Dimana Buktinya Pmx Campurtangan


 




Faiz Hajari


Tuan Saiful Izham Ramli, saya yakin tuan ada salinan minit yang bocor tu. Jika tuan ada, boleh rujuk perkara 4.1.1.1(c)(2) yang antara lain menyatakan (tanpa mengikut harfiah ayat)


"beliau (tan sri Ahmad Terri) semasa menjadi Peguam Negara telah membantu PM pada ketika itu untuk menasihatkan YDPA akan perlantikan seorang individu menjadi Hakim Besar..."


Sedangkan perkara 34 Akta JAC jelas melarang perbuatan tersebut. Hukuman penjara maksimum 2 tahun dan denda maksimum RM100k tau!


"Itu isu Terri..apa kena mengena dengan PM?"


Bukankah Terri ini peguam negara? Tanpa menuduh sesiapa, secara logiknya adakah peguam negara boleh bertindak begitu dahsyat tanpa endorsement pihak atasan beliau? Dan apakah PMX tak sedar tindakan Terri ini bersalahan dengan akta? Jika beliau sedar, kenapa tidak diperbetulkan?


Sebab itu PMX kena jawab persoalan2 ini. Ini tidak...dah nak masuk hari ketiga dah sejak kebocoran tu berlaku, PMX tak sebut apa pun. Memorandum tadi pun Ketua Pengarah bahagian Undang2 je yang terima. Anak papa yang hadir tadi pun taknak tolong sambungkan pemberi memorandum ke papa beliau. Guane




Saiful Izaham Ramli.


Jawapan saya untuk Sdr Fais Al Hajari, semoga ianya memberikan kejelasan tentang isu2 yg dia bangkitkan...


Wallahualam...


Sdr Fais Al-Hajari ,


1. Pertama sekali, dukacita ingin saya maklumkan bahawa saya tidak mempunyai dalam milikan saya keseluruhan minit Mesyuarat JAC yg dibocorkan dan tidak mempunyai sebarang akses kepada minit Mesyuarat tersebut, sebagaimana tanggapan Sdr. 


2. Komen saya di medium media Sosial Twitter atau X yang Sdr kongsikan di ruangan ini adalah berdasarkan kepada gambar2 yg disebarluaskan yg dikatakan sebagai minit Mesyuarat JAC yg dibocorkan dan laporan media oleh Malaysiakini tentang komen Puan Latheefa Koya berkaitan perkara yg sama.


3. Keduanya, sekiranya benar Sdr punya akses kepada keseluruhan minit Mesyuarat JAC tersebut, sepertimana yg Sdr sendiri berikan bayangannya, dan sekiranya benar wujud apa yg Sdr sendiri rujuk sebagai perkara 4.1.1.1(c)(2) dari minit Mesyuarat JAC tersebut, yg Sdr nyatakan ".... yang antara lain menyatakan (tanpa mengikut harfiah ayat), "Beliau (Tan Sri Ahmad Terri) semasa menjadi Peguam Negara telah membantu PM pada ketika itu untuk menasihatkan YDPA akan perlantikan seorang individu menjadi Hakim Besar...", saya berpandangan bahawa tindakan 'membantu PM ketika itu' adalah suatu tugas rasmi/professional beliau selalu Peguam Negara untuk menasihati Perdana Menteri dalam apa-apa perkara berkaitan Perundangan, dan bukanlah merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 34 Akta 695 yg Sdr sendiri rujuk.


4. Sila rujuk Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan berkaitan tugas-tugas Peguam Negara.


5. Seksyen 34 Akta Suruhanjaya Perlantikan Hakim 2009 (Akta 695)(Sebagaimana pada 1 Mei 2014) pula menyatakan seperti berikut :


Mempengaruhi atau cuba untuk mempengaruhi Suruhanjaya


_"34. Mana-mana orang yang, selain dalam menjalankan tugasnya, secara langsung atau tidak langsung dengan sendiri atau melalui manamana orang lain dengan apa jua cara mempengaruhi atau cuba untuk mempengaruhi apa-apa keputusan Suruhanjaya atau mana-mana anggotanya, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya."_


Seksyen yg saudara rujuk tersebut adalah merupakan satu kesalahan mempengaruhi atau cubaan mempengaruhi sebarang keputusan Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman (JAC) dan/atau mana-mana Anggota JAC.


Ini bukan satu seksyen yg betul utk menafsirkan tindakan seorang Peguam Negara menasihati seorang Perdana Menteri atau mana-mana Anggota kabinetnya dalam apa-apa perkara sekalipun, termasuklah dalam hal berkaitan Perlantikan mana-mana Hakim, sebagai satu kesalahan di bawah Akta 695, kerana ITU adalah sememangnya tugas seorang Peguam Negara sepertimana yang diperuntukkan di bawah Faisal 2 Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.


Sebaiknya, Sdr memaparkan keseluruhan kandungan Seksyen 34 yg Sdr rujuk (disebut sebagai Seksyen, dan bukannya Perkara), supaya pembaca2 dan peminat2 penulisan saudara dapat memahami konteks sebenarnya Seksyen yg saudara rujuk tersebut.


Jadi, sekali lagi, dengan merujuk kepada kedua2 isu yang Sdr sendiri timbulkan, termasuklah dari minit Mesyuarat JAC yg dibocorkan, dekat celah mana yang dikatakan PMX cuba mencampuri dan/atau mempengaruhi keputusan dan/atau urusan Perlantikan Hakim mengikut Akta yang sedia ada?


Wallahualam....


Mohon dibetulkan sekiranya tafsiran Dan pandangan saya berkaitan undang2, terutamanya tentang peruntukan2 di dalam Perlembagaan Dan Akta sedia Ada, adalah Salah mengikut pandangan Sdr.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/07/dimana-buktinya-pmx-campurtangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Again Swamp Agong S Fb Page To Express A Host Of Displeasure Against Pmx Madani Gov T

Rakyat Again Swamp Agong S Fb Page To Express A Host Of Displeasure Against Pmx Madani Gov T

papar berkaitan - pada 13/7/2025 - jumlah : 115 hits
DETRACTORS had for a second time flooded the page book of His Majesty Sultan Ibrahim King of Malaysia to convey a slew of disgruntlements against Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim and his Madani administration The latest was through t...
Semakin Pmx Mendonia Pembangkang Makin Tersakiti

Semakin Pmx Mendonia Pembangkang Makin Tersakiti

papar berkaitan - pada 13/7/2025 - jumlah : 128 hits
Kunjungan hormat Setiausaha Negara Amerika Syarikat Marco Rubio ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sekadar kunjungan selaku Pengerusi ASEAN 2025 malah turut menyebabkan pembangkang makin tersakiti di mana sahaja Foto Fac...
Pmx Raikan Bar Council Ke Pmo Dgn Pemberian Air Dan Ais Krim

Pmx Raikan Bar Council Ke Pmo Dgn Pemberian Air Dan Ais Krim

papar berkaitan - pada 15/7/2025 - jumlah : 137 hits
Kehadiran Nurul Izzah curi perhatian media Hari ini Bar Council bersama 500 peguam hadir untuk penyerahan Memo kepada Perdana Menteri Pada awalnya Bar Council mensasarkan 3000 peguam tetapi kehadiran di luar sasaran Penyerahan Memo mengenai...
Has Sangetha Been Trying Too Hard Apple Polishing With Pr Campaign To Repair Pmx S Ruined Image

Has Sangetha Been Trying Too Hard Apple Polishing With Pr Campaign To Repair Pmx S Ruined Image

papar berkaitan - pada 18/7/2025 - jumlah : 133 hits
PKR Women secretary Sangetha Jayakumar has found herself getting snubbed for having mobilised a so called digital solidarity campaign among party members to rejuvenate Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim s battered public image The pers...
Zaid S Point Blank Poser To Pmx Did You Or Did You Not Submit Terrirudin S Name To Agong

Zaid S Point Blank Poser To Pmx Did You Or Did You Not Submit Terrirudin S Name To Agong

papar berkaitan - pada 17/7/2025 - jumlah : 137 hits
FORMER de facto law minister Datuk Zaid Ibrahim has seemingly wanted Prime Minister Datuk Anwar Ibrahim to pick up enough courage to deny publicly that he did not submit the name of Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh as the Chief Justice ...
Tips Design Kotak Packaging Ayam Goreng Yang Viral Di Media Sosial

Obey The Law Top Cop Tells Turun Anwar Rallygoers

Pasukan Malaysia Berjaya Meraih Dua Pingat Gangsa Dalam International Physics Olympiad 2025

Having A Strong Company Culture

Haze Faced By Malaysia And Singapore Due To Forest Fires From A Neighbouring Country

Buasir Otak Tv Bos Marah Bila Minta Laporan Be Like

Rafizi Maklumat Dah Cukup Untuk Sprm Siasat Farhash

Anwar S Tribute Pre Election Relief Or Long Term Reform


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Garuda Muda Lolos Ke Final Indonesia U 23 Taklukkan Thailand Lewat Adu Penalti Di Gbk

Lelaki Hebat Harus Bagaimana

From Data To Decisions How Artificial Intelligence Is Transforming Digital Marketing Strategies

Akaun X Kena Hacked Setel Dalam Masa 8 Jam

Kemalangan 15 Motosikal Seorang Lagi Meninggal Dunia

Tri Suaka Feat Dodhy Kangen Andai Waktu Bisa Kembali Chord