Di Hamparan Shamrock Kuseru Nama Mu


 Judul : DI HAMPARAN SHAMROCK KUSERU NAMA-MUPenulis : Hasrizal Abdul JamilPenerbit : Jejak TarbiahTahun terbit : 2020Jumlah halaman : 392

Buku ketiga dalam siri Travelog Tarbiah oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil ini membawakan kisah rakaman peristiwa penulis semasa di London, Belfast, Galway dan seluruh pelosok United Kingdom pada era 90-an. Di dalam buku ini, penulis turut mendedahkan secara jujur kisah kehidupan beliau sewaktu melalui titik-titik terendah kehidupan. Memetik kata-kata penulis pada bahagian Mukadimah : Menulis Kelemahan untuk Mencari Kekuatan :
“Kita pada hari ini adalah hasil adunan hitam dan putih semalam. Pahit dan manis, suka dan suka, kejayaan dan kegagalan”.
Jika tak membaca naskhah Di Hamparan Shamrock Kuseru Nama-Mu ini, saya langsung tak pernah mengetahui bahawa penulis pernah melalui detik mendebarkan menjadi tahanan penjara di Greenock, Scotland. Juga bagaimana penulis menghadapi pertuduhan jahat sehingga pihak penaja menggantung biasiswa beliau sewaktu menuntut di Jordan. Membacanya saja membuat saya turut merasa debaran dan tekanan

Dan kisah-kisah lain yang membuatkan saya menyedari bahawa pengalaman-pengalaman sukar dan mencabar itulah yang telah menjadikan siapa penulis pada masa sekarang. Kita selalu melihat kejayaan atau indahnya hidup seseorang, tapi kita mungkin tak pernah ambil tahu perjalanan hidup yang bagaimana telah dilaluinya untuk mencapai apa yang dimilikinya pada hari ini.
Seperkara lagi, di dalam naskhah ini turut terselit dua bab penulisan oleh tunang (selepas itu menjadi isteri) penulis yang menguatkan lagi kisah yang disampaikan


Pelbagai pengalaman penulis sewaktu memegang jawatan Minister of Religion di Belfast Islamic Centre, Northern Ireland sangat menarik dan mengandungi banyak pengajaran juga pencerahan berkenaan satu-satu isu. Antara yang menarik, kisah Laura yang akhirnya memeluk Islam setelah mendengar ceramah paderi di gereja. Paderi memberitahu kepadanya bahawa keseluruhan inti ceramah tersebut sebenarnya diambil daripada al-Quran! Ini kerana tiada keterangan sebaik keterangan al-Quran tentang topik yang dibawa (hubungan ibu & anak dari kandungan hingga penyusuan dan kepentingan menyusukan anak)

Antara petikan menarik di dalam naskhah ini :Keperluan anak-anak untuk didengari adalah sama seperti keperluan mereka kepada makan dan minum. Jika mereka asyik diarahkan mendengar arahan kita tanpa pernah kita berikan peluang untuk pandangan mereka didengar, kita hanya akan menebalkan tembok pemisah. (bab Jangan Mangsakan Anak Muridku)Roh kita asalnya “dekat” dengan Allah. Apabila dijauhkan dari asalnya, dia akan terseksa, kesunyian dan menderita seperti jiwa perantau yang tercampak di bumi asing. Sering gelisah dan mahu mengecap asal-usul yang telah ditinggalkan. Jika rintihan hati kita diabaikan, akhirnya ia akan mati lantaran sakit rindu kepada asalnya. Bawalah kembali diri kita semula ke asal kita, bahawa kita dekat dengan Allah. (bab Bawalah Hatimu Pulang Ke Asalnya)Jangan berlebih-lebihan dalam perdebatan. Jangan berkelakuan fajir dalam pertengkaran. Ketika jawapan dianggap alasan, penjelasan dianggap menegak benang yang basah, diamlah, biarpun diam dianggap kalah. (bab Dalam Menyemai Islam, Jangan Nifak Yang Subur)Marilah wahai wanita yang berjiwa tinggi, muliakan dirimu dengan dirimu yang sebenar. Dirimu adalah akhlakmu, hikmahmu, kebijaksanaamu, hati budimu, yang semua itu hasil daripada imanmu. Didiklah manusia disekitarmu agar menilai dirimu sama seperti Tuhan menilaimu. Lantas segala penampilanmu adalah mesejmu kepada manusia, bahawa keluhuran erti hidup ini adalah pada melihat kehidupan daripada pandangan Pencipta kehidupan. (bab Cantik : Perhambaan Moden Yang Menyeronokkan)Kita tidak perlu terlalu terburu-buru mahu mengislamkan sesiapa, sebaliknya harus banyak menumpukan perhatian kepada menerangkan tentang Islam secara baik kepada mereka yang mencari. Tumpuan kepada berhujah dan berdakwah untuk menyebarkan kebaikan serta kebenaran adalah lebih sejahtera daripada usaha mengislamkan non-Muslim secara tergesa-gesa, seolah-olah urusan itu demi kepentingan kita, dan bukannya dia, dan Allah. (bab Ke Gereja Untuk Ke Masjid)Apa sahaja perbuatan yang tidak dapat dijustifikasikan motifnya secara positif pada neraca agama, adalah lagha (sia-sia). Menghindarkan diri daripada perkara-perkara lagha itu adalah salah satu daripada jalan penting untuk seorang insan beriman mengecap kejayaan di dunia dan di akhirat. (bab Jangan Bakar Buku)Apa yang utama ialah mati itu tiba dalam keadaan dirimu Muslim. Biar mati di tanah dagang, biar mati di bumi orang, asalkan mati sebagai Muslim, cara mati yang dibentuk oleh cara hidup. Hiduplah dengan mendampingi Islam, agar matimu sebagai Muslim, biar terasing di hujung bumi. (bab Di bumi Mana Kematianmu?)Penjagaan alam sekitar mesti diterima sebagai sebahagian daripada dakwah dan jihad di jalan Allah. Lebih kuat iman, kuatlah kita menjaga alam sekitar. (bab Alam Tercemar Apabila Iman Tercalar)Isteri susah menghargai kebaikan suami. Suami pula sering melupakan kebaikan isteri. Majikan tidak peduli kebaikan pekerja. Pekerja pula asyik mencari kesalahan majikan. Sebab itulah bekerja kerana manusia itu susah. Mahu jasa kita disebut-sebut itu sulit. Kerana itulah, pegang sahaja slogan “God is my CEO”. Buat kerja, biar jadi ibadah. Itu sahaja justifikasinya. (bab Penutup : Di mana Sahaja Kaki Ini Berdiri).Sambil membaca, sesekali saya merujuk peta di aplikasi Google Maps untuk melihat kedudukan tempat-tempat yang dinyatakan dalam buku ini. Pembacaan jadi lebih seronok bila kita tahu lokasi yang diceritakan (sebab belum pernah sampai, tahu dengan melihat peta pun memadai). Dan barulah saya tahu bahawa Northern Ireland bukanlah sebahagian dari Ireland walaupun berada di kepulauan yang sama

Di Hamparan Shamrock Kuseru Nama-Mu, sebuah naskhah travelog yang sangat menarik dibaca. Sarat dengan pengajaran juga panduan buat kita. Bacaan sesuai untuk semua, terutamanya orang muda supaya dapat meluaskan pemikiran menerusi perjalanan pengalaman penulis


“Setiap kamu terhadap kehidupan ini adalah seperti rumah tamu. Setiap hari kamu dikunjungi pelbagai tamu dengan pelbagai kerenah. Bukalah pintu untuk mereka dan layan sebaik yang kamu mampu. Andai kamu menutup pintu, kamu sangka diri makin selesa tetapi hakikatnya kamu semakin kehilangan segala-galanya,” - Jalaluddin ar-Rumi.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2022/04/di-hamparan-shamrock-kuseru-nama-mu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hup Wei Umum Persaraan Selepas 18 Tahun Harumkan Nama Malaysia

Hup Wei Umum Persaraan Selepas 18 Tahun Harumkan Nama Malaysia

papar berkaitan - pada 28/3/2022 - jumlah : 196 hits
Bekas juara lompat tinggi Asia Lee Hup Wei 35 membuat tiga penampilan di temasya Sukan Olimpik iaitu Beijing 2008 London 2012 dan Tokyo 2020 KUALA LUMPUR Jaguh lompat tinggi negara dan bekas juara Asia Lee Hup Wei hari ini mengumumkan persa...
30 Nama Orang Pertama Dalam Islam

30 Nama Orang Pertama Dalam Islam

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 296 hits
Alhamdulillah pejam celik lagi 5 hari je lagi untuk umat Islam menyambut bulan Ramadan Memang rasa tak sabar kan Baru ni zaza ada terbaca tentang 30 Nama Orang Pertama dalam Islam Bila baca baca kan Ya Allah banyaknya yang tak ingat Jadi se...
Tak Buat Majlis Baby Shower Mira Filzah Nak Bersalin Normal Nama Jantina Anak Akan Dimaklumkan Selepas Bersalin

Tak Buat Majlis Baby Shower Mira Filzah Nak Bersalin Normal Nama Jantina Anak Akan Dimaklumkan Selepas Bersalin

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 389 hits
Sama seperti wanita lain pelakon Mira Filzah berharap untuk bersalin secara normal bagi cahaya mata sulung ini Menurut Mira 29 dia sebolehnya ingin merasa sendiri pengalaman namun akur sekiranya terpaksa melalui proses pembed4han Dijangka b...
Senarai Nama 114 Surah Di Dalam Al Quran

Senarai Nama 114 Surah Di Dalam Al Quran

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 201 hits
Mari hafal nama nama surah di dalam Al Quran 1 Surah Al Fatihah 2 Surah Al Baqarah 3 Surah Ali Imran 4 Surah An Nisaa 5 Surah Al Maa idah 6 Surah Al An aam 7 Surah Al A raaf 8 Surah Al Anfaal 9 Surah At Taubah 10 Surah Yunus 11 Surah Hud 12...
Nama Indra Bekti Terseret Kasus Dugaan Penipuan Investasi Bodong

Nama Indra Bekti Terseret Kasus Dugaan Penipuan Investasi Bodong

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 136 hits
Selain Binomo dan Quotex muncul aplikasi Triumph yang diduga digunakan untuk melakukan penipuan
Nama Nama Yang Terlibat Dan Mendapat Laba Dari Penipuan 1mdb

Nama Nama Yang Terlibat Dan Mendapat Laba Dari Penipuan 1mdb

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 132 hits
ABU MISKAT Nama nama yang tersebut dan angka wang yang diterima dari skim kaya cepat Negara lain melihatnya sebagai laknat tetapi negara kita rileks sahaja seperti tiada akibat
Didie Alias Kongsi Gambar Cucu Ketiga Nama Hannah Jasmine Jadi Pilihan Warganet Ucap Tahniah Cantik Macam Nanny

Didie Alias Kongsi Gambar Cucu Ketiga Nama Hannah Jasmine Jadi Pilihan Warganet Ucap Tahniah Cantik Macam Nanny

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 181 hits
Selain dikurniakan anak satu lagi kegembiraan adalah apabila dapat timang cucu Walaupun sudah masuk cucu yang ketiga artis versatil Didie Alias teruja dengan kelahiran cucunya yang baru yang diberi nama Hannah Jasmine Berita gembira itu dik...
Kata Ganti Nama Diri Singkat

Kata Ganti Nama Diri Singkat

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 208 hits
Memartabatkan Bahasa Melayu Bil 2 2022 BMKPM Munsyi Md Rasul bin HaronMODUL 2 KATA GANTI NAMA DIRI SINGKAT 1 Maksud Kata ganti nama diri yang telah disingkatkan 2 Contoh Kata Ganti Diri Pertama Penerangan Ayat Contoh kau Asal daripada kata ...
Kata Ganti Nama Diri

Kata Ganti Nama Diri

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 201 hits
Memartabatkan Bahasa Melayu Bil 1 2022 BMKPM Munsyi Md Rasul bin HaronMODUL 1 KATA GANTI NAMA DIRI 1 Maksud Kata yang digunakan untuk menggantikan nama orang 2 Jenis Terbahagi kepada tiga jenis a Kata Ganti Nama Diri Pertama b Kata Ganti Na...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord

Harga Tiket Zoo Taiping Night Safari Waktu Operasi Dan Fasiliti

Honor Magic7 Pro Malaysia Spesifikasi Varian Harga

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir