Dianggap Sebagai Budaya Kaum Lain Mufti Jelaskan Hukum Beri Duit Raya Di Pagi Syawal



Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut hari raya Aidilfitri. Perayaan yang dinanti-nanti oleh seluruh Muslim setelah menyempurnakan ibadah berpuasa. Aidilfitri di Malaysia sememangnya disambut dengan meriah sekali dan persiapan menjelang hari kemenangan ini pada kebiasaannya akan dibuat lebih awal.
Keterujaan dapat dirasai terutamanya apabila melihat bazar, kedai serta pasaraya membuat promosi besar-besaran untuk pakaian dan barangan keperluan perayaan. Malah, corong radio mahupun media sosial kini di penuhi dengan iklan dan lagu-lagu raya yang membuatkan kita tak sabar untuk ‘menemui’ 1 Syawal.
Sebagai masyarakat yang kaya dengan budaya, sudah menjadi kelaziman untuk menziarahi semasa keluarga mahupun sabahat- handai di pagi Aidilfitri. Setelah menunaikan solat sunat hari raya, kebanyakan keluarga akan menziarahi pusara dan bermaaf-maafan sesama mereka.
Paling seronok adalah kanak-kanak kerana selalunya mereka akan diberikan duit raya yang diisikan dalam sampul berwarna-warni. Namun, persoalan mula timbul mengenai hukum pemberian duit raya yang dikaitan dengan unsur tasyabbuh. Oleh itu, untuk merungkaikan segala jawapan, Mufti Wilayah Persekutuan telah menulis dalam Al-Kafi #637 mengenai perkara ini.
Soalan :
Saya ingin bertanya berkenaan hukum memberi duit raya, adakah terdapat unsur (mengikuti budaya bukan Islam) dengan budaya memberi ang pow di sisi masyarakat lain?
Jawapan:
Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, serta golongan yang menyusuri jejak langkah baginda hingga hari kiamat.
Tidak dinafikan bahawa Hari Raya mempunyai rohnya yang tersendiri bagi masyarakat beragama Islam. Di antara roh paling utama bagi perayaan ini adalah menzahirkan kegembiraan dan kesyukuran. Ini sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani Rahimahullah (Rujuk Fath Al-Bari, Ibn Hajar (2/514) :
“Menzahirkan perasaan bergembira pada hari-hari perayaan adalah di antara syiar Islam”.
Budaya Memberi Duit Raya
Kami berpandangan, konsep memberi duit raya kepada ibubapa, kaum kerabat, serta kanak-kanak pada 1 Syawal adalah menepati perbuatan sedekah di dalam Islam. Bahkan perbuatan sedekah kepada ibubapa termasuk di antara ibadah yang sangat menguntungkan kerana ia menghasilkan tiga bentuk pahala amalan soleh iaitu birrul walidain (berbuat baik kepada dua ibubapa), mengeratkan silaturahim, serta pahala bersedekah itu sendiri.

Demikianlah juga jika ia diberikan kepada kaum kerabat, sanak saudara dan umpamanya. Ia turut mendapat dua pahala iaitu pahala bersedekah dan juga pahala menghubungkan silaturahim. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Sa’d bin Abi Waqqas R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda dalam Riwayat Al-Bukhari (56):
Maksudnya :
“Sesungguhnya kamu tidaklah membelanjakan nafkah yang kamu harapkan redha Allah dengannya (nafkah tersebut) melainkan kamu akan diberikan ganjaran ke atasnya, sekalipun jua nafkah yang kamu jadikannya di dalam mulut isteri kamu.”
Isu Tasyabbuh
Berkaitan dengan isu tasyabbuh (penyerupaan) di antara duit raya dengan ang pow yang diberikan semasa perayaan kaum Cina, kami melihat bahawa tidak terdapat sebarang unsur tasyabbuh di antara keduanya. Ini kerana pemberian duit raya ada asasnya di sisi Islam iaitu termasuk dalam kategori sedekah yang sunat hukumnya. Justeru, tidak timbul isu tasyabbuh di sini. Adapun berkenaan penggunaan sampul raya, maka ia kembali kepada hukum asal sesuatu sebagaimana yang dinyatakan dalam kaedah fekah ;
Maksudnya:
“Hukum asal bagi setiap sesuatu (yang bukan ibadah) adalah harus.”
Kesimpulan
Setelah kami mengemukakan beberapa nas dan hujahan berkaitan isu ini, maka kami menyatakan bahawa pemberian duit raya kepada kaum keluarga, serta jiran tetangga yang hadir berkunjung ke rumah pada 1 Syawal adalah HARUS hukumnya.
Ini bertepatan dengan usaha menzahirkan syiar Islam menerusi kegembiraan memberi dan menerima sedekah, mengeratkan silaturahim, serta budaya kunjung mengunjung.
Begitu juga kami cadangkan beberapa dhawabit seperti berikut:
Pemberian duit raya yang diberikan tidaklah dilakukan secara takalluf (memaksa diri) untuk memberi dengan jumlah yang besar. Golongan yang menerimanya perlulah bersyukur dengan kadar yang diterima dan tidak diungkit-ungkit. Sebaliknya bersyukur dan mendoakan kebaikan untuk pemberi. Hendaklah diutamakan pemberian kepada golongan fakir, miskin, dan mereka yang memerlukan. Ini kerana, asnaf untuk sedekah yang wajib iaitu zakat, adalah merupakan asnaf yang sama untuk kita beri keutamaan semasa memberikan sedekah sunat. Akhir kalam, semoga penulisan ini memberikan pencerahan secukupnya kepada sesiapa yang membacanya. Ameen.
Sumber : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
The post Dianggap Sebagai Budaya Kaum Lain, Mufti Jelaskan Hukum Beri Duit Raya Di Pagi Syawal appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/dianggap-sebagai-budaya-kaum-lain-mufti-jelaskan-hukum-beri-duit-raya-di-pagi-syawal/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Hukum Guna Duit Raya Anak Dan Cara Terbaik Nak Uruskan

Ini Hukum Guna Duit Raya Anak Dan Cara Terbaik Nak Uruskan

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 610 hits
Ini Hukum Guna Duit Raya Anak Dan Cara Terbaik Nak Uruskan Jangan sampai guna duit raya anak untuk kepentingan sendiri ya mak ayah kena beringat Perkara ini perlu dipanjangkan sebab memang banyak kes mak ayah terguna duit raya anak bila sud...
Dapat Duit Raya Dari Tudung Sicomel Sebagai Ejen Affiliate

Dapat Duit Raya Dari Tudung Sicomel Sebagai Ejen Affiliate

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 543 hits
Dapat Duit Raya Dari Tudung SiComel Sebagai Ejen Affiliate Lama dah tak cerita perihal part time job saya sebagai ejen affiliate kepada beberapa produk Sebelum ini ada entri saya share pasal income dari beberapa syarikat kerana peranan saya...
Tarikh Tukar Duit Raya 2019 Di Bank Cimb Maybank Dan Lain Lain

Tarikh Tukar Duit Raya 2019 Di Bank Cimb Maybank Dan Lain Lain

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 5028 hits
Tarikh Tukar Duit Raya 2019 di Bank CIMB Maybank dan lain lain Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Alhamdulillah dah 14 hari kita berada dalam bulan Ramadhan Puasa puasa juga Persiapan raya untuk Syawal jangan dilupakan pula hehe Me...
Malam Raya Kat Hospital Maafkan Saya Mahu Sambut Syawal Sama Anak Sajat Kini Terlantar Di Rumah Sakit

Malam Raya Kat Hospital Maafkan Saya Mahu Sambut Syawal Sama Anak Sajat Kini Terlantar Di Rumah Sakit

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 3615 hits
Please follow and like us 0 Beberapa jam lalu usahawan sensasi Sajat ada berkongsi beberapa keping foto yang merakamkan dirinya kini terlantar di hospital Meski tidak memaklumkan mengenai masalah kesihatan yang dialami Sajat menerusi Instag...
Sampul Duit Raya Hipster Popular Sekejap

Sampul Duit Raya Hipster Popular Sekejap

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 685 hits
Fuhh Satu kelegaan bila semua tempahan sampul duit raya hipster siap awal dari jangkaan Fiza target memang nak siapkan before 30 Mei sebab pos laju dah keluarkan notis kalau nak barang sampai sebelum raya kena pos sebelum tarikh tu Sumpah k...
Duit Raya Felda Ada Ka Dr Mahathir

Duit Raya Felda Ada Ka Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 285 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad menyerahkan kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung keputusan pemberian duit raya kepada peneroka Felda Menurut Perdana Menteri beliau tidak tahu mengenai perkara itu Ada ka Saya tak t...
Duit Raya Peneroka Saya Tak Tahu Tanya Azmin Kata Dr Mahathir

Duit Raya Peneroka Saya Tak Tahu Tanya Azmin Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 302 hits
May 27 2019 7 21 PMDr Mahathir Mohamad PUTRAJAYA Perdana Menteri hari ini memberitahu beliau tidak mengetahui status terkini bantuan khas sempena Hari Raya Aidilfitri kepada 112 635 peneroka Felda di seluruh negara Dr Mahathir Mohamad ketik...
112 635 Peneroka Felda Tunggu Duit Raya

112 635 Peneroka Felda Tunggu Duit Raya

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 432 hits
AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI Mazlan dan Azmizam pada sidang akhbar MPNF mendesak kerajaan memberi bantuan Aidilfitri kepada warga Felda KLANG Majlis Permuafakatan NGO Felda akan menyerahkan satu surat kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Moha...
Anwar Hopes Govt Rethinks Decision Not To Pay Duit Raya To Felda Settlers

Anwar Hopes Govt Rethinks Decision Not To Pay Duit Raya To Felda Settlers

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 396 hits
Anwar Ibrahim has urged the government to reconsider its decision not to give special cash payment to Felda settlers ahead of the Hari Raya celebration next month saying every bit counts for the settlers This followed Economic Affairs Minis...
Rasa Masakan Korea Soondubu Jigae Beef Di Dubuyo

China S President To Host Official Dinner For Anwar

Drama One Cent Thief 2 Lakonan Syafiq Kyle Azira Shafinaz

I Bought A Toy Like Vape Online Mp Tells Dewan Chamber

Tip Mudah Santan Berketul Jadi Elok Semula Letak Sehelai Daun Ini Saja

Unlocking Savings Expert Tips For Finding Discounted Cigarettes In Australia

Kips Bay Decorator Show House Dallas 2024 An Exquisite Showcase Of Design

India Secebis Kenangan Di India Random Photos


echo '';
Biodata Terkini Penyanyi Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council


Kecantikan Puteri Tunggal Mawi Ekin Dipuji Sweetnya Cahaya Malaika Copy Paste Mawi

Janna Nick Menangis Rayu Henti Tanya Soal Zuriat Pernah Cuba Ivf Tapi Gagal

Hukum Solat Jenazah Dua Kali Oleh Orang Sama

Kajian Tentang Teknik Humblebrag Di Media Sosial

Kisah Care Giver

Building Dreams One Brick At A Time Legoland Malaysia Resort Welcomes Malaysia S First Master Model Builder