Di Manakah Relevannya Sastera Dalam Dunia Digital



Bunga telang di dalam dulangBuah bidara di atas para
Unimap terbilang tambah cemerlang
Pembina negara yang sejahtera

Tampak gagah kuda sekawan
Di tengah padang tangkas  berlari
Unimap melangkah menjana kemajuan
Amanah di pegang ikhlas berbakti

Negeri Perlis Indera KayanganNegeri beraja berpaksi Islam
Demi uniMap university kesayangan
Mari bekerja penuh iltizam

Dari Kangar ke kota Medan
Terbang menyeberang Selat Melaka
Walau melayar tanpa sempadan
Jangan terbuang adat pusaka

Tanam halia tanam pandan
Tumbuh di laman menghijau segar
Walaupun dunia tanpa sempadan
Teguh iman menjadi pagar

Pantun-pantun di atas saya cipta dengan ikhlas untuk dipilih oleh Naib Canselor  Universiti Malaysia Perlis (UniMap) Prof Ir. Teknologis R Badlishah Ahmad yang berhasrat memasukkannya di dalam ucaputama tahunan 2020.  Sejujurnya saya sendiri kagum dengan minat Naib Canselor dan komitmen sebuah universiti kejuruteraan untuk mendampingi sasterawan negara.
Saya terharu  kerana telah dipilih oleh UniMap sebaga ikon sastera mereka dengan melantik saya sebagai Professor Adjung,  menyampaikan  watikah perlantikan yang dianugerahi sendiri oleh Tuanku Raja Muda selaku Canselor Universiti.  dalam satu majlis pada 29 Oktober 2019.
Perlantikan ini bukan hanya sebuah gimik politik. Saya yakin ia lahir daripada keikhlasan seorang Naib Canselor yang memegang prinsip bahawa kejuruteraan mestilah membawa kesejahteraan kepada seluruh insan. Pada 23 Ogos 2019,  Prof Ir. R Badlishah Ahmad menyampaikan syarahan khas.sempena 100 hari memegang jawatan Antara yang menarik dan ingin saya petik ialah pandangan dan pendirian beliau bahawa Pendidikan di UniMap,  tidak harus terhad atau berfokus kepada aspek ilmu teknikal sahaja. Beliau berkata “Aspek pemikiran manusiawi perlu juga dipupuk. Salah satu cara yang dapat dilakukan ialah melalui aktiviti berpusatkan sastera dan falsafah.  Melalui Pendidikan falsafah dan pembacaan hasil sastera saya pasti pelajar akan dapat meneliti kehidupan dan melatih pemikiran kritis dan analisis logik selain memahami kepelbagaian pemikiran melalui pengalaman orang lain”. Ini diikuti dengan pengumuman perlantikan Sasterawan Negara UniMap dan meminta agar perlantikan itu dioptimumkan dengan aktiviti-aktiviti yang melibatkan pelajar dan staff dari pelbagai bidang.
Apakah perlunya seorang Sasterawan Negara dilantik untuk mendampingi sebuah universiti, lebih-lebih lagi universiti kejuruteraan seperti UniMap? Di manakah relevannya sastera pada zaman digital ketika dunia menghadapi ledakan Revolusi Industry 4.0. Kehidupan sedang bertumpu di skrin telefon bimbit sehingga pasaran buku terjejas.
Untuk menjawabnya kita harus kembali melihat keperluan manusia sendiri. Setiap manusia memerlukan manusia lain. Oleh itu mereka perlu berkomunikasi dan alat komunikasi terpenting ialah bahasa.

Hari ini komunikasi  dipermudah dan dipercepat oleh peralatan atau peranti. 
Tetapi betapa canggih pun peralatan dan bertenaganya kuasa rangkaian, jika tersalah memilih perkataan akan membawa padah. Kata pepatah Melayu sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan merasa. Emel dan segala media sosial hanya merupakan wahana untuk menghantar wacana. Maklumat atau arahan harus turun dengan bahasa yang tersusun. Minda haruslah mengaturnya terlebih dahulu sebelum jari bergerak laju
Syarikat syarikat gergasi memerlukan internet untuk menyebar iklan dan promosi.  Dunia hiburan juga berkembang di dalam talian, mengambil alih siaran dari stesyen television konvensional. Pelbagai filem, animasi, dokumentari  dapat dinikmati di hujung jari. Tetapi semua itu bermula dengan penulisan skrip yang memerlukan bakat dan kreaviti yang tidak mungkin ditukarganti oleh sebarang mesin automasi. 
Skrin telefon dan komputer menjadi penjalin kerjasama yang menguntungkan dunia, di samping menjalin ukhwah antara rakan dan saudara mara. Namun ia juga membawa jenayah siber.
Jenayah siber berleluasa di peranti tetapi berpunca dari hati.  Lalu hati perlu dilentur dengan keindahan dan kelembutan. Keunggulan peradaban akan terbina dari jiwa yang ikhlas, minda yang jelas, sebelum jari jemari bergerak pantas.
Seperti kata NC UniMap aspek pemikiran manusiawi dapat dipupuk melalui pembacaan karya sastera yang mengajar nilai kasih sayang. Demikianlah kearifan yang terkandung dalam program Sasterawan di Universiti seperti yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
UnMap melangkah gagah dan cemerlang
 setiap langkah berpaksikan kesejahteraan dan keinsanan.
Seperti yang disampaikan dengan semangat yang nyata
tetapi dalam nada dan suara yang tenang,  
ucaputama  yang berjudul
“MENERAJUI KECEMERLANGAN UNTUK KESEJAHTERAAN INSAN “








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://zurinahhassan.blogspot.com/2020/03/di-manakah-relevannya-sastera-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Raffi Ungkap Keliling Dunia Habiskan Rp10 M Ini Pengeluaran Terbesarnya

Raffi Ungkap Keliling Dunia Habiskan Rp10 M Ini Pengeluaran Terbesarnya

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 266 hits
Dua lima negara sudah dikunjungi Raffi Tak terhitung lagi budget yang harus di keluarkan Raffi dan Nagita
The Chow Kit Penginapan Mewah Dan Klasik Ini Bakal Jadi Pilihan Pelancong Seluruh Dunia

The Chow Kit Penginapan Mewah Dan Klasik Ini Bakal Jadi Pilihan Pelancong Seluruh Dunia

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 248 hits
Sebelum ini Chow Kit tersenarai antara 52 destinasi yang harus dikunjungi oleh New York Times Malah hotel mewah The Chow Kit turut menjadi antara salah satu sebab kenapa Chow Kit dipilih Terbaharu seorang pengguna Twitter shahirahzai telah ...
Menengok Taman Labirin Terluas Di Dunia Dengan Rute Terpanjang Mencapai 9 Kilometer

Menengok Taman Labirin Terluas Di Dunia Dengan Rute Terpanjang Mencapai 9 Kilometer

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 153 hits
Menengok Yancheng Dafeng Dream Maze taman labirin terluas di dunia yang punya rute mencapai 9 kilometer
Kalau Betul Satu Dunia Kena Scam Cerita Baru Mengenai Kanak Kanak Yang Dibuli Rupanya Seorang Pelakon

Kalau Betul Satu Dunia Kena Scam Cerita Baru Mengenai Kanak Kanak Yang Dibuli Rupanya Seorang Pelakon

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 445 hits
Baru baru ini kecoh di media sosial seorang kanak kanak berumur sembilan tahun dibuli dan mempunyai niat untuk mengambil nyawanya sendiri Selepas semua kekecohan itu timbul beberapa tweet dan artikel yang mendakwa kanak kanak itu bersama ib...
Sahabat Nabi Saw Yang Paling Akhir Meninggal Dunia

Sahabat Nabi Saw Yang Paling Akhir Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 1616 hits
SOALAN Siapakah sahabat Nabi SAW yang paling akhir meninggal dunia JAWAPAN Sahabat adalah merupakan generasi terbaik yang pernah ada di dalam sejarah Islam Mereka merupakan generasi yang terawal memeluk Islam dan membantu penyebaran Islam k...
Bcl Siap Lahir Batin Manggung Perdana Usai Ashraf Meninggal Dunia

Bcl Siap Lahir Batin Manggung Perdana Usai Ashraf Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 420 hits
Pihak manajemen membocorkan penampilan Bunga Citra Lestari alias BCL dalam konser bertajuk Romantic Valentine Concert yang digelar pada 29 Februari 2020 di Grand Ballroom Pullman Jakarta Central Park Jakarta Barat Istri Ashraf Sinclair itu ...
Maksud Lsd Pace Carbloading Flag Off Ketahui Istilah Dalam Dunia Larian

Maksud Lsd Pace Carbloading Flag Off Ketahui Istilah Dalam Dunia Larian

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 554 hits
Dah berlari Ada join event lari2 Jika selalu lari samada dekat atau jauh ada istilah tertentu dalam dunia larian ni Jom ketahui beberapa istilah dalam dunia lari yang semakin diminati kini Kredit artikel dari runner chap ayam Joging atau be...
Bukti Messi Penyerang Terbaik Dunia

Bukti Messi Penyerang Terbaik Dunia

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 253 hits
LONDON Lionel Messi terus mengukuhkan reputasinya sebagai penyerang terbaik dunia jika dinilai berdasarkan statistik dalam tempoh dua tahun ini Statistik bagi jaringan dan bantuan gol terbanyak di lima liga utama Eropah menyaksikan Messi me...
Bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak Meninggal Dunia Pada Usia 91 Tahun

Bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak Meninggal Dunia Pada Usia 91 Tahun

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 565 hits
Hosni Mubarak mentadbir Mesir selama 30 tahun sehingga digulingkan berikutan protes besar besaran pada 2011 menerusi revolusi Arab Spring Hosni Mubarak meninggal dunia KAHERAH Bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak meninggal dunia di hospital t...
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

Drama Pasca Kau Pergi

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jangan Risau Kalau Terlambat Bertemu Jodoh Mungkin Jodohmu Masih Belum Lahir

Buasir Otak Tv Bila Cikgu Rindu Murid Murid Lepas Habis Cuti Sekolah Be Like

Pengajaran Daripada Tragedi Kemalangan Bas Pelajar Upsi

F N Magnolia And Illumination S Minions Unleash Banana Fuelled Mischief Across Malaysia

Kegagalan Enjin Semasa Berlepas Punca Utama Kemalangan Pesawat

Topeng Simpati Wasapa Pada Lembut Yang Beracun