Dimana Kejujuran Pakatan Harapan


Waytha Moorthy pembohong besar, didesak disiasat, ambil tindakan tegas - Mufti Perlis
KANGAR 18 Nov. - Pihak berkuasa didesak menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy kerana didakwa telah melakukan pembohongan besar di luar negara untuk memburuk-burukkan kerajaan Malaysia.

Mufti negeri, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, kenyataan Waytha Moorthy yang dibuat menerusi satu rakaman video hasil temu bual bersama seorang wartawan, berdurasi dua minit dan 38 saat itu jelas merupakan pembohong dan pengkhianat negara.

Kata beliau, dalam hal ini, seluruh umat Islam adalah diseru supaya wajib seia-sekata seterusnya bangkit tanpa mengira perbezaan latar politik dan fahaman, membantah kenyataan tersebut.

“Kita tidak terbayang wujudnya individu yang khianat kepada negara ke tahap sedemikian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohd. Asri diminta mengulas satu rakaman video oleh Waytha Moorthy yang dipercayai dibuat di luar negara baru-baru ini dan tular di laman-laman sosial sejak semalam.

Berikut adalah terjemahan rakaman video tersebut yang dibuat di dalam bahasa Inggeris yang dipercayai turut disiarkan di laman web Hindraf.org

“Saya berada di luar negara untuk meningkatkan akan kesedaran mengenai perlanggaran besar hak kemanusiaan di Malaysia.

“Saya percaya bahawa kerajaan Belanda adalah sebuah kerajaan yang sangat demokratik yang percaya akan prinsip universal berdemokrasi.

“Dan saya percaya bahawa ramai menganggap Malaysia adalah sebuah negara muslim moderate (sederhana), negara moderate progresif Islam.

“Saya fikir ia adalah tidak benar dan jika mereka didedahkan dengan perlanggaran besar hak asasi manusia di Malaysia, mereka sudah pastinya tidak akan sanggup untuk menjadi rakan dagangan dengan Malaysia.

Soalan : Adakah anda dari Malaysia?

“Ya saya adalah generasi ke-4, kelahiran India Malaysia dan kami dibawa sebagai buruh paksaan pada 200 tahun lalu ke Malaya dan kami tinggal di Malaysia sebagai rakyat Malaysia.

“Tetapi malangnya kami tidak dilayan secara sama rata sebagai rakyat di Malaysia. Kami telah didiskriminasi dalam pelbagai perkara bermula dari hak beragama.

“Kebanyakan India yang beragama Hindu, lahir dalam Hindu telah dipaksa untuk menukar agama. Banyak yang dipaksa untuk menukar agama jika mereka mahu bekerja dalam jabatan kerajaan, jika mereka mahu penajaan pelajaran dan sebagainya.

“Dan ribuan daripada kuil kami telah dirobohkan sepanjang 54 tahun yang lalu sejak kemerdekaan.

“Kami jangkakan sudah 10,000 kuil telah dimusnahkan setakat ini dan masih ada baki 23,000 lagi kuil Hindu dalam risiko (dirobohkan).

“Dan kerajaan adalah dengan sengaja untuk tidak mengeluarkan surat pemilikan tanah kepada tempat-tempat ibadat ini.

“Anak-anak kami yang cemerlang dalam pelajaran mereka namun tidak diberikan penajaan.

“Orang melayu Islam mendapat majoriti penajaan dan

90 peratus penempatan universiti telah diberikan kepada majoriti Melayu muslim.

“Bajet pendidikan negara juga perginya kepada Melayu.

“Bagi tujuan meningkatkan ekonomi juga, negara ini telah berbelanja berbilion dolar setiap tahun hanya untuk mengangkat satu kaum tertentu sahaja iaitu kaum majoriti Melayu muslim.

“Pembentangan hari ini adalah sebuah pembuka mata bagi ahli Parlimen Belanda. Mereka tidak sedar akan perlanggaran hak asasi yang sedang berlaku di Malaysia.

“Dan mereka telah berjanji akan melihat isu yang telah saya bangkitkan dan mereka akan berbincang dengan komuniti mereka sebelum memaklumkan kepada saya akan apa yang akan mereka rancang untuk lakukan nanti”. - UTUSAN ONLINE

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2018/11/dimana-kejujuran-pakatan-harapan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakatan Harapan Akan Tewas Pada Pru 15 Nurul Izzah

Pakatan Harapan Akan Tewas Pada Pru 15 Nurul Izzah

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 355 hits
Suara Tanpa Sempadan SHAH ALAM Nurul Izzah Anwar berkata Pakatan Harapan akan tewas pada Pilihan Raya Umum Ke 15 jika gagal membuktikan membawa Malaysia Baharu yang dijulang julang sebelum ini Katanya sehingga kini rakyat tetap menantikan a...
Anak Muda Mahasiswa Ditipu Oleh Kerajaan Pakatan Harapan

Anak Muda Mahasiswa Ditipu Oleh Kerajaan Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 426 hits
Selepas Lim Guan Eng membentangkan belanjawan untuk Bajet2019 Ramai mahasiswa dan anak muda sudah tepuk dahi kerana ditipu oleh Pakatan Harapan Lagipun semasa piliharaya umum tempoh hari mereka lah juga yang menjadi penyumbang undi terbesar...
Kerajaan Pakatan Harapan Guna Pendekatan Tiga Teras Baiki Ekonomi

Kerajaan Pakatan Harapan Guna Pendekatan Tiga Teras Baiki Ekonomi

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 314 hits
Foto FMTGEORGE TOWN Kerajaan Pakatan Harapan akan mengguna pakai pendekatan tiga teras dalam usaha membaiki ekonomi negara untuk memberikan keyakinan kepada pelabur dan meningkatkan mutu kehidupan rakyat Loading Menteri Kewangan Lim Guan En...
Pakatan Harapan Wajib Tapis Keahlian Individu Ini

Pakatan Harapan Wajib Tapis Keahlian Individu Ini

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 564 hits
Pakatan Harapan Wajib Tapis Keahlian Individu Ini Veteran tentera Mohd Ali Baharom lebih dikenali sebagai Ali Tinju dilaporkan memohon menyertai Bersatu dan mengaku menjadi penyokong Dr Mahathir Mohamad Ali terkenal dengan demontrasi memban...
Tmj Selar Pemimpin Pakatan Harapan Lidah Bercabang

Tmj Selar Pemimpin Pakatan Harapan Lidah Bercabang

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 324 hits
Loading Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim malam tadi mengeluarkan kenyataan panjang yang menyentuh berkenaan isu politik Loading Kenyataan yang disiarkan di laman Facebook Johor Southern Tigers itu antara lain ditujukan kepad
Kerajaan Pakatan Harapan Tidak Akan Meratifikasi Icerd

Kerajaan Pakatan Harapan Tidak Akan Meratifikasi Icerd

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 355 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum Kerajaan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan di mana di dalamnya termaktub kontrak sosial yang telah ...
Harapan Coin Aku Confuse Apa Sebenar Fungsi Bendalah Ni

Harapan Coin Aku Confuse Apa Sebenar Fungsi Bendalah Ni

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 347 hits
Setiap daripada coin ataupun token yang establish mesti akan tersenarai dalam coinmarketcap Dan setiap daripada coin ataupun token yang disenaraikan perlu menjelaskan secara terperinci dari segi teknologi hala tuju coin atau token yang dike...
Ringgit Slips Against Dollar As Us Rate Cut Hopes Fade

Fire Guts Tour Bus On Mex Highway

Navigating The Night How Moon Powered Navigation Is Revolutionizing Wilderness Survival

Nst Turns 180 The Tun Reaches A Century And Media Council 50 Years In The Making Names Founding Members

Digital Marketing For Business Success

Shila Amzah Diminta Berdamai Elak Aib Industri Terus Tular

Ceo Nvidia Puji Model Ai China Berkelas Dunia

Tng Ewallet Kini Boleh Digunakan Untuk Bayar Gaji Secara Sah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Soalan Matematik Susah Kira Jarak Jalan Be Like

Fomo Colleague

Chicken Pox Dan Cuti Kuarantin

Ming 37 02 Monolith Jam Tangan Dikenali Untuk Mereka Yang Mementingkan Gaya Dan Teknologi

Pertandingan Fotografi Wellcome 2025 Menggambarkan Persimpangan Antara Sains Kesihatan Dan Pengalaman Manusia

Demi Bekalan Akhirat Nabil Ahmad Penuhi Hasrat Ibu Bina Madrasah Bernilai Hampir Rm500 000