Diikat Prinsip Yang Sama Pemimpin Pkr Berharap Umno Bergabung Dengan Ph



Seorang pemimpin PKR yang rapat dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata tidak mustahil parti Melayu itu bergabung dalam Pakatan Harapan (PH), ketika ramai pemimpin gabungan pembangkang menyatakan keyakinan kerajaan dapat dibentuk sekiranya lebih ramai ahli Parlimen Umno kembali mengikut keputusan parti.
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution yang pernah bersama dengan Zahid memimpin Pemuda Umno untuk menentang Dr Mahathir Mohamad ketika bekas perdana menteri itu mengetuai Umno pada 1990-an, berkata PH dan Umno mempunyai prinsip yang dipersetujui bersama seperti pentabiran yang baik, melindungi hak istimewa orang Melayu dan membela agama Islam.
“Tengok pula pada Umno, Fasal 3 Perkara 3 dalam perlembagaan mereka, tujuan Umno ditubuhkan adalah untuk menegak, mengembang dan mempertahankan Islam.
“Kalau dasar kita tadi, Islam sebagai agama, Umno ada dalam Fasal 3 Perkara 3, bukankah itu titik temunya?” kata Saifuddin kepada Utusan Malaysia.
Beliau menolak gesaan pemimpin Umno yang tidak mahu sebarang kerjasama dengan pemimpin PKR Anwar Ibrahim dan DAP, mengatakan ia bukan prinsip parti Melayu itu dan menyifatkannya hanya sebagai sebuah “sentimen”
“No Anwar, No DAP’ itu saya tak percaya ia dasar parti, saya cuma kata itu sentimen dalam parti.
“Ada beza dasar dengan sentimen, dasar ia kekal, sentimen ini pula ia boleh hilang, tak kekal,” tambahnya.
Beliau berkata bagaimana Umno dan PAS boleh menandatangani Muafakat Nasional walaupun wujud permusuhan politik antara kedua-dua parti itu sejak berdekad lamanya.
Beliau berkata, dengan permuafakatan tersebut, ia menunjukkan kebencian antara Umno dan PAS di peringkat akar umbi hanyalah sentimen dan bukan dasar parti tersebut.
Ulasan Saifuddin tersebut tampil ketika Zahid dan bekas presiden Umno Najib Razak meningkatkan usaha kempen yang mahu ahli-ahli Parlimen Umno menarik sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, dengan kata dua diberikan kepada menteri-menteri Umno supaya mereka meletakkan jawaan daripada Kabinet.
Minggu lalu, Zahid dan Najib mengetuai beberapa pemimpin Umno dalam sebuah sidang media bagi mengumumkan penarikan sokongan terhadap Muhyiddin bagi menggulingkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Setakat ini, dua menteri dari Umno, Shamsul Anuar Nasarah dan Noraini Ahmad telah meletakkan jawatan mereka selepas mendapat tekanan dari Zahid.
Sekitar 30 orang ahli Parlimen Barisan Nasional termasuk ahli Kabinet dan pemimpin MCA dan MIC bagaimanapun mengenepikan desakan Zahid supaya mereka meletakkan jawatan, mengatakan mereka masih mendukung kerajaan PN.
Muhyiddin telah bersetuju untuk menguji sokongan terhadapnya di Dewan Rakyat dalam persidangan bulan depan, keputusan tersebut juga sudah diperkenan Yang di-Pertuan Agong ketika beliau mengadap baru-baru ini.
Dalam pada itu, Saifuddin menyuarakan harapan dengan peletakan jawatan dua menteri tersebut akan dapat menyaksikan Umno berganding bahu bersama PH untuk membentuk kerajaan.
“Saya berkongsi pandangan saya bahawa kalau titik temu kepada satu parti itu bersifat dasar, ia satu yang mungkin boleh berlaku.”
Diikat ‘prinsip yang sama’, pemimpin PKR berharap Umno bergabung dengan PH



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/08/08/diikat-prinsip-yang-sama-pemimpin-pkr-berharap-umno-bergabung-dengan-ph/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panas Pemimpin Amanah Dan Umno Kelantan Mula Bincang Elak Bertembung Dalam Pru15 Kata Sumber

Panas Pemimpin Amanah Dan Umno Kelantan Mula Bincang Elak Bertembung Dalam Pru15 Kata Sumber

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 289 hits
AMANAH Kelantan dan Umno negeri mengorak langkah strategik untuk tidak bertembung sebagai usaha menumbangkan PAS dalam pilihan raya umum akan datang kata sumber parti Pemimpin kedua dua parti mengesahkan kepada The Malaysian Insight perbinc...
Kasihan Umno Macam Mati Mak Bapak Umno Kenyataan Pemimpin Mana Yang Betul Ni

Kasihan Umno Macam Mati Mak Bapak Umno Kenyataan Pemimpin Mana Yang Betul Ni

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 283 hits
Kenyataan pemimpin Umno yang manakah betul kini menjadi persoalan di kalangan orang ramai kerana semuanya berbeza antara satu sama lain Ketika Naib Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri berkata 40 ahli Par...
Percaya Lah Suatu Hari Nanti Muka Pemimpin Umno Akan Makan Ludah Penyokong

Percaya Lah Suatu Hari Nanti Muka Pemimpin Umno Akan Makan Ludah Penyokong

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 222 hits
Panas Pemimpin Umno bengang menteri Umno tak maklum pucuk pimpinan pembatalan Ordinan DaruratJuly 27 2021 Aleh aleh Tricky Taki umum Ordinan Darurat sudah semua dibatalkan pada Rabu 21hb Julai Keputusan Jemaah Menteri Tapi menteri menteri U...
Zahid Hamidi Zahir Penghargaan Kepada Ahli Parlimen Pemimpin Setia Dengan Umno

Zahid Hamidi Zahir Penghargaan Kepada Ahli Parlimen Pemimpin Setia Dengan Umno

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 336 hits
Astro AwaniPresiden UMNO itu menegaskan ketetapan dibuat bukan atas kepentingan individu atau mana mana pihak Gambar fail KUALA LUMPUR Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada Ahli Parlimen UMNO dan pemimpin yang setia b...
Harapan Didn T Offer Youth Chief Post To Umno Pkr Mp

Harapan Didn T Offer Youth Chief Post To Umno Pkr Mp

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 274 hits
PKR communications director Fahmi Fadzil has denied that the Pakatan Harapan coalition issued a statement purportedly offering its Youth chief post to Umno Youth chief Asyraf Wajdi Dusuki Fahmi issued the denial to the media this morning af...
Pemimpin Pkr Rapat Dengan Anwar Kata Kerajaan Pn Ada Majoriti Tipis Lapor Utusan

Pemimpin Pkr Rapat Dengan Anwar Kata Kerajaan Pn Ada Majoriti Tipis Lapor Utusan

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 265 hits
agendadaily com14 8 2021Ahli Parlimen Kapar Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid Ahli Parlimen Damansara Tony Pua dan Ahli Parlimen Bangi Ong Kia Ming Ketika kem Zahid Hamidi dan Pakatan Harapan mendakwa Kerajaan Perikatan Nasional hilang sokong...
Pemimpin Umno Gesa Menteri Umno Letak Jawatan Segera Jangan Terpalit Dengan Penderhakaan Kepada Agong

Pemimpin Umno Gesa Menteri Umno Letak Jawatan Segera Jangan Terpalit Dengan Penderhakaan Kepada Agong

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 370 hits
July 31 2021PM LETAK JAWATAN SEGERA MENTERI UMNO JUGA LETAK JAWATANSemalam YDP Agong menulis warkah empat muka surat yang baginda sendiri tanda tangan Ia menjelaskan kronologi sebenar kenapa baginda tidak memperkenankan pembatalan ordinan d...
Panas Pemimpin Umno Kata Hadi Dan Peja Tiada Kualiti Untuk Ganti Muhyiddin

Panas Pemimpin Umno Kata Hadi Dan Peja Tiada Kualiti Untuk Ganti Muhyiddin

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 267 hits
August 3 2021 DI MANA KAN KU CARI GANTI Pendirian UMNO sehingga Khamis lalu adalah untuk menarik sokongan terhadap TS Mahaidin sebagai PM tapi tetap ingin bersama dengan PN dalam kerajaan gabungan Pendirian ini dinyatakan secara jelas oleh ...
Jika Pemimpin Umno Jadi Pm Semua Kleptokrat Akan Dibebaskan Soal Pua

Jika Pemimpin Umno Jadi Pm Semua Kleptokrat Akan Dibebaskan Soal Pua

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 278 hits
agendadaily com4 8 2021DAP mesti bekerjasama dengan UMNO untuk menang PRU15 nanti Seorang pemimpin DAP Tony Pua bimbang sekiranya kejatuhan kerajaan Perikatan Nasional bakal membawa semua kleptokrat dalam UMNO yang terpalit dengan kes rasua...
Cheaper Riskier More Meaningful Why Malaysians Send Their Korban Abroad For Aidiladha

Lima Mangsa Kemalangan Maut Jerantut Feri Telah Dikenalpasti Buat Pusingan U Secara Mengejut Jadi Punca

Malaysians Flock To Thailand For Hari Raya Aidiladha Getaway

Scene Dalam Cerita Suzanna Berlaku Secara Real

Kuah Kacang Istimewa Di Bermondsey

English Uasa Year 3

Reagan Airport Is Pausing Flights For Trump S Military Parade What Will It Mean For Travelers

12 Pernikahan Artis Malaysia Bertemakan Outdoor


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tak Sanggup Dengar Jeritan Dua Beradik Didera Ibu Amp Teman Lelaki Jiran Prihatin Buat Laporan

Disenarai Hitam Fahmi Reza Dakwa Dihalang Ke Luar Negara Mahu Penjelasan Bukit Aman

Wanita Jumpa Wang Lebih Rm1 Juta Dalam Kotak Di Tempat Buang Sampah

Comment On Plate Gold Tak Sepanas Plate Ff By Tempahan Plate Fg Putrajaya Dibuka 2025 Adzril

Comment On Sewa Motor Di Kota Kinabalu Sabah 3 Jenis Motor By Victor Stanley Joseph

Deqnee Dusongnyo Bola Bola Bola Chord