Diciptaku Untuk Mencintaimu 15 Vokalis Qasidah


 




Assalamualaikukum dan selamat pagi kepada semua sahabat-sahabat blogger. Naim harap semua baik-baik belaka bersama keluarga tercinta tatkala hari minggu ini. Jangan di lupa untuk berselawat kepada Nabi Muhammad kerana banyak kelebihan berselawat sebagai contohnya Allah mempermudahkan urusan harian kita. InshaAllah.
Alhamduillah, pagi ini Naim hendak share satu qasidah (nasyid) karangan Ustaz Neezam Al Banjari dan nyanyikan sebanyak 15 orang yang terdiri daripada para ustaz-ustaz dan pelajar. Mereka terdiri daripada  iaitu :-
1. Ustaz Neezam Al Banjari 
2. Ustaz Suhaizi Al Madadi 
3. Ustaz Hafiz Hashim
4. Ustaz Zikri Ghazali
5. Ustaz Omar Faruq
6. Munir Azlin (Syabab El-Mustofawiyah)
7. Gus Husaini
8. Ustas Faiz Abd Rahman
9. Suhaim Manshor 
10. Nasih & Fitri
11. Luthfiy Al Maahadiy
12. Arif (Nadil Wasithiyyah)
13. Faiz Zaidan (IZHAN)
14. Umar Razeeq (Shoutus Shatibi)
15. Abg Deen As Salam (Pemuzik jemputan)
Yang masih tidak tahu apa itu Qasidah ini, Qasidah adalah syair yang di nyanyikan  seperti lagu nasyid juga. Qasidah ini banyak memuji kepada Baginda Nabi Muhammad di selang seli dengan berselawat kepada Nabi Muhammad. Sambil kita mendengar qasidah yang pasti lisan (lidah) kita tak akan putus berselawat kepada Nabi Muhammad. Sekali kita berselawat, Allah akan membalas sebanyak 10 kali . Bayangkan jika sehari kita sudah 100 kali berselawat. Banyakkan ganjaran Allah  kepada kita semua umat Nabi Muhammad S.A.W

Tanpa melengahkan masa sahabat-sahabat semua. Naim akan share lirik dahulu baru video . Sambil membaca lirik boleh kita semua tonton video sambil berselawat kepada Nabi Muhammad.  Dengar pun boleh pahala jua pun dapat. Tambahan pula kita masih berada di bulan Rabiuawwal , bulan kelahiran Baginda Nabi Muhammad. Semoga di akhirat kelak kita akan mendapat syafaat dari Nabi Muhammad

LIRIK
Cintaku sebelum saksi,jadikan iman meninggi,Yakinku sebelum mimpi,Adanya dikau Nabi,
Cinta sesudah menyaksi,Jadikan rindu meninggi,Dahagakan kasih Nabi,Bekalku selepas mati,
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلىٰ الَّذِي، لَوْلَاهُ مَا كَانَ الْأَنَام،ياَ أَكْرَمَ الرُّسُلِ الْكِرَامِ،أَرْجُوْ الزِّيَارَة كُلَّ عَام،
Hanya Allah yang Menyaksi,Nama terpahat di hati,Alhamdulillah ku memuji,Dikurnia namamu Nabi,
Namamu terus menyinar,Hatiku menggeletar,Saat namamu didengar,Air mata terus memancar,
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلىٰ الَّذِي، لَوْلَاهُ مَا كَانَ الْأَنَام،ياَ أَكْرَمَ الرُّسُلِ الْكِرَامِ،أَرْجُوْ الزِّيَارَة كُلَّ عَام،
يا رَسُولَ الله.........  يا حَبِيْبَ الله.........
Diciptakanku untuk mencintaimu.....

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلىٰ الَّذِي، لَوْلَاهُ مَا كَانَ الْأَنَام،ياَ أَكْرَمَ الرُّسُلِ الْكِرَامِ،أَرْجُوْ الزِّيَارَة كُلَّ عَام،
VIDEO 


Bagaimana sahabat-sahabat semua, sedap tak mendengar Qasidah ini. Naim harap semua lepas ini akan menyukai Qasidah perihal Nabi Muhammad. Gabungan 15 orang ini mempunyai pelbagai tone suara. Secara peribadi Naim suka part Munir Azlin  pada minit 3:31, suara beliau terbaik kerana Naim biasa dengar live satu majlis ilmu pada 3 4 tahun lepas. Semoga Allah memberi kebaikan kepada mereka semua di dalam memuji Baginda Nabi Muhammad

Akhir sekali,  kepada semua sahabat-sahabat  Naim harap bingkis kecil entri ini membuat kita semua berselawat kepada Nabi Muhammad. Kepada yang Non-Muslim yang membaca,  untuk makluman anda, Nabi Muhammad ini insan yang mulia bagi kami orang Islam. Kerana beliau  di anggap sebagai hero dan idola setiap orang Islam. Penghinaan kepada Nabi Muhammad di Perancis baru-baru ini sangat menguris hati semua orang Islam amnya. Islam sendiri tidak mengajar untuk menghina agama lain dan anda semua bebas mengamal agama anda seperti mana termaktub di dalam perlembagaan negara Malaysia sebagai contohnya

Wallahualam


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pemudattbc.blogspot.com/2020/11/diciptaku-untuk-mencintaimu-15-vokalis.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+KeArahMencariRedhanya+(Ke+Arah+mencari+redhaNYA)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Warung D Bamboo Ban Pecah Kuala Kurau Perak

Immigration Busts Syndicate Forging Marriage Documents

Cute Crunchy Creamy My Honest Thoughts On Cream O Strawberry

Sustainable And Stylish The New Standard For Women S Medical Scrubs

Rain Lily Scarlet O Hara

Maszlee Malik Dan Noor Amin Ahmad Dakwa Rafizi Menipu

Johari Ghani Youths No Longer Care About Party S Legacy Umno Must Focus On Credibility Climate And Reform To Woo Them

Template Blogger Responsive Seo Friendly


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dr888 12 December Dr888 Top 73 By Sofia

Pananthai 9 Pananthai Top 87 By Patrice

Monday Morning

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Makan Malam Di Richiamo Coffee Pajam Nilai

Mak Ajar Resipi Mi Udang Penang Mudah Sedap Tak Terkata