Di Sebalik Rundingan Baling 1955



BALING: Terma 'Rundingan Baling 1955' yang menjadi detik penting kepada kemerdekaan Tanah Melayu perlu disemak selepas kajian mendapati tiada rundingan berlaku antara kerajaan dan wakil Parti Komunis Malaya (PKM).
Peristiwa pada 28 dan 29 Disember 1955 itu membabitkan pertemuan antara wakil kerajaan antaranya Tunku Abdul Rahman, Ketua Menteri Singapura, David Marshall dan Presiden MCA, Tun Tan Cheng Lock bersama wakil PKM antaranya Chin Peng dan Rashid Maidin.
Bagaimanapun sepanjang perjumpaan itu, Tunku lebih banyak bercakap mengenai tawaran pengampunan kepada pengganas komunis dan mengelak sebarang rundingan sehingga mencetuskan kemarahan Chin Peng apabila menyedari PKM tidak diberi sebarang pilihan.
Penulis buku 'Liku-Liku Pertemuan Baling', Mejar (B) Dr Nor Ibrahim Sulaiman, menjelaskan sebelum pertemuan di Baling, telah berlangsung Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu yang menyaksikan Parti Perikatan menang besar dan Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri.
Katanya, antara manifesto Tunku ketika pilihan raya itu adalah memberi pengampunan kepada pengganas komunis dengan syarat mereka menyerah diri, dibicara dan kemudian diberi pilihan sama ada pulang ke negara asal atau kekal di Tanah Melayu dengan memberi sepenuh ketaatan.
"British bagaimanapun tidak bersetuju dengan rancangan Tunku ini kerana mereka menetapkan syarat bahawa Tanah Melayu hanya akan dibenarkan memerintah atau berkerajaan sendiri selepas keadaan dalam negara aman sepenuhnya dan tiada darurat.
"Selaku Ketua Menteri yang diberi kuasa, Tunku mendesak mahu pengampunan diberi kepada pengganas komunis kerana sedar ia akan menjadi pintu ke arah mempercepatkan kemerdekaan Tanah Melayu selain mahu pertemuan diadakan bersama wakil PKM.
"Akhirnya buat julung kali, Baling dipilih menjadi lokasi pertemuan yang menarik perhatian antarabangsa kerana belum pernah berlaku perjumpaan rasmi antara komunis dan kerajaan di dunia ketika itu," katanya ketika Wacana 'Liku-Liku Pertemuan Baling 1955' yang berlangsung di Dewan Kenangan Tun Abdul Razak, Baling, baru-baru ini.
Rundingan Baling 1955 menjadi antara detik bersejarah buat negara apabila ia berjaya membina keyakinan bahawa rakyat Tanah Melayu tidak akan terpengaruh dengan fahaman komunis, sekali gus membuktikan kemampuan Tunku mentadbir negara.
Mengulas lanjut, Nor Ibrahim berkata, hasil rujukannya ke atas dokumen berkaitan perjumpaan itu termasuk yang disimpan di Arkib Nasional United Kingdom mendapati pertemuan itu dirujuk sebagai 'Baling Talks'.
"Terjemahan langsung rundingan ke dalam bahasa Inggeris sepatutnya adalah 'negotiation' tetapi dalam kesemua dokumen rasmi berkaitan tidak menyatakan berlakunya rundingan antara Tunku dan Chin Peng.
"Malah, Tunku dalam autobiografinya sendiri merujuk perjumpaan itu sebagai 'Baling Talks' maka adalah wajar terma 'rundingan' itu dilihat semula atau lebih tepat lagi sekiranya digunakan Pertemuan Baling 1955.
"Ini kerana dalam proses rundingan sepatutnya wujud eleman seperti tawaran, tawaran balas atau perbincangan, namun semua itu tidak berlaku malah ia sendiri diakui Rashid Maidin dalam bukunya bahawa pertemuan itu lebih kepada untuk menekan PKM," katanya.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Kasri Saidon, berkata persoalan mengenai terma sama ada rundingan atau pertemuan perlu dilihat pada intipati sebenar perjumpaan berkenaan.
"Terma 'Baling Talks' digunakan kerana perjumpaan itu hanya membabitkan perbualan sahaja, tetapi untuk dikatakan rundingan apa sebenarnya yang dirunding antara Tunku dan Chin Peng perlu dilihat.
"Sama ada sesuai atau tidak terma rundingan atau pertemuan kita perlu mengkaji lebih lanjut perkara ini dan merujuk kepada pakar sejarah lain bagi menentukannya," katanya.
Bagaimanapun, beliau menegaskan Rundingan Baling 1955 adalah peristiwa penting yang perlu diangkat sebagai antara pembuka jalan kepada proses kemerdekaan Tanah Melayu yang akhirnya dicapai pada 31 Ogos 1957.
"Sebelum itu, kita perlu melihat ancaman diberikan pihak komunis melalui siri keganasan, penghasutan dan sabotaj justeru rundingan ini sebenarnya membawa kepada hasrat kerajaan bagi mencapai penyatuan bangsa dalam menolak fahaman komunis.
"Penyatuan itu akhirnya berjaya menunjukkan kepada British bahawa ketiga-tiga bangsa utama sudah bersatu dan tidak ada sebab mengapa kemerdekaan tidak boleh diberikan kerana semua bangsa ini sudah menentang anasir yang sama.
"Bermula 1948 kita melihat komunis menyusup masuk ke dalam masyarakat melalui pelbagai cara sehingga British terpaksa membuka skim kampung baharu, sekatan, catuan dan perintah berkurung...namun tiga bangsa ini dengan tegas menolak fahaman itu," katanya.
Mengulas lanjut, Kasri berkata, Tunku berjaya memainkan peranan sebagai serampang dua mata iaitu memperkuatkan organisasi masyarakat melalui perpaduan dan menolak bagi memberi sebarang pengiktirafan kepada PKM.
"Dalam sejarah, Rundingan Baling 1955 akan sentiasa dikenang sebagai titik penyatuan kepada rakyat menolak komunis dan titik pemisah bahawa komunis tidak dapat hidup bersama di Tanah Melayu.
"Apabila darurat tamat pada 1960, komunis berundur tetapi mereka masih cuba mengambil beberapa kesempatan antaranya ketika era konfranstasi Malaysia-Indonesia dan perselisihan faham antara kaum 1969 sebelum diikuti era insurgensi sehingga 1989.
"Bagaimanapun ketika era 80-an, berlaku banyak perubahan apabila geo politik dunia berubah, generasi muda mahu pembangunan maka komunisme menjadi gerakan usang maka akhirnya PKM meletak senjata sepenuhnya melalui Perjanjian Hatyai 1989," katanya.
Bagaimanapun, Kasri menegaskan walaupun PKM sudah lama meletak senjata, namun fahaman komunisme masih belum dapat dilenyapkan di negara ini dan kemungkinan fahaman itu datang dalam bentuk baharu boleh berlaku ~ BH


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/03/di-sebalik-rundingan-baling-1955.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidak Wujud Rundingan Kerjasama Ph Pn Kalau Ada Yang Bagi Cadangan Baik Simpan Dulu Dalam Poket

Tidak Wujud Rundingan Kerjasama Ph Pn Kalau Ada Yang Bagi Cadangan Baik Simpan Dulu Dalam Poket

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 174 hits
Tidak wujud rundingan kerjasama PH PNPosted By on March 15 2022Spekulasi yang ditimbulkan oleh mantan ahli Pas Datuk Khairuddin Aman Razali mengenai percubaan rundingan antara Pakatan Harapan bersama Perikatan Nasional menjelang Pilihan Ray...
Ketahui Maksud Di Sebalik Warna Tag Pada Roti Gardenia

Ketahui Maksud Di Sebalik Warna Tag Pada Roti Gardenia

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 153 hits
Dengan memeriksa WARNA pada TAG Roti anda boleh mengetahui kesegaran dan kelembutan roti sebelum membeli Terdapat TUJUH warna tag roti yang berlainan mewakili hari apa roti itu dibuat Ada yang menyimpan tag roti dan dijadikan koleksi Semua ...
Florence Pugh Dalam Rundingan Untuk Bintangi Sekuel Dune Part 2

Florence Pugh Dalam Rundingan Untuk Bintangi Sekuel Dune Part 2

papar berkaitan - pada 10/3/2022 - jumlah : 148 hits
Calon Oscar Florence Pugh dilaporkan sedang dalam rundingan untuk membintangi filem sci fi sekuel Dune Part 2 lapor The Hollywood Reporter Sekiranya Pugh menerima tawaran tersebut dia akan menyertai barisan pelakon dari filem pertama yang T...
Segera Ke Meja Rundingan Serangan Rusia Ke Atas Ukraine Berpotensi Perang Dunia Ke 3

Segera Ke Meja Rundingan Serangan Rusia Ke Atas Ukraine Berpotensi Perang Dunia Ke 3

papar berkaitan - pada 27/2/2022 - jumlah : 197 hits
1 Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine adalah perkembangan yang mengejutkan dalam era moden ini dengan potensi implikasi konflik global yang lebih luas dengan kemungkinan perang dunia ke 3 2 Amanah mengecam sekeras kerasnya pencerobohan Ukrai...
Lelaki Berang Baling Sepana Ditahan

Lelaki Berang Baling Sepana Ditahan

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 179 hits
Keadaan kereta mangsa yang pecah pada bahagian cermin belakang akibat dibaling spanar oleh seorang penunggang motosikal dalam kejadian di Jalan Kuching petang semalam KUALA LUMPUR Penunggang motosikal yang dipercayai membaling sepana kearah...
Mp Baling Azeez Rahim Turun 10 Kg Ini Rahsianya

Mp Baling Azeez Rahim Turun 10 Kg Ini Rahsianya

papar berkaitan - pada 4/3/2022 - jumlah : 161 hits
PETALING JAYA Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim telah berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 10 kilogram selepas menjalani terapi pil belon Perkara tersebut telah didedahkan sendiri oleh Pakar Bedah Bariatrik Datuk...
Pemegang Bitcoin Tidak Tergesa Gesa Untuk Menjual Syiling Mereka Apakah Yang Ada Di Sebalik Trend Menurun

Pemegang Bitcoin Tidak Tergesa Gesa Untuk Menjual Syiling Mereka Apakah Yang Ada Di Sebalik Trend Menurun

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 133 hits
Hari ini pastinya akan menjadi tidak menentu Walau bagaimanapun bitcoin telah berjaya kekal di atas paras sokongan 34 000 Walaupun konflik Rusia Ukraine meningkat pelabur bitcoin yang besar tidak tergesa gesa untuk mengeluarkan aset mereka ...
Krisis Rusia Ukraine Siapa Di Sebalik Nama Vladimir Dan Volodymyr

Krisis Rusia Ukraine Siapa Di Sebalik Nama Vladimir Dan Volodymyr

papar berkaitan - pada 28/2/2022 - jumlah : 192 hits
Krisis Rusia Ukraine Siapa Di Sebalik Nama Vladimir Dan Volodymyr EJAAN sahaja mungkin berbeza namun cara sebutan nama pangkal dua sosok ini yang sekarang disebut sebut di seluruh dunia sebenarnya hampir serupa Vladimir Putin dan Volodymyr ...
Di Sebalik Ditekan Ismail Sabri Masih Pegang Kekuasaan

Di Sebalik Ditekan Ismail Sabri Masih Pegang Kekuasaan

papar berkaitan - pada 14/3/2022 - jumlah : 134 hits
mediarania com14 3 2022PENDAPAT 13 Mar Meskipun diperlekehkan dengan seolah olah hanya Najib Razak yang berperanan dalam memastikan kemenangan BN dalam PRN Johor serta layak diberi penghargaan kemudiannya dijerit pula secara biadap dengan l...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Oil Tanks And Hidden Risks Why Waiting To Remove Them Isn T Worth It

25 Lelaki Dan Seorang Wanita Warganegara Indonesia Ditahan Terlibat Judi Sabung Ayam

Lelaki Tendang Anak Kucing Hingga Mati

Ubat Kurus Merajai Tahun 2024 Bloomberg Xinhua

Lima Produk Apple Baru Bakal Muncul Awal 2025 Ini Yang Boleh Dijangkakan

Che Ta Tunggu Masa Sesuai Jelaskan Kenapa Dia Gagal Bayar Hutang Mara Yang Ramai Nak Tahu