Didi Friends The Movie Pengembaraan Muzikal Orkestra Yang Menghiburkan
DIDI & FRIENDS THE MOVIE PENGEMBARAAN MUZIKAL ORKESTRA YANG MENGHIBURKAN | Assalammualaikum semua! Wahhh tak sangka ye Didi & Friends dah ada filem. Berita gembira ini tersebar meluas apabila poster Didi & Friends The Movie mula dikongsikan di media sosial.
Pada 15 Feb 2023 bertempat di GSC Starling Mall, Ruby dan anak-anak hadir ke Gala Premiere filem Didi & Friends the Movie. Acara di karpet sangat meriah dengan pelbagai aktiviti.
DIDI & FRIENDS THE MOVIE PENGEMBARAAN MUZIKAL ORKESTRA YANG MENGHIBURKAN
Tajuk : Didi & Friends The MovieGenre : Flem Musikal 3D Animasi PengembaraanPengarah : Akmal Aziz Asmawi | Roshfaizal AriffinPenerbit : Raja Jastina Raja Arshad | Hairul SofianTerbitan : Warnakala Studios | Astro Shaw | Digital Durian | MDeCSyarikat Penerbitan : Warnakala Studios | Astro Shaw | Digital Durian | MDeCBahasa : Bahasa MelayuDurasi Filem : 104 minitKlasifikasi: UmumTarikh Tayangan di Pawagam : 23 Februari 2023Barisan Pelakon Suara:Nur Insyeerah sebagai DidiAdilia Myra sebagai NanaAdam Muqri sebagai JojoDato’ Awie sebagai Tok ChipW.A.R.I.S sebagai TorraAmelia Henderson sebagai Kapten ZeeRuminah Sidek sebagai Nek KuraKhairul Ammar Jamal sebagai Pak AtanAkmal Aziz Asmawi sebagai Pak BeruangTrailer:
SINOPSIS DIDI & FRIENDS THE MOVIE
Didi, Nana dan Jojo adalah tiga sekawan rapat dari Pekan Horey yang aman damai. Semua penduduk pekan mengenali mereka yang sukar dipisahkan dan sentiasa bersama
Tahun ini, Pak Atan dan orang-orang besar pekan bersetuju melantik mereka bertiga untuk mengendalikan Konsert Hora Horey. Didi sangat teruja dan menjalankan tugasnya sebagai ketua dengan serius. Semuanya berjalan lancar, hinggalah pada suatu hari Didi melakukan kesilapan besar dan menyebabkan Pak Atan dan Pak Beruang perlu mengembara ke Pulau Legenda di Muzika untuk membetulkan keadaan.
Akan tetapi Didi dapat tahu bahawa Pak Atan dan Pak Beruang dalam bahaya kerana ada lanun langit misteri bernama Torra yang sedang menjejaki mereka untuk mendapatkan peta ke Pulau Legenda. Didi nekad untuk ke Muzika demi memberi amaran kepada mereka. Nana dan Jojo turut serta.
Bagaimanakah Didi, Nana dan Jojo akan menemui Pak Atan, Pak Beruang dan Pulau Legenda? Apakah ujian yang bakal menimpa persahabatan mereka? Dan yang paling penting sekali, mampukah mereka menghadapi Torra si lanun bengis itu
KASIH SAYANG DALAM PERSAHABATAN DAN KEJIRANAN
Animasi popular negara, Didi & Friends terus melangkah jauh mengukuhkan jenamanya sebagai animasi terbaik tempatan yang mempersembahkan nyanyian lagu kanak-kanak menghiburkan, menerusi filem terbaru Didi & Friends The Movie yang akan menemui penonton di seluruh pawagam tanah air bermula 23 Februari ini.
Dengan durasi filem 104 minit, penonton bukan hanya dihidangkan dengan lagu-lagu menarik, namun buat julung kali animasi ini menampilkan pengembaraan aksi penuh hiburan dengan watak utamanya, Didi, Nana dan Jojo
Didi & Friends The Movie merupakan filem pertama terbitan Astro Shaw, Warnakala Studios dan Digital Durian dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)
Kisah Didi & Friends The Movie bermula apabila keterujaan Didi bertukar menjadi kekecewaan apabila Pak Atan melarangnya mengikuti pengembaraannya dan meminta Didi tinggal di Pekan Horey bersama rakan-rakannya yang lain.
Pak Atan & Pak Beruang perlu ke Dunia Muzika untuk mencari penawar ajaib bagi mengubati Pak Beruang yang tiba-tiba sakit. Didi berdegil dan akhirnya mengambil keputusan untuk pergi ke Dunia Muzika seorang diri.
Namun, Nana dan Jojo mempersoalkan keputusan Didi untuk pergi sendiri dan kemudian mereka juga menyertainya. Berbagai cabaran menanti mereka di dalam dunia Muzika, termasuk bahaya besar berdepan dengan lanun langit yang menakutkan bernama Torra
FILEM ANIMASI PERTAMA DIDI & FRIENDS DENGAN KUALITI HEBAT DAN MEMBANGGAKAN
Siri animasi popular negara, Didi & Friends terus melangkah jauh mengukuhkan jenamanya sebagai animasi terbaik tempatan yang mempersembahkan nyanyian lagu kanak-kanak menghiburkan.
Filem Didi & Friends The Movie akan menemui penonton di seluruh pawagam tanah air bermula 23 Februari ini. Berdurasi filem 104 minit iaitu 1 jam 44 minit, penonton bukan hanya dihidangkan dengan lagu-lagu menarik, namun buat julung kali animasi ini menampilkan pengembaraan aksi penuh hiburan dengan watak utamanya, Didi, Nana dan Jojo
Lebih menarik, filem terbitan Astro Shaw, Warnakala Studios dan Digital Durian dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) ini turut memperkenalkan watak-watak baru seperti Torra, Nek Kura, Kapten Zee, Tok Chip.
Dato’ Awie sebagai Tok Chip
W.A.R.I.S sebagai Torra
Amelia Henderson sebagai Kapten Zee
Ruminah Sidek sebagai Nek Kura
Bintang terkenal tanah air yang telah menyumbangkan suara bagi mengerakkan watak tersebut adalah Dato’ Awie (Tok Chip), Amelia Henderson (Kapten Zee), Ruminah Sidek (Nek Kura) dan Waris (Torra). Penyanyi popular, Hael Husaini turut membuat penampilan istimewa yang mempertaruhkan suaranya untuk watak Pak Beruang dan menyanyikan lagu tema utama filem bertajuk ‘Luar Biasa’. Dimuatkan juga lagu ‘Kembali Bersama’ yang dinyanyikan oleh kumpulan Modescape dan digubah oleh Shah, anggota kumpulan tersebut.
Selain itu, watak baru yang lain juga dilihat dalam filem ini adalah Geng Torra - Sumbu, Spy-Ken, Geng Pangobots; Kesatria-Z – Ondok, Mitus, Galang, Zee, Hip, Tong, Blink dan Pod; Penduduk Muzika – Rakyat Muzika Lama, Orang Asal Manet, Rakyat Muzika Baharu. Uniknya, kesemua watak ini direka dalam bentuk haiwan terancam di Malaysia seperti harimau belang, cipan, enggang, badak sumbu dan banyak lagi.
MUZIK DIIRINGI OLEH MALAYSIAN PHILHARMONIC ORCHESTRA DAN DEWAN FILHARMONIK PETRONAS
Menyentuh mengenai kualiti filem, penonton dapat menikmati hasil produksi dan visual filem yang mengagumkan. Kesemua 11 buah lagu baru yang dihidangkan juga mampu membuat penonton menyanyi bersama (‘sing along’).
Istimewanya, lagu-lagu itu diiringi Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) dan Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) dengan diketuai oleh muzik direktor yang sama dengan OlaBola The Musical dan Puteri Gunung Ledang The Musical, iaitu Saiful Ridzuan Sharafuddin atau lebih dikenali sebagai Duan.
Jalan ceritanya pula lengkap dengan elemen mendebarkan, gembira, lucu, sedih dan mengejutkan. Justeru, filem ini bukan hanya sesuai untuk tontonan kanak-kanak tetapi pasti memikat semua lapisan umur dan latar.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Warnakala Studios, Hairul Sofian, “Didi & Friends The Movie adalah sebuah filem unik dengan penceritaan penuh teladan serta cabaran aksi pengembaraan di luar Pekan Horey yang sesuai ditonton oleh pelbagai lapisan masyarakat dan umur.
Filem ini amat berbeza sekali dengan siri televisyen yang pernah diterbitkan dari sudut ‘texturing’, ‘rigging’, ‘modelling’, animasi, warna tema dan lain-lain lagi. Selain unsur teknikal, Didi & Friends The Movie juga menampilkan lagu-lagu baharu yang dikarang oleh pengarah muzik terkenal, diiringi pula oleh pemuzik Malaysia Philharmonic Orchestra (MPO), menjadikan lagu-lagu segar dan mudah dinikmati.
Filem ini tidak ketinggalan dalam mengangkat hidupan liar yang hampir pupus di Malaysia dan memasyhurkan alat muzik tradisional sebagai tanda sokongan kami dalam pelestarian hidupan liar dan seni budaya. Kami harap filem ini mampu mencipta fenomena tersendiri dan diterima baik oleh penonton.”
Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara , Raja Jastina Raja Arshad berasa amat teruja filem Didi & Friends The Movie akan menemui penonton tidak lama lagi. “Astro membesar bersama dalam menyaksikan revolusi jenama Didi & Friends dari awal kemunculan sehingga menjadi sebuah animasi terkenal di Malaysia.
Apabila animasi ini bakal diterbitkan dalam versi filem, Astro Shaw rasa berbesar hati diberi peluang untuk terlibat sebagai penerbit, berkongsi idea dari sudut pembikinan, pemasaran dan pengedaran. Filem Didi & Friends The Movie membuktikan kemampuan industri animasi negara mampu bersaing setanding dengan luar negara.
Di samping itu, filem ini juga berjaya memperlihatkan jenama Didi & Friends bukan sekadar hiburan untuk golongan umur tertentu sahaja, tetapi ia boleh dinikmati seisi keluarga dan semua latar.
Kami yakin, Didi & Friends The Movie bakal membuat penonton dewasa juga akan menjadikan filem ini sebahagian daripada koleksi filem animasi kesukaan mereka dengan adegan-adegan mencuit hati. Kami mengharapkan karya ini dapat menjadi penanda aras buat animasi animasi tempatan untuk terus menghasilkan karya luar biasa.”
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Digital Durian, Sinan Ismail, "Sejak bermulanya Didi & Friends pada tahun 2012, memang menjadi impian kami di Digital Durian untuk menghasilkan Didi & Friends The Movie.
Dari lagu kanak-kanak di YouTube, ke cerita berepisod di Astro Ceria, kemudian Konsert Hora Horey Live yang ‘sold out’, dan kini akhirnya - Didi & Friends The Movie. Ini hadiah daripada kami untuk jutaan peminat Didi & Friends yang menyokong kami sejak 11 tahun yang lepas."
JELAJAH DIDI & FRIENDS THE MOVIE
Selain itu, temui maskot Didi & Friends serta sertai aktiviti menarik menerusi siri jelajah Didi & Friends The Movie pada 24, 25, 26 Februari di pawagam terpilih Utara dan Selatan, 3, 4, 5 Mac di negeri Pantai Timur dan Lembah Klang, serta sekali lagi di Lembah Klang pada 10, 11, 12 Mac. Untuk butiran lanjut boleh rujuk di akaun media sosial Astro Shaw, Astro Gempak mahupun Didi & Friends
TIKET MULA DIJUAL SEJAK 15 FEBRUARI 2023Istimewa buat peminat, tiket filem Didi & Friends The Movie boleh mula dibeli pada 15 Februari 2023 di 155 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei bagi tayangan rasminya pada 23 Februari kelak
Bersempena cuti sekolah ini, pihak pawagam-pawagam turut memberi sokongan dengan mengadakan kempen dan aktiviti menarik untuk seisi keluarga. Dapatkan tiket dan saksikan filem animasi genre animasi, pengembaraan, muzikal ini sekarang
KAMI RINDU DIDI & FRIENDS
Sepanjang membesarkan anak-anak, Didi & Friends adalah animasi yang sering kami tonton bersama. Buka televisyen dan terus tengok di Astro. Berulangkali dimainkan pun tidak mengapa. Sebab Ruby tahu apa yang anak-anak tonton
Kini, mereka pun dah besar. Adam dah 9 tahun, Alif sudah 7 tahun. Apabila jumpa maskot Didi & Friends mereka malu-malu pula. Ibu teruja nak snap gambar mereka. Mungkin dah besar kan?
Beberapa hari sebelum ke Tayangan Perdana, Ruby ingat tak dapat sambutan lah bila nak ajak anak-anak tengok Didi & Friends the Movie sebab anak dah besar. Tapi sangkaan Ruby meleset, bila Ruby cakap nak tengok filem Didi & Friends the Movie, mereka teruja keseronokan nak tengok. Mereka dah tahu trailer, errr ibu pun belum tengok trailer.
Mereka berdua siap cakap Didi Berbulu ibu. Nampak bulu kat bawah topi Didi. Comel sangat. Mereka pergi Alam Muzika cari ubat untuk Pak Beruang. Ehhhh dalam diam-diam dah tau filem ni. Hahaha
Semasa menonton, kami tidak kering gusi ketawa. Anak-anak dah mula memahami situasi, keadaan kelakar, transisi animasi cantik pun mereka tahu. Anak dah besar sikit ni lain ye rasa bila menonton filem. Kami boleh ketawa sesama dan boleh ingat dialog.
Dialog Dato' Awie "Ini semua POYO!" itu paling mereka ingat. Nek Kura masak dari pagi untuk lauk dinner tu kelakar. Hahaha. Kemudian lagu yang Kapten Zee nyanyi tu. Na Na Na Na tu boleh mereka hafal. Baru sekali tengok. Hebat betul penangan filem animasi Didi & Friends the Movie.
Kami akan ulang menonton filem ini pada 23 Februari 2023 nanti. Kali ini kami nak tonton di GSC Melawati Mall. Sebab anak-anak nak ayah dia tonton. Mereka taknak bercerita dengan ayah, suruh tonton sendiri. Adoilah anak dah besar ni. Lain macam betul. Hahaha.
Kami bagi 10/10 bintang untuk filem Didi & Friends the Movie. Sebab semua transisi, animasi, vokalis, jalan cerita best. Lengkap semua perasan bercampur baur. Tahniah Warnakala Studios, Digital Durian dan Astro Shaw.
Kalau Buat Sama-Sama, Benda Yang Biasa Akan Jadi Luar Biasa.
Jom tonton Didi & Friends The Movie bersama seisi keluarga sepanjang cuti sekolah ini! Ayuh sokong filem animasi tempatan. Kalau bukan kita, siapa lagi
Gunakan #DidiAndFriends #DidiAndFriendsTheMovie #DidiBerbulu bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini. Okay
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ruby.my/2023/02/didi-and-friends-the-movie.html