Detik Cemas Di Udara Kiranya Inilah Penerbangan Terakhir Kami Suami Isteri


BINTULU – “Kiranya inilah penerbangan terakhir kami suami isteri…” Itulah luahan seorang penumpang, Abdul Jalil, yang berkongsi pengalaman mendebarkan ketika menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH2742 dari Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1) menuju ke Bintulu, baru-baru ini.
Menurutnya, video yang dirakam bukanlah bertujuan untuk menceritakan pengalaman, sebaliknya sebagai rakaman terakhir sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku terhadap pesawat berkenaan.
“Jauh di lubuk hati, saya terdetik… sekurang-kurangnya ada rakaman terakhir sejarah kehidupan kami suami isteri, untuk dijadikan kenangan oleh anak-anak, cucu-cucu dan sanak saudara,” katanya.
Saat Cemas di Awan
Abdul Jalil berkata, pesawat berlepas tepat jam 8.20 pagi dan penerbangan berjalan lancar pada awalnya. Namun sekitar jam 10.00 pagi, suasana mula berubah apabila terdengar beberapa kali bunyi ganjil dari bahagian pesawat.
“Saya sempat menoleh ke sebelah kanan dan nampak beberapa penumpang lain juga tergamam. Sebagai penumpang yang biasa menaiki pesawat, saya tahu bunyi itu bukan bunyi biasa,” jelasnya.
Tidak lama kemudian, pesawat terasa seolah-olah turun menjunam dan hilang kawalan. Detik itu membuatkan beliau benar-benar menyedari sesuatu yang serius sedang berlaku.
“Apabila alat bantuan pernafasan terkeluar dan Kapten mengisytiharkan kecemasan (emergency), saya tahu firasat saya betul,” katanya lagi.
“Alat Pernafasan Kami Tersangkut”
Tambahnya, keadaan di dalam kabin bertukar panik apabila penumpang mula cuba memakai alat bantuan pernafasan masing-masing.
“Walaupun pramugari sering memberi taklimat keselamatan, bila keadaan betul-betul cemas, suasananya memang kelam-kabut. Alat pernafasan kami tersangkut, perlu dikongsi tiga orang, memang panik dibuatnya,” katanya.
Abdul Jalil sempat merakam detik berkenaan menggunakan telefon bimbitnya, dengan niat sekiranya tragedi berlaku, video itu menjadi kenangan terakhir buat keluarga.
Antara Doa dan Keinsafan
Dalam tempoh singkat kecemasan itu,  lebih kurang satu minit, pelbagai perkara bermain di fikiran beliau.
“Saya teringat semula amalan pagi tadi, adakah saya lupa solat dhuha, adakah ini ujian Allah SWT. Bermacam tanda dan firasat saya cuba kaitkan,” ujarnya.
Beliau turut mengimbau semula catatan di Facebook yang pernah mengingatkan diri tentang “bekalan untuk bertemu Allah”, kebetulan ditulis sebelum penerbangan itu.
“Masa tu, pesawat terasa benar-benar menjunam. Saya cuma nampak awan berkepul-kepul di luar tingkap. Tiada stereng, tiada brek, tiada skrin untuk disentuh, hanya mampu bernafas dalam plastik kecil dan berdoa agar Allah selamatkan kami,” katanya sebak.
Pengumuman Menenangkan
Beberapa ketika kemudian, Kapten pesawat akhirnya membuat pengumuman bahawa pesawat sedang terbang stabil pada ketinggian 10,000 kaki.
“Barulah rasa lega sikit. Pramugari pun mula berjalan semula. Keyakinan kami pulih bila Kapten umumkan pesawat akan mendarat jam 10.35 pagi di Bintulu,” katanya.
“Pressure Drop”
Menurut Abdul Jalil, setibanya di Bintulu, suasana di luar pesawat juga agak luar biasa apabila beberapa pegawai MAS dan lapangan terbang sudah menunggu di pintu pesawat.
“Saya sempat bertanya kepada pramugari, dan dia cuma jawab ringkas, ‘Pressure drop’,” ujarnya.
Penerbangan yang diselubungi detik cemas itu akhirnya berakhir dengan selamat apabila pesawat mendarat di Lapangan Terbang Bintulu jam 10.35 pagi dalam keadaan hujan renyai.
“Alhamdulillah, kami selamat. Cuma pengalaman itu pasti akan saya kenang seumur hidup,” katanya menutup cerita penuh debar itu.
Pengajaran di Sebalik Ujian
Kisah yang dikongsikan Abdul Jalil bukan sekadar pengalaman ngeri di udara, tetapi satu peringatan bahawa takdir dan keselamatan hanyalah di tangan Allah SWT.
Dalam sekelip mata, perjalanan yang disangka rutin boleh bertukar menjadi ujian getir, mengingatkan setiap insan agar tidak lalai, sentiasa bersedia dan memperbanyakkan doa ketika bermusafir.
Apa jua teknologi atau kepakaran manusia, akhirnya ketenangan sebenar datang daripada kebergantungan kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa. – The Malaysian Update
The post Detik Cemas di Udara: “Kiranya Inilah Penerbangan Terakhir Kami Suami Isteri…” appeared first on The Malaysian Update.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2025/10/21/detik-cemas-di-udara-kiranya-inilah-penerbangan-terakhir-kami-suami-isteri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Sangka Inilah Penerbangan Terakhir Lelaki Kongsi Detik Pesawat Terasa Menjunam

Saya Sangka Inilah Penerbangan Terakhir Lelaki Kongsi Detik Pesawat Terasa Menjunam

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 180 hits
Saya Sangka Inilah Penerbangan Terakhir Lelaki Kongsi Detik Pesawat Terasa Menjunam Setiap orang memiliki pengalaman yang tidak dapat dilupakan Sama ada pengalaman manis pahit atau mengerikan semuanya meninggalkan kesan mendalam dalam diri ...
Suami Berjalan Masuk Balai Polis Mengaku Bunuh Isteri Di Hotel

Suami Berjalan Masuk Balai Polis Mengaku Bunuh Isteri Di Hotel

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 270 hits
KOSMO SINGAPURA Seorang warga Indonesia dikenali sebagai nbsp Salehuddin didakwa di sebuah mahkamah kerana membunuh isterinya di hotel penginapan mereka di Singapura lapor portal berita MSNews hari ini Lelaki berusia 41 tahun itu didakwa me...
Pasangan Suami Isteri Pengusaha Keropok Aziz Satar Kemaman Maut Kemalangan Di Lpt 1

Pasangan Suami Isteri Pengusaha Keropok Aziz Satar Kemaman Maut Kemalangan Di Lpt 1

papar berkaitan - pada 11/10/2025 - jumlah : 239 hits
nbsp MARAN Sepasang suami isteri yang juga pengusaha kedai makan terkenal Warung Aziz Satar di Kemaman maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki terbabas di Kilometer 162 9 Lebuhraya Pantai Timur 1 malam tadi Mangsa Aziz A
Tak Pernah Berpisah Walau Sekali Suami Sebak Bacakan Talqin Untuk Isteri Tercinta

Tak Pernah Berpisah Walau Sekali Suami Sebak Bacakan Talqin Untuk Isteri Tercinta

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 178 hits
Tak Pernah Berpisah Walau Sekali Suami Sebak Bacakan Talqin Untuk Isteri Tercinta Setiap insan yang mendirikan rumah tangga pasti menginginkan mahligai yang dibina berkekalan sehingga ke akhir hayat Sejak dari awal lagi masing masing mengik...
Suami Isteri Maut Empat Cedera Dalam Nahas Kemalangan Di Maran

Suami Isteri Maut Empat Cedera Dalam Nahas Kemalangan Di Maran

papar berkaitan - pada 11/10/2025 - jumlah : 242 hits
Suami Isteri Maut Empat Cedera Dalam Nahas Kemalangan Di Maran KUANTAN 11 Okt Pasangan suami suami yang merupakan pengusaha kedai makan Aziz Satar di Terengganu maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan di KM162 9 Lebuhraya Pantai Ti...
Bekas Isteri Nafi Tak Bagi Suami Jumpa Anak Dia Biar Sampai Tertidur Di Luar Rumah Lepastu Report Polis

Bekas Isteri Nafi Tak Bagi Suami Jumpa Anak Dia Biar Sampai Tertidur Di Luar Rumah Lepastu Report Polis

papar berkaitan - pada 8/10/2025 - jumlah : 206 hits
Tular sebelum ini mengenai kisah seorang wanita bergelar ibu tunggal yang 8216 menyerang 8217 majlis perkahwinan bekas suaminya bagi tujuan menanda tangani surat tuntutan nafkah yang diabaikan sebelum ini Bekas suami wanita itu yang dikenal...
Suami Menyusul Pergi Selepas Empat Hari Isteri Meninggal

Suami Menyusul Pergi Selepas Empat Hari Isteri Meninggal

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 218 hits
Suami Menyusul Pergi Selepas Empat Hari Isteri Meninggal Nahas yang berlaku di Machang Kelantan pada 19 Oktober lalu kembali menjadi sorotan apabila suami kepada mangsa wanita yang maut dalam kejadian itu turut meninggal dunia pagi tadi Lap...
Isteri Saman Suami Gara Gara Nama Dalam Contact Dianggap Menghina

Isteri Saman Suami Gara Gara Nama Dalam Contact Dianggap Menghina

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 156 hits
Isteri Saman Suami Gara gara Nama Dalam Contact Dianggap Menghina Seorang mahkamah di Turkiye memerintahkan seorang lelaki membayar pampasan kepada bekas isterinya sebagai ganti rugi material dan moral selepas dia menyimpan nama wanita itu ...
Detik Cemas Helikopter Terhempas Di Pantai Popular California

Detik Cemas Helikopter Terhempas Di Pantai Popular California

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 160 hits
Detik Cemas Helikopter Terhempas Di Pantai Popular California Suasana di kawasan pesisir pantai Huntington Beach bertukar cemas apabila sebuah helikopter terhempas berhampiran persimpangan Pacific Coast Highway dan Huntington Street pada Sa...
Kapal Selam Terlanggar Gunung Dalam Laut

Singgah Cendol Borhan Tanjung Karang

Suami Gay Isteri Kena Cepat Minta Cerai

Sambutan Hari Tanah Sedunia 2025 Perkukuh Pengurusan Tanah Lestari Negara

More Than Just Sound Get The Crowd Moving With Jbl Partybox 720

Price Catcher Kpdn Cara Semak Harga Barang Terkini Di Seluruh Malaysia

Airasia Perkenal Pilihan Hijab Untuk Kru Kabin

The Orchid Journey Misi Menemukan Keseimbangan Hidup Wanita Moden


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kuih Tiram

Kerugian Akibat Penipuan Dalam Talian Sejak 2022 Melebihi Rm2 Bilion

Perkhidmatan Buy Now Pay Later Semakin Popular Namun Perlu Waspada Dengan Risiko Tersembunyi

Hiburan Mengaku Bertindak Over Sufi Rashid Dan Isteri Mohon Maaf Kami Telah Pun Menghubungi Pengasuh Dan

Warga Emas Buta Tinggal Bersama Jasad Anak Ditempatkan Di Rumah Seri Kenangan

Gelar Isteri Perompak Kerana Ambil Wang Rm50 Beli Makanan