Didik Anak Menjadi Hamba Baik Agar Kelak Tidaklah Kita Bertuankan Mereka
hi semua. Didik anak menjadi HAMBA baik, agar kelak tidaklah kita berTUANkan mereka. Mendidik anak anak memang sangat mencabar, mencabar emosi, mencabar fizikal.
Mendidik anak untuk menjadi manusia berguna, tidak seperti menyelesaikan permasalahan matematik. Setiap ibubapa takkan sama caranya mendidik anak anak, berbeza tetapi objektifnya sama. Semua ibubapa ingin berikan yang terbaik buat anak anak (tidak termasuk ibubapa yang KEJAM!)
Didik anak sebagai ‘hamba’. Tajuk memang nampak seperti tidak berperikemanusiaan, tapi itulah hakikat mendidik anak zaman sekarang. Sebenarnya, baik zaman sekarang, atau zaman dulu zaman datuk nenek moyang kita pun, memang mendidik anak ni cabarannya besar sangat, tetapi berbeza beza mengikut arus zaman tersebut
☕Mungkin tak ramai setuju dengan kenyataan ini. Terutama ibu bapa yang melihat bahawa anak tersebut perlu dicurah kasih sayang bak menatang minyak yang penuh. Tapi , masing masing ada pendapat tersendiri berkenaan tajuk entry ni. Bukan nak jadikan anak anak tu hamba abdi atau hamba suruhan, tetapi nak pastikan anak anak menjadi hamba yang molek akhlak kelakuan dan pemikirannya
☕ Pernah tak anda melihat senario di mana si ibu sibuk membuat kerja-kerja di rumah, seperti membasuh, mengemop lantai, memasak malah mengemas bilik si anak. Walhal, si ibu ada dua tiga orang anak dara yang duduk bersenang lenang di depan TV, atau mengadap smartphone atau berchating depan laptop?
Aku teringat time aku kecik kecik la dulu, umur sekitar 8 tahun mak dah suruh buat kerja kerja rumah setiap hujung minggu atau cuti sekolah. Siap bagi jadual lagi. Kalau tak siap kerja rumah tu, tak boleh keluar bermain.
Sampaikan aku cakap kat mak, eh dah kilat dah cermin tingkap ni, takkan hari hari nak cuci tingkap, nak mop lantai, nak sapu rumah.
Nanti mak aku balas balik, oooo ye lah dah makan kenyang kenyang, takkan hari hari nak makan pulak?
Kalau tahu hari hari kena makan, macam tu lah juga rumah, hari hari kena bersihkan.
☕ Nah, ada anak dara tapi .. apabila disuruh untuk tolong …. terus merungut, tak reti, malas dan ada yang buat cincai-cincai sebab terpaksa. Lagi teruk, ada yang angkat kaki .. merajuk dan tarik muka .. hanya kerana meminta untuk tutup air jerangan di dapur. Uhh .. kepala digeleng sepuluh kali pun tak jadi apa… hurmmm.
Ekeke, berkesan betul teknik yang mak aku guna nak didik aku tanpa paksaan. Dan sampai satu tahap, tak perlu mak aku cakap, aku sendiri yang buat, dan aku sendiri rasa rimas kalau rumah tak bersih.
☕ Tak kurang juga anak lelaki, mana mahu nak buat kerja-kerja yang selalu dilakukan oleh perempuan? Hilanglah macho .. rasa macam kelakian kena sagat kat atas tar jalanraya .. erkk
sebab tu start sekarang ni seawal usia dua tahun , mrs pip try didik Iman dan Amin kemas rumah, sapu rumah, tolong buang sampah, siram pokok, cuci tandas etc.
Sampaikan mr.Husband cakap, eiii ni kan kerja perempuan. Tunggulah ada anak perempuan nanti biar dorang buat. Anak lelaki biar buat kerja lelaki.
Eh, banyaklah cekadak. Apa, ingat anak anak ni kalau dah besar tak da anak isteri ke? Kalau isteri sakit, siapa nak tolong buat kerja2 rumah ?
Dan kita ni tak tua ke nanti? Kalau kudrat dah kurang, siapa nak tolong kerja2 rumah? Kalau tiada anak perempuan, macam mana?
Alhamdulillah, mr.Husband boleh terima pendapat mrs pip. Nak didik anak buat kerja rumah, tak kira anak lelaki atau anak perempuan, kena didik hal hal basic tolong parents seperti kemas rumah, cuci pinggan mangkuk lepas guna, sapu rumah, cuci kain guna washing machine, angkat kain dari ampaian, bersihkan kawasan luar rumah seperti beranda, porch etc ...
*Anak Jadi ‘Raja’ Semakin Berleluasa*
👉Budaya anak menjadi raja semakin berleluasa sekarang. Sebab apa?. Sebab mereka tidak dididik menjadi ‘hamba’ sejak dari kecil. Ramai pasangan ibu bapa yang terlalu manjakan anak. Kehendak anak semua dituruti.
Tak semua parents tak didik anak kan, rasanya ramai yang didik anak sebaik baiknya, tapi yes ada juga parents yang biarkan saja anak anak dorang tak buat kerja, just duduk menghadap tv lah, komputerlah, smartphonelah, etc ...
lepas tu mengeluh anak anak tak reti nak bantu, anak anak tak ringan tulang.
berhenti mengeluh. mulai saat ini, setiap kali buat kerja rumah, ajak anak anak buat sama. tak perlu expect anak anak buat PERFECT, biarlah dorang buat, lama lama dorang akan EXPERTS buat kerja kerja yang dorang biasa bantu kita sebagai mak bapa.
👉Mereka tidak diajar untuk mengerti kesusahan dan kepayahan ibu bapa mereka. Ya ibu bapa kaya berharta .. tapi nak sampai berjaya begitu .. bukan mudah. Ada anak-anak ni ambil tahu?
Ada anak anak lahir dalam keluarga yang berada. Siap ada pembantu rumah, pemandu tukang kebun etc. Tapi yang aku pernah nampaklah, famili2 kaya ni tetap didik anak mereka buat kerja.
Kekayaan itu privilege, tapi bukan untuk disalahgunakan.
Apapun status kekayaan kita, sebagai mak bapa mari kita didik anak anak tentang ilmu kehidupan. Jadi, bila dorang besar nanti, diharap anak anak kita mampu menghadapi kehidupan dengan cekal. Kita takkan pernah tahu kelak bagaimana hidup kita, mungkin senang mungkin susah
👉 Bila ada beritahu .. jangan manjakan anak. Ini alasan mereka …
*“Kesian anak tu kecik lagi..”*
*“Tengok Timah tu, nak dera anak ke apa?”*
*“Ish, janganlah bagi budak tu buat, dah jadi macam orang gaji je..”*
Jika beginilah alasannya, bersiap sedialah untuk menjadi “hamba” kepada anak sampai ke tua?
Bukan itu sahaja…
👉*Ada anak yang dah kahwin beranak pinak pun masih menyusahkan mak pak. .*
Ya, betul sangat. Ada yang dah kawin tapi masih mengharapkan pertolongan mak bapa untuk survive. Masak pun harap mak, basuh pakaian pun harap mak.
Janganlah macam ni. Anak anak jangan dibiarkan menyusahkan kita. Anak anak inilah tempat kita bergantung harap kelak, jadi sewaktu dorang masih muda, kita didik mereka jadi anak anak yang ringan tulang.
Jangan sikit sikit takut anak anak cederalah nanti kalau basuh pinggan. Nanti melecur lah kalau goreng ikan. Ala, nanti tangan kasarlah kalau buat kerja kerja rumah.
Mak oiiii punya risau kat anak anak, tapi tak risau pula bila dah tua nanti anak anak tak reti nak tolong kita. Salah siapa? Salah kita juga tak didik anak anak ...
👉 *Betul. Ini terjadi dalam dunia masa kini .. baju laki bini anak beranak si emak yang basuh. Umur dah lebih 30 tahun kot …nak makan pun mak yang masak…*
⏩⏩⏩ yang bab bab masak, aku jenis tak pandai masak. so mak aku macam fed up pula nak ajar aku masak. End up bila dah kawin, husband lah yang banyak bersabar mengajar aku masak, ekeke.
Ajar anak siram bunga bersama
👉Anak yang tidak dididik dengan kesusahan kerja sedari kecil, mereka akan kekok untuk melakukannya bila sudah jadi dewasa. Kalau buatpun, tak ikhlas dan hanya lakukan secara terpaksa. Mereka akan buat hanya bila disuruh
Saya bukan mahu para ibu bapa untuk dera anak. Dalam Islam sendiri pun ada cara didik anak ini. Guna sahaja tip dan panduan yang telah Nabi Muhammad S.A.W sarankan.
👉 Ibu bapa harus sedar, bermula dari anak berumur 2 tahun, mereka perlu dipupuk dan dididik supaya menjadi ‘hamba’. Arah mereka lakukan sesuatu, paksa mereka. Jangan terlalu lembut hati
*Usah terlalu kasihankan anak*
*Jangan terlalu memanjakan anak*
*Ajar mereka erti susah payah sejak kecil*
*Ajar mereka tentang kerja rumah*
*Ajar mereka erti kehidupan*
*Pupuk kesedaran dalam diri mereka*
*Ajar anak perempuan kerja-kerja mengemas, memasak, mencuci rumah dan segala macam kerja rumah.*
*Didik anak perempuan mengenai kebersihan, terutama kebersihan diri.*
*Anak lelaki kena biasakan mereka untuk ringan tulang.*
*Ajar juga anak lelaki untuk membuat kerja-kerja seperti bertukang, betulkan paip air, siram pokok dan macam-macam lagi.*
Kalau boleh, ajar juga perkara yang anak perempuan buat seperti memasak. Tak ada salah, malah nanti akan jadi satu bonus sebagai seorang lelaki dewasa
Anak kita, acuan kita. Ajari dan didik mereka dengan kasih sayang tapi perlu tegas dan pastikan mereka ikut arahan
*Biar dididik sebagai hamba, jangan bila dah besar jadi raja. Dan paling ditakuti, bertukar menjadi anak derhaka, yang dimurkai oleh Allah S.W.T*
Kredit:
https://kifarahmedia.com/didiklah-anak-sebagai-hamba-dari-sekarang-supaya-kelak-tidak-menjadi-tuan/
Di-olah mengikut kesesuaian yang dirasakan oleh penulis. Sekadar berkongsi
Didik anak menjadi HAMBA baik, agar kelak tidaklah kita berTUANkan mereka untuk dimanfaatkan semua.
Happy Parenting.
Cheers
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mrspip.com/2019/11/cara-didik-anak-menjadi-hamba-baik.html