Diari Rumah Batu Merah Vs Batu Putih
As salam mualaikum,
Jika ada yang friend di FB dengan akak ,mesti ada nampak status akak baru-baru ni tengah siapkan dua rumah kecil.Macam ala-ala studio house je saiznya.
Jadi bila cita-cita tu besar sangat.Angan-angan tu tinggi sangat,tapi budget ciput.Banyak bendalah kena jimat sana sini.Almaklum saving sebelum ni dah habis untuk buat rumah mak.
Bila bina rumah,sekecil mana pun rumah tu pasti bergolok bergadai.Bahan utama bila rumah tu nak kita duduk,pasti kita inginkan bahan premium dan berkualiti.Tetapi jika budget tak mencukupi,sudahnya bahan-bahan tidaklah semua bahan premium.Seada dan semampunya sahaja.
Binaan asas rumah juga terdiri dari batu merah dan batu putih,tidaklah semuanya batu merah.
Bahagian yang irda punya batu merah manakala bahagian untuk disewakan batu putih.Tetapi bahagian irda juga hanya bahagian luar yang terdedah pada cahaya matahari sahaja yang bata merah,di dalam tetap batu putih.hehe..
Bahagian luar dan dalam yang tidak sama jenis dan warna batu
Kenapa gunakan batu merah VS batu putih?
Batu merah yang dibuat dari tanah liat dicampur dengan pasir yang dibakar.,ia lebih berkualiti .Bahan ini lebih mahal berbanding batu putih kerana ketahanannya menahan haba,jadi rumah lebih sejuk.
bahagian dalam lebih banyak digunakan ialah batu putih
harganya lebih mahal,sebab itu banyak pemaju jarang menggunakan batu merah untuk projek perumahan kecuali jika ada pemilik yang direct construction dan bersedia membayar harga yang ditetapkan untuk bahan-bahan premium yang digunakan.
susunan batu merah sebenarnya agak sukar untuk kelihatan lebih kemas.
bagi Irda pula,asalkan rumah itu siap tanpa berhutang mana-mana ok sahaja batu merah atau batu putih,tak kisah pun.Dengan cuaca malaysia ni,apalah sangat panas malaysia kan.Kipas dan aircond kan ada.Lagipun tanya pendapat mak,mak pun tak kisah.Mana-mana saja asalkan dapat berjimat.Tetapi mr Husband yang menjadi pelan organiser untuk impian 2019 irda ni,jadi husband juga cadangkan penggunaan batu merah.
ruang dapur studio house
untuk dijadikan ruang bekerja:studio house irda
Tetapi atas faktor kewangan kami cukup-cukup sahaja,tidaklah semua bahagian kami penuhkan dengan batu merah.Bahagian luar sahaja dan itupun bahagian yang irda punya tidak untuk rumah sewa.
Terutamanya bahagian dapur,kami letak batu merah supaya ia lebih mudah menyerap haba panas.
Penggunaan batu merah selain lebih mahal,ia juga sebenarnya agak leceh untuk disusun.Ia makan lebih banyak simen sebenarnya.
susunan bata putih lebih kemas dan mudah sebenarnya.Cuma kekurangan batu putih katanya lebih mudah rapuh.
Harga batu merah dan batu putih tidaklah standard setiap kedai macam beli gula mahupun minyak masak.setiap kedai yang menjual batu merah dan batu putih ni,mesti ada perbezaan harga untuk 1 palet.
Yang pastinya kami pilih kedai yang dekat-dekat sahaja dari tapak perumahan supaya lebih jimat kos penghantaran.Setakat beza rm 3-RM 5 tak banyak beza sebenarnya.Kalau kita beli di kedai A lebih murah,tetapi jaraknya jauh sedikit rumah.maka kos penghantaran juga lebih tinggi.
Setiap kos pembelian dan resit irda ada simpan,tapi tak rajin pula nak senaraikan total harga untuk batu bata yang digunakan dalam blog ni.Maaf ya...Cukuplah pembaca tahu,sebenarnya irda tak kisah pun batu apa..walaupun batu merah tu kategori bahan premium untuk membina mahligai impian,bagi irda rumah kecil ni apa sahaja yang sesuai dengan budget,,sama sahaja,lepas di balut dengan simen,tetap nampak sama sahaja sebenarnya!walaupun sebenarnya ia ada batu merah dan ada batu putih.
Lagipun ia dalaman kan tak nampak,kita ni orang perempuan apa kisah sangat kan.Asalkan rumah tu dah terletak siap..kita dah happy dah..
InsyaALLAH kalau ada rezeki lain nanti,baru betul-betul plan dan gunakan bahan terbaik ..kali ini batu merah vs batu putih,tak kisah pun :)
Appreciate your time reading this entry.a
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://irdagarmin.blogspot.com/2019/11/diari-bina-rumah-ke-dua-batu-merah-vs.html