Dimanakah Kemerdekaan Kita


Agak lama juga saya tidak menulis sesuatu di sini. Ya, terlalu lama. Keadaan semasa memaksa saya meninggalkan seketika dunia blog. Mungkin ini adalah entri serba santai. Namun sebaliknya ambillah sedikit pengajaran jika ada


Di kala dunia sudah sampai penghujungnya, manusia semakin alpa dan lalai termasuk diri saya sendiri. Saat ke minit, minit ke jam, jam ke hari, hari ke bulan dan seterusnya ke tahun, manusia akan lupa, apa yang telah berlaku semalam. Dunia semakin sibuk. Selama 24 jam sehari kita semakin tersadai di jalanan mengejar waktu sedang waktu tetap akan berlalu. Rindu pada suasana gelap hutan. Bebas tanpa akta dan peraturan

Apa ertinya merdeka? Pernahkah manusia fikir, sampai bila kita harus melaluinya. Jika emas di tangan kiri dan berlian di tangan kanan, tentu sahaja manusia akan bersenang lenang tanpa mendapat sakit kepala. Namun itu bukan pilihan. Takdir penentu segala-galanya. Rezeki kamu, kamu punya. Rezeki dia, dia punya. Sejak azali

Jika manusia mampu memilih, tentu sahaja secawan kopi sentiasa berhidang sambil mata membaca sesuatu. Melihat dunia dengan hati yang redup tanpa perlu mengikut aturan dunia. Tapi kadang terlihat dunia tidak adil. Yang cepat terus berjaya, yang lemah semakin terduduk. Tiada toleh ke belakang lagi. Entah siapa berlari bersama tiada siapa yang peduli. Engkau, engkau, aku dan aku. Sampai bila. Adakah itu maksud merdeka?
Jika manusia dapat melihat, kehancuran telah lama bermula. Fitnah semakin dekat. Yang baik belum pasti dilihat baik, yang jahat adalah biasa. Nilai manusia kini bergantung pada nilai bukan pada adabnya. Nyawa juga umpama daun di tepi jalan. Dipetik lalu dilempar. Tiada harga. Ianya perkara biasa. 
Manusia boleh bercakap tentang sesuatu. Tetapi tidak semestinya benar. Jadi di mana perginya ucapan para wali. Tidak pasti. Di sana mereka berkata-kata dengan niat, maka hasilnya hanya untuk kepentingan diri sendiri. Siapa pantas dia berjaya. Mereka yang tertinggal adalah mereka yang perlahan. Lalu ditinggalkan. Tiada berpegang tangan. Hanya taqwa, hanya taqwa, buat mereka kekal di situ. Dimanakah kemerdekaan kita? Wallahualam


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bilalelakiberbicara.blogspot.com/2019/08/dimanakah-kemerdekaan-kita.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menanam Semangat Kemerdekaan Di Sekolah

Menanam Semangat Kemerdekaan Di Sekolah

papar berkaitan - pada 9/12/2022 - jumlah : 87 hits
Original Content Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu orang muda yang jarang nampaknya ingin peduli mengenai kemerdekaan negara mereka Lagi lagi di Malaysia ini kadang...
Demand Kekayaan Anak Mahkamah Putus Ibu Tak Layak Terima Harta Mendiang Goo Hara

Gsk Sokong Kepentingan Imunisasi Dewasa Dalam Kalangan Rakyat Malaysia

Pm Anwar Meets With Indonesia S Finance Minister For Discussions In Riyadh

Nga Kor Ming S Influence In Dap On The Rise

Syok Sendiri Demi Kepuasan

Gear Up For Standard 1 Registration

Senarai Cawangan Atm Bank Islam Di Seluruh Negeri Kelantan

Irma Hasmie Enggan Komen Status Perkahwinan Apa Yang Penting Allah Jaga Hati Fikiran Kami



5 Adaptasi Permainan Video ke TV dan Filem Paling Berjaya Setakat Ini

10 Fakta Biodata Erysha Emyra Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Cinta Untuk Sekali Lagi Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya


Dapatkan Ganjaran Besar Apabila Anda Prapesanan Samsung Ai Tv 2024 Hari Ini

Sprm Tahan Menteri Besar Perlis

Powering Progress How Ev Charging Stations Are Shaping The Transportation Landscape

M A Due Diligence Don T Settle For Smoke And Mirrors Get A Quality Of Earnings Assessment

Tiada Petanda Salah Tinggalkan Anfield

Mb Perlis Tak Direman