Di Bawah Runtuhan Kota Melaka Rupanya Ada Masjid


CONTOHILAH keberanian kerajaan Turki di bawah pimpinan Recep Tayyip Erdogan, mempertahankan sejarah Hagia Sophia. Erdogan berpegang kepada kebenaran, berdepan dengan kutukan dunia. Akhirnya, berjaya.

Hagia Sophia tidak menghadapi begitu banyak masalah meskipun sudah beberapa kali berubah fungsi bangunannya. Hagia Sophia sendiri berubah-ubah fungsinya daripada masjid ke gereja dan kemudian muzium dan kembali semula kepada masjid pada tahun 2018.

Kebenaran melawan kebatilan. Kebenaran tetap menang

Jangan mengulangi sejarah Masjid Babri. Kini hanya tinggal kenangan, masjid bertukar menjadi kuil. Masih adakah harapan menjadi masjid kembali?

Sejarah Melaka berpaksikan kepada sejarah Kesultanan Melayu Islam Melaka. Kembalikan segera sejarah Melayu Islamnya sebelum tenggelam dengan identiti Kristian penjajah buat selama-lamanya.

Patutlah Portugis sembunyikan semua fakta ini bagi menunjukkan kebongkakkan penjajahan mereka. Sama juga strategi mereka menyembunyikan pelayar pertama mengelilingi dunia iaitu anak Melayu bernama Panglima Awang, bukannya Ferdinand Magellen yang mati terbunuh di Filipina.

Sangat teruja menonton Jejak Rasul dan catatan laman muka buka Luqman NulHakim (5 Mei 2021), bertajuk “Afamosa hasil runtuhan batu istana dan masjid”? Antara faktanya yang turut dibuktikan adalah,

Pertama, menurut, Munsyi Abdullah (1849), tembok kota Melaka yang dibina daripada batu telah dihancurkan British sekitar tahun 1820an. Ia dihancurkan kerana British risau kekebalan tembok itu jika dikuasai musuh kelak.

Kedua, sebahagian pakar sejarah memberikan pandangan bahawa kewujudan tembok kota Melaka sebenarnya dibina pada zaman kesultanan Melaka lagi. Pihak Portugis hanya membina gerbang yang baharu dan gereja di atas bukit.

Ketiga, bukti menunjukkan, terdapat kesan-kesan takik pada jata yang berada di depan dan belakang gerbang mempunyai ukiran seakan-akan keris yang disilang tarakol (sejenis pistol Melayu). Sangat mustahil sebuah kota yang ampuh dan kebal mampu disiapkan kurang setahun walaupun dikerah seluruh orang Melaka membinanya. Melaka ditakluk sekitar Ogos 1511 dan serangan balas dibuat sekitar awal 1513.

Keempat, mengikut cerita orang-orang tua Melaka, ketika Istana Melaka dibakar Portugis, api yang membakar istana mengambil masa satu minggu untuk menghanguskan istana dan cahaya apinya kelihatan sehingga ke seberang (Dumai).

Kelima, dalam catatan Alfonso, mereka memang menggunakan runtuhan batu-batu dari makam pembesar, raja, ulama dan istana sebagai bahan membina gerbang dan gereja.

Kata Lukman (2021) lagi, bukan pintu gerbang itu yang dipersoalkan tetapi bekas gereja St Paul itu yang patut dirobohkan kerana itulah kawasan sebenar istana dan Masjid Agung Melaka.

Keenam, lima orang Raja/Sultan pernah Syahid ketika peperangan merebut Kota Melaka iaitu
i. Tengku Raja Ahmad Shah Ibni Sultan Mahmud Shah. Putera Mahkota Kerajaan Melaka (1511) – (Melayu), ii. Raden Yunus menantu Sultan Ageng Raden Demak – Tengku Mahkota Kerajaan Demak (Jawa) berserta dua puteranya. – (1521), iii. Raja Haji Fisabilillah – Tengku Mahkota kerajaan Riau Lingga (Bugis) – 1784.

Ketujuh, ketika mendengar kota Melaka ditawan oleh Portugis, maka terpacul dari mulut Sultan Demak:

Kalau roboh kota Melaka,
Papan di Jawa kami dirikan,
Kalau sungguh bagai dikata,
Jiwa dan badan kami serahkan.

Kelapan, ketika Raja Haji ditemukan syahid, tangan kanan beliau masih memegang kitab Dalail Khairat (kitab selawat) dan ditangan kirinya badik pusaka milik keluarganya.

Kesembilan, bagi menghina kemangkatan Raja Haji, Belanda telah meletupkan 21 das tembakan meriam atas bukit St Paul sebagai tanda kemenangan. Abdullah Munsyi, menceritakan penghinaan terbesar adalah ke atas makam Raja Haji dibina kandang babi. Lalu orang Melayu telah menyelamatkan jenazah almarhum (masih utuh) dan dihantar ke kampung baginda.

Kesepuluh, sepanjang peperangan merebut kota Melaka, orang Minangkabau di bawah pimpinan Naning banyak menyerang dari bahagian daratan.

Kesebelas, Sunan Ampel (ketua wali songo) adalah ulama besar Nusantara yang mula-mula mengisytiharkan jihad untuk merampas semula kota Melaka.

Dek kerana kemimpinan kerajaan Melayu Islam Melaka ketika itu lemah dan mempunyai para pembesar dalam kalangan pembelot dan korup, Melaka telah dijajah selama hampir 450 terjajah. Pun begitu bangsa Melayu tidak duduk diam untuk menebus maruah mereka dan menegakkan kembali agama Allah. Terukir pantun berbunyi

Kalau nak jatuh, jatuhlah nangka,
Jangan ditimpa si batang pauh,
Jika kerana agama, bangsa dan negara,
Hamba sanggup berkecai tubuh.

Tunggu apa lagi, kembali sejarah kegemilangan kesultanan Melayu Islam Melaka. Baru-baru ini, kesedaran itu mula muncul, apabila ada cadangan supaya nama Bukit St Paul ditukar namanya kepada nama asal Bukit Melaka.

Malangnya, MCA, parti Cina inilah yang paling kuat menentang penukaran nama Bukit St Paul kembali kepada Bukit Melaka, sehingga tergendala sehingga kini. Ultra kiasu lain pun mengambil kesempatan apabila ada biawak hidup yang memulakan.

Jika kehidupan pemimpin dan ahli MCA seperti baba nyonya boleh juga terima akal hujahnya, tetapi MCA jauh lebih Cina daripada Cina. Kenapa kita masih terus membela dan membela biawak hidup ini?

Binalah kembali masjid yang telah dirobohkan oleh penjajah itu ditapak gereja itu sebagai bukti sejarah. Jangan biarkan penjajah terus megah dengan jajahannya.

Di sinilah kebijaksanaan penjajah Portugis dalam melenyapkan nama-nama Melayu Islam, seperti Panglima Awang, orang Melayu pertama mengelilingi dunia, bukannya Ferdinand Magellan atau mungkin Christopher Columbus.

Nama Panglima Awang dilenyapkan dan digantikan dengan nama Henry The Black dan Enrique of Malacca, merupakan seorang keturunan Melayu yang turut serta dalam misi pelayaran Ferdinand Magellan untuk mengelilingi dunia.

Panglima Awang telah dipenjarakan dan dibaptiskan oleh penjajah Portugis ketika itu kerana Portugis tidak mahu ada nama-nama Melayu Islam naik menandingi mereka.

Sememangnya orang Melayu ketika itu dahulu, begitu terkenal sebagai pelayar (kelasi) yang hebat. Panglima Awang bertugas sebagai jurubahasa dan pembantu kepada kapal Ferdinand Magellan.

Asal usul Panglima Awang (Enrique) diperdebatkan oleh ramai sejarawan. Ada yang menyatakan beliau dari Melaka, Sumatera, Maluku dan Cebu. Apa yang penting Panglima Awang adalah seorang berbangsa Melayu.

Ferdinand Magellan atau Fernao de Magalhael merupakan ahli pelayaran Portugis yang mengetuai angkatan lima buah kapal dengan, 270 kelasi, keluar dari Sepanyol pada tahun 1519.

Ketika menjejakkan kaki di kepulauan Filipina, dipendekkan cerita Magellan telah terbunuh. Dalam kata lain, Magellan gagal mengelilingi dunia. Misi pelayaran ini diteruskan oleh Panglima Awang.

Kejayaan Panglima Awang ini tidak diceritakan oleh musuh-musuh Islam, malah beliau dipenjarakan, dibaptiskan dan dikristiankan secara paksa. Akhirnya, nama Panglima Awang tenggelam.

Strategi ini juga yang digunakan oleh ultra kiasu. Mereka tidak mahu melihat nama-nama sejarah Melayu Islam ditonjolkan hari ini.

Namun, sejarah Bukit Melaka tetap sejarah Bukit Melaka. Kembalikan. Ultra kiasu tetap mahukan kekal nama Bukit St Paul. Siapa ultra kiasu ini yang terlalu raikan? Ikutlah jejak langkah Erdogen dalam melawan kebatilan. Inilah negarawan sebenar.

Sejarah Bukit Melaka telah terpahat sebelum ultra kiasu menjejak kaki ke bumi bertuah ini. Peliknya, kenapa terlalu mendengar kata mereka, sehingga tenggelam identiti bangsa dan agama.

Lihatlah bagaimana ultra kiasu memahatkan nama-nama yang tidak kena mengena dengan sejarah Tanah Melayu seperti Sun Yat Sen, Yap Ah Loy, Lim Lian Geok dan lain-lain lagi, termasuk komunis MPAJA yang dibina tugunya.

Tetapi bila tiba nama-nama yang jelas terbukti dalam sejarah, seperti Bukit Melaka, ultra kiasu begitu kuat menentang. Apa hak mereka berbuat demikian? Manusia apakah ini yang kita bela selama ini. Ibarat melepaskan anjing tersepit, digigit kembali setelah dilepaskan.

Oleh: Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/06/di-bawah-runtuhan-kota-melaka-rupanya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ingatkan Badan Besar Tuhan Kurniakan Otak Yang Juga Besar Rupanya Tidak Apa Kata Seret Dia Atas Jalan Derita Atau Tidak

Ingatkan Badan Besar Tuhan Kurniakan Otak Yang Juga Besar Rupanya Tidak Apa Kata Seret Dia Atas Jalan Derita Atau Tidak

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 179 hits
Didakwa seret kucing atas jalan lelaki mengaku tidak bersalahAbd Razak Mohd AliJun 13 2021 Tertuduh didakwa secara tidak munasabah menyebabkan penderitaan yang tidak perlu kepada seekor kucing dengan menyeretnya di atas jalan Astro AWANITEL...
Vide0 Lelaki Terkeejut Rumah B Njir Lepas Bangun Tidur Rupa Rupanya Kucing Buka Paip

Vide0 Lelaki Terkeejut Rumah B Njir Lepas Bangun Tidur Rupa Rupanya Kucing Buka Paip

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 323 hits
Cuba bayangkan anda baru sahaja bangun daripada tidur dan tiba tiba rumah anda banjir Inilah yang terjadi kepada seorang lelaki dari Singapura yang dikenali sebagai Zul Namun banjir tersebut bukanlah disebabkan oleh hujan lebat tapi kucing ...
Lahir Sihat Mula Menggigil Hari Ke 9 Pantang Rupanya Petanda Rahman Sawan

Lahir Sihat Mula Menggigil Hari Ke 9 Pantang Rupanya Petanda Rahman Sawan

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 246 hits
Lahir cukup bulan sihat dan tiada apa apa komplikasi tapi siapa sangka Allah Maha Mengetahui segalanya Seminggu selepas kelahiran berlaku perkara yang tak dijangka sama sekali Bagi ibu ini Nor Fitriah Elias pengalaman yang berlaku pada anak...
Ingatkan Air Karat Menitik Atas Kepala Rupa Rupanya Ada Bangkai Musang

Ingatkan Air Karat Menitik Atas Kepala Rupa Rupanya Ada Bangkai Musang

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 364 hits
Assalamualaikum dam salam sejahtera Bagaikan mimpi ngeri misteri bau busuk di kediaman pemilik ini akhirnya terbongkar dimana seekor musang dijumpai mati di atas siling rumah Jika dilihat sekilas pandang saiz musang yang begitu besar itu me...
Vide0 Telefon Hilang Lebih 3 Hari Rupa Rupanya Dah Ker4s Dalam Peti Ais Bila Ditanya

Vide0 Telefon Hilang Lebih 3 Hari Rupa Rupanya Dah Ker4s Dalam Peti Ais Bila Ditanya

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 431 hits
Mist3ri kehilangan telefon bimbit milik seorang kanak kanak terjawab apabila telefon bimbitnya dijumpai berada di dalam peti ais Apa yang lebih melucukan apabila kanak kanak ini sempat memberikan jawapan bernas di sebalik mengapa dia berbua...
Berita Video Rupanya Kita Ada Pm Palsu Semuanya Palsu Janji Lebai Pun Pelesu

Berita Video Rupanya Kita Ada Pm Palsu Semuanya Palsu Janji Lebai Pun Pelesu

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 106 hits
Susulan pandangan Jabatan Peguam Negara dimaklumkan penggunaan nama rasmi Perdana Menteri adalah seperti berikut Mahiaddin bin Md Yasin atau Tan Sri Dato Haji Mahiaddin bin Haji Md Yasin Sehubungan itu semua urusan surat menyurat dan dokume...
Vide0 Gemp4r Baru Lepas Bers4lin Dan Pulang Kerumah Sesampai Di Rumah Rupa Rupanya B Yi Tersebut Tertukar

Vide0 Gemp4r Baru Lepas Bers4lin Dan Pulang Kerumah Sesampai Di Rumah Rupa Rupanya B Yi Tersebut Tertukar

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 404 hits
Vir4l mlm nie B4yi yg tertukar kita doakan semoga siti b4yi yg tertukar tu di kembalikan semula dgn selamat sehat Guys kita bagi semangat sikit kt siti doakan semoga dipermudahkan aminBaru teng0k live founder 1 pr0duk ni Balik rumah lepas b...
Curiga Kasut Sebelah Asyik Hilang Cctv Dedah Pencuri Rupanya Si Bulu Berkaki Empat

Curiga Kasut Sebelah Asyik Hilang Cctv Dedah Pencuri Rupanya Si Bulu Berkaki Empat

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 232 hits
Bagi penduduk rumah flat kehilangan selipar yang diletakkan di bahagian koridor pastinya suatu perkara yang biasa namun ianya semestinya akan menimbulkan rasa yang tidak senang
Pengabaian Sop Laporan Sias4tan Dedah Pvnca 2 Tren Bertembung Rupa Rupanya

Pengabaian Sop Laporan Sias4tan Dedah Pvnca 2 Tren Bertembung Rupa Rupanya

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 227 hits
SELEPAS lebih dua minggu i nsiden pert embungan dua tren Transit Aliran Ringan melibatkan sebuah tren yang rosak dan sedang dipandu uji dengan sebuah lagi tren yang membawa penumpang punca sebenar kejadian akhirnya didedahkan Menurut Menter...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri