your Role Rock The World
Rockyy! Yeayyyhhh.. Gituu. assalamualaikum semua, apa khabaq?Kali ini Un nak rekodkan memori indah bersama PERKEP Selangor dan PERKEP Kajang khasnya. Kami PERKEP Kajang turut hadir meraikan YBhg Datin Farihah Bt Mohd Zamri, Pengerusi PERKEP Selangor yang akan bertukar bagi mengikut suami YDH Dato’ Pahlawan Mazlan Bin Mansor yang akan bertukar dan menjawat jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman. Majlis ini juga bagi meraikan BIRO dan AJK PERKEP Kontinjen yang bertukar. Bertemakan ‘’Know Your Role & Rock The World’’ turut membuka ruang jalinan kemesraan antara ahli PERKEP seluruh daerah di Kontinjen Selangor. Sesat ke Hotel Royal Chulan Damansara Sambutan majlis ini diraikan bertempat di Hotel Royal Chulan Damansara. Un yang sebelum tu pergi ke MHE2019, gerak dari KLCC dalam jam 4petang. Akibat ada panggilan masuk ketika drive, leka! Arghh..tak dapat bagi tumpuan, terus perjalanan yang sepatutnya tiba jam 5.00 terus terlajak 20minit. Its okay, Allah nak elakkan Un daripada apa-apa bencana mungkin. Bila sampai je di Hotel Royal Chulan Damansara, Un terus ke bilik persalinan , bilik 504. Rupanya anggota Un dah bersiap sedia. Cekap aih depa! Terus Un bersihkan diri dan solat asar, sebelum di makeupkan. Make up dinner tema Rock ! Wah.. kononlah kan. Hahaa hasil setelah bermake up… taraaaa! Un memang nak simple, so simplelah hasilnya. Yang penting nampak nice. Bukan apa, untuk memenuhi tema dan sokongan kepada majlis sahaja. Owh ya! hahaah lupa nak cerita, bagi majlis “Know Your Role & Rock The World’’ ini, Un sebenarnya mencari jaket ini di Kenanga Whole Sales. Sejam weh mencari! 8 tingkat terjah! Puas hati dapat yang harga berbaloi! Majlis PERKEP “Know Your Role & Rock The World’’ Selesai sahaja solat kami turun ke dewan utama. Yes, sangat meriah dengan suasana dan juga sessi bersua muka dengan rakan-rakan seluruh kontinjen Selangor. Un baru dalam Kontinjen Selangor tetapi, alhamdulillah dapat sesuaikan diri dengan mereka. Satu meja kami , semua PERKEP Kajang. Memang heaven! Best lah. Owh ya.. PERKEP Kajang diberikan keutamaan untuk perform bagi persembahan pertama. Dan pada masa yang sama, kumpulan kebudayaan PERKEP Kajang yang terdiri daripada 6 orang inilah juga yang menjadi pengiring YBhg Datin masuk ke dewan. Meriah! Last but not least mestilah sessi bergambar. Jadi, sebagai kenangan terindah, inilah gambar-gambar sepanjang malam tersebut di majlis “Know Your Role & Rock The World’’. Koleksi gambar : Disiplin mestilah dijaga, oleh itu kami yang kecik-kecik ini haruslah memastikan big boss balik dahulu sebelum kami balik. Ianya sebagai menghormati pegawai lebih kanan daripada kita. So, Un balik rumah malam tu , sampai di Semenyih jam 145pagi. Syukur pemanduan Un selamat dan tak mengantuk. Alhamdulillah. Akhir sekali ,kami warga PERKEP IPD Kajang mengucapkan Selamat Bertukar kepada Ybhg Datin serta biro dan ajk PERKEP Selangor. Selamat Maju Jaya.
The post Dinner PERKEP Selangor ; ‘’Know Your Role & Rock The World’’ appeared first on UmmiNani.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://umminani.com/2019/01/dinner-perkep-selangor-know-your-role-rock-the-world/