Dia Minta Tolong Anak Saya Pegang Barangnya Ibu Dedah Anaknya Nyaris Jadi Mangsa Sindiket Penyeludupan Dadah Di Airport


'Dia minta tolong anak saya pegang barangnya' - Ibu dedah anaknya nyaris jadi mangsa sindiket penyeludupan dadah di airport


Apabila berada di pintu keluar masuk negara seperti lapangan terbang antarabangsa, orang ramai khususnya golongan muda dinasihatkan tidak berurusan dengan orang yang tidak dikenali jika tidak mahu menjadi 'keldai dadah'. 
Sudah banyak kes rakyat Malaysia menjadi mangsa sindiket penyeludupan dadah terancang di mana mangsa diperdaya untuk membawa dadah ke negara lain dengan kaedah menyembunyi barangan terlarang itu di dalam bagasi, anak patung, pakaian, menelan barangan tersebut dan banyak lagi kaedahnya bagi menjayakan penghantaran itu. 
Dalam kejadian terbaru, wanita ini mendedahkan anaknya dihampiri oleh seorang individu yang tidak dikenali kerap meminta bantuan anaknya. Mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena, dia segera datang menghampiri dan meminta individu itu tidak mendekati anaknya. 
SEKARANG musim orang bercuti. Ada yang bercuti dalam Malaysia saja dan ada yang bercuti di luar negara. Saya cuma ingin kongsikan satu peristiwa sewaktu berada di KLIA 2. Ketika itu saya bersama anak perempuan saya. Kami berdua berlegar-legar sementara masuk ke balai pelepasan. Mungkin perkongsian ini boleh menjadi peringatan kepada orang lain agar sentiasa berhati-hati dari menjadi mangsa orang jahat yang sentiasa mencari mangsa. 
Sedang kami berdua berjalan santai, jarak kami berdua kira-kira beberapa meter anak perempuan saya di hadapan. Tiba-tiba seorang wanita dalam usia 30-an menegur anak saya dengan ramah, nak meminta tolong katanya. Di tangannya ada satu beg kertas nampak berisi dua bungkus milo besar. Katanya dia beli untuk anaknya, konon dia nak balik Indonesia dan gaya percakapan pun seperti orang sna. 
Anak saya bersangka baik, angguk tanda setuju menolongnya. Tolong pegang barangnya sehingga melepasi pemeriksaan imigresen. Konon katanya barangnya itu melebihi berat 7 kg, jadi maksudnya nak menumpanglah orang lain. 
Apabila saya menghampiri wanita itu konon cuba terangkan dan minta tolong sekali lagi. Saya pun hairan juga. Nampak tak ada pun beg lain bersamanya sampai lebih 7 kg, selain beg kertas itu sahaja. 
Saya cakap dengan tegas, "Awak bawa sendiri barang awak. Awak ada dua pilihan saja. Bayar lebih atau buang saja 'milo' itu." 

Saya terus tarik tangan anak saya dan ingatkan supaya jangan percaya pada sesiapa pun di airport kalau ada yang meminta tolong untuk simpan atau bawa barang mereka. 
Teringat kes yang pernah dilalui oleh seorang rakan saya beberapa tahun lalu. Dia masuk tandas cuma 8 minit. Bila keluar, anak perempuannya yang berusia 7 tahun sedang bermain patung beruang yang dipinjamkan oleh seorang wanita di sebelahnya ketika bersama-sama nak naik flight di KLIA. 
Kerana bersangka baik, diam embiarkan anak kecilnya itu membawa anak patung itu sehingga tiba di pemeriksaan imigresen. Dan di situlah igauan ngeri pun berlaku. Ada dadah di dalam patung itu dan wanita yang bertanggungjawab itu tadi telah hilang entah ke mana. 
Akibatnya, beliau ditahan, di bawa ke bilik pemeriksaan dan disiasat sampai pagi dengan pelbagai soalan diajukan kepadanya. 
Dipendekkan cerita, dia dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dadah sekian-sekian banyak. Nasib baik dia dibebaskan disebabkan campur tangan orang tertentu. Tetapi kes selesai dengan bayaran denda yang boleh tahan banyak jumlahnya. Kalau tidak, tali gantunglah jawabnya. 
Berhati-hatilah, jangan jadi seperti pelanduk yang sering kali melupakan jerat. Kalau dah terkena, Allah saja yang tahu. Silap-solap tak pasal-pasal masuk lokap kerana sikap cuai sendiri. Jangan sampai perasaan suka bertukar menjadi duka, tawa berganti air mata. Musuh mana ada hati budi. 
Ingat, jangan memandai-memandai tolong bawa barang orang. Jangan baik tak bertempat, jangan mudah percaya, jangan mudah seronok sangat jumpa orang ramah yang tidak dikenali. Simpan sedikit prasangka itu. Ia kadang-kadang diperlukan juga dalam suasana masyarakat sekarang. 
Sumber: Latifah Mohamad

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceberita.blogspot.com/2018/12/dia-minta-tolong-anak-saya-pegang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dia Pukul Anak Saya Dulu Ibu Terkam Dan Campak Budak Kasari Anaknya

Dia Pukul Anak Saya Dulu Ibu Terkam Dan Campak Budak Kasari Anaknya

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 353 hits
Polis di China menjalankan siasatan selepas seorang wanita dirakam mengasari kanak kanak perempuan hanya kerana mangsa bergaduh dengan anak lelakinya Jumaat lalu Video rakaman kamera litar tertutup dari lokasi kejadian di Nanning Guangxi me...
7 Cara Hasan Al Banna Mendidik Anak Anaknya

7 Cara Hasan Al Banna Mendidik Anak Anaknya

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 357 hits
Disini CN ingin kongsikan 7 cara Hasan Al Banna mendidik anak anaknya untuk panduan CN dan juga ibu bapa diluar sana Sebenarnya cara cara mendidik anak gaya Hasan Al Banna ini sering kita amalkan cuma kurang istiqamah Semoga kita semua menj...
Kat Sekolah Ada Orang Pegang Bawah Ini Tak Kawan Lelaki Anak Kecil Itu Mengangguk Wajah Ibunya Dah Pucat Lesi

Kat Sekolah Ada Orang Pegang Bawah Ini Tak Kawan Lelaki Anak Kecil Itu Mengangguk Wajah Ibunya Dah Pucat Lesi

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 737 hits
Kat sekolah ada orang pegang bawah ini tak Kawan lelaki Anak kecil itu mengangguk wajah ibunya dah pucat lesi Ibu bapa selalu dinasihatkan untuk memantau segala aktiviti anak anak agar tidak terjebak dengan perkara yang tidak diingini Selai...
Ini 4 Tip Berguna Untuk Ibu Bapa Dan Guru Guru Yang Ada Masalah Anak Dan Murid Yang Kerap Alami Hidung Berdarah

Ini 4 Tip Berguna Untuk Ibu Bapa Dan Guru Guru Yang Ada Masalah Anak Dan Murid Yang Kerap Alami Hidung Berdarah

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 441 hits
1 Cuba kenal pasti apa punca masalah berlaku Hidung akan mengalami pendarahan mesti ada punca Di usia kanak kanak ia boleh disebabkan oleh beberapa perkara Paling biasa ditemui jika alahan hidung yang tidak terkawal Dah tahu punca mudah unt...
Ibu Hamil Lagi Awal Buka Buku Pink Lagi Baik Jangan Anggap Leceh Tapi Fikir Untuk Diri Anak

Ibu Hamil Lagi Awal Buka Buku Pink Lagi Baik Jangan Anggap Leceh Tapi Fikir Untuk Diri Anak

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 598 hits
Masih ada lagi ibu yang baru disahkan hamil seolah olah tak berapa kisah nak buka buku pink awal sebagai persediaan untuk buat pemeriksaan doktor ikut prosedur Alasannya kandungan masih baru malas nak menunggu lama di klinik dan sebagainya ...
Nak Bentuk Anak Lelaki Hebat 4 Perkara Ini Ibu Perlu Buat Sebab Itu Hubungan Kena Rapat

Nak Bentuk Anak Lelaki Hebat 4 Perkara Ini Ibu Perlu Buat Sebab Itu Hubungan Kena Rapat

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 535 hits
Anak lelaki boleh jadi hebat kalau dididik dengan baik oleh si ibu Benar karakternya berlainan berbanding anak perempuan Namun jika dididik dari awal dan wujudnya hubungan rapat dengan si ibu anak lelaki boleh jadi insan yang hebat 4 sebab ...
2 000 Anak Yatim Piatu Di Bogor Dapat Santunan Peringati Hari Ibu

2 000 Anak Yatim Piatu Di Bogor Dapat Santunan Peringati Hari Ibu

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 318 hits
Kemudian di era kabinet kerja pemerintahan Jokowi ada 7 menteri dari perempuan Kabinet kerja juga mencetak sejarah dengan mengalokasikan 7 perempuan tangguh jadi menteri Jokowi
Bodoh Menyusahkan Orang Netizen Bengang Ibu Bapa Tak Awasi Anak Anak Sehingga Terperangkap Dalam Mesin Basuh

Bodoh Menyusahkan Orang Netizen Bengang Ibu Bapa Tak Awasi Anak Anak Sehingga Terperangkap Dalam Mesin Basuh

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 344 hits
Bodoh menyusahkan orang Netizen bengang ibu bapa tak awasi anak anak sehingga terperangkap dalam mesin basuhViral di media sosial video seorang kanak kanak lelaki terperangkap dalam mesin basuh di dobi layan diri Berdasarkan video berdurasi...
Ibu Rasa Pelik Kenapa Kubur Anaknya Saja Yang Tumbuh Rumput Saat Periksa Buat Dia Nangis

Ibu Rasa Pelik Kenapa Kubur Anaknya Saja Yang Tumbuh Rumput Saat Periksa Buat Dia Nangis

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 1364 hits
Sebelum kita melihat sebab hanya kubur anaknya sahaja yang tumbuh rumput mari kita lihat dahulu penerangan kubur Penggunaan formal kubur melibatkan beberapa langkah dengan terminologi yang berkaitan Penggalian yang membentuk kubur Penggalia...
Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam

Happy Beday Sweetie

Crocodile Menace Intensifies As Sabah Rescue Team Battle Floods

Lirik Lagu Menunggu Giliran For Revenge Ft Elsa Japasal

Geng D U I T

Dapat Sample Free Pampers Dewasa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod One Cent Thief Season 2 Astro Sooka

Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir


Sambal Hitam Belimbing Buluh

Resipi Sos Steamboat Ala Sukiya Mudah Sedap

Membaca Sebagai Tonggak Pencapaian Dalam Kehidupan

Ahli Parlimen Ditahan Selepas Didakwa Lakukan Serangan Seksual

Empat Ditahan Dalangi 11 Kes Ragut

Majlis Ulama Umno Gesa Menteri Bukan Islam Lebih Berhati Hati