Dewan Rakyat Lulus Ruu Pendidikan 2025


KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) — Sistem pendidikan negara membuka lembaran baharu apabila  Rang Undang-Undang (RUU) Pendidikan (Pindaan) 2025, bertujuan mewajibkan pendidikan menengah,  diluluskan Dewan Rakyat malam ini.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek ketika menggulung perbahasan RUU itu menyifatkan pindaan terhadap Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) sebagai satu detik bersejarah dan amat penting dalam pembangunan modal insan menerusi sistem pendidikan negara.
“Pendidikan ini adalah hak kelahiran setiap anak-anak, maknanya setiap anak-anak ini lahir dengan hak untuk mendapat pendidikan,” katanya.
Terdahulu, ketika sesi perbahasan RUU berkenaan, Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang menyatakan sokongan terhadap pindaan itu serta menyifatkannya sebagai reformasi penting dalam sistem pendidikan negara.
Cha Kee Chin (PH-Rasah) berkata inisiatif itu merupakan satu reformasi pendidikan yang bermakna dalam usaha melonjakkan mutu pendidikan dan pembangunan modal insan negara.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Kerajaan MADANI atas inisiatif berani tersebut dan berpandangan langkah itu sepatutnya dilaksanakan lebih awal bagi memastikan setiap anak mendapat pendidikan sewajarnya.
“Ia akan membolehkan pembinaan modal insan diangkat ke satu tahap yang lebih tinggi daripada sebelumnya, supaya kita setaraf dengan negara-negara lain. Bayangkan kita hanya ada pendidikan wajib enam tahun, macam mana nak jadi negara maju?” katanya.
Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) berkata pendidikan menengah wajib mampu memutuskan kitaran kemiskinan dan memperkukuh pemikiran kritis, selain meningkatkan kebolehpasaran pelajar dan kemahiran berkomunikasi untuk menyertai ekonomi dan masyarakat.
Ahmad Johnie Zawawi (GPS-Igan) menyatakan usaha ini tepat pada masanya untuk membina generasi berilmu, berdaya saing dan memiliki nilai karamah insaniah seperti terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara.
Beliau berkata pindaan akta itu membuktikan komitmen kerajaan untuk menjamin hak pendidikan setiap anak hingga ke tahap minimum Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional setara yang diiktiraf kerajaan.
Teresa Kok (PH-Seputeh) pula berkata kementerian perlu menyelami punca sebenar keciciran seperti pendapatan rendah memandangkan kos tidak langsung pendidikan masih membebankan ibu bapa miskin.
RUU itu antara lain bagi memasukkan seksyen baharu 32A yang memperuntukkan tiap-tiap ibu bapa yang anaknya merupakan warganegara dan anak itu tinggal di Malaysia, hendaklah memastikan mereka didaftarkan sebagai murid di institusi pendidikan bagi pendidikan menengah dan terus menjadi murid sepanjang tempoh pendidikan menengah.
— BERNAMA
The post Dewan Rakyat Lulus RUU Pendidikan (Pindaan) 2025 appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/07/30/dewan-rakyat-lulus-ruu-pendidikan-pindaan-2025/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dewan Rakyat Passes Whistleblower Protection Bill 2025

Dewan Rakyat Passes Whistleblower Protection Bill 2025

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 279 hits
KUALA LUMPUR The Whistleblower Protection Bill 2025 aimed at strengthening safeguards for whistleblowers and enhancing public confidence in reporting misconduct has been passed by the Dewan Rakyat The bill was debated by 24 lawmakers Deputy...
Pm Confident He Commands Dewan Rakyat Support

Pm Confident He Commands Dewan Rakyat Support

papar berkaitan - pada 22/7/2025 - jumlah : 237 hits
PUTRAJAYA The Prime Minister has challenged the Opposition who he said has been politicising issues to bring on the vote of no confidence if they intend to bring him down Datuk Seri Anwar Ibrahim said he has instructed Dewan Rakyat Speaker ...
Ruu Kredit Pengguna 2025 Ini Yang Perlu Difahami

Ruu Kredit Pengguna 2025 Ini Yang Perlu Difahami

papar berkaitan - pada 24/7/2025 - jumlah : 184 hits
Dewan Rakyat dengan sebulat suara telah meluluskan Rang Undang Undang Kredit Pengguna 2025 pada 21 Julai 2025 Ia merupakan langkah signifikan untuk melindungi pengguna kredit termasuk daripada pemberi pinjaman wang segera atau skim Beli Sek...
Pilihan Rakyat Harga Rakyat Mydin Umum Diskaun Hebat Mulai 24 Julai 5 Oktober 2025

Pilihan Rakyat Harga Rakyat Mydin Umum Diskaun Hebat Mulai 24 Julai 5 Oktober 2025

papar berkaitan - pada 24/7/2025 - jumlah : 556 hits
MYDIN Lancar Kempen Pilihan Raya 2025 Pilihan Rakyat Harga Rakyat Prihatin dengan keadaan ekonomi sekarang MYDIN rangkaian pasar raya dan pemborong halal terbesar di Malaysia kini tampil dengan satu kempen yang cukup menarik iaitu Kempen Pi...
Tema Hari Kebangsaan 2025 Malaysia Madani Rakyat Disantuni

Tema Hari Kebangsaan 2025 Malaysia Madani Rakyat Disantuni

papar berkaitan - pada 30/7/2025 - jumlah : 982 hits
Tema Rasmi Hari Kebangsaan 2025Setiap tahun sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia diraikan dengan semangat patriotik yang tinggi Untuk tahun 2025 tema rasmi yang dipilih oleh kerajaan Malaysia ialah Malaysia MADANI Rakyat Disantuni Tem...
Jenayah Siber Bil Tnb Tumpuan Dewan Rakyat

Jenayah Siber Bil Tnb Tumpuan Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 267 hits
Ahli Parlimen juga ingin tahu strategi kerajaan mengurangkan beban kos sara hidup rakyat Sidang Dewan Rakyat kali ini dijadual berlangsung 24 hari KUALA LUMPUR Isu jenayah siber kos sara hidup dan perubahan struktur bil elektrik Tenaga Nasi...
Apa Soalan Panas Kepada Pm Di Dewan Rakyat Hari Ini

Apa Soalan Panas Kepada Pm Di Dewan Rakyat Hari Ini

papar berkaitan - pada 22/7/2025 - jumlah : 257 hits
SITI NUR ZAWANIJuly 22 2025Sidang Parlimen pagi ini dijangka akan menumpukan tentang pelan tindakan jangka pendek dan jangka panjang kerajaan dalam menghadapi ketegangan geopolitik di Timur Tengah khususnya dalam memastikan kepentingan Mala...
Sabah Teen Wins Top Prize At Young Creator Fellowship 2025

Sabah Teen Wins Top Prize At Young Creator Fellowship 2025

papar berkaitan - pada 20/7/2025 - jumlah : 1781 hits
A hard hitting five minute short film that shows the Sabah state government under a critical lens won first place at the 2025 Young Creator Fellowship programme yesterday The film by 19 year old Duncan Cheng Kai Guan from Sabah clinched the...
Keajaiban Melk Permata Sejarah Di Tepian Sungai Danube

Perjanjian Ekstradisi Indonesia Dan Rusia Langkah Diplomatik Menuju Kerjasama Penegakan Hukum

Yusuf Azmi Tewas Tko Yunus Martin Raih Kemenangan Sulung Di Malaysia

Relik Menarik Dari Pompeii Dua Temuan Menakjubkan Yang Mengungkap Kisah Lalu

Mca Takkan Pilih Sertai Pn Ka Siong Dedah Masyarakat Cina Sukar Terima Pas

Iesf Wec Malaysia Juara Kejohanan Dunia Iesf 2025 Dua Tahun Berturut Turut

Buy My House Now And Seize Your Dream Home Today

Find Local Real Estate Agents For Your Dream Home


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nanjing Yuhuatai Scenic Area Dan Li Ji Muslim Restaurant

Macam Mana Nak Dapat Gelaran Datuk

Aktiviti Perjumpaan Toqqi Bersama Saudara Akmal Dahalan Ppim 06 12 2025

Raja Buah Siapa Mampu Menolak

Donut Kampung Lembut Gebu Resipi Nostalgia Paling Sedap Yang Wajib Cuba

Usd Jpy Analisis Harga Dan Ramalan Yen Jepun Mencuba Mempertahankan Sentimen Kenaikan Harga Menjelang Kdnk Jepun