Diancam Kemarau Teruk Sungai Furat Di Syria Dilapor Semakin Kering Nampak Tanah
KEMARAU | Sungai Furat Semakin Kering, Bimbangkan Penduduk
Kumpulan bantuan dan jurutera dilaporkan telah memberi amaran mengenai ancaman bencana kemanusiaan di timur laut Syria setelah Sungai Furat (Euphrates) dilihat semakin kering.
Air Sungai Furat di Syiria dilaporkan semakin kering disebabkan kemarau yang berlaku. - Foto FLORIDA NEWS TIMES Menurut Florida News Times, keadaan yang berlaku di sungai terpanjang Syria itu memberi kesan yang buruk terhadap sumber pendapatan penduduk di mana air dari sungai itu tidak lagi mengalir ke kebun-kebun mereka.
Seorang petani yang berusia 50 tahun, Khaled al-Khamees mengatakan bahawa dia merasakan seolah-olah berada di padang pasar.
Gambar Via Florida News Times
“Kami berfikir untuk meninggalkan kawasan ini kerana tiada lagi air yang tersisa untuk diminum atau mengairi tanaman,” katanya.
Penurunan paras air di empangan hidroelektrik sejak Januari juga ‘mengancam’ pemotongan bekalan air dan elektrik yang membabitkan sehingga lima juta orang. Ditambah dengan pandemik COVID-19 dan krisis ekonomi, ia amat membimbangkan.
Keadaan air sungai yang kering membimbangkan. Khaled yang juga merupakan bapa kepada 12 orang anak mengatakan bahawa dia tidak pernah melihat sungai begitu jauh dari kampungnya sejak beberapa dekad yang lalu.
“Golongan wanita perlu berjalan sejauh tujuh kilometer hanya untuk mendapatkan sebaldi air untuk diminum oleh anak-anak mereka,” katanya.
Sungai Furat ‘terhampar’ sejauh hampir 2,800 kilometer melintasi Turki, Syria dan Iraq.
Gambar yang dikongsikan oleh Agensi Angkasa Eropah memaparkan dua gambar satelit yang dirakam pada 5 Mei 2020 dan 7 Mei 2021 yang memperlihatkan penurunan paras air di empangan Tishrin, Syria. Ketika musim hujan, air yang mengalir memasuki Syria utara melalui sempadan Turki dan negara yang dilanda perang menuju ke Iraq.
Ia mengalir melalui tiga empangan hidroelektrik yang memberi tenaga dan air minuman kepada berjuta-juta orang.
Air sungai itu juga menjadi sumber minuman haiwan. Tetapi sejak lapan bulan lalu, sungai tersebut menyusut dan meningkatkan risiko turbin empangan terhenti.
Di Empangan Tishrin pula, berlaku juga penurunan paras air yang membimbangkan yang tidak dapat dilihat sejak empangan itu disiapkan pada tahun 1999.
Gambar yang dikongsikan oleh Agensi Angkasa Eropah telah memaparkan dua gambar satelit yang dirakam pada 5 Mei 2020 dan 7 Mei 2021 yang memperlihatkan penurunan paras air di empangan Tishrin, Syria.
Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa langgan saluran Telegram BeritaUp2Date untuk kemas kini berita terkini.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://beritaup2date.blogspot.com/2021/09/diancam-kemarau-teruk-sungai-furat-di.html