Di Telan Mati Anak Di Luah Mati Bapak
MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF
Saya dulu selalu tegur golongan ruwaibidhah nak bermain dengan 3R ( Race, Religion dan Royalty) adalah perkara yang bahaya. Dia macam pedang 2 mata, silap-silap main boleh terputus tangan sendiri.
Walaun dan lebai kata pasangan tersebut dah masuk Islam lepas itu balik ke India hanya untuk lengkapkan resepsi belah sana. Walaupun keyataan yang lebai petik itu dari 3rd party yang bahasa dia sendiri tak consistant, for the sake of the argument kita terima yang kata mereka berdua dah masuk islam.
Tapi kalau masuk Islam, dia tunduk dan sembah sesuatu selain dari Allah sudah jadi dosa besar.
Walaun kena ingat yang India di bawah Kerajaan BJP dah gazetkan satu undang-undang perkahwinan antara agama yang mana kalau mereka berkahwin dengan niat hendak suruh tukar agama boleh di penjara 10 tahun ( sudah tentu law in ini bias untuk lelaki muslim yang cuba kawin dengan wanita hindu di India).
Jadi kalau suami dia masuk Islam dan isteri yang entice dia supaya masuk Islam, Isteri dia boleh kena dakwa atas undang-undang baharu ini. dan kena ingat juga yang suami dia tu kapten hoki nasional, kalau dia tukar agama, silap2 ada rusuahan kaum/agama di sana.
Jadi the best way untuk elak dari kena penjara dekat India adalah mengaku isteri dia sudah convert ke agama lain atau stay berlainan agama dan hanya kawin ikut sivil macam pluralisma
Tapi kalau stay berlainan agama, ikut neraca walaun dan SSST bukankan itu Islam terancam? Menteri Agama PN kata ini luar bidang kuasa dia, kalau nak playsafe jangan ambil jawatan lantikan politik.
Bila dah kena dekat batang hidung lebai, baru walaun belajar perkataan dosa peribadi, belajar perkataan tabbayun. Padahal dulu tajassus jadi makanan tengah hari harian, fitnah jadi makan malam.
Saya secara peribadi bersimpati dengan pasangan tersebut sebab jadi crosshair antara fanatik agama di dua-dua negara Malaysia dan India. Cuma, kadang-kadang dengan cara ini baru terbuka mata pentaksub semua yang lebai mereka yang di banggakan selama ini hanya golonga yang menjual ayat-ayat Allah demi sedikit habuan dunia.
Allah itu tidak pernah tidur, ini baru sedikit cerbisan fitnah golongan ruwaibidah di balikkan pada diri penuduh. Yang paling sedih nanti pengikut yang taksub akan memohon pada Allah supaya pemimpin yang menyesatkan mereka di azab dua kali ganda sebab pemimpin tadi sudah berlepas diri terhadap apa yang mereka jamin semasa di dunia.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2020/12/di-telan-mati-anak-di-luah-mati-bapak.html