Diabetes Dan Ramadan Cabaran Atau Peluang



BEBERAPA hari lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan yang sentiasa dinanti nantikan oleh umat Islam. Keistimewaan bulan ini adalah bulan yang penuh berkat dan dipenuhi dengan amal ibadat termasuk ibadat berpuasa disiang hari dan Solat Tarawih dimalam hari. Di bulan Ramadhan ini juga, umat Islam berebut menambah amal ibadat seperti bersedekah, membaca al Quran dan lain lain ibadat.
Pada asasnya, berpuasa di bulan Ramadan bukanlah untuk memberikan kemudaratan kepada umat Islam tetapi memberi ruang rehat kepada anggota badan setelah sekian setahun makan disiang hari. Walaubagaimanapun, ada beberapa sebab yang boleh membenarkan umat Islam untuk tidak berpuasa contohnya sewaktu bermusafir atau pesakit yang mempunyai penyakit tertentu yang menyebabkan kesukaran untuk berpuasa atas nasihat doktor.
Umat Islam yang tidak sihat adalah dibenarkan untuk tidak berpuasa termasuk pengidap diabetes. Walaupun begitu kajian menunjukkan kebanyakan umat Islam yang menghidap diabetes memilih untuk berpuasa diatas berbagai alasan termasuklah agama, budaya dan sosial Semasa bulan Ramadan, seluruh umat Islam di dunia akan berpuasa selama 29 hingga 30 hari bermula dari sebelum terbit matahari sehinggalah terbenam matahari.

Di Malaysia, waktu berpuasa Ramadan adalah di antara 12 hingga 14 jam sehari. Waktu berpuasa puasa yang panjang ini adalah mencabar bagi umat Islam terutamanya penghidap diabetes. Semasa berpuasa mereka ini tidak dibenarkan untuk mengambil makanan, minuman dan juga ubatan.
Kajian menunjukkan penghidap diabetes berisiko mendapat hipoglisemia (paras gula di dalam darah teramat rendah), hiperglisemia (paras gula didalam darah teramat tinggi), dehidrasi (kekeringan air didalam badan) dan koma. Mengikut kajian, penghidap diabetes berisiko dua kali ganda untuk mendapat serangan hipoglisemia. Kajian juga menunjukkan sekiranya penghidap diabetes diserang hiperglisemia, risiko dimasukkan ke dalam hospital adalah setinggi lima kali ganda bagi penghidap diabetes jenis 2 dan tiga kali ganda bagi penghidap diabetes jenis 1.
Jadi bolehkah golongan ini berpuasa sedangkan mereka berisiko diserang hipoglisemia dan hiperglisemia? Bilamana penghidap diabetes ini memilih untuk tidak berpuasa disebabkan risiko, istilah darurat sentiasa dijadikan sebagai alasan. Memandangkan berpuasa adalah suatu tanggungjawab dalam agama Islam, elok sekiranya istilah darurat tidak dijadikan sebagai alasan untuk tidak berpuasa.
Bagi pesakit diabetes, ia boleh dibahagikan kepada penghidap diabetes ialah puasa dengan risiko amat tinggi, risiko tinggi dan risiko sederhana atau rendah. Penghidap diabetes berisiko amat tinggi adalah penghidap yang mempunyai hipoglisemia serta darah teramat berasid semasa tiga bulan sebelum berpuasa, sering mengalami hipoglisemia secara mendadak, menghidap diabetes jenis pertama; wanita hamil, menjalani rawatan cuci buah pinggang, sering melakukan aktiviti berat, ataupun sedang dijangkiti kuman.
Manakala, penghidap diabetes berisiko tinggi pula adalah penghidap yang sedang mengalami gangguan buah pinggang, tinggal bersendirian, warga emas yang mempunyai tahap kesihatan tidak menentu, atau kawalan gula darah sederhana. Penghidap diabetes berisiko sederhana adalah penghidap yang mempunyai gula dalam darah terkawal dengan suntikan insulin tindakan segera, manakala penghidap diabetes berisiko rendah pula adalah penghidap yang sihat dan mempunyai gula dalam darah terkawal melalui kawalan diet atau pil kencing manis.
Secara amnya penghidap kategori berisiko amat tinggi dan tinggi dinasihatkan untuk tidak berpuasa, manakala pengidap kategori sederhana boleh berpuasa dengan pemantauan rapi dari doktor dan kategori berisiko rendah boleh berpuasa tanpa mempunyai banyak masalah besar. Sekiranya penghidap diabetes ingin berpuasa, mereka hendaklah mengurangkan berlakunya risiko tersebut dengan mengawal keadaan fizikal dan paras gula dalam darah mereka. Mereka juga perlu belajar cara pemakanan dan aktiviti harian, pengubahsuaian ubat, dan tindakan yang perlu diambil sekiranya terjadi komplikasi itu.
Apa yang penting penghidap diabetes perlu sedar keadaan fizikal mereka sendiri. Mereka yang mudah memahami nasihat doktor perlu diajar menyukat paras gula sendiri di rumah. Berikut adalah tips bagaimana untuk menyesuaikan diri semasa berpuasa.
1. Jangan tinggalkan waktu bersahur tapi lewatkanlah waktu bersahur selewat mungkin sebelum waktu imsak. Ambillah karbohidrat kompleks (seperti roti, gandum,nasi) berbanding karbohidrat segera sewaktu bersahur.
2. Jangan lambatkan waktu berbuka. Ambillah 2 biji kurma terlebih dahulu sebagai sebahagian daripada karbohidrat sewaktu berbuka. Hadkan pengambilan makanan yang tinggi gula dan ambillah hidangan utama hanya selepas solat Maghrib.
3. Ambillah buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi serat yang tinggi. untuk setiap hidangan utama ketika bersahur dan berbuka. Sekiranya perlu, minum malam selepas solat tarawih boleh diambil sebagai pengganti snek sebelum tidur.
4. Hadkan makanan yang bergoreng dan berlemak yang bersantan dan bergoreng dan hadkan makanan yang tinggi garam supaya risiko kekurangan air boleh dikurangkan. Minumlah air kosong yang secukupnya ketika masa tidak berpuasa. Ambillah sekurang- kurangnya 8 gelas air kosong sehari.
5. Berbukalah sekiranya ada tanda-tanda hipoglisemia dan lakukanlah senaman yang berpatutan (melakukan solat sunat Tarawih adalah salah satu senaman).
6. Jumpalah doktor untuk mendapatkan nasihat bagi mengubahsuai ubatan sewaktu berpuasa. Kebiasaannya, semasa berpuasa doktor akan menukar kekerapan pengambilan ubatan (daripada tiga kali sehari kepada dua kali sehari) serta dos dan waktu pengambilan insulin juga akan diubahsuai.
Akhir kata menghidap diabetes tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak berpuasa. Semua pesakit diabetes yang terkawal digalakkan berpuasa kecuali pada keadaan yang tidak terkawal dan boleh memudaratkan pesakit. Islam sebagai agama rahmat juga memahami kondisi ini.
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 184 yang bermaksud , “Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.”
Dr Nik Nur Fatnoon Nik Ahmad
Perunding Kanan, Jabatan Perubatan, Sultan Ahmad Shah Medical Centre @IIUMPensyarah Klinikal, Jabatan Perubatan, Fakulti Perubatan, IIUM
Dr Aspalilah Alias
Pensyarah Anatomi,Fakulti Pergigian, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Tarikh lihat anak bulan Ramadan pada 12 April

The post Diabetes dan Ramadan, cabaran atau peluang? appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/04/09/diabetes-dan-ramadan-cabaran-atau-peluang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bertahan Di Ritel Atau Mencari Peluang Baru Di Dunia Digital

Bertahan Di Ritel Atau Mencari Peluang Baru Di Dunia Digital

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 210 hits
Pandemi Covid 19 yang sudah memasuki tahun pertama hampir merubah seluruh tatanan perekonomian masyarakat Mereka yang dahulu meraup banyak untung dari usaha ritel kini harus menghela nafas panjang hanya untuk menjual satu atau dua barang sa...
Hiburan Nak Berlatih Sebelum Istiqamah Amylea Azizan Ambil Peluang Bertudung Sepanjang Ramadan

Hiburan Nak Berlatih Sebelum Istiqamah Amylea Azizan Ambil Peluang Bertudung Sepanjang Ramadan

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 253 hits
Penyanyi kelahiran program realiti TV Akademi Fantasia Amylea Azizan khabarnya telah mengambil peluang untuk merebut sebanyak ganjaran pahala yang boleh diambil dengan mengenakan hijab sepanjang bulan Ramadan Ujar Amylea dia bertudung keran...
Peluang Akhirat Dan Peluang Dunia Yang Boleh Direbut Pada Setiap Ramadan

Peluang Akhirat Dan Peluang Dunia Yang Boleh Direbut Pada Setiap Ramadan

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 370 hits
Hanya beberapa hari sahaja lagi kita akan masuk ke bulan Ramadan Bulan suci penuh barakah Bulan kita di mana kita The post first appeared on
Jangkitan Denggi Atau Diabetes Yang Menyebabkan Kegagalan Ginjal

Jangkitan Denggi Atau Diabetes Yang Menyebabkan Kegagalan Ginjal

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 408 hits
JANGKITAN DENGGI ATAU DIABETES YANG MENYEBABKAN KEGAGALAN GINJAL Assalaamualaikum Maaf nk tnya Ayah saya disahkan mendapat jangkitan denggi kemudian dlm tempoh rawatan denggi tersebut pada masa sama disahkan ada penyakit buah pinggang tahap...
Drama Ramadan Pertama Edi

Drama Ramadan Pertama Edi

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 380 hits
Saksikan drama Ramadan Pertama Edi lakonan Redza Rosli Mimi Lana Datuk Aznil Nawawi dan Elly Mazlein bermula 30 Mac ini bersiaran setiap hari Rabu jam 9 30 malam di saluran Astro Ria HD dan Astro Ria JUDUL RAMADAN PERTAMA EDIEPISOD 8TARIKH ...
Tips Berpuasa Penuh Di Bulan Ramadan Untuk Pesakit Gastrik

Tips Berpuasa Penuh Di Bulan Ramadan Untuk Pesakit Gastrik

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 291 hits
Ingin berpuasa penuh tanpa gangguan sakit gastrik lagi pada kali ini Pastinya pesakit gastrik mengalami masalah yang sama pada setiap tahun sehingga terpaksa berbuka puasa agar gastrik yang dialami tidak semakin mudarat Pastinya kali ini Ra...
Wordles Wednesday 12 Hari Menjelang Ramadan

Wordles Wednesday 12 Hari Menjelang Ramadan

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 386 hits
Assalamualaikum dan selamat sejahteraWordles Wednesday 12 hari menjelang Ramadan Terima kasih kerana sudi bersabar dengan entri ini
Majlis Ilmu Tazkirah Menyambut Ramadan Fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan Tahun 2021

Majlis Ilmu Tazkirah Menyambut Ramadan Fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan Tahun 2021

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 392 hits
28 Mac 2021 Surau Al Ikhwan Taman Kasih Putera BahauPenceramah Al Fadhil Ustaz Hj SabriHari Setiap Ahad minggu kedua dan ke 4Tarikh 28 03 2021Masa Selepas MagribTempat Surau Al Ikhwan Taman Kasih Putera
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Wayang Isu Pembinaan Kb Sentral

Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire