Di Sebalik Kemerdekaan Orang Kampung Diculik Polis Dibunuh Veteran Polis


hmetro.com
BERNAMA

ABDULLAH (kiri) pernah diminta beberapa pihak untuk berkongsi pengalaman di sebalik kemerdekaan tanah air. FOTO BERNAMA
Chukai: "Orang kampung diculik, polis dibunuh dan ada yang hilang entah ke mana," kata veteran polis Abdullah Othman, 92, mengenang kesengsaraan sebelum negara mencapai kemerdekaan terutama ketika komunis mengganas di Terengganu.

Mengingat kembali peristiwa itu, Abdullah berkata pada 1949, beliau yang bertugas di Balai Polis Kemasik diminta membantu anggota polis diserang komunis di Kampung Air Jernih, Kemasik, namun apabila tiba di situ, pasukan yang bertempur itu didapati telah meninggal dunia.

"Melihat darah dan mayat empat rakan setugas membuatkan saya sentiasa sedih sehingga ke hari ini. Kejam sungguh mereka (komunis), bukan sahaja membunuh anggota polis malah menculik orang kampung yang tidak berdosa.

"Kebanyakan mangsa culik tidak dapat ditemukan sama ada hidup atau mati," katanya ketika ditemui Bernama di kediamannya di Taman Sri Penunjuk, Kijal di sini.

Abdullah yang pernah diminta beberapa pihak untuk berkongsi pengalaman di sebalik kemerdekaan tanah air berkata, jerit perih melawan komunis dan perjuangan memastikan negara bebas daripada cengkaman penjajah berbaloi apabila tiba 31 Ogos 1957.

Ia bukan sahaja tarikh keramat tetapi juga 'tuah' apabila beliau dapat menyaksikan sendiri bendera Union Jack diturunkan pada malam 30 Ogos 1957 dan mendengar laungan 'Merdeka' pada keesokannya oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

"Ketika itu perasaan bercampur baur antara gembira dan syukur. Ada yang tidak dapat menahan sebak dan kami saling berpelukan. Air mata saya mengalir laju terkenang pelbagai kejadian di depan mata," katanya dalam nada sebak.

Menurut Abdullah, beliau berpeluang hadir ke majlis menurunkan Union Jack di Padang Kelab Selangor itu kerana sedang menjalani latihan polis hutan di Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor dan ditugaskan untuk mengawal keselamatan bermula 30 Ogos 1957 dan keesokannya di Stadium Merdeka.

Abdullah berkata, selepas selesai bertugas di Padang Kelab Selangor, beliau dan anggota polis lain bergegas ke Depot Polis Kuala Lumpur (kini Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur) untuk membuat persiapan sebelum ke Stadium Merdeka dan setiba di sana, beliau dapat menyaksikan ribuan orang ramai telah hadir untuk bersama-sama menyambut kemerdekaan.

"Tepat pukul 12 tengah malam 31 Ogos 1957, ramai yang menyaksikan detik bersejarah itu. Saya cukup berbangga apabila melihat bendera kita dinaikkan dan berkibar megah. Sudah terlalu lama rasanya (ketika itu) menunggu saat pembebasan tanah air.

"Ketika pengisytiharan itu, saya ditempatkan di lokasi yang agak tinggi untuk memantau keadaan keselamatan dan dari situ dapat dilihat dengan jelas seluruh keadaan di dalam stadium," katanya dengan menambah pengalaman itu paling berharga buat dirinya sepanjang berkhidmat lebih 30 tahun dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bapa kepada empat anak yang saban tahun akan menonton semula detik kemerdekaan menerusi televisyen mahupun Internet dengan ditemani isteri Ngah Jusoh, 88, berkata usia lanjut bukan penghalang untuk beliau menzahirkan semangat patriotik.

Berdasarkan prinsip itu, beliau sering menghiasi kawasan rumahnya dengan Jalur Gemilang sekali gus mengingatkan generasi kini tentang pentingnya menghayati kemerdekaan negara.
Disiarkan pada: Ogos 31, 2021 @ 2:57pm

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/08/di-sebalik-kemerdekaan-orang-kampung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Kuantan Sahkan Tiada Penutupan Taman Taman Awam Seperti Yang Telah Di Tularkan

Polis Kuantan Sahkan Tiada Penutupan Taman Taman Awam Seperti Yang Telah Di Tularkan

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 283 hits
KUANTAN Polis telah mendapatkan pengesahan daripada pihak Datuk Bandaraya Kuantan bahawa tiada penutupan taman taman awam seperti yang ditularkan semalam Kenyataan telah dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohamad...
2 Lelaki Menyamar Polis Untuk Samun Ditahan

2 Lelaki Menyamar Polis Untuk Samun Ditahan

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 399 hits
KUALA LUMPUR Dua lelaki ditahan semalam kerana disyaki menyamar sebagai polis dan menyamun seorang lelaki di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 menghala ke Taman Melawati dekat Ampang pada 16 ogos lalu Dalam serbuan pada jam 10 30 malam sepasukan...
Lee Junyoung Dilapor Bantu Polis Tangkap Pemandu Mabuk

Lee Junyoung Dilapor Bantu Polis Tangkap Pemandu Mabuk

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 244 hits
Tidak menghebahkan kepada sesiapa pelakon Lee Jun young yang juga merupakan ahli kumpulan U KISS didedahkan telah membantu polis memberkas seorang pemandu mabuk Berlaku pada 25 Ogos lalu insiden itu hanya diketahui oleh agensinya selepas ia...
Polis Serbu Hospital Covid 19 Disyaki Jadi Pusat Seks Rambang

Polis Serbu Hospital Covid 19 Disyaki Jadi Pusat Seks Rambang

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 289 hits
Salah satu hospital lapangan yang didirikan di Bangkok Thailand AFP BANGKOK Sebuah hospital lapangan Covid 19 di Samut Prakan barat daya Bangkok diserbu pihak polis susulan laporan yang mengatakan berlaku pesta seks dan dadah dalam kalangan...
Polis Giat Buru Suspek Samun Siti Nur Azizah Kini Stabil

Polis Giat Buru Suspek Samun Siti Nur Azizah Kini Stabil

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 285 hits
Usaha mengesan suspek kes samun bermotosikal di Jalan Kuching di sini sehingga mengakibatkan tangan seorang gadis terpaksa dibuang giat dijalankan pihak polis Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata pihaknya telah m...
Polis Cari Saksi Kes Lelaki Maut Dirempuh Lori Tunda

Polis Cari Saksi Kes Lelaki Maut Dirempuh Lori Tunda

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 192 hits
Oleh NOR AZIHAN BINTI MD GHAZALI Lokasi kejadian mangsa dirempuh lori tunda tersebut kelmarin SUBANG Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah lori tunda di kilometer 26 6 Lebuhraya Damansara Puchong berhampiran susur masuk ...
Polis Klarifikasi Kematian Pengawal Keselamatan Sebagai Kes Bunuh

Polis Klarifikasi Kematian Pengawal Keselamatan Sebagai Kes Bunuh

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 182 hits
IPOH Polis mengklasifikasikan semula kes seorang pengawal keselamatan yang diserang ketika sedang bertugas di kolam renang sebuah kondominium di sini Disember tahun lepas sebagai kes bunuh selepas mangsa meninggal dunia Jumaat lepas Ketua P...
Pengawal Keselamatan Meninggal Dunia Polis Klasifikasi Semula Kes Sebagai Bunuh

Pengawal Keselamatan Meninggal Dunia Polis Klasifikasi Semula Kes Sebagai Bunuh

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 199 hits
ADAKAH INI ORANG DAN MANGSANYA Abd Razak Mohd AliOgos 30 2021 Polis mencadangkan pertuduhan yang lebih tinggi dikenakan kepada suspek Gambar Media sosialIPOH Polis mengklasifikasikan semula kes pengawal keselamatan yang diserang ketika bert...
Sebiji Badan Sado Berketul Ketul Kepala Botak Anggota Polis Ini Tular Sebab Mirip The Rock

Sebiji Badan Sado Berketul Ketul Kepala Botak Anggota Polis Ini Tular Sebab Mirip The Rock

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 524 hits
Seorang anggota polis menjadi tular di internet kerana rupa paras yang mirip dengan bintang Hollywood Dwayne Johnson Polis tersebut telah dibandingkan dengan pelakon filem Jumanji yang berusia 49 tahun itu The Rock selepas satu gambarnya di...
Kisah Wanita Cina Besarkan Anak Angkat Muslim Terbitan Rtm Antara Telemovie Menarik Tahun Baharu Cina Ini

Cara Mohon Cash Loan Tng Dan Touch N Go Loan Interest Rate

Polis Awasi Peserta Himpunan Anti Rasuah Berarak Ke Dataran Merdeka

Biodata Jefri Nichol Karier Kontroversi

Teknik Grounding Yang Berkesan Langkah Demi Langkah

Rakyat Korea Utara Sanggup Bergaduh Kerana Najis

Home Minister Saifuddin Warns Of Fake Clinics As Malaysia S Medical Tourism Grows

Sarapan Di Pasar Larkin


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Tambahan Hari Rehat Perkukuh Profesionalisme Warga Bomba

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Student Rally A Wake Up Call For The Madani Regime But Is Anwar Listening

Belajar Bahasa Utara Status Dalam Keluarga

Lirik Lagu Untuk Semua Jiwa Hun Haqeem Ft Noki