Dewan Bahasa Pustaka Bakal Terbitkan Ensklopedia Al Fiqhiyyah Al Kuwaitiyyah
KUALA LUMPUR : Dewan Bahasa & Pustaka Malaysia (DBP) bakal menerbitkan Ensklopedia Al-Fiqiyyah Al-Kuwaitiyyah ke dalam Bahasa Melayu.
Dalam satu catatan yang ditulis oleh Profesor Datuk Dr Mohamed Hatta Shaharom, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, berkata Set ensiklopedia yang mengandungi 45 jilid ini adalah satu-satunya set rujukan kesemua empat mazhab fiqh sunnah waljamaah yang telah menjalani kajian dan penyelidikan selama lebih daripada 20 tahun.
Tambahnya lagi, selepas tiga tahun perbincangan diadakan diantara pihak pengurusan Ensiklopedia Islam dan Penyelidikan, Kementerian Wakaf Kuwait dengan DBP, Kementerian Pendidikan Malaysia, kedua-dua pihak telah mencapai kata sepakat bagi menerbitkan enkslopedia berkenaan.
Malaysia adalah negara pertama yang memeteraikan perjanjian seperti itu secara rasmi. Negara serta penerbit lain yang menaruh minat untuk menterjemahkannya ke bahasa lain selain bahasa Arab misalnya Parsi Iran, Urdu India, Pashtun Afghan, Turki, dan Inggeris sedang menunggu giliran mereka.
Tambahnya Mohamad Hatta lagi, ensiklopedia ini akan membantu umat Islam khususnya para ahli ilmu untuk mendalami fiqh Islami sunnah waljamaah sebagai panduan hukum harian sekaligus memudahkan umat Melayu di Asia Tenggara menggunakannya.
Dalam masa yang sama, Mohamad Hatta turut merakamkan penghargaan kepada kesemua invidu yang terlibat dalam menjayakan usaha berkenaan.
Terima kasih kepada YBhg Dato Hj Che Mohd Rahim Hj Jusoh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Kelantan yang tidak jemu berusaha bersama. Terima kasih YBhg Dato Abang Salehuddin Abang Shokran, Ketua Pengarah DBP serta semua pegawai DBP yang bertanggungjawab dalam projek mega ini. Kini kita masuk ke fasa yang sangat penting iaitu menyempurnakan amanah yang amat berat. Juga kepada Ust Muttaqeen Ahmad yang menjadi ahli pasukan DBP dalam usaha mulia ini. - PenaMinang.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.penaminang.com/2020/01/dewan-bahasa-pustaka-bakal-terbitkan.html