Dinner Di Restoran Chop Steak Kg Baru Sempena Hari Malaysia
Meriah tengok orang sambut Hari
Malaysia tahun ni. Masing-masing semangat meraikan Hari Malaysia dengan cara
tersendiri.
Korang buat apa sempena Hari
Malaysia? Diah habiskan masa dekat rumah dan petang tu baru keluar untuk dinner
di restoran Chop & Steak yang terletak di Kampung Baru.
Sebelum nak sampai ke destinasi
memang banyak halangan kami tempuh. Masing-masing keluar untuk celebrate
agaknya. Kami sampai agak lambat dari biasa.
Kampung Baru, Bukit Bintang dan
kawasan sekitar penuh dengan manusia. Semua ambil kesempatan keluar bawa
keluarga.
Dinner Di Restoran Chop & Steak Kg Baru Sempena Hari Malaysia
Ikut rancangan awal, pagi tu kami nak ke taman nak beriadah tapi berlaku hal kecemasan. Kelam kabut laporkan pada management building sebab tangki air rumah jiran pecah.
Semoga tahun depan kami sekeluarga pula berkesempatan sertai aktiviti menyambut hari Malaysia.
Seronok tengok geng Keratapi Sarong berarak dari stesen lrt ke Dataran Merdeka. Lengkap berbusana tradisional pula tu.
Kalau di group Facebook – Brisk Walk pula, masing-masing memeriahkan Hari Malaysia dengan menyahut cabaran berkaitan tarikh Hari Malaysia.
Admin galakkan semua ahli group untuk lengkapkan brisk walk sejauh 16.9km. Tiada paksaan pun tapi amat digalakkan untuk sertai.
Celebrate Hari Malaysia Di Chop & Steak Kg Baru
Lama dah tak makan dekat sini.
Kali terakhir rasanya tahun lepas kalau tak silap. Diah pernah kongsi 7 sebab kami
suka makan dekat restoran Chop & Steak.
Pujian harus diberikan sebab
banyak sangat perubahan dilakukan oleh mereka. Baik dari segi servis,
keselesaan dan kebersihan serta kualiti dan rasa makanan.
Berdasarkan pengalaman Diah malam
tadi memang puas hati. waktu balik dapat menikmati pemandangan bandar KL di
waktu malam yang sangat lah cantik.
Tercapai juga hasrat celebrate
Hari Malaysia sambil tengok view Menara Berkembar Petronas. Oh restoran ni berhampiran dengan Masjid Jamek Kampung Baru.
Apa Kami Makan Di Restoran Chop & Steak?
Bagusnya restoran Chop &
Steak dah tambah baik menu mereka. Sekarang dah ada menu mix & match.
Bagusnya set mix & match
lebih jimat dan berbaloi dari segi portion yang agak besar. Boleh dimakan oleh
dua orang kalau korang jenis perut kecil.
Suami dan anak pesan set mix
& match. Suami makan Nasi Goreng dan Lamb Chop manakala anak bujang makan
Spaghetti Carbonara dan Chicken Boxing.
Diah makan set udang iaitu Tiger
Prawn Grill, dan untuk anak kecil kami pesan set kanak-kanak Fries dan Nugget
serta Spaghetti Carbonara.
Datang sini wajib minum Air Jus
Durian Belanda. Memang fresh dan tak kedekut isi. Mereka tambah baik untuk
blend isi bersama jus.
Mudah nak minum. Kalau sebelum
ni, setiap kali sedut jus memang seksa sikit nak habiskan air sebab ketulan isi
buah Durian Belanda tu besar. Asyik la sangkut dekat straw.
Jus Durian Belanda RM 5.50Fresh Orange RM5Lamb Chop RM23.90Boxing Chicken (6 ketul) RM18.90Nasi Goreng RM6.90Tiger Prawn Grill RM42.90
Review Restoran Chop &
Steak
Kalau ada rezeki untuk next visit
Diah nak makan Nasi Goreng pula. Simple je nasi goreng cili padi tapi cukup
bahan perasa.
Gabungan nasi goreng pedas dengan
Lamb tu kena. Lamb pun okay tak liat, seimbang bila makan dengan sos
blackpaper.
Untungnya makan menu yang berbeza
sebab boleh cuba banyak menu. Spaghetti Carbonara tu sedap tiada yang special,
itu menu wajib anak-anak.
Chicken Boxing dia sedap. Rangup dan
isi ayam tu berjus. Tak heran kalau 6 ketul tu sorang diri pun boleh habiskan.
Awalnya ingat tak cukup kenyang kalau makan set udang sahaja, tapi tak sangka udang yang disediakan tu agak banyak.
Sedap dan fresh. Dapat tiga sos berbeza: Thai Sos, Blackpaper dan lagi satu macam rasa mayonis manis.
Pujian harus diberikan juga sebab
restoran sediakan surau yang selesa untuk pengunjung, tandas bersih, staff
mesra alam tak lokek senyuman, servis pantas.
Kesimpulan
Korang yang mencari tempat makan
malam boleh masukkan Restoran Chop & Steak dalam senarai patut cuba. Balik
tu boleh enjoy view malam bandar KL. Alamat lengkap rujuk di bawah:
Restoran Chop & Steak
16, Jalan Daud, Kampung Baru,
50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2023/09/dinner-di-restoran-chop-steak-kg-baru.html