Diberhentikan Kerja Tapi Bangkit Semula Buat Jualan Rm1 7 Juta Sebulan
Dunia perniagaan penuh dengan jatuh bangun. 9 dari 10 punca rezeki adalah melalui perniagaan namun bukan semua orang boleh berjaya dalam perniagaan ya. Nak berniaga ni kita perlulah penuhkan ilmu di dada dulu dan bertindak pantas. Siapa yang lambat dia yang rugi.
Pernah tak terlintas dalam fikiran korang untuk buat jualan hingga mencapai jualan jutaan ringgit? Bunyi macam mustahil kan? Tapi tidak pada wanita ini! Siapa sangka selepas beliau diberhentikan kerja beliau dapat buat jualan hingga mencapai RM1.7 juta sebulan. Memang kakak tabik!
Kisah Kejayaan Puan Eina Buat Jualan RM1.7 Juta Sebulan Hanya Jual Produk Orang Lain
Orang kata, ni orang kata la ya… Nak jadi jutawan kena jadi founder produk. Tapi sebenarnya bukan mudah ya nak jadi founder produk ni. Kakak sendiri pernah keluarkan produk tapi macam-macam la dugaan yang perlu kakak hadapi. Banyak sebenarnya yang pahit dari yang manis jadi founder produk ni.
Kali ni kakak nak kongsikan kepada korang semua satu kisah kejayaan seorang ibu ini yang berjaya buat jualan RM1.7 juta sebulan tanpa perlu jadi founder produk dan hanya jual produk orang lain. Semoga kisah ni boleh dijadikan sebagai inspirasi untuk korang yang minat nak mula berniaga.
Puan Eina Aziz, 45, merupakan bekas Pereka Grafik yang satu ketika dulu pernah terduduk apabila bos bagi pilihan untuk ambil VSS. Siapa yang tak tahu, VSS tu adalah singkatan dari Voluntary Separation Scheme yang bermaksud diberhentikan kerja secara sukarela.
Memang terduduk beb time tengah selesa tiap-tiap bulan ada gaji tiba-tiba ditawarkan VSS. Mana nak cari duit nak bayar komitmen tiap-tiap bulan? Memang ada pampasan tapi berapa la sangat pampasan tu. Macam kes Puan Eina ni, memang teduduk gak la dia sebab dia ada banyak komitmen yang perlu dibayar setiap bulan. Tambahan pula suaminya juga bekerja sendiri.
Untuk pengetahuan korang, Anak sulung daripada 6 beradik ini memikul tanggungjawab besar untuk menjaga kebajikan mak yang tersayang. Selain itu, ibu kepada 4 orang anak yang semakin meningkat dewasa ini turut menyimpan impian untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada mereka.
Tapi siapa yang sangka kan? Keputusan Puan Eina untuk buat bisnes dengan Eskayvie selepas diberhentikan kerja adalah satu keputusan yang tepat. Dengan tanpa modal, beliau boleh buat duit RM1.7 juta sebulan! Tuah ayam nampak dikaki. Tuah kita? Ha.. Jawab la sendiri.
“Pada mulanya saya nak jadi founder produk sebab kata orang, senang nak jadi jutawan. Tapi, selepas buat kajian lebih mendalam. Susah sebenarnya nak jadi founder. Kena ada ilmu pemasaran dan jualan, modal kena besar selain perlu ada kedai dan gajikan pekerja. Sedangkan saya ni tak ada pengalaman langsung,”
“Paling best, nak sertai Eskayvie Nexus pula tak perlukan modal yang besar. HQ sediakan banyak latihan pemasaran dan jualan bagi membantu orang yang tak ada pengalaman macam saya ni untuk mulakan langkah dan berjaya dalam bisnes ni. Sekarang ni lebih mudah sebab semua HQ yang buat. Saya tak perlu simpan stok dan tak perlu bersusah payah keluar hantar barang kepada pelanggan. Semuanya di hujung jari saja sambil duduk rumah pantau PDPR anak tanpa perlu saya bergerak ke mana-mana,” kata Puan Eina yang kini menjalankan bisnes Eskayvie Nexus bersama suami yang sentiasa menyokong usahanya.
Puan Eina ni tertarik sertai Eskayvie sebab produknya yang berkualiti. Ia diformulasikan oleh Dr Syid Ayob, seorang doktor perubatan yang memastikan setiap bahan dan sukatan yang digunakan adalah bersesuaian mengikut keperluan individu. Setiap produk yang dihasilkan akan melalui penyelidikan dan pembangunan yang menyeluruh demi memastikan ia memberi manfaat terbaik kepada pengguna.
Banyak Impian Yang Tercapai Setelah Sertai Eskayvie
Banyak impian Puan Eina ini yang sudah tercapai sejak sertai Eskayvie. Bukan saja bebas kewangan dan dapat berikan apa saja kepada anak-anak dan keluarga. Malah beliau juga berpeluang melancong ke luar negara yang tak pernah terfikir pun boleh sampai dan semuanya ini ditanggung oleh Eskayvie.
“Kini, impian saya nak hantar anak sambung belajar di universiti yang terbaik dah tercapai. 2 anak saya dapat sambung belajar di universiti luar negara dan tempatan. Semua tu perlukan duit tapi saya dah tak perlu risau sebab bonus Eskayvie je cecah 5 angka. Saya juga bersyukur sangat sampai sekarang tak pernah ‘miss’ bagi duit belanja kepada emak setiap bulan. Seronok sangat!”
“Sokongan padu daripada HQ telah membawa saya mencapai banyak impian. Kelebihan sistem Eskayvie Nexus yang telus ini memberikan keuntungan sehingga 40% melalui Komisyen, Bonus dan Reward. Ia sangat membantu setiap usahawan mencapai pendapatan impian sehingga 6 angka. Semuanya boleh dibuat dari hujung jari saja guna telefon pintar atau laptop. Bisnes boleh berjalan lancar di mana saja anda berada asalkan ada data internet. Inilah yang saya cari. Saya sangat sarankan mereka yang hilang pekerjaan dan sedang tercari-cari peluang pendapatan untuk sertai Eskayvie Nexus ini,” Kata Puan Eina.
Inovasi Terkini Daripada Cendawan Susu Harimau
Baru-baru ni, Eskayvie ada keluarkan satu produk inovasi terkini daripada Cendawan Susu Harimau iaitu Eskayvie Diffenz yang jadi rebutan pengguna dan telah terjual lebih 500,000 botol.
Kajian mendapati Cendawan Susu Harimau ini sangat bagus untuk menjaga kesihatan paru-paru. Mereka yang ada sistem imun yang lemah dan masalah terhadap kesihatan paru-paru sangat sesuai untuk ambil Diffenz ni. Di musim pandemik ini, kita sendiri tahu bahawa sistem imun dan kesihatan paru-paru sangat perlu ditingkatkan agar tidak mudah dijangkiti virus yang boleh membawa maut.
Puan Eina ni juga ada bekalkan anak-anaknya dengan Diffenz ya sebab nak lindungi mereka yang masih belum layak untuk terima vaksin. Jadi kepada korang yang sayangkan anak-anak tu boleh la dapatkan Diffenz ni sebagai perlindungan mereka.
Selaras dengan visi Memperkasakan Kesihatan dan Ekonomi Ummah, Eskayvie mensasarkan untuk membantu lebih 20,000 wakil pengedar di seluruh Malaysia menjelang Disember 2021 bagi mencapai matlamat bebas kewangan serta bebas masa demi keluarga.
Bagaimana Cara nak Sertai Eskayvie?
Bestkan kalau dapat buat jualan macam Puan Eina ni dan yang paling best adalah setiap impian yang kita idamkan tercapai. Setiap orang pasti ada impian yang ingin dicapai kan? Jadi macam mana kita nak capai impian kita tu? Kita perlulah berusaha untuk capai impian kita tu dan jangan berputus asa dengan setiap halangan dan dugaan yang datang.
Jadi apa usaha kita? Ha… Korang boleh cuba sertai Eskayvie ni. Yang menariknya korang tak perlu keluar modal pun nak sertai. Tak perlu simpan stok dan tak perlu nak uruskan penghantaran kepada pelanggan. Semua tu mereka yang akan uruskan. Tugas korang hanya dapatkan jualan je.
Kepada yang berminat untuk sertai Eskayvie boleh layari https://eskayvienexus.my untuk maklumat lanjut.
Mana tahu rezeki korang ada bersama Eskayvie dan boleh buat jualan RM1.7 Juta macam Puan Eina tadi.
“Kita Ikhtiar untuk kesihatan diri dan bantu ekonomi keluarga”.
KELEBIHAN SEBAGAI USAHAWAN ESKAYVIE NEXUS
1. Tiada Modal
2. Yuran Pengaktifan Rendah
3. Komisen Pengenalan, Komisen Jualan sehingga 40%, Bonus
4. Tidak Perlu Pegang Stok & Penghantaran diuruskan Eskayvie
5. PERCUMA : Latihan Jualan dan Pemasaran secara online dan offline bernilai lebih RM360,000 seorang
6. Bimbingan professional oleh doktor perubatan, dietitian dan nutritionist
7. Insentif kereta, rumah & royalti
8. Sistem yang telus dan adil
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.atiehilmi.com/2021/11/diberhentikan-kerja-tapi-bangkit-semula.html