Dilema Pasangan Suami Tua Dan Wanita Muda


 

Sanggup suami berumur, kena sanggup juga menjaga mereka ke akhir hayat. Jangan kahwin kerana harta
MUNGKIN ada benarnya seperti kata orang, umur hanya sekadar angka. Namun, itu terlalu subjektif.
Menyelak helaian kisah pasangan lelaki tua dan wanita muda, berdasarkan pengalaman saya, rata-ratanya memberi alasan bersatu dek kerana cinta dan jodoh mereka terlalu kuat.
Kononnya, jurang usia bukanlah penghalang untuk mencipta bahagia bersama. Ada juga yang menganggap apa yang berlaku adalah ketentuan daripada-NYA.
Persoalannya, apakah pilihan tersebut wajar? Mampukah pasangan yang diibaratkan seperti ‘anak beranak’ itu menjadi pasangan suami isteri yang ideal dan hidup dengan aman damai sehingga ke akhirnya?
Ini adalah kerana sejak lebih dua dekad kebelakangan ini, berdasarkan isu semasa termasuk kes-kes yang saya kendalikan, semakin ramai gadis dan wanita muda lebih cenderung memilih lelaki berusia sebagai pilihan hati dan pasangan hidup masing-masing.
Menurut satu kajian yang dilakukan oleh penyelidik di Universiti Emory, Atlanta, Amerika Syarikat pada awal tahun 2020, semakin besar jarak usia di antara suami dan isteri, maka semakin besar kemungkinan pasangan tersebut tidak mencapai keharmonian dalam rumah tangga!
Output penyelidikan turut menyaksikan, pasangan yang seusia atau berbeza umur hanya satu tahun atau dua tahun, kecenderungan untuk bercerai hanya 3 peratus.
Bagi pasangan yang berbeza usia tiga hingga lima tahun, potensi untuk berpisah adalah 18 peratus. Sementara pasangan yang berbeza 10 tahun, mencecah 39 peratus.
Berbeza pula dengan suami isteri yang berbeza usia 20 tahun. Penyelidikan menyatakan, kecondongan untuk mereka ‘mengucapkan salam perpisahan’ adalah 95 peratus! Angka itu bukan sengaja direka, tetapi berdasarkan kajian sahih, ya.
Walaupun hasil penyelidikan tersebut telah dihebahkan secara meluas di media sosial, namun masih ramai gadis dan wanita muda tetap gemar memilih lelaki tua.
Mengapa? Apa yang mendorong mereka sanggup berbuat demikian?
Berdasarkan kes-kes yang pernah saya kendalikan, lelaki lebih tua menjadi pilihan disebabkan dua faktor utama:
1. Wanita muda tersebut mahukan kehidupan yang stabil.

Biasanya lelaki tua yang dipilih bukanlah lelaki biasa-biasa, sebaliknya berharta dan mempunyai kehidupan mewah. Status itu diharap menjadi tempat untuk si wanita bergantung hidup tanpa perlu bersusah payah dibandingkan jika mereka memilih lelaki seusia yang masih mencari-cari hala tuju kehidupan.
2 Lelaki tua lebih suka memanjakan wanita muda berbanding lelaki seusia yang agak tegas dan mungkin lebih garang.
Berdasarkan aspek psikologi, lelaki tua dikatakan telah melalui ‘berjuta’ pengalaman hidup. Mereka juga biasanya lebih mudah bertoleransi dengan individu yang lebih muda. Pun begitu, tetap ada risiko dan bahaya. Khusus buat wanita muda, anda perlu faham. Lelaki mula alami kemerosotan dalam diri seawal usia 40 tahun atau disebut andropause.
Tatkala mencapai usia 60-an pula, rata-rata lelaki akan mengalami masalah dalam hubungan kelamin kecuali dibantu dengan ubat-ubatan.
Berdasarkan kes-kes dikendalikan saya, ramai isteri daripada golongan wanita muda yang bersuamikan lelaki tua mengadu tentang masalah hubungan kelamin. Kata mudahnya, tidak memenuhi kehendak mereka.
Kemelut itu menjadi lebih serius jika suami enggan berbincang atau mengakui kelemahan serta tidak mahu berusaha bagi mengatasi masalah yang berlaku.
Malah, terdapat kes, si suami menuduh isteri ‘makan luar’. Saya perlu akui, memang ada isteri-isteri muda yang mengakui mencari kepuasan daripada lelaki sebaya.
Selain itu, terdapat juga kaum lelaki dalam usia 60-an dan ke atas berdepan dengan pelbagai krisis kesihatan. Mungkin tidak berat, namun kemungkinan anda sebagai pasangan bakal menjadi ‘perawat tidak rasmi’ adalah besar.
Jadi, harapan untuk dimanjakan bertukar menjadi pelayan. Maka, tidak hairanlah jika berlaku pergaduhan dan perselisihan pada akhirnya.
Tak dapat restu

Di samping faktor fizikal lelaki tua tersebut, risiko lain yang perlu dihadapi oleh si wanita adalah penerimaan keluarganya sendiri dan juga ahli famili si lelaki.
Ramai ibu bapa yang tidak dapat menerima pilihan anak lantaran usia mereka hampir sebaya dengan ibu bapa sendiri.
Apabila tiada restu ibu bapa, memang sukar melayari bahtera perkahwinan dengan aman dan sentosa.
Demikian juga dengan ahli keluarga lelaki. Rata-ratanya sukar untuk berkongsi kasih atau menerima konsep poligami.
Apatah lagi jika wanita muda itu hampir sama umur dengan anak si lelaki itu. Lantas, anak-anak akan menganggap wanita muda tersebut sebagai pengacau. Lebih teruk lagi, mereka dianggap mempunyai niat yang menyimpang.
Apa yang saya boleh katakan, tentangan daripada ahli keluarga kedua-dua pihak biasanya akan mengundang masalah besar.
Pun begitu, saya akui, bukan semua hubungan dan perkahwinan melibatkan wanita muda dengan lelaki berumur gagal.
Pertalian yang kekal sehingga ke akhir hayat bagi saya adalah bertunjangkan kepada keikhlasan, menerima pasangan seadanya, bertoleransi dan berkompromi dalam setiap aspek hubungan rumah tangga.
Itu termasuklah berkaitan dengan hubungan kelamin. Paling utama, adalah hubungan tersebut mendapat restu daripada ibu bapa dan ahli keluarga lain yang terlibat.
Cadangan saya buat wanita muda yang sedang bercinta dengan lelaki tua, tanyakan pada diri, apakah tujuan hidup anda?
Jika semata-mata demi keseronokan untuk meneruskan kehidupan, percayalah, anda sedang berada di laluan yang salah.
Ingat, jangan berniat jahat demi untuk mewarisi harta kerana berdasarkan kes-kes yang pernah saya uruskan, misi songsang itu tidak akan diredai-NYA.
Mungkin lelaki yang anda rasa tidak akan hidup lama itu, mana tahu diizinkan ALLAH panjang pula umurnya.
Andai anda ikhlas dan jujur mengasihi, persiapkan minda kerana anda perlu berlapang dada menghadapi ranjau dan onak yang bakal ditempuhi.

Suka untuk saya ingatkan sekali lagi, apabila memilih untuk meneruskan hidup bersama lelaki tua, secara fitrahnya, ia memang berbeza berbanding jika anda memilih lelaki sebaya. Fikir-fikirkan.
Sumber: Zaiton Manaf
 
 

 
 
 
 
 
 
 
www.zukidin.com {Estd 2012}

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zukidin.com/2023/07/dilema-pasangan-suami-tua-dan-wanita.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Wanita Ada 2 Suami Rupanya Berlaku Di Malaysia Suami Pertama Kahwin Di Siam Yang Kedua Di Malaysia

Kes Wanita Ada 2 Suami Rupanya Berlaku Di Malaysia Suami Pertama Kahwin Di Siam Yang Kedua Di Malaysia

papar berkaitan - pada 19/7/2023 - jumlah : 206 hits
KIM SYAZIETidak dapat dibayangkan bagaimana seorang wanita sanggup bersuamikan dua lelaki kerana mahu terus bersama atas dasar sayang biarpun perbuatan tersebut salah di sisi Islam Kisah yang dikongsikan seorang peguam tentang isteri yang b...
Coretan Buat Pasangan Suami Isteri

Coretan Buat Pasangan Suami Isteri

papar berkaitan - pada 13/7/2023 - jumlah : 271 hits
Sebuah percakapan Iblis kepada anak buahnya serta kuncu kuncunya Jika kau ingin merosakkan sebuah keluarga rosakkanlah dulu ibunya KAUM ibu Beri dia perasaan akan rasa lelah bertubi yang membuatnya merasa lemah dan habis tenaga lalu lesu se...
From Pondan Bestie Kepada Suami Mak Nyah Kembali Ke Fitrah Asal Amp Kahwini Bff Wanita

From Pondan Bestie Kepada Suami Mak Nyah Kembali Ke Fitrah Asal Amp Kahwini Bff Wanita

papar berkaitan - pada 22/7/2023 - jumlah : 330 hits
Perkongsian seorang lelaki tentang kisah silamnya menarik perhatian ramai selepas dia mengakui pernah menjadi pondan suatu ketika dahulu Menerusi video tersebut lelaki dari negara seberang ini berkata dia akhirnya kembali ke fitrah asal dan...
Dakwaan 2 Wanita Kahwin Pihak Berkuasa Agama P Pinang Sedia Ambil Tindakan

Dakwaan 2 Wanita Kahwin Pihak Berkuasa Agama P Pinang Sedia Ambil Tindakan

papar berkaitan - pada 8/7/2023 - jumlah : 154 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Majlis Agama Islam Pulau Pinang akan mengambil tindakan sekiranya terbukti benar dakwaan berlaku majlis meraikan perkahwinan sejenis melibatkan dua wanita di Balik Pulau pada bulan lalu Yang Dipertuanya Ahmad Zaki...
Berlaku Perkahwinan Sejenis 2 Wanita Bekas Adun Pulau Tikus Didakwa Lakukannya

Berlaku Perkahwinan Sejenis 2 Wanita Bekas Adun Pulau Tikus Didakwa Lakukannya

papar berkaitan - pada 8/7/2023 - jumlah : 256 hits
Ketika ini Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang akan melakukan siasatan atas kes perkahwinan sejenis dua wanita yang diraikan dalam sebuah majlis perkahwinan di Balik Pulau Isu ini timbul selepas tular beberapa foto di media sosial yang m...
Kekasih Baru Sengsara Teman Wanita Kahwini Roh Bekas Teman Lelaki

Kekasih Baru Sengsara Teman Wanita Kahwini Roh Bekas Teman Lelaki

papar berkaitan - pada 7/7/2023 - jumlah : 157 hits
Susah kan apabila kita terlalu mencintai seseorang hingga tidak dapat melepaskannya pergi ke negeri abadi ARTIKEL BERKAITAN Dalam program seorang lelaki berusia 32 tahun menceritakan kepada ahli panel mengenai kisah teman wanitanya yang tid...
Ngo Suri Rumah Rahmah Malaysia Persatuan Sokongan Khas Buat Kaum Wanita Bergelar Suri Rumah

Ngo Suri Rumah Rahmah Malaysia Persatuan Sokongan Khas Buat Kaum Wanita Bergelar Suri Rumah

papar berkaitan - pada 9/7/2023 - jumlah : 428 hits
Suri rumah rahmah yang saya maksudkan ini bukan menu rahmah atau apa apa berkaitan tajuk rahmah yang digunakan dalam kerajaan madani sekarang ni tahu Sebenarnya yang saya maksudkan pada posting ini ialah sebuah persatuan wanita yang menyoko...
Muda On Path To Irrelevance Like Pejuang Psm Says Analyst

Muda On Path To Irrelevance Like Pejuang Psm Says Analyst

papar berkaitan - pada 26/7/2023 - jumlah : 240 hits
Muda s limited participation in the Aug 12 state elections shows it is only a fringe party and suggests it may be on the path towards irrelevance says a political analyst Mazlan Ali of Universiti Teknologi Malaysia said Muda s decision show...
Simbah Asid Terhadap 3 Beranak Wanita Warga Emas Ditahan

Simbah Asid Terhadap 3 Beranak Wanita Warga Emas Ditahan

papar berkaitan - pada 10/7/2023 - jumlah : 169 hits
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzilharisfadli hmetro com myGombak Seorang wanita warga emas disyaki menyimbah asid ke arah sepasang suami isteri dan anak mereka ditahan dalam satu serbuan di sebuah taman perumahan sekitar Rawang di sini hari ini P...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Makan Steamboat Dapat Henna Free


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage