Dialogdalam Talian Haniff Khatri Cabar Tommy Thomas



 
PETALING JAYA: Peguam Haniff Khatri Abdulla mengundang bekas peguam negara, Tommy Thomas menyertai sebuah dialog dalam talian bertajuk “Antara politik dan undang-undang” untuk membincangkan memoirnya yang menggemparkan, “My Story: Justice in the Wilderness”.
Haniff dalam kenyataan berkata, undangan rasmi sudah dihantar kepada Thomas untuk menyertai sesi tersebut pada 9 Feb ini oleh penganjur JOMChannel, yang menghoskan program secara berkala itu di Facebook.
Haniff, yang kerap menjadi tetamu program itu, berkata walaupun program berkenaan biasanya diadakan dalam bahasa Malaysia, mereka akan membuat pengecualian kali ini.
“Kami berjanji jika anda hadir, program ini akan dijalankan dalam bahasa Inggeris,” menurut undangan tersebut.
Undangan itu turut menyatakan Thomas dialu-alukan menyertai program yang dijadualkan bermula 8.30 malam dan berakhir 10 malam itu, pada bila-bila masa, dengan sebuah tempat duduk akan disediakan untuk beliau di pentas.

Haniff, yang pernah mewakili beberapa individu, termasuk bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad, memberi jaminan kepada Thomas yang perbincangan itu akan dijalankan dengan adil dan berdasarkan fakta.
Beliau sebelum ini mengkritik memoir Thomas dengan berkata, peguam negara tidak boleh mendedahkan nasihat yang diberikan kepada kerajaan semasa menyandang jawatan tersebut.
Katanya, ia umpama pelanggaran hak istimewa antara peguam dan anak guamnya.
Haniff juga mengkritik dakwaan Thomas yang Mahathir melepaskan jawatannya sebagai perdana menteri “secara sukarela”, dengan berkata ahli politik veteran itu melakukannya mengikut undang-undang.
Beberapa pihak membuat laporan polis terhadap Thomas berhubung bukunya, termasuk bekas peguam negara, Mohamed Apandi Ali, dan bekas peguam cara III, Mohamad Hanafiah Zakaria.
Mereka mendakwa Thomas melakukan kesalahan dan fitnah jenayah di bawah Akta Rahsia Rasmi.
Memoir Thomas memperincikan pencapaian dan kegagalan kerajaan Pakatan Harapan terdahulu, selain isu lain seperti pendakwaan ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho (atau Jho Low) dan 1MDB, ekstradisi pendakwah kontroversi, Zakir Naik, serta peletakan jawatan Mahathir.

The post DialogDalam Talian, Haniff Khatri Cabar Tommy Thomas appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/02/07/dialogdalam-talian-haniff-khatri-cabar-tommy-thomas/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=dialogdalam-talian-haniff-khatri-cabar-tommy-thomas

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Haniff Khatri Jemput Tommy Thomas Berdialog Dalam Talian

Haniff Khatri Jemput Tommy Thomas Berdialog Dalam Talian

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 242 hits
PETALING JAYA Peguam Haniff Khatri Abdulla mengundang bekas peguam negara Tommy Thomas menyertai sebuah dialog dalam talian bertajuk Antara politik dan undang undang untuk membincangkan memoirnya yang menggemparkan My Story Justice in the W...
Haniff Khatri Invites Tommy Thomas To Online Dialogue

Haniff Khatri Invites Tommy Thomas To Online Dialogue

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 238 hits
Lawyer Haniff Khatri reassures Tommy Thomas that the discussion would be conducted fairly PETALING JAYA Lawyer Haniff Khatri Abdulla has invited former attorney general Tommy Thomas to participate in an online dialogue titled Between politi...
Kenyataan Tommy Thomas Mengheret Nama Baik Agong Dalam Konflik Haniff Khatri

Kenyataan Tommy Thomas Mengheret Nama Baik Agong Dalam Konflik Haniff Khatri

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 220 hits
Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla menyelar bekas peguam negara Tommy Thomas susulan laporan media berhubung kandungan memoirnya yang baru diterbitkan Haniff berkata dia belum membaca buku itu bertajuk My Story Justice in the Wilderness t...
Penulisan Tommy Thomas Tak Patut Di Dedah Kepada Umum Melanggar Sumpah Jawatan

Penulisan Tommy Thomas Tak Patut Di Dedah Kepada Umum Melanggar Sumpah Jawatan

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 287 hits
KUALA LUMPUR Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan penulisan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas dalam buku berjudul My Story Justice in The Wilderness tidak sepatutnya didedahkan kepada umum Beliau berkata ia kera...
Ag Idrus Harun Seeks To Boost Staff S Morale In Leaked Memo Says Not Swayed By Tommy Thomas Remarks

Ag Idrus Harun Seeks To Boost Staff S Morale In Leaked Memo Says Not Swayed By Tommy Thomas Remarks

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 264 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah today granted an audience to the new Attorney General Tan Sri Idrus Harun at Istana Negara in this file picture taken on March 12 2020 Picture via Instagram Istana...
Surat Dari Atok 95 Kepada Tommy Thomas Baca Boleh Percaya Jangan

Surat Dari Atok 95 Kepada Tommy Thomas Baca Boleh Percaya Jangan

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 207 hits
TOMMY THOMAS 3 Feb 2021 1 Saya terkejut membaca petikan dari buku Tommy Thomas My Story Justice in the Wilderness Tommy adalah salah seorang peguam yang benci saya Tetapi sebelum saya menjadi Perdana Menteri semula Tommy telah datang bersam...
Siapa Yang Anda Percaya Ot95 Atau Tommy Thomas

Siapa Yang Anda Percaya Ot95 Atau Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 292 hits
Tepat seperti saya duga yang OT95 akan muncul menjawab dakwaan Tommy Thomas dalam memoirnya My story Justic in the Wildernes tanpa sedikit ralat pun atau kata orang Kelantan berkerut kening OT95 seorang yang mempunyai jiwa dan semangat yang...
Buku Tommy Thomas Adalah Kegagalannya Paling Besar Shahril Hamdan

Buku Tommy Thomas Adalah Kegagalannya Paling Besar Shahril Hamdan

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 248 hits
Pernah duduk sepentas bersama bekas Peguam Negara Tommy Thomas dan bekas Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof sewaktu awal penggal PH dahulu Saya terima jemputan tersebut bukan hanya bagi membuktikan Umno sedia bertukar panda...
Apa Agenda Mereka Mengapa Ktm Perlu Ditukar Tetapi Nama Penjajah Kekal Mekar

Terkini Syarat Baharu Masuk Ke Thailand

Dua Anak Jiran Dibunuh Kerana Memancing Kolam Keluarga

World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia

Doa Robithoh Arab Latin Dan Artinya

Dua Lelaki Dikenakan Denda Kerana Mengganggu Ketenteraman Awam Di Festival Songkran Bandar Utama Mall

Kashmir Killings Not Just Attack On India But Humanity

Techcrunch Mobility Slate S New Ev Truck And Tesla S Competing Realities Revealed


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Evolution Of Gaming Technology How Video Games Have Transformed Over The Years

Melamun Mana Lagi

Bn Menang Besar

Elderly Woman Killed In Hit And Run Accident At Traffic Light

Rm20 Million Spent On Kl Tower Repairs Upgrades

Madani Wins Ayer Kuning But Psm Makes Waves While Pn S Pig Agenda Fails