Dine Eight Buffet Dinner Di Holiday Inn Johor Bahru City Centre
Assalamualaikum..
MAKAN malam pastinya tidak sempurna jika tidak bersama keluarga yang tersayang. Siang hari sibuk bekerja, jadi waktu makan malam adalah masa yang terbaik untuk berkumpul seisi keluarga sambil menikmati hidangan makan malam tidak kiralah sama ada dimasak di rumah atau dipesan dari dapur restoran.
Bagi warga Johor Bahru, hujung minggu ini apa kata, anda membawa keluarga atau rakan-rakan menikmati hidangan buffet di Dine @ Eight Holiday Inn Johor Bahru City Centre yang menawarkan pilihan dua jenis buffet iaitu Family Friday tentunya setiap hari Jumaat dan Spice Saturday (setiap hari Sabtu). Dengan harga RM98 bersih bagi dewasa dan potongan 50% bagi kanak-kanak serta potongan 30% bagi warga emas, kedua-dua buffet ini menjanjikan hidangan yang enak dan lazat dengan pelbagai pilihan hidangan tempatan dan antarabangsa
Setiap Jumaat, Family Friday menawarkan buffet yang lebih mesra keluarga dengan pelbagai seleksi makanan yang bertemakan kekeluargaan terutama yang menjadi kegemaran anak-anak seperti pasta, pizza juga pelbagai pemanis mulut dan aiskrim serta coklat
Jangankan kanak-kanak, SK yang dah remaja purba ni pun ikut sama menadah coklat cair yang mengalir di tingkat-tingkat ni ha tau... nasib baik tak ada yang cakap, auntyyyy... jangan habiskan coklat tuuuu, hahahha
Bagi mereka yang menggemari masakan panggang, hidangan ikan, ayam dan kambing panggang ini pastinya membuat anda beberapa kali berulang ke kaunter ditambah lagi dengan pilihan salad dan sos yang sempurna
Satay Ayam dan Daging yang mesra perapan rempah, sedikit garing tetapi lembut bila dikunyah. Ini pastinya kegemaran Iman dan Pak Inche
Pelbagai pilihan masakan tempatan, pasti membuatkan anda kekenyangan dan puas. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati
Jangan lupa menikmati barisan Malaysian Kuih dan kek keju dan coklat sambil mencicip kopi panas yang boleh diambil secara layan diri dari mesin kopi yang disediakan
Sekarang ni ada promosi tau, Beli 3 percuma 1. Cepat-cepatlah buat tempahan dengan menelefon
07 207 8888
Lama dah tak makan buffet kan.. bila lagi? Sk rekomen.. berbaloi3
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2020/10/dine-eight-buffet-dinner-di-holiday-inn.html