Dilema Rawatan Pulihkan Pesakit Covid 19



SEJAK rawatan Corticosteroids yang menggunakan hormon steroid disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada September tahun lalu dan digunakan hanya untuk pesakit-pesakit Covid-19 yang paling serius, penciptaan pil dalam rawatan perubatan terhadap para pesakit koronavirus itu masih terlalu kecil setakat ini.
Apatah lagi, penggunaan rawatan dengan menggunakan pil yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat ubat-ubatan pula melibatkan kos tinggi dan terlalu mahal.
Sehingga kini impian yang terpahat dalam pemikiran setiap doktor ialah terdapatnya pil yang boleh digunakan ke atas mana-mana pesakit Covid-19.
Namun, sebenarnya hingga kini pil yang selamat dan amat efektif itu masih belum ditemui.
Setakat ini terdapat pil molnupiravir yang dicipta oleh firma ubat-ubatan Merck/MSD di Amerika Syarikat (AS) dan dijual dengan menggunakan nama Lagevrio di pasaran Eropah.
Terdapat satu lagi pil yang dicipta oleh syarikat ubat-ubatan Pfizer dikenali sebagai Paxlovid untuk digunakan dalam rawatan pesakit-pesakit Covid-19.
 
Syarikat ubat-ubatan Pfizer mengeluarkan sejenis pil antivirus untuk rawatan pesakit Covid-19. – Foto AFP  
Kedua-duanya merupakan pil yang digunakan dalam rawatan antivirus bagi memperlahankan penyakit dengan mengurangkan kemampuan virus untuk berkembang dalam tubuh badan.
Pil Lagevrio telah diluluskan untuk kegunaan kecemasan di Kesatuan Eropah (EU) dan kini dalam proses untuk diluluskan di AS.
KURANG MEMUASKAN
Sungguhpun begitu, keputusan akhir ujian klinikal yang dilakukan pada awal Oktober lalu terhadap pil yang dicipta oleh Merck/MSD itu masih lagi kurang memuaskan.
Ujian itu menunjukkan pil Lagevrio berjaya mengurangkan sebanyak 30 peratus kemasukan pesakit-pesakit Covid-19 yang berisiko tinggi ke hospital dan angka kematian dan bukannya 50 peratus seperti yang diharapkan sebelum ini.
Persoalan lain yang timbul ialah tentang keselamatan rawatan koronavirus itu kerana dari segi teori, ia juga boleh menyebabkan munculnya varian baharu atau penyakit kanser.
AS dan para pegawai kesihatan EU kini sedang menunggu data ujian klinikal terhadap pil Paxlovid yang dicipta berdasarkan kepada ubat anti-HIV iaitu Ritonavir.
Kedua-dua pil itu mempunyai satu kelebihan setakat ini iaitu cara ia berfungsi di dalam tubuh akan menyebabkannya tidak mungkin menjadi kurang efektif dalam menghadapi varian baharu Covid-19.
Menurut jangkaan pertubuhan Doctors Without Borders (MSF), rawatan dengan menggunakan pil Lagevrio atau Paxlovid mungkin menyebabkan kos sebanyak AS$700 (RM2,961).
Pfizer dan Merck pula telah menandatangi persetujuan perlesenan secara sukarela dengan hasrat untuk memudahkan penyebaran pil-pil ciptaan kedua-dua firma tersebut keluar dari negara-negara kaya selepas kedua-duanya mendapat kelulusan pengedarannya secara rasmi.
Namun, ia hanyalah langkah pertama untuk sistem kesihatan mendapatkan akses terhadap rawatan pesakit-pesakit Covid-19.
WHO pula telah mencadangkan penggunaan rawatan sintetik antibodi untuk para pesakit yang tua dan mereka yang mengalami sistem imun tersekat.
Terdapat sejenis rawatan Ronapreve yanng menggabungkan sintetik monoklonal antibodi yang dikenali sebagai casirivimab dan imdevimab dan menggunakan hanya satu suntikan intravena tetapi satu dos tersebut dianggarkan melibatkan kos sebanyak AS$2,000 (RM8,460).
Ia dicipta oleh syarikat ubat-ubatan Regeneron bersama syarikat penjagaan kesihatan Roche.
Rawatan yang menggunakan sintetik antibodi dianggap kurang berkesan dalam menghadapi varian baharu.
Namun, pada 30 November lalu, Regeneron mengumumkan bahawa rawatannya terhadap Covid-19 mungkin berkesan bagi menghadapi varian Omicron yang penemuannya dihebahkan kepada dunia baru-baru ini.
WHO juga telah mengesyorkan rawatan sintetik antibodi lain untuk para pesakit Covid-19 yang lebih kritikal dengan menggunakan Tocilizumab yang dijual sebagai Actemra atau RoActemra yang dihasilkan oleh Roche.
Ia juga mengesyorkan penggunaan Sarilimab yang dijual oleh syarikat ubat-ubatan Sanofi dengan menggunakan nama Kevzara.
Pada Khamis lalu, United Kingdom meluluskan penggunaan rawatan antibodi monoklonal yang dikenali sebagai Sotrovimab keuaran syarikat Vir Biotechnology/GSK tetapi ia juga mempunyai kesan sampingan. – Agensi
Dilema rawatan pulihkan pesakit Covid-19
Baca Artikel Menarik:
Sharifah Shahira kena kecam kerana Mail JDT Emma Maembong masih berkawan dengan bekas kekasih Permohonan Najib masukkan bukti baharu didengar 7 Disember Jangkitan semula akibat Omicron 3 kali ganda – Penyelidik Fatia artis global TikTok pertama dari Malaysia Siang bawa mayat, malam angkut sampah Penternak ayam ‘selesa’, peniaga yang tersepit Muafakat Nasional, 191 bahagian UMNO akan putuskan Pemandu lori tikam bapa selepas terdengar bisikan Datuk Paiman akhirnya ke penjara 13 tahun Orang ramai sah perlu divaksin setiap tahun-CEO Pfizer Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Mejar Shuhada’ perdaya mangsa, liwat mangsa lelaki

The post Dilema rawatan pulihkan pesakit Covid-19 appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/12/04/dilema-rawatan-pulihkan-pesakit-covid-19/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hampir 20 000 Pesakit Hidap Post Covid Syndrome

Hampir 20 000 Pesakit Hidap Post Covid Syndrome

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 185 hits
Kelesuan sukar bernafas antara simptom utama COVID berpanjangan Timbalan Menteri Kesihatan I Datuk Dr Noor Azmi Ghazali ketika pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini fotoBERNAMA HAK CIPTA TERPELIHARA KUALA LUMPUR Ham...
Di Depan Himpunan Pengusaha Nahdliyin Ibas Bicara Ancaman Varian Covid 19 Omicron

Di Depan Himpunan Pengusaha Nahdliyin Ibas Bicara Ancaman Varian Covid 19 Omicron

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 241 hits
Ibas mengingatkan risiko terjadinya penyebaran pandemi third wave atau the next wave yang akan mengancam kembali kehidupan kesehatan dan ekonomi Indonesia di tahun 2022
Waspada Varian Covid 19 Omicron Dpr Minta Pemerintah Perketat Pintu Masuk Ri

Waspada Varian Covid 19 Omicron Dpr Minta Pemerintah Perketat Pintu Masuk Ri

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 212 hits
Organisasi kesehatan dunia atau WHO mengumumkan adanya varian baru Covid 19 yang ditemukan di Afrika Selatan yaitu Omicron Terkait hal itu Anggota Komisi IX DPR RI Rahmad Handoyo meminta agar pemerintah segera mencegah virus tersebut agar t...
Covid Variant Omicron

Covid Variant Omicron

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 254 hits
The World Health Organization announced Friday that it deems the new variant of the coronavirus circulating in southern Africa the B 1 1 529 a variant of concern and has named it omicron It s the first new variant of concern since delta The...
Kemenkes Efikasi Novavax 96 4 Untuk Covid 19 Varian Non Alfa

Kemenkes Efikasi Novavax 96 4 Untuk Covid 19 Varian Non Alfa

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 177 hits
Plt Direktur Jenderal Pencegahan dan Pengendalian Penyakit Kementerian Kesehatan Maxi Rein Rondonuwu mengatakan efikasi vaksin Novavax yang baru datang di Tanah Air 96 4 persen terhadap varian virus Covid 19 non Alfa
Saringan Covid 19 Sekolah Rendah Setiap Rabu

Saringan Covid 19 Sekolah Rendah Setiap Rabu

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 187 hits
Pelaksanaan saringan bergilir COVID 19 untuk murid sekolah rendah akan dilaksanakan pada setiap Rabu hari persekolahan Foto hiasan KUALA LUMPUR Pelaksanaan saringan bergilir COVID 19 untuk murid sekolah rendah akan dilaksanakan pada setiap ...
Australia Kesan Kes Jangkitan Covid 19 Pertama Melibatkan Varian Omicron

Australia Kesan Kes Jangkitan Covid 19 Pertama Melibatkan Varian Omicron

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 222 hits
SYDNEY Pihak berkuasa kesihatan di Australia mengesan kes jangkitan pertama melibatkan varian baharu Omicron yang disifatkan lebih bahaya berbanding Delta Kes jangkitan itu dikesan selepas melakukan ujian Covid 19 terhadap dua penumpang yan...
Hiburan Menggadai Nyawa Manusia Lain Pu Syed Anggap Varian Baharu Covid 19 Proksi Dajjal

Hiburan Menggadai Nyawa Manusia Lain Pu Syed Anggap Varian Baharu Covid 19 Proksi Dajjal

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 191 hits
Sedia maklum pakar epidemiologi dan felo kanan di Persekutuan Saintis Amerika Dr Eric Feigl Ding ada berkongsi satu ciapan di Twitter beliau menunjukkan virus COVID 19 baharu mungkin lebih berbahaya Menurut Murai yang mengambil laporan dari...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik