Dia Senyum Pada Saya Shuib Bertemu Arwah Siti Sarah Dalam Mimpi Impian Tercapai


Sejak pemergian allahyarhamah, Siti Sarah ke pangkuan Ilahi beberapa tahun yang lalu, usahawan, Shuib sering mendoakan untuk bertemu dengan arwah isterinya itu di dalam mimpi.

Menerusi perkongsian Shuib melalui Insta Storynya, impian itu akhirnya menjadi kenyataan bila mana dia bermimpi bertemu arwah Siti Sarah.
Dalam mimpi tersebut, pelawak berusia 40 tahun itu berkata pada ketika itu dia berada di sebuah pulau dan berhasrat ingin menghubungi arwah isterinya. Bagaimanapun, panggilan tersebut tidak dijawab.

“Saya buka beg dan cari telefon sebab macam kebiasaan sebelum ini kalau saya pergi ke mana-mana, lepas habis kerja saya akan hubungi Sarah.
“Masa saya buka beg dan cari telefon, dalam hati kata hubungi Sarah. Saya cari telefon dan ada tiga, jadi saya terfikir mana satu telefon yang ada nombor Sarah.
“Saya ambil satu telefon berwarna hitam dan saya buka untuk saya cari nama Sarah sebab saya simpan nama ‘ibu sayang’.
“Saya cari dan jumpa nombor itu tapi bila hubungi tak berangkat,” ceritanya.

Ujar Shuib lagi, dia bagaimanapun kecewa kerana dia terjaga dari mimpi itu lantas menceritakan perihal mimpi itu kepada isterinya, Watie Hanifiah.
Pun begitu kata Shuib, dia langsung tidak menyangka bila mana mimpinya bersambung semula ketika dia kembali melelapkan mata sebentar pada waktu pagi.
Ujar bapa kepada empat cahaya mata itu lagi, arwah Siti Sarah hadir dengan senyuman dan mengenakan penampilan putih seperti telekung yang pernah dipakainya dalam rakaman sebuah lagu.

“Sahur pagi tadi agak sedih bagi saya. Memang saya selalu nak mimpi Sarah. Saya dah banyak kali dalam mimpi nak hubungi dia tak dapat-dapat.
“Selepas anak-anak sudah ke sekolah, saya terlelap, saya sambung mimpi rupanya. Dalam mimpi itu saya pegang iPad kerana itu memang milik Sarah.
“Tiba-tiba iPad itu keluar nama dia (ibu sayang). Dalam masa yang sama ada keluar satu gambaran yang dia sedang senyum pada saya,” ceritanya.

Untuk rekod, Shuib kehilangan arwah isterinya, Siti Sarah ketika negera dilanda wabak COVID-19. Arwah Siti Sarah meninggal dunia pada hari Isnin, 9 Ogos 2021 jam 5.13 pagi di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) UKM selepas beberapa hari bertarung nyawa melawan jangkitan COVID-19.
Kini Shuib mendirikan rumahtangga bersama Watie, dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung di Putra Glass House, Putra Heights, Subang Jaya pada 23 Jun lalu.
Menarik: “Jumpa Nanti Di Syurga Sayang” Impian Timang Cahaya Mata Tidak Kesampaian, Hannah Delisha Keguguran!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
The post “Dia Senyum Pada Saya” Shuib Bertemu Arwah Siti Sarah Dalam Mimpi, Impian Tercapai! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/dia-senyum-pada-saya-shuib-bertemu-arwah-siti-sarah-dalam-mimpi-impian-tercapai/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Impian Shuib Mimpi Arwah Siti Sarah Tercapai Datang Senyum Amp Berpakaian Putih

Impian Shuib Mimpi Arwah Siti Sarah Tercapai Datang Senyum Amp Berpakaian Putih

papar berkaitan - pada 19/3/2024 - jumlah : 144 hits
Impian pelawak terkenal Shuib untuk bemimpi dan bertemu dengan arwah isteri Siti Sarah Raissudin akhirnya menjadi kenyataan Perkara itu dikongsikan oleh Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad di Instagram Stories miliknya hari ini Shu...
Tiba Tiba Ipad Keluar Nama Ibu Sayang Shuib Kongsi Momen Mimpi Jumpa Arwah Siti Sarah Sebak Hasrat Akhirnya Tercapai

Tiba Tiba Ipad Keluar Nama Ibu Sayang Shuib Kongsi Momen Mimpi Jumpa Arwah Siti Sarah Sebak Hasrat Akhirnya Tercapai

papar berkaitan - pada 19/3/2024 - jumlah : 193 hits
Pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu memaklumkan hasratnya untuk bertemu isteri Allahyarhamah Siti Sarah termakbul apabila dia bermimpikan arwah baru baru ini Shuib kongsi momen mimpi jumpa arwah Sarah Kongsi Shuib dalam mimpi tersebut dia se...
Arwah Siti Sarah Muncul Dalam Mimpi Watie Akui Tiba Tibas Terbit Rasa Cemburu Saya Cakap Dengan Shuib

Arwah Siti Sarah Muncul Dalam Mimpi Watie Akui Tiba Tibas Terbit Rasa Cemburu Saya Cakap Dengan Shuib

papar berkaitan - pada 21/3/2024 - jumlah : 263 hits
Watie Hanafiah isteri kepada pelawak Shuib akui kemunculan Allahyarham Siti Sarah dalam mimpinya menerbitkan sedikit rasa cemburu dalam hatinya Walaupun hanya mainan tidur kata wanita berusia 35 tahun itu dia tidak pernah berasa cemburu ter...
Hasrat Syada Bertemu Shila Amzah Tercapai Selepas Konflik Keluarga Selesai

Hasrat Syada Bertemu Shila Amzah Tercapai Selepas Konflik Keluarga Selesai

papar berkaitan - pada 7/3/2024 - jumlah : 151 hits
Hasrat adik kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Syada Amzah untuk bertemu kakaknya itu akhirnya tercapai selepas konflik keluarga mereka selesai Memetik laporan mStar Syada berkata merindui keluarga itu perkara biasa namun kerinduannya terhad...
Lirik Lagu Cinta Tak Mungkin Siti Nurhaliza

Lirik Lagu Cinta Tak Mungkin Siti Nurhaliza

papar berkaitan - pada 9/3/2024 - jumlah : 299 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraPenyanyi nombor satu tanah air Dato Seri Siti Nurhaliza menghadiahkan sebuah lagu terbaru buat peminatnya iaitu sebuah lagu berjudul Cinta Tak Mungkin Lagu ini merupakan ciptaan komposer Farouk Roman manak...
Siti Nurhaliza Cinta Tak Mungkin Chord

Siti Nurhaliza Cinta Tak Mungkin Chord

papar berkaitan - pada 9/3/2024 - jumlah : 329 hits
OST Malang si Puteri Chord Dm C G A Dm C Gm A Dm A Berat rasa hati memendam A F Gm A Tak tersampai untuk diluah Dm A Perasaan takkan hilang A F Gm Dm A Walau raga ini tersiksa A C F Biarlah aku dengar diriku Gm A Menjadi hamba cinta Dm Gm T...
Drama Wanita Syurga Lakonan Siti Khadijah Redza Rosli

Drama Wanita Syurga Lakonan Siti Khadijah Redza Rosli

papar berkaitan - pada 8/3/2024 - jumlah : 410 hits
Nantikan drama Wanita Syurga akan datang di slot Akasia TV3 pada bulan ramadan nanti Menampilkan pelakon seperti Redza Rosli Siti Khadijah Halim Nazim Othman Riena Diana dan ramai lagi Drama terbitan Zamriez Golden Pictures dibawah arahan R...
Saifuddin Sekolahkan Siti Mastura Nafi 1 2 Juta Warga China Tinggal Tak Sah

Saifuddin Sekolahkan Siti Mastura Nafi 1 2 Juta Warga China Tinggal Tak Sah

papar berkaitan - pada 12/3/2024 - jumlah : 145 hits
SITI NUR ZAWANICubaan ahli Parlimen Kepala Batas Dr Siti Masturah Muhammad menimbulkan persepsi buruk terhadap kerajaan dengan mendakwa kononnya 1 2 juta warga asing dari China tinggal secara tidak sah di negara ini dibidas oleh Menteri Dal...
Drama Perempuan Ilmu Hitam Lakonan Siti Hariesa Chacha Maembong

Drama Perempuan Ilmu Hitam Lakonan Siti Hariesa Chacha Maembong

papar berkaitan - pada 13/3/2024 - jumlah : 203 hits
Saksikan siri terbaharu Tonton Original berjudul Perempuan Ilmu Hitam arahan Amor Rizan mulai 29 Februari 2024 setiap Khamis di tonton com my muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store Judul Perempuan Ilmu Hitam perempuan...
9 Bilion Untuk Skechers Indeks Jatuh Dan Lonjakan Saham Asia

Pakistan Dakwa Tembak Jatuh 5 Jet Pejuang India

5 Cara Tuntutan Insurans Kemalangan Motosikal 2025

Former Pm Ismail Sabri Late For Macc Questioning In Corruption Case

Amanah Melaka Wan Fayhsal Hina Jakim

10 Bukti Sains Dalam Al Quran Tentang Alam Semesta

Bread High In Protein Omega 3 And Fibre In Every Low Carb Bite

Now Pkr Youth Chief Backs Nurul Izzah As Deputy President


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Selamat Pagi

Beli Contact Lens Freshlook Buy 2 Boxes Free 1 Box

Tri Suaka Feat Ary Goliath Tinggal Seribu Chord

Dek Aroel Tia Monika Chord

Kad Debit I Visa Tabung Haji Permohonan Pengaktifan

Pitch Perfect A Harmonious Bmw R100 7 Restomod By Heiwa Mc