Dia Patut Nafikan Kontroversi Itu Disaman Syarikat Pengiklanan Pihak Seo Yeji Beri Respon
Sepertinya tiada hari yang tenang buat Seo Ye-ji. Terbaru, wanita itu dikhabarkan telah disaman oleh agensi pengiklanan akibat kontroversi yang terpalit dahulu.
ARTIKEL BERKAITAN
"4 Tahun Kami Tahan" - Jiran Mengadu Seo Yeji Suka Parking Sembarangan
Kelmarin, satu sumber media melaporkan bahawa pelakon itu sedang dalam melalui proses undang-undang dengan sebuah syarikat yang dimodelkannya pada tahun lalu. Menerusi media, syarikat dan agensi Seo Ye-ji iaitu Gold Medalist tidak dapat mencapai sebarang persetujuan mengenai kerosakan sejak tahun lalu dan memilih untuk menyelesaikannya menerusi keputusan mahkamah.
Wakil undang-undang Seo Ye-ji telah mengekalkan prinsip bahawa dakwaan yang terpalit ke atasnya adalah tidak benar, dan tiada sebab untuk membatalkan kontrak itu selain mereka tidak perlu untuk membayar sebarang kerosakan.
Walau bagaimanapun, kata agensi pengiklanan pula,
Kalau khabar angin itu tidak benar, sepatutnya pelakon itu menafikannya dengan jelas. Akhirnya, pelakon itu tidak memberi arahan jelas untuk menolak dakwaan itu, jadinya, imej jenama kami terjejas.
Jawab Gold Medalist berkenaan hal ini,
Terdapat perbezaan pendapat antara pihak pengiklan atas sebab mengapa kontrak itu dibatalkan dan jumlah pampasan yang perlu dibayar.
Pelbagai kontroversi melibatkan Seo Ye-ji telah berbangkit pada April tahun lalu. Seo Ye-ji dikatakan telah mengawal bekas kekasihnya, pelakon Kim Jung-hyun termasuklah tuduhan membuli ketika di sekolah, memalsukan dokumen akademik dan menggunakan kuasanya terhadap staf.
Selepas pertuduhan itu, Seo Ye-ji mengakui pernah bercinta dengan Kim Jung-hyun namun sudah pun berpisah dan menolak dakwaan mengawalnya, keganasan di sekolah serta pemalsuan rekod akademik.
Hamoir setahun selepas dakwaan itu dan tempoh muhasabah diri, Seo Ye-ji menghentikan aktivitinya dan akan kembali ke skrin kecil menerusi drama tvN, “Eve” pada 1 Jun nanti.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/dia-patut-nafikan-kontroversi-itu-disaman-syarikat-pengiklanan-pihak-seo-yeji-beri-respon/