Diaibkan Semasa Datang Bulan


 

Kita sedang dengar dan lihat kecaman pelbagai pihak mengenai amalan “pemeriksaan haid” ke atas pelajar sekolah berasrama penuh, juga sekolah agama persendirian, dan sekolah harian biasa.
Sememangnya amalan itu mesti dikecam. Ada suara yang menuntut Kementerian Pelajaran memastikan amalan itu dihentikan segera jika ia masih berlaku, dan pastikan ia tidak berlaku lagi buat selamanya. Saya setuju kerana kecaman tanpa tindakan susulan pihak berkuasa tidak membawa erti. MARA diberitakan sedang menyiasat.
Imbas sekilas lalu bagaimana amalan memalukan itu terbongkar. Semuanya bermula apabila seorang pengguna Twitter melemparkan pertanyaan adakah amalan “pemeriksaan haid” masih berlaku di sekolah.
Serta-merta tampil pelajar dan bekas pelajar yang pernah melalui pengalaman memalukan itu membuat pendedahan. Menurut apa yang diceritakan, amalan memeriksa pelajar perempuan secara fizikal untuk membuktikan mereka haid atau datang bulan sudah berlaku bertahun tahun lamanya. Ada yang mendakwa ia berlaku sejak 20 tahun lalu.
Adakah ini bermakna pihak berkuasa tidak tahu akan amalan ini untuk sekian lama? Atau pelajar yang diaibkan memilih untuk mendiamkan diri kerana malu mungkin?
Apa pun kita mesti berterima kasih kepada pengguna Twitter yang melemparkan pertanyaan beliau.
Apa yang didedahkan setakat ini ialah yang menguatkuasakan “perintah” ialah guru, ustazah, warden asrama, dan pengawas yang mendesak pelajar menunjukkan kesan darah pada tuala wanita, melakukan calitan pada kemaluan dengan kapas, tisu atau jari. Mengapa? Untuk membuktikan pelajar tidak boleh sembahyang berjemaah seperti yang didakwa pelajar.
Maksudnya pihak sekolah tidak percaya apabila ada pelajar memberitahu mereka tidak boleh solat kerana mengalami haid. Maksudnya mereka mensyaki pelajar berkenaan tidak mahu solat. Maksudnya mereka yakin pelajar mahu ponteng sembahyang. Lantas mereka mahu tahu sama ada benar-benar pelajar sedang datang bulan. Dalam erti kata lain, mereka mahu bukti bahawa pelajar mempunyai sebab sah untuk tidak sembahyang.
Maka terjadi lah apa yang yang terjadi seperti yang disebut tadi. Ada juga pelajar mendakwa diraba di bahagian sulit untuk mengesan sama ada mereka memakai tuala wanita. Bagi saya ini bukan sahaja menjijik dan memalukan pelajar tetapi juga sesuatu yang amat menyedihkan.
Saya yang bodoh dalam hal agama pun tahu ini bukan cara Islam meskipun berpaksi ketetapan solat mesti didirikan jika tidak ada alasan atau sebab sah. Kalau saya pun boleh tahu akan ini, apa tah lagi para agamawan.
Kata Mufti Pulau Pinang, Wan Salim Wan Mohd Noor, sesiapa pun tidak wajar memalukan seseorang dengan memeriksa bahagian sulit individu tersebut walau atas alasan apa sekali pun.
Beliau dipetik sebagai berkata setiap orang mempunyai maruah diri yang wajib dihormati dan “agama Islam melarang keras umatnya melihat aurat orang lain walaupun dengan alasan untuk melaksanakan kewajipan yang dituntut seperti menghalang seseorang pelajar perempuan daripada berdalih untuk meninggalkan kewajipan solat”.
Persoalan: Ada tidak pelajar yang boleh atau “cukup sifat” solat tetapi menggunakan haid sebagai alasan agar tidak solat? Ada tidak pelajar yang berpura-pura haid atau tipu dengan mendakwa mereka datang bulan semata-mata kerana mahu ponteng solat?
Jawapannya: Tentunya ada. Ramai atau sedikit waullahualam. Mungkin tidak ramai tetapi hakikatnya memang ada. Pun begitu ini bukan alasan “pemeriksaan haid” dilakukan.
Untuk berlaku adil, perlu dinyatakan jika ditanya pihak yang menjalankan “pemeriksaan haid” mengapa mereka berbuat demikian pasti jawapannya ialah mereka juga tidak suka apa dilakukan kerana ia bukanlah sesuatu yang “menyenangkan”. Namun mereka lakukan juga kerana percaya apa yang mereka buat adalah betul dan “dilakukan demi agama dan kebaikan pelajar sendiri”.
Bagi saya, pelajar yang berpura-pura dan mendakwa mengalami haid kerana tidak mahu solat masih belum menghayati sepenuhnya apa yang diajar guru, ustaz atau ustazah mengenai keindahan dan pentingnya solat dan mengapa umat Islam wajib solat dan sebagainya.
Maksudnya mereka belum benar-benar faham dengan apa yang diajarkan kepada mereka.
Bukan mahu tunjuk pandai. Cuma ingin mencadangkan apabila pelajar datang mengakui mereka mengalami haid dan tidak boleh solat, adalah baik jika guru, ustaz dan ustazah anggap mereka sedang berkata benar. Jangan sangsi.
Percaya apa yang mereka katakan. Pun begitu sampaikan tazkirah singkat mengenai solat bukan sahaja kepada mereka tetapi semua pelajar yang sedang siap sedia menunggu masuknya waktu solat. Ini supaya mereka yang tidak mahu atau tidak boleh solat tidak terasa terasing.
Maksudnya, mereka mesti terus ditarbiah supaya satu hari nanti mereka akan mahu sembahyang dengan sendirinya, bukan dipaksa atau sembahyang kerana pihak sekolah mahu mereka sembahyang. Ertinya, mereka sembahyang kerana mereka benar-benar mahu sembahyang. Maaf mungkin tarbiah yang diberi setakat ini belum “mencukupi”.
Membuat orang Islam, sama ada pelajar, anak muda mahu pun golongan tua seperti saya sembahyang atas kemahuan dan keinginan sendiri seharusnya menjadi keutamaan atau agenda semua terutama golongan yang memanggil diri mereka pejuang dan pembela agama.
Bukan sekadar bikin bising mengapa kerja amal Ebit Lew dihebahkan atau menakut-nakut kononnya bantuan Steven Sim kepada yang memerlukan berlandaskan agenda Kristian.
Keutamaan mesti betul, beb. Keutamaan yang betul lah yang mesti diutamakan. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/04/diaibkan-semasa-datang-bulan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+Know+t

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelajar Perempuan Dimalukan Diraba Untuk Periksa Datang Bulan

Pelajar Perempuan Dimalukan Diraba Untuk Periksa Datang Bulan

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 292 hits
Alyaa AlhadjriAmalan memeriksa pelajar perempuan secara fizikal untuk membuktikan mereka datang bulan dikatakan berlaku sejak 20 tahun lalu menurut pelajar dan bekas pelajar di beberapa buah sekolah Perbuatan yang dilakukan para guru warden...
Mara Siasat Isu Pemeriksaan Datang Bulan

Mara Siasat Isu Pemeriksaan Datang Bulan

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 239 hits
Oleh OMAR ZIN AZIZAH MOHD DUNPETALING JAYA Pengerusi Majlis Amanah Rakyat Datuk Azizah Mohd Dun mengarahkan siasatan dijalankan berhubung dakwaan mengatakan sebuah sekolah melakukan pemeriksaan datang bulan terhadap pelajar perempuan bagi m...
Kesan Tuisyen Online Selepas 4 Bulan Bersama Fly High Training Centre

Kesan Tuisyen Online Selepas 4 Bulan Bersama Fly High Training Centre

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 297 hits
Selepas lebih kurang 4 bulan bersama Fly High Training Centre Alhamdulillah Un sendiri dapat saksikan ada peningkatan yang amat baik untuk Along khasnya Yer la sebab dia nak exam kan So ummi pun memang sangat berharap Along boleh lakukan ya...
Keunikan City Of Roses Bunga Mawar Merah Jambu Mekar Di Bulan Suci Ramadan

Keunikan City Of Roses Bunga Mawar Merah Jambu Mekar Di Bulan Suci Ramadan

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 256 hits
Terletak di Arab Saudi bandar Taif merupakan pusat tumpuan pelancong yang terkenal di dunia Dilabel sebagai Al Ta if The City of Roses bandar ini juga menjadi pilihan orang ramai sebagai tempat kebudayaan masyarakat tempatan Tarikan umumnya...
Alah Menteri Cuti 5 6 Bulan Kami Tanggung Ja Gaji Buta Dia Ayam 10 Ringgit Sekilo Murah Lagi Zaman Ph Dulu Murah Sangat

Alah Menteri Cuti 5 6 Bulan Kami Tanggung Ja Gaji Buta Dia Ayam 10 Ringgit Sekilo Murah Lagi Zaman Ph Dulu Murah Sangat

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 294 hits
KPDNHEP keluarkan notis susulan harga ayam cecah RM10 sekilo April 18 2021 Kenaikan harga ayam mula dikesan di beberapa negeri sejak awal bulan Ramadan KUALA LUMPUR Pihak berkuasa di beberapa negeri kini mula mengambil tindakan tegas susula...
Mengapa Umat Muslim Ramai Baca Al Qur An Di Bulan Ramadhan

Mengapa Umat Muslim Ramai Baca Al Qur An Di Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 239 hits
Huruf dalam Alquran Sejak 1200 tahun silam ketika dunia blm mengenal KOMPUTER atau alat hitung sejenis Maka IMAM SYAFI I telah mampu mendata JUMLAH masing masing HURUF dalam AL QUR N secara detail dan tepatIMAM SYAFI I dalam kitab Majmu al ...
Ada Kesan Lebam Di Pipi Dahi Tangan Bayi 8 Bulan Maut Disyaki Didera

Ada Kesan Lebam Di Pipi Dahi Tangan Bayi 8 Bulan Maut Disyaki Didera

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 223 hits
The ReporterSeorang bayi lelaki berusia 8 bulan meninggal dunia selepas diserahkan ibu bapa angkat kepada bapa kandungnya Mangsa Muhammad Danish disahkan meninggal dunia pada jam 10 pagi di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada 28 Mac 2...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu