Dihasilkan Oleh Studio Sama Efek Grafik Mystic Pop Up Bar Terima Pujian Berbanding The King Eternal Monarch
Semakin bertambah episod, semakin menarik drama “Mystic Pop-Up Bar” yang kini sedang ditayangkan di saluran JTBC dan Netflix. Kisah fantasi melibatkan dua orang roh dan seorang manusia yang bekerjasama untuk menyelesaikan masalah manusia nyata menghiburkan ramai penonton.
Bukan sahaja plotnya yang menarik perhatian bahkan efek grafik yang diterapkan dalam drama ini juga berjaya membuatkan penonton tidak dapat menutup mulut kerana kagum dengan suntingannya yang nampak realistik.
Perubahan wajah Gwi
https://upload.kimchidaily.my/wp-content/uploads/2020/05/31150353/mys1.mp4
Babak Wol-joo ambil nyawanya sendiri
https://upload.kimchidaily.my/wp-content/uploads/2020/05/31150457/mys2.mp4
Pedang berapi Gwi
https://upload.kimchidaily.my/wp-content/uploads/2020/05/31150459/mys4.mp4
Jambatan yang runtuh
https://upload.kimchidaily.my/wp-content/uploads/2020/05/31150500/mys3.mp4
Daripada pemerhatian penonton, keputusan untuk merakamkan “Mystic Pop-Up Bar” sehingga habis sebelum memulakan tayangan adalah satu pilihan yang bijak. Ini kerana pasukan efek grafik mempunyai banyak masa bagi memastikan suntingan yang dilakukan nampak ‘real’ dan cantik!
Studio yang sama buat efek grafik “The King: Eternal Monarch”
Yang paling mengejutkan ialah apabila studio WestWorld yang membanting tulang bagi menyiapkan efek grafik untuk “Mystic Pop-Up Bar” ini sebenarnya adalah pasukan yang sama mengendalikan suntingan untuk drama “The King: Eternal Monarch”. Perkara ini nyata menimbulkan rasa keliru para penonton kerana drama lakonan Lee Min-ho itu telah menerima kritikan pedas dek efek grafik yang teruk baru-baru ini.
Selepas diselidik, rata-rata penonton menebak bahawa perbezaan kualiti efek grafik di antara dua drama ini adalah kerana konsep produksinya yang berlainan. “The King: Eternal Monarch” meneruskan penggambaran sambil suntingan dilakukan manakala “Mystic Pop-Up Bar” pula sudah habis dirakam sepenuhnya sebelum segala rakaman dimasukkan ke dalam studio untuk melalui sesi suntingan.
Jangan lupa saksikan “Mystic Pop-Up Bar” dan “The King: Eternal Monarch” di Netflix!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kimchidaily.my/dihasilkan-oleh-studio-sama-efek-grafik-mystic-pop-up-bar-terima-pujian-berbanding-the-king-eternal-monarch/