Didakwa Hijrah Ikut Ikutan Nabil Tak Gusar



BENAR kata orang, hidayah Allah boleh kunjung tiba pada bila-bila masa dan hinggap ke mana-mana hati tatkala sudah tiba masanya.
Itu yang dilalui pengacara dan pelawak Nabil Ahmad setelah memilih untuk berhijrah ke arah kebaikan dan mendekatkan diri dengan agama.
Mungkin ramai yang mengatakan perubahan yang berlaku ke atas dirinya terlalu drastik. Tidak kurang juga yang melabelkan Nabil berbuat demikian hanya untuk mengikut jejak orang lain dan bersifat sementara.
Bagi Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 38, dia tidak kisah dengan mulut-mulut yang berkata sedemikian asalkan dia tahu apa yang sedang dikerjakan.
“Saya sendiri pun tidak sangka sebenarnya. Apa yang boleh dikatakan, saya lebih tenang dengan apa jua yang saya lakukan ketika ini.
“Saya buat untuk diri sendiri sahaja. Terpulang kepada mana-mana pihak untuk terima atau sebaliknya. Hidayah Allah milik semua,” tuturnya membuka bicara bersama HibGlam.
Jelas Nabil, penghijrahan yang berlaku ke atas dirinya kini diterima baik keluarga, isteri, rakan-rakan terdekat dan beberapa pihak yang terlibat dengan kerjaya serta perniagaannya.
Menurutnya lagi, segala ilmu yang ditimba dan dipelajari sewaktu menyertai jemaah tabligh membuatkan dirinya lebih menghargai dan bersyukur dengan segala nikmat kurniaan Tuhan.
“Apabila Allah berkehendak, semua perkara akan jadi. Tak kisahlah siapa pun kita di mata-Nya.
“Jujur, nak istiqamah dalam melakukan kebaikan memang susah. Kena minta tolong dan sentiasa mendampingi orang yang baik-baik dan boleh membawa kita ke jalan kebaikan,” katanya.
Nabil menyatakan, perubahan dan penghijrahan yang berlaku pada dirinya kini merupakan asbab untuknya terus mencari keredaan Allah.
Gerak hati

Bercerita lanjut, Nabil yang mula mencipta nama selepas dinobatkan juara Raja Lawak musim kedua itu memberitahu, perubahan yang berlaku atas kehendak sendiri tanpa paksaan mana-mana pihak.
“Saya sendiri tergerak hati mahu memperbaiki dan mendisplinkan diri. Niat saya hanya satu, mahu mendalami ilmu agama sebanyak yang mungkin.
“Kadangkala saya sendiri pun terfikir kenapa baharu sekarang dan pada usia begini saya nekad untuk berubah dan mendekatkan diri dengan agama. Kenapa tidak dahulu lagi,” ujarnya.
Bagaimanapun kata Nabil, dia juga manusia biasa yang perlu mencari keseimbangan hidup di dunia dan akhirat di luar skop hiburan.
Tambah anak jati kelahiran Mambau, Negeri Sembilan itu, dia masih berada dalam fasa memperbaiki dan mendisplinkan diri agar hati terus teguh istiqamah dengan apa yang dilakukannnya.
“Alhamdulillah, isteri saya, Zira Ayub juga kini sudah bertudung. Anak-anak dan keluarga juga banyak berubah ke arah kebaikan.
“Jujur saya katakan, sebelum ini saya gagal jadi suami yang terbaik. Cara yang saya gunakan untuk mendidik isteri dan anak-anak silap,” katanya.

TEKAD bapa kepada tiga cahaya mata itu, dia bersyukur dengan perubahan yang berlaku dalam hidupnya dan berharap terus istiqamah memenuhi tuntutan sebagai hamba Yang Maha Esa.
Populariti hilang
Ditebak, tidakkah dia bimbang perubahan dan penghijrahan yang dilakukan dilihat sekadar hangat-hangat tahi ayam oleh khalayak, Nabil tiada gusar. Dia hanya manusia biasa dan enggan peduli apa yang bakal diperkatakan orang terhadap dirinya.
“Saya ada keluarga, kawan-kawan dan orang sekeliling yang akan menegur ke arah kebaikan dan memperbetulkan saya sekiranya melakukan kesalahan.
“Dalam apa juga yang dilakukan sebenarnya tiada percaturan. Saya cuma ingin berubah dan memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.
“Justeru, tegurlah jika saya tersilap langkah. Saya hanya manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan,” ujarnya.
Ditanya pula, adakah perubahan yang dilakukan memberi bayangan bahawa dia mahu mengangkat bendera putih daripada terus menjadi penghibur dan anak seni, Nabil lantas menafikan.
Dia tetap akan menjadi diri sendiri kendatipun sudah berhijrah. Dia juga langsung tidak risau jika populariti yang diraihnya selama ini lenyap.
“Saya akan terus berkarya dan berkongsi bakat selagi diterima. Pada masa sama, saya mahu mencari reda Allah.
“Masakan saya mahu berhenti begitu saja. Lagipun pada saya, bidang hiburan juga merupakan antara platform dan medan terbaik untuk menyalur dan berkongsi ilmu berkaitan agama.
“Tiada apa yang saya mahukan. Cukup hidup diberkati dan memiliki masa depan yang cerah sebagai manusia beragama Islam. Insya-Allah,” katanya.
Sebelum menoktahkan bicara, Nabil juga mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa Ramadan yang penuh barakah ini buat seluruh umat Islam.
NABIL BERUBAH ANGIN – KERAP SEBUT MASYA-ALLAH & SIMPAN JANGGUT

The post Didakwa hijrah ikut-ikutan, Nabil tak gusar appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/04/13/didakwa-hijrah-ikut-ikutan-nabil-tak-gusar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ikut Suka Hati Dan Kepala Otak Sendiri Boleh Tapi

Ikut Suka Hati Dan Kepala Otak Sendiri Boleh Tapi

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 204 hits
IKUT SUKA HATI DAN KEPALA OTAK SENDIRI BOLEH TAPI Assalammualaikum wbt Kita hidup di dunia ni dah tak lama pun Seronok potong kek sedangkan ajal semakin mendekat Seronok berjalan jalan sedangkan daun yang terukir nama kita menanti masa nak ...
Anak 2 Tahun Kurang 50 Perkataan Dikira Delay Catat Bandingkan Perkataan Anak Ikut Carta Perkembangan

Anak 2 Tahun Kurang 50 Perkataan Dikira Delay Catat Bandingkan Perkataan Anak Ikut Carta Perkembangan

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 370 hits
Speech delay adalah gangguan komunikasi yang menyebabkan seorang anak mengalami masalah untuk berkomunikasi Hal tersebut terjadi jika anak anda tidak dapat memenuhi tonggak perkembangan bahasa untuk usia mereka dengan kata lain anak anda mu...
Selepas Sertai Ppbm Adun Sebatik Dakwa 5 000 Ahli Warisan Ikut Jejak

Selepas Sertai Ppbm Adun Sebatik Dakwa 5 000 Ahli Warisan Ikut Jejak

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 227 hits
KOTA KINABALU Selepas menyertai PPBM malam tadi ADUN Sebatik Hassan A Gani Pg Amir mendakwa 5 000 lagi ahli Warisan di kawasannya akan mengikut jejak beliau Katanya jumlah itu adalah daripada 98 cawangan di DUN Sebatik dengan mereka itu dik...
Umno Boleh Kerjasama Tapi Ikut Konsep Kita Kata Hadi

Umno Boleh Kerjasama Tapi Ikut Konsep Kita Kata Hadi

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 343 hits
puteradaily comHARAPAN untuk menyelamatkan Muafakat Nasional masih ada jika UMNO bersetuju dengan konsep kerjasama yang berasaskan untuk menyatukan dan bukannya memecah belah ummah Bercakap kepada pemberita di Marang Presiden Pas Datuk Seri...
Hiburan Cuma Time Ambil Gambar Makan Dikecam Tak Ikut Sop Instafamous Jelaskan Hal Sebenar

Hiburan Cuma Time Ambil Gambar Makan Dikecam Tak Ikut Sop Instafamous Jelaskan Hal Sebenar

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 458 hits
Apabila bergelar selebriti media sosial segala tindak tanduk sentiasa menjadi perhatian orang ramai Sebagai seorang influencer mereka harus menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada para pengikut Terbaru Azfar Heri menerima kritikan sele...
Peja Bakal Kembali Jadi Mb Perak Saya Ikut Skrip Allah Sepenuhnya Kata Saarani

Peja Bakal Kembali Jadi Mb Perak Saya Ikut Skrip Allah Sepenuhnya Kata Saarani

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 182 hits
April 9 2021 Ini kuasa Allah SWT Saya ikut skrip Allah sepenuhnya Demikian ujar Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad berhubung kenyataan Ahmad Faizal Azumu yang membayangkan akan kembali menjadi pemimpin nombor satu negeri ini Saarani menjel...
Bkpm Ikut Arahan Presiden Soal Pembentukan Kementerian Investasi

Bkpm Ikut Arahan Presiden Soal Pembentukan Kementerian Investasi

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 197 hits
Badan Koordinasi Penanaman Modal siap mengikuti arahan Presiden Joko Widodo soal dibentuknya Kementerian Investasi Jubir BKPM Tina Talisa belum mau berbicara lebih jauh apakah BKPM akan dilebur menjadi di Kementerian Investasi tersebut
Covid 19 Bazar Ramadan Di Kedah Dibuka Ikut Ketetapan Sop

Covid 19 Bazar Ramadan Di Kedah Dibuka Ikut Ketetapan Sop

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 264 hits
Kebenaran untuk Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri kembali beroperasi tahun ini selepas kali terakhir pengoperasiannya pada 2019 memberi makna besar kepada pelbagai pihak terutamanya golongan peniaga di Stadium Darul Aman Alor Setar Tinjaua...
Jemaah Di Makkah Lakukan Ibadah Buka Puasa Ikut Protokol Ketat

Jemaah Di Makkah Lakukan Ibadah Buka Puasa Ikut Protokol Ketat

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 284 hits
KONGSI ARTIKEL MAKKAH Orang ramai tetap dijamu jamuan berbuka di Masjidil Haram Makkah Arab Saudi meskipun protokol kesihatan yang ketat dilaksanakan Ini termasuk pemberian makanan siap dibungkus dan mewajibkan para jemaah menaiki bas da
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa